Ad

Showing posts with label Samsung. Show all posts
Showing posts with label Samsung. Show all posts

SAMSUNG NOTE 9 Midnight Black , Hadiah Tahun Ini


SAMSUNG NOTE 9 , Hadiah Tahun Ini


Assalamualaikum ! 
Lama tak menulis entry personal.. cewah personal la sangat . Setiap tahun Lisa akan beli hadiah untuk diri sendiri , rewards gitu setelah bertungkus lumus kerja . Cehhh dengar macam WOW sangat padahal.... . Hadiah kali ini aku beli Samsung NOTE 9 , wow betul tahun ni kan . Rasa tahun ni tahun keluar duit je hahaha. 


Lama dok fikir nak beli pakej telco atau nak beli secara cash je , kalau Lisa beli guna pakej YES YTL , harga baru rm999 then upfront payment  dalam 720  , bulanan rm 98  . Untuk pakej celcom lak masa riki-riki tu tak kuar lagi masa tu . So tunggu la sampai keluar . Lisa ni jenis yang tak nak contrak sebab ye la , nak jimat duit . Sekarang pon dah ada 2 bill , data tak luak pon.. lagi nak tambah 1 bill, lau guna tak pe juga.. ni tak pakai bazir mcm tu je . Dan finally aku beli cash je . ( Dalam hati pujuk , ala tak pa nanti dapat duit review blog lagi , Invest gadget nanti pon senang nak update blog ,,, dapat duit lagi ) Hahaha.. 


Kelebihan Samsung Galaxy NOTE 9 

Diantara kelebihan yang ada pada samsung Galaxy Note 9 yang Lisa suka ialah : 
  • Skrin Besar . 
    Galaxy Note 9 mempunyai skrin yang lebih besar iaitu  6.4 inci Super AMOLED Infinity. Disokong resolusi QHD + dan juga HDR10. Senang nak tengok viu ataupon netflix haha. 
  • Storan besar .
    Lisa gunakan iPhone dengan storan 64GB . Nampak besar tapi sebenarnya tak cukup untuk seorang blogger macam Lisa ni ha , dari apps sampailah gambar yang sampai 10K . hahah banyakkan ? NOTE 9 Lisa ambek yang 128Gb dan RAM 6GB , kalau tak cukup tak tau lagi lah . Kenapa tak ambil yang 512GB ? sebab taknak jadi hang ke apa . hehehe ...
  • Kamera 
    Note 9 mempunyai Dwi-kamera 12+12 Megapixel dengan bukaan (f/1.5+f/2.4) dan sokongan rakaman 4K 60FPS . Kamera cantik ! Seorang blogger memang tak lari dari snap gambar produk ataupun selfi . Setakat ni Lisa dah guna untuk snap gambar produk dan juga record video . Hee... kena explore lebih lagi . 
  • Stylus .
    Kalau dulu Lisa guna NOTE 3 , pen boleh guna untuk conteng2. S-Pen Note 9 pula lebih banyak kegunaan dia seperti :  . Ia kini boleh menjadi alat kawalan jauh untuk mengawal kamera, pemain video, aplikasi muzik, perakam audio dan melakukan pembentangan seperti Power Point. Senang nak selfie tanpa hulurkan tangan !

  • Audio 
    Sound best woo , lagi lagi time tengok movie sebab dilengkapi dengan pembesar suara stereo serta dapat menghasilkan audio Dolby Atmos . Dah tak perlu pakai earphone lagi . 
  • Bateri 
    Bateri untuk Note 9 ini ialah 4,000mAh , boleh bertahan lebih dari 20 jam pada penggunaan sederhana dengan SOT mencecah 8 jam
  • Kalis Air 
    Hahahah yang ni penting sangat untuk Lisa . Sebab kadang Lisa ni suka bawa HP masuk dalam tandas,  jadi tak perlu risau la kalau kena air . 
  • Double Simcard 
    First time Lisa gunakan Phone yang ada 2 simcard , walaupun begitu Lisa pasang 1 sim je dalam tu hhehe. 



Nah ... Nak update blog pun dah rajin ( sikitttt.... ) sebab boleh terus upload ke blogger.com , kalau pakai iPhone tak boleh huhu sebab tu la jarang update blog . *Elehh alasan je tu .  AMIN... semoga lepas ni rajin ye .. jangan malas-malas.,, heheh . 

Fuh berjaya juga Lisa update cerita tentang NOTE 9 ni.. hahaha. Tahun depan tak dan nak berjimba-jimba.. harap lepas ni menabung la . Kah kah kah .. 

Nah sedikit gambar dari Newbies untuk gambar pertama pakai NOTE 9 . Jangan kecam ya , pakai auto je .. tengah belajar lagi guna PRO .. haaha







GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge

GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge
 Siapa yang tak kenal  Lee Kwang Soo ,  pelakon kacak dari Korea bintang Runing Man yang memand ramai diminati di Asia . 16 Mac 2016 Lee Kwang soo tiba di Malaysia untuk pelacaran samsung terbaru iaitu Galaxy S7 Edge bertempat di KLCC pada 17 Mac2016. Bukan main banyak peminat yang datang , dah semut nampak gula.


Nah untuk kalian peminat bintang KPop  ni, Lisa bagi beberapa keping gambar Lee Kwang Soo sebadai Duta Samsung Galaxy S7 edge semalam,jangan melting tak boleh tidur pula ye .

GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge

GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge

GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge
Bagi yang beli Samsung Galaxy S7 Edge dapat poster  + tanda tangan dari Lee Kwang Soo .


GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge

GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge

GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge

GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge

Credit gambar : klose-up.com

5 Kelebihan samsung Galaxy S7yang kalian perlu tahu : 


5 best features of the Galaxy S7
These are the 5 best features of the new Samsung Galaxy S7.
Posted by The Verge on Thursday, 10 March 2016
© all rights reserved
made with by templateszoo