Ad

LISA Surihani Mengandung

LISA Surihani Mengandung, Suamiku Encik Perfect 10,Lisa Surihani.
LISA Surihani Mengandung |Pelakon cantik yang juga merupakan akak dari saya..(belah mak dari ayah kepada atok makcik saya.. :p)  LISA SURIHANI dikabarkan telah hamil dengan kandungan peringkat awal lagi. Bermain di movie Suamiku Encik Perfect 10 sebagai wanita Mengandung digandingkn dengan AARON AZIZ , tup tup diri sendiri Mengandung. Apapun berita ini masih belum dikeluarkan sendiri dari bibir mungil artis cantik ini. dengar cerita sebab dia ada kontrak dengan Astro,mungkin sebab tulah pengumuman mengenai kehamilannya akan dibuat ekslusif di Tv berbayar itu. 

Apapun semoga berita yang akan disampaikan ialah berita mengenai Lisa Surihani yang Mengandung,apapun yang akan Lisa sampaikan, saya doakan yang terbaik.  Nak ucapkan tahniah Tapi berita tak konfem lagi. Kita nantikan sahaja lah ye bil akan diberitahukan kepada peminat-peminat Lisa, termasuk saya sendiri. 

Dan berikut jawapan dari YUSRI
Yusry bagaimanapun enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut kerana memegang pesanan orang tua-tua.

"Mengenai berita kehamilan itu, ya, Lisa mengandung. Tapi kami mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi maklumat lanjut.
Sejujurnya kami memegang pesanan orang tua-tua bahawa berita mengenai kehamilan hanya boleh dikongsi selepas tempoh tertentu.
Jadi apabila tiba masanya, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut."

Pada masa sama Lisa memaklumkan dirinya berasa serba salah sama ada mahu berkongsi berita kehamilannya atau tidak.

"Bila ada wartawan yang mesej, saya memang serba salah nak jawab, sebab masih baru dan orang tua-tua pesan kalau boleh lepaskan trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan) baru kongsi berita ini.
Apa pun Alhamdulillah atas doa banyak pihak dan terima kasih atas mesej positif yang saya terima menerusi pelbagai medium."

Tahniah kepada Lisa dan Yusri atas kehamilan ini.Semoga kandungan sehat selalu.
6
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo