Ad

Kisah Budak Penjual Karipap

Kisah Budak Penjual Karipap.
Kisah Budak Penjual Karipap  |  Semalam ,ada seorang budak india ini ketuk pintu tempat kerja Lisa , Dengan nada ramah dia tanya kepadaku "Kak, nak beli kuih tak kak? Ade kuih apam, kuih karipap, kuih gulung . "  , Lisa dah kenyang .. Lisa menolak pelawaan budak kecik tu .Disebabkan meja counter kerja ini tinggi , memula aku buat acuh tak acuh .Ingatkan budak itu dengan mak dia . Aku berdiri, tengok budak itu berbasikal seorang diri . Dan kemudian aku menyuruh budak tu masuk membawa kuih-kuih yang dia jual.

Dia :" akak nak kuih yang mana satu ? " (satu persatu dia buka bekas letak kuih itu. "
Aku : " Urm..nak apa eh , harga berapa dik ? "
Dia: " rm2 , 5 biji kak, yang ini karipap kentang " (sambil tersenyum tak rasa penat ) 
Aku : "bagi akk karipap rm2 , kuih gulung rm2 , kuih apam ni rm2 ya .Asingkan " 

Dan kemudian dia menyiapkan kuih-kuih yang Lisa nak beli tadi . Sedikit tanya la dengan budak itu , Seorang ke panas-panas macam ini naik basikal sambil menjajakan kuih dari kedai ke kedai mengetuk pintu . Dia jual kuih ini seorang sahaja, kakak dia pun ada jual , tapi ditempat lain. Naik Basikal juga. Mak dan Ayah mana ? dia jawap mak ada dirumah , buat kuih ini. Ayah kerja di Singapore. Ku tanya lagi , tak sekolah ke dik ? Ada,dia ada sekolah ,esok baru mula sekolah . Cuti sekolah ini dia tolong mak dia jualan kuih . Dah siap kuih yang aku beli tadi , L:isa hulurkan sekeping duit  untuk dia dan minta dia simpan balance duit tu .

Dia : "semua rm6 sahaja kak,  "
Aku :" Tak pe, balance tu ambil sahaja . Anggap sahaja akak belanja ye. Sekolah rajin-rajin " (sambil tersenyum kat dia "
Dia : " Tak pe kak , mak cakap jangan ambil duit orang . Kita leh bekerja lagi , tak pe saya bagi duit baki akak tadi . " ( sambil menghulurkan duit baki tadi) 

Dia tetap menolak setelah berapa kali aku paksa akhirnya dia terima juga .  Dia tersenyum ,nampak raut wajahnya ada keceriaan. Aku cakap dengan dia, dulu time sekolah pon lisa ada tolong mak  macam dia , jadi Lisa tau bagaimana rasanya bekerja di usia macam dia . Bangga dengan dia , zaman yang serba canggih macam ini , dimana budak darjah satu pon dok rumah main ipad ketika cuti, tapi ada juga budak yang tolong kedua orang tuanya untuk menjual kuih muih dari kedai ke kedai , menjaja,mengetuk pintu menawarkan kuih jualannya itu sampai habis . Jarak rumah yang jauh tak menjadi penghalang walaupun hanya berbasikal sahaja . 


Semakin kejamkah ekonomi sekarang ini? Entahlah , semua harga barang naik. Nak tak nak kena berjimat dan mencari duit lebih untuk membiayai kehidupan sekarang ini. Masih ada Budak yang prihatin membantu orang tuanya untuk berniaga. Titlle " Budak tak menjadi alasan untu duduk dirumah bergoyang kaki . Yang duduk dirumah goyang kaki sambil main ipad tu bersyukurlah ye , kalau setakat tolong mak atau ayah dirumah..tolong lah bukan berat mana pun kan !

5
( Hide )
  1. Kesian jugak tengok tapi baguslah kecik2 dah merasa susah. InsyaAllah besar nanti berjaya lah dia.

    ReplyDelete
  2. bagus budak tu.. taat kate mak die.. mesti budak tu peramah dan gigih..

    ReplyDelete
  3. Cukup respect dengam budak yang sanggup bekerja untuk meringankan beban family..

    ReplyDelete
  4. bakal usahawan berjaya satu hari nanti,

    ReplyDelete
  5. tiba2 tingat mak kat umah buat kuih

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo