Ad

Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI 

Lisa tak berapa berani nak makan mangga muda ni , sebab jenis yang takut masam and takut gigi ngilu . Tapi sejak pakai sensodyne ni dah berani try makan manis , masam ( eh teriklan pulak ) . Dah bertahun rasanya Jeruk Manga Asam Boi ni menghantui rakyat Malaysia , kalini Lisa cuba try rasa dan ... sedap weih. Tak la masam macam yang Lisa bayangkan selama ni . Rasa Masam, manis dan pedas... ok la cun ! Sebelum ni Lisa ada share RESEPI JERUK RAMBUTAN ASAM BOI , kali ni nak share Resepi Jeruk Mangga Asam Boi pula.. semudah ABC jerr.

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI RANGUP & MUDAH


Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuatnya.
Bahan-bahan

4 biji mangga
1 sudu teh kapur makan / Garam kasar
10 Sudu Besar Gula 
1 Packet Asam boi
Cilipadi ikut suka nak pedas mana

CARA-CARA
1. KUPAS MANGGA
Mula-mula basuh dan buang kulit mangga macam biasa. Hiris panjang-panjang tapi jangan nipis sangat sebab nanti tak rangup pula.
 RENDAM
Seterusnya kita rendamkan mangga dengan air yang dibancuh dengan 1 sudu teh kapur makan. Biarkan 1 jam.Tujuan merendam dengan air kapur ni untuk bagi mangga tu rangup.
Kalau yang tak ada kapur dekat rumah boleh gantikan dengan garam kasar segenggam atau cuka.
CUCI
Lepas sejam, cuci semula mangga tadi bersih-bersih. Lepas tu toskan dan bolehlah masukkan ke dalam balang.

2.Masukkan gula kemudian gaul rata .

3.Selepas itu masukkan asam boi dan cili padi , gaul rata lagi.

4.Akhir serkali taburkan asam dan limau kasturi , simpan dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum dinikmati . Simpan dalam peti ais semalaman baru sedap makan sejuk-sejuk. Bahan-bahan tadi pun dah bersatu dan lagi kaww rasa jeruk mangga tu.


Haa… Kan ke senang sangat nak buat jeruk mangga asam boi ni. Yang suka pedas, bubuhlah cili tu lebih sikit. Baru power!

Selamat mencuba.

RESIPI DORAYAKI

Resipi Dorayaki


Bagi korang yang pernah tonton Kartun DORAEMON mestinya dah tak asing lagi dengan makanan kesukaan Doraemon iaitu DORAYAKI. Dulu masa kecil lagi , ingatkan kena pergi Jepun dulu baru boleh merasa kuih dorayaki ini, naif gila haha. Sekarang dah besar ni ... baru jumpa resipi dorayaki yang sebenarnya senang je aih . 

BAHAN-BAHAN MEMBUAT DORAYAKI 

1 cawan tepung serba guna (tepung gandum pun boleh)
½ cawan gula halus
½ camt baking soda
3 camb air
2 biji telur
1 cambmadu
½ camb minyak masak
Secukupnya kacang merah manis hancur (boleh ganti dgn coklat@ apa sahaja yang anda suka untuk dijadikan inti)


Cara- caranya

1.      Masukkan gula ke dalam mangkuk adunan dan tambah gula. Kemudian pukul sebati.
2.    Campurkan baking soda dan air. Kacau sehingga baking soda sebati
3.     Tambahkan larutan baking soda ke dalam mangkuk adunan yang mengandungi campuran telur dan gula. Pukul rata.
4.    Tambahkan tepung yang telah diayak. Gaul sebati dan rehatkan adunan selama 20-30minit. (Masa nie boleh lah hancurkan kacang merah yang da direbus manis).
5.    Selepas direhatkan, jika adunan terlalu pekat, boleh tambahkan beberapa camca besar air mengikut keperluan.
6.    Panaskan pan (kuali leper), lenserkan dengan minyak masak dan sudukan adunan ke dalam pan (api jangan terlalu besar nanti hangus).
7.     Ulangi langkah sehingga semua adunan habis.
8.    Kemudian sapukan kacang merah yang hancur tadi dan apitkan dengan kepingan dorayaki lain.
9.    Siap !   DA BOLEH MAKAN!!!! 

cara membuat dorayaki


Bukan susah mana pun kan , dan bahan bahan pun senang sahaja... selamat mencuba !
jangan lupa share resipi dorayaki ini tau .. 

RESEPI SUP TEPUNG

RESEPI SUP TEPUNG


Assalamualaikum ! Dah lama rasanya tak menulis tentang resipi . Iyela.. bukan Lisa pandai sangat bab bab masak ni .. baru nak berjinak-jinak . Kali ini nak kongsi resepi Sup Tepung . Tak sure la korang pernah makan ke tidak , kalau chinese biasanya dipanggil " Mian Fen Gao ". Famous oo makanan ini !  Lisa selalu nampak Lady boss masak , senang je rupanya  . Cara masak senang je dan bahan-bahan pun men campak-campak je. 


BAHAN SUP



1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 buku kiub pati ayam
1 keping dada ayam dihiris-hiris
seikat sayur manis , korang boleh gantikan dengan 1 ikat sayur sawi kalau suka :)
* Bawang dtmbuk atau dihiris pun boleh

BAHAN UNTUK TEPUNG


1 @ 2 cawan tepung gandum
Sedikit air
Scubit garam

CARA-CARA MEMBUAT SUP TEPUNG


  1. Tumiskan kesemua bawang tadi sehingga garing
  2. Masukkan ayam dan letakkan kiub pati ayam sekali
  3. Letakkan sedikit air untuk lunakkan ayam tadi
  4. Kemudian masukkan sayur manis atau  sawi ( Dalam gambar ni Lisa letak sayur manis )  dan letakkan lagi air sehingga bersesuaian untuk dijadikan sup . 
  5. Tepung tadi dicampurkan sedikit demi sedikir air dengan garam tadi. Jadikan sperti doh dan blh dicubit-cubit. 
  6. Kemudian cubit dan carikkan tepung tadi dan masukkan kedalam sup tadi .
  7. Biarkan mendidih selepas diletakkan sup tadi
  8. Kemudian matikan apinya dan siap dihidangkan 
    Taburkan ikan bilis goreng , dan hidangkan dengan potongan cili dalam kicap . Siap ! 
 Resepi sup tepung sangat mudah untuk disediakan .  Selamat mencoba... 



TangYuan , Resipi Bola Beras Pulut

TangYuan , Resipi Bola Beras Pulut

Tang Yuan , Bola Beras Pulut 


Tangyuan ini sejenis makanan atau mudah dipanggil bola beras pulut . Selalunya  Lady boss akan masak TangYuan pada hujung tahun ( 21-23 Disember setiap tahun ) , sebab Festival Dongzhi  ini merupakan masa untuk keluarga untuk berkumpul sampena pergantian musim / Tahun . Di Taiwan , China , Korea ... terkenal dengan festival Dong Zhi ini .  Katanya kalau makan sebiji bola beras pulut ini melambangkan dah bertambah usia 1 tahun ,  harus berkelakuan lebih baik pada tahun yang akan datang ( yang ni Lisa google ) hahaha. 


Pengertian Tangyuan 

Menjadi antara juadah musim perayaan 'Dong zhi' atau Winter Solstice. Terdapat kepelbagaian tang yuan iaitu berinti mahupun tanpa inti. Tang yuan tanpa inti (unfilled) selalunya bersaiz lebih kecil dan lebih berwarna warni. Bagi tang yuan berinti (filled) pula, saiznya lebih besar sedikit sebab inti di dalamnya ( yang ini paling disukai anak kecil sebab manis ) . Antara inti yang paling popular ialah black sesame, peanut, kacang merah, pandan kaya, coklat, dan lain-lain. Tang yuan dihidangkan bersamasup manis/ air syrup. Juga terdapat pelbagai jenis seperti sup halia dengan gula batu (paling popular), sup kacang merah, dan banyak lagi . 

.


Resipi Bola Beras Pulut , Tangyuan 

Bahan-bahan
• 2 cawan tepung pulut
• 1 sudu besar gula kastor
• 200 ml air
• Pewarna makanan (ikut citarasa)
Untuk warna Hijau tu , biasanya kami akan gunakan daun pandan yang di tumbuk untuk dapatkan air pati  .

Cara-cara memasak Bola Beras Pulut 

• Gaulkan tepung pulut bersama gula di dalam mangkuk.
• Tambahkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh lembut yang tidak melekat di tangan (lebih lama menguli, ia semakin kurang melekit)
• Kalau nak tang yuan bewarna warni, bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan.
• Uli lagi setiap satunya sehingga warna rata.
• Bentukkan bulat-bulat seperti bebola kecil bersaiz 1-2 cm.
• Masukkan bebola tersebut dalam air mendidih. Bebola yang dah masak akan timbul di permukaan air.
• Bila bebola dah masak, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi sweet broth.

Tips 
• Ketika merebus bebola, bila bebola dah masak dan timbul di permukaan, angkat dan masukkan ke dalam air (suhu bilik) sebentar. Kemudian, barukah dihidangkan dalam mangkuk berisi sweet broth. Langkah ini adalah untuk menyejukkan bebola dan supaya bebola tidak overcooked. Juga untuk membuatkan teksturnya lebih kenyal dan sedap.

• Tang yuan ni sesuai dimakan bersama sweet broth yang sejuk. Sekiranya kurang sejuk, masukkan beberapa kiub ais dalam mangkuk bila ingin menikmatinya.

SWEET BROTH (sup manis / air syrup) 

Bahan-bahan
• 1 liter air
• 2 helai daun pandan (simpul)
• ½ cawan gula batu/ gula perang/ gula melaka/ gula kastor/ gula pasir
• 2 inci halia (hiris)

Cara-cara
• Rebus air sehingga menggelegak 
• Masukkan daun pandan dan halia. Didihkan selama 5 minit.
• Masukkan gula, perlahankan api, dan reneh selama 15-20 minit.
• Sejukkan di dalam peti sejuk.

Tips
• Adjust rasa manis ikut citarasa. Tambah sukatan air kalau nak air banyak. Tambah sukatan gula kalau nak manis.


Untuk yang warna orange tu , dibuat dari ubi yang berwarna orange , mungkin kalau ubi yang warna purple tu ada .. akan jadi purple pula hehehe .  Kupas ubi , kemudian stim dah lembik ... baru pukul rata supaya senang buat bebola . 


Lisa bukan chinese ,  tapi nak buat macam mana .. dapat boss Chinese .. jadi boleh la rasa . Hehehe..  pandangan orang atau siapa je yang  dengar  makanan cina mesti akan tanya , halal ke ? hehehe. Halal wakk... sebab Tangyuan atas ni buat kat dapur tempat kerja je ni ha .. Jadi tahu la apa je bahan , peralatan , kebersihan dan halal sebab kegunaan untuk staff , tak pernah masak dan makan babi oink oink ditempat kerja  . Actually  i made tangyuan tu juga( cewah speaking pula )  .. hahaha... tak salah untuk menguji skil memasak hihihi.

Rasa ? Lebih kurang seperti makan kuih gula melaka , onde-onde , sama je la bahan dan cara buat nya .

Dengarnya beras pulut ini boleh juga untuk jadikan muka lebih cantik , tadi Lisa google keluar gitu .. nanti  nak cuba kalau berjaya Lisa kongsikan .

So terjawap sudah soalan yang selama ini membelengu , kisah disebalik makanan bola beras pulut tang yuan . 

Resepi Udang Goreng Tepung

Alhamdulillah dah masuk hari ke 3 puasa , bagaimana dengan puasa korang ? masih boleh bertahan kan . Agaknya apa ye menu berbuka puasa untuk hari ini ? untuk penggemar udang , Apa kata korang cuba resipi mudah iaitu udang goreng tepung. Pergi beli kat luar banyak tepung dari udang hik hik,, Jom memasak ! 

Bahan-Bahan :- 
- 450 gram udang
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu makan air perasan jeruk lemon
- minyak untuk menggoreng



 Bahan Acuan Tepung:-
- 1 butir telur 
- 150 ml air sejuk (ais) 
- 1,5 sudu teh baking powder
- 250 gram tepung gandum
- sedikit blackpeper powder
- 1/4 sudu teh garam

Cara Membuat Udang Goreng Tepung


1. Cuci bersih udang, taburi dengan garam dan air lemon.

2. Siapkan mangkuk , siapkan mangkuk atau bekas kemudian masukan garam bersama baking powder , blackpapper powder dan tepung gandum.  Di mangkuk terpisah, gaul telur dan campur dengan air sejuk ,masuk secara perlahan-lahan (air dari dalam peti sejuk )

3. Gaulkan hingga sebati dan biarkan selama 30 minit sebelum digunakan atau boleh juga dimasukan ke dalam peti sejuk. 

4.Panaskan minyak yang banyak kerana nanti agar udang boleh tenggelam ketika digoreng. pegang bahagian ekor udang dan celupkan udang kedalam bancuhan tepung.

5. Pada bahagian ekor tak bersalut tepung pun tak ape. kemudian masukan kedalam minyak yang sudah panas tadi dan goreng hingga warnanya cantik atau keperangan.

6. Akhir sekali, angkat dan toskan, agar lebih sedap hidangkan bersama sos pencicah atau cos cili thai, mayonis.


Note:
1. Agar ketika menggoreng tidak meletup pastikan semua bahagian udang yang bersalut tepung benar-benar kering.

2. Bancuhan tepung jangan terlalu cair agar boleh melekat pada udang.

3. Bila ingin menggoreng udang menjadi luruh hiris menyerong bahagian bawah udang dan buat 3 - 5 hirisan bergantung kepada saiz udang.

Resepi udang goreng tepung rangup ini akan lebih sedap bila dihidangkan panas-panas dan sampai jumpa diresepi seterusnya .

Resipi Ayam Masak Sos Lemon



Assalamualaikum , hari ini cuti korang masak apa ? sebelum itu Lisa ucapkan Selamat Hari Pekerja untuk semua pekerja baik swasta atau kerajaan . Agak lama rasanya tak tulis entri resipi , kali ini Lisa kongsikan masak ayam yang paling senang iaitu Ayam Masak Sos Lemon. Rasa masam manis , lebih kurang seperti sweet sour la. Boleh makan dengan nasi atau dengan kentang goreng dan salad ala-ala western gitu .

Resepi Ayam Goreng SOS Lemon 

Nama macam western gitu ada lemon , tapi sebenarnya masak ni paling senang lah bagi Lisa .

Bahan-Bahan
3 keping daging ayam bahagian sukuan peha - pisahkan tulang dan bersihkan
4 sudu makan tepung beras
4 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan tepung gandum
1 biji telur ayam - ambil putih telur saja
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk pati ayam maggi cukup rasa
Minyak yang banyak untuk menggoreng ayam hingga tenggelam

Cara Memasak Ayam


1.Gaul daging ayam bersama serbuk pati ayam secukup rasa kemudian celupkan dengan putih telur, lepas tu campurkan tepung jagung, tepung beras, serbuk lada putih, tepung gandum dan gaul sebati, kemudian salutkan ayam dengan campuran tepung tadi.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sampai tenggelam daging ayam sehingga warna keemasan dan masak. Angkat ayam dan toskan kemudian potong sesuai cita rasa korang.

Untuk sos lemon pulak , resepi seperti dibawah ini :

Bahan-Bahan Sos Lemon

3 sudu besar jus lemon
4 sudu makan pekatan pati oren sunquick
3 ulas bawang putih - cincang
2 biji limau sunkist - ambil jusnya lebih kurang 1 cawan
2 sudu besar mentega
2 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan 3/4 cawan air
1 labu bawang besar - cincang
1 sudu makan sos plum
1 sudu makan stok ayam pekat maggi

Cara Membuat SOS


1. Panaskan mentega kemudian goreng bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan. masukkan jus limau sunkist, sos plum, stok ayam pekatm maggi, jus lemon, dan pekatan pati oren sunquick.

2. Masak sehingga mendidih dan kecilkan api. kemudian masukan bancuhan tepung jagung dam kacau seketika sehingga sos pekat. Akhir sekali, padamkan api dan tuang sos di atas ayam goreng tadi.

Sebenarnya kan , untuk sos ni korang boleh beli pes yang dah siap dekat supermarket pun ada jek , Lagi senang la, tak perlu leceh .

Kalau resepi atas dan cara-cara tadi tak berapa senang hadam , korang boleh tengok diresipi che mat gebusss tiffin biru DISINI .

Selamat mencoba !!


Resepi Jeruk Rambutan Asam Boi



Musim durian dah nak habis dah , sekarang tiba masa musim rambutan pula. Teringat dulu time kecik , ayah selalu belikan rambutan sampai berguni-guni banyaknya . Lisa seorang yang makan... haha nasib baik tak cirit birit. Pernah dengar mangga jeruk yang letak cili potong tu kan ? Kali ini Lisa buat jeruk rambutan pulak . Mmmm...agaknya macam mana lah rasanya ? Jom try buat. 

Resipi jeruk rambutan sama saja dengan resipi jeruk mangga. Hanya gantikan mangga tu dengan buah rambutan . 






Bahan-bahan Jeruk Rambutan Asam Boi : 


- 200gram Asam Boi
- Buah Rambutan (terpulang kalian nak berapa banyak )
- 10 biji cili padi (cincang)
- 5 biji Limau kasturi (potong dua )
- 3 sudu gula
- Garam secukupnya.

Mudah dan senang dicari bukan bahan-bahan ni. Dan yan pasti tak mahal. 


Cara buat jeruk rambutan ni senang je . Kupas rambutan , buang kulit kemudian cuci . Masukkan dalam bekas , masukkan asam boi , cili padi , gula secukupnya dan gaulkan . Letak garam secukupnya .. kemudian perah limau kasturi dan masukkan limau tu kemudian gaul sekali lagi . Tak perlu tambah air sebab gula dan limau tu nanti akan mencair sendirinya . Tadaaa.. dah siap , kemudian letak dalam peti sejuk dan tunggu beberapa jam sebelum dimakan . 

Boleh tahan sedap rasanya , manis , masin , masam , pedas ... semua ada . Rasa rambutan tu kekal tak hilang . Musim rambutan belum habis lagi kan ? selamat mencoba! . Lepas ni nak buat jeruk durian pula lah.. EHH...hahaah jangan.. nanti sakit perut Lisa tak tanggung . 


Resepi KETAM BLACK PEPPER


ketam lada hitam
Dari banyak jenis menu ketam , Lisa lebih suka ketam yang dimasak black pepper atau ketam lada hitam . Pedas dan manis , tak muak walaupun makan banyak.. Biasa kalian dengan daging masak lada hitam , sekarang ketam pula. Cara masak ketam ni senang je rupanya .. main campak-campak dah siap ..sedap pun sedap .. (puji diri sendiri nampak ) , hehe  ... Jom cuba masak , Resepi Ketam Black Pepper berikut Lisa kongsikan . 


Resipi Ketam Black Pepper / Ketam Lada Hitam . 

Bahan-bahan : 
3 ekor ketam ( jenis ketam ikut citarasa kalian , kalau Lisa suka ketam besar , ketam nipah sebab banyak isi  dari ketam bunga )   
2 sudu besar butter
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia ditumbuk
15 biji cili kering (  hiris kecil kemudian rendam air panas dan toskan )
2 tangkai daun kari
3 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
5 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan sos pekat
1 sudu makan sos cair
1 cawan air panas
Garam, gula n perasa secukupnya
1 biji bwg merah besar ( hiris bulat )

Cara memasak ketam black pepper :
*Ketam potong ,ketuk-ketukkan kemudian cuci bersih dan rebus hingga naik kaler orange .


1. Panaskan butter sehingga cair, tumis bahan-bahan tumbuk  tadi ( bawang merah , bawang putih , halia , lada hitam)   sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering, daun kari dan  goreng garing.
3. Masukkn lada hitam, sos lada hitam, sos pekat, sos cair n air panas, gaul biar rata dan mendidih.
4. Masukkan garam, gula n masukkan bawang hiris, gaul lagi bagi rata.
5. Masukkan ketam, gaul biar sume bahan sebati, siap dihidangkan.

Hidangkan panas-panas .. fuhhh memang mebeles... rasa yang sedap gila wooo.. Lisa seorang boleh makan 3 ketam sekaligus . Hahahaha.. dah namanya pun peminat ketam . Tapi tak boleh makan selalu.. nanti kena gout .. Selamat mencoba 

RESEPI SHELL OUT

Resepi masak shell out
Sekarang sedang HOT dengan menu makanan seafood yang disajikan hanya dengan alas plastik je .Entri sebelum ni Lisa dah kongsi dimana lokasi makan Shell Out di Kluang , hari ini Lisa ingin kongsi pula resipi yang ada dalam Shell Out tu . Mudah je , terpulang kalian nak rajin ke tidak . Hahaha tapi better makan kat luar kot sebab kalau tak pandai siang ketam , nanti ketam jadi hanyir dan busuk . Tak pandai boleh mencuba ,.. Jom baca !  


 Nah sebenarnya nama Shell Out tu bukan nama makanan  , tapi nama kedai " Shell Out " yang mula-mula perkenalkan menu makanan seperti itu,,, yang ni semua macam dah salah paham . Termasuk Lisa le .. ala..sama je dengan maggi, orang dah selalu sebut nama tu .. jadi dah terpatri difikiran dengan sebutan 'maggi' walaupun nama maggi tu mie sedap ,  ramen , atau brand lain lagi . Betul tak ?   Jom baca resipi cara masak shell out sendiri dirumah . 


RESIPI SHELL OUT

 LALA SWEET SOUR

Bahan – bahan :
Lala
Serai
Bawang putih
Cli padi
Sos cili
Sos tomato

Cara memasak  :
Tumbuk serai + cili padi + bawang puti,  tumis semua sekali kemudian masukkan sedikit sos tomato + sos cili. Tak payah letak air pon takpe, sebab nanti dah masukkan lala dia dah masak keluar air dari lala tu..

RESIPI SHELL OUT

CHILLI CRAB


Bahan – bahan :
Ketam
Cili kering
Bawang putih
Bawang merah
Serai
Serbuk kari ikan
Asam keping
Telur

Cara Memasak : 
Masukkan bawang putih + bawang merah + serai + cili kering yang dah direbu dan kemudian blend . Tumis semua sampai dah agak kering, 
Masukkan sedikit serbuk kari ikan + asam keping+ garam + serbuk perasa.  Kemudian masukkan ketam. Ketam nak goreng dulu pon boleh tak nak pon takpe.  masukkan Ketam sampai nampak warna ketam tu dah sedikit oren terus pecahkan telur.. siap.



RESIPI SHELL OUT

SOTONG BAKAR BEREMPAH

Bahan – bahan :
Sotong
Sos panggang maggi
Serbuk kunyit

Cara Memasak  : 
Perap sotong dengan sos panggang maggi + sedikit serbuk kunyit. kemudian bakar dalam pemanggang ajaib.


resipi shell out

 UDANG SAMBAL

Bahan – bahan :
Udang
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar
Cili kering
Belacan
Air asam jawa

Cara memasak :
Blend bawang merah + bawang putih + bawang besar + cili kering yang dah direbus + belacan yang dah dibakar.. tumis semua sampai pecah minyak, masukkan air asam jawa + garam + gula + serbuk perasa and terakhir masukkan udang.

untuk sayur dan jagung  , kalian hanya perlu rebus sekejap dengan garam dan pepper.. jagung tu rebus kosong je sebab rasa dah manis nanti .  Siap untuk dimakan ...Sedap lagi kalau alas dengan daun pisang .. aroma dan rasa makanan tu dah lain .. 

Selamat mencoba .. 

© all rights reserved
made with by templateszoo