Ad

Showing posts with label skincare. Show all posts
Showing posts with label skincare. Show all posts

Pencuci Muka Suchi Aqua Cacteen Melembabkan Wajah

Pencuci Muka Suchi Aqua Cacteen Melembabkan Wajah

Pencuci Muka Suchi Aqua Cacteen Melembabkan Wajah 

Asalamualaikum ! Kulit kering menyebabkan anda rasa kurang selesa dan menjadikan solekan anda tidak sempurna dan bertompok. Amat penting untuk kita mengetahui jenis kulit masing-masing dan menggunakan produk yang bersesuaian dengan kulit agar kulit kekal hidrasi atau lembap. Satu faktor menyebabkan kulit kering ialah kandungan alkohol yang tinggi di dalam pencuci muka tersebut. Seeloknya cuba untuk memilih pencuci muka yang mempunyai bahan yang lembut dan tidak kasar kepada kulit. Baru ni Lisa cuba Pencuci Muka Suchi Aqua Cacteen yang melembabkan wajah. 




Pencuci Muka SUCHI Sesuai Untuk Ihram 

Kenapa perlu cuci muka padahal tak pakai makeup pun ? Pencuci muka ni bukan hanya untuk yang pakai makeup sahaja ya ... sebab kulit wajah kita terdedah dengan udara luar , terkena habuk , debu dan kotoran halus yang tak nampak yang kemudian akan buat kulit muka jadi kasar atau mungkin naik jerawat .
Pencuci muka Suchi diperkaya dengan ekstrak Tea Tree, Aloe Vera dan Aqua Cacteen. Dirumus khas untuk membersihkan, melembapkan dan menghidratkan kulit. Tanpa pewangi dan alkohol dan sah digunakan ketika ihram. Cuaca di sana "kering " walaupun pada musim sejuk. Apatah lagi pada musim panas. Aqua Cacteen (opuntia ficus indica) mampu mengekalkan kelembapan kulit dan ianya mempunyai 150% lebih banyak Vitamin E berbanding Argan Oil.




Cara penggunaan : 

Buihkan pencuci muka pada wajah dan kemudian bilas sehingga bersih . 


Ada pelbagai lagi produk Suchi yang ada seperti bedak talkum, shampoo, lotion, pelembap bibir dan banyak lagi. Suchi ialah produk kosmetik haji umrah yang sah digunakan ketika ihram. Mempunyai lebih dari 10 produk dan set, untuk  memberikan kemudahan dan keselesaan jemaah haji dan umrah dari segi penjagaan diri. Ehh sesuai juga untuk cuaca panas di Malaysia ini .. try la sendiri kayh ! 



REVIEW LISA : 

Pencuci muka Suchi ni tak pedih dimata dan sejuk je dikulit lepas basuh muka . Sesuai la untuk Lisa yang lately ni kena event diluar dengan cuaca yang panas huhu . Bukan hanya kotoran yang tertanggal tapi pencuci muka Suchi juga kekalkan kelembaban  kulit menjadi sejuk dan terhydrate . Yang penting takda alcohol elak dari jadikan kulit kering.

Kalau korang berminat, korang boleh layari
Website: https://suchiofficial.com/
Facebook: https://www.facebook.com/suchiofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/suchiofficial/

EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water Menanggalkan Solekan

EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water Menanggalkan Solekan

Assalamualaikum ! Lisa suka makeup tapi malas nak tanggalkan solekan tu . Sebab tu mesti korang jarang tengok Lisa makeup kan? Ada yang cakap , Lisa ni Makeup tak makeup sama je rupa ,  ke sebab tak reti makeup la kot.. hehehe ! Lisa cuba Eversoft Skinz Micellar Cleansing Water ni best pula pakai , menanggalkan solekan lebih mesra kulit ,  tak pedih , makeup cepat tanggal pon ye juga . Perlu diingat ye , walaupun light makeup , bersihkan muka tu wajib ya agar kulit tak tersumbat dengan kotoran sisa makeup ,  lebih lagi kalau sebelum solat. 


Proses menanggalkan solekan kini lebih mesra kulit dengan 100% Ekstrak Tumbuhan Organik, EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water

Kosmetik merupakan salah satu elemen daya tarikan seorang wanita. Solekan seperti pembayang mata, celak, maskara dan barangan kosmetik lain menyerlahkan kecantikan pada mata serta menaikkan seri pada wajah. Sudah menjadi trend bagi kebanyakan pengguna terutamanya wanita dan gadis untuk menggunakan kosmetik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh kerana bahan kosmetik mengandungi bahan kimia dan pewarna, adalah penting untuk memastikan solekan dibersihkan secara menyeluruh tanpa mengganggu lapisan perlindung kulit yang boleh mengakibatkan kulit kering.

Sebagai jenama yang dipercayai lebih 20 tahun, EVERSOFT memang terkenal dengan pembersih wajah yang diformulasi dengan 100% ekstrak tumbuhan organik dan menggunakan teknologi Jepun. EVERSOFT™ kini memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air yang tidak melekit. Ia menggabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan, membersih, menyegar serta melembapkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah dengan mudah.


EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water

Diperbuat daripada 100% ekstrak tumbuhan organik dan tanpa kandungan kimia berbahaya, EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa menggosok. Ia mampu mencapai kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori sambil membersih dan melembap dengan ekstrak tumbuhan organik tanpa perlu dibilas. Bahan-bahan semulajadi yang lembut dan ternyata semulajadi ini dapat menyegarkan kulit wajah, kekal hidrasi dan tidak memedihkan mata. Memandangkan hidrasi merupakan sebahagian penting dalam proses penjagaan kulit tidak kira jenis kulit anda, Bio-Hyaluronic Acid yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini bebas daripada paraben, SLES/ SLS, propylene, glycol, phthalates, wangian, alcohol, minyak mineral, dan pewarna, menjadikan pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. 



3 variasi, rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water

Terdapat dalam 3 variasi, rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water mempunyai variasi yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit.

EVERSOFT™ AVOCADO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT NORMAL 

Jika anda dikurniakan kulit wajah normal yang tidak terlalu berminyak, anda boleh memilih apa sahaja variasi air micellar yang anda gemari. Namun, EVERSOFT™ telah mencipta formulasi khas yang akan membantu mengekalkan keseimbangan kulit anda. EVERSOFT™ Avocado Micellar Cleansing Water dapat menyuburkan serta meremajakan wajah anda kerana ia dapat menghilangkan sisa solekan dengan mudah, menjadikan kulit lembut dan kekal terhidrat. Ekstrak Avocado yang diperkaya dengan antioksida Vitamin E bermanfaat untuk melawan radikal bebas, pencemaran, serta mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang membantu meremajakan kulit wajah.

EVERSOFT™ TOMATO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT KERING

Jika anda mengalami kulit kering, anda mestilah mengelakkan pembersih yang akan mengeringkan kulit anda. Namun dengan EVERSOFT™ Tomato Micellar Cleansing Water anda tidak perlu lagi bimbang kerana ia bebas dari astringen dan alkohol. Ekstrak tomato organik dapat mengekalkan lembapan kulit serta membantu mencerahkan kulit menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. 100% bahan organik yang terkandung berupaya membantu melambatkan proses penuaan serta membekalkan kulit wajah dengan perlindungan sinaran matahari semulajadi. Diperkaya dengan manfaat pati minyak zaitun, iaitu anti-oksidan yang kuat dapat mengekalkan fungsi lapisan pelindung kulit yang membantu memperbaiki keadaan kulit sambil memberikan lembapan pada kulit.

EVERSOFT™ GRAPEFRUIT MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT

Jika anda mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, anda boleh berasa yakin dengan manfaat ekstrak limau gedang yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Grapefruit Micellar Cleansing Water. Ia dirumus khas untuk mengurangkan minyak yang berlebihan, serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh. Ia juga menggalakkan penghasilan kulit sihat dengan mengecilkan liang pori dan mengurangkan jerawat.





EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water dengan 100% ekstrak tumbuhan organik sangat sesuai digunakan tidak kira di rumah, atau jika anda merancang untuk menggunakannya semasa bercuti. Malah anda juga boleh membawanya ke gimnasium untuk membersih dengan segera selepas bersenam. Setiap cucian memberikan anda manfaat nutrient untuk kulit yang bersih dan sihat.

Rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini amat berpatutan serta dapat memberikan hasil yang menakjubkan! Ia boleh didapati pada harga RM25.90 (Semenanjung)/ RM27.20 (Sabah & Sarawak)* dalam botol bersaiz 300 ml di semua pasaraya besar, pasar raya hyper, dan farmasi di seluruh negara.
*Harga termasuk 6% SST.


Review Lisa

Kali pertama Lisa gunakan EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water  , lebih cepat tanggalkan makeup , tak pedih dimata , no peraben ( wajib ) , hargapun valueable. Lepas ni jadi lebih rajin nak tanggalkan makeup la , biasanya terus cuci muka je .. ( nampak benar pemalasnya hahaha ) . EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water  recomended guys.. korang boleh cuba kayh dan try la :D 

WATER FULL GREEN BAMBOO & SKIN RELIEF CALMING CREAM ALTHEA [ REVIEW]

WATER FULL GREEN BAMBOO & SKIN RELIEF CALMING CREAM ALTHEA [ REVIEW] 


Annyeonghaseyo ! Cuaca panas buat kulit jadi kering kan.. jangan lupa pakai moisturiser tau . Stay COOL & Calm by Althea untuk musim kali ini. Yes.. Althea keluarkan produk terbaru untuk menjaga kulit wajah kita tetap sejuk dan juga terhidrate dengan Water Green Bamboo Pads dan Skin Relief. Lisa dah cuba sendiri.. dah nak habis pun hahaha.. memang best gila... sejuk dan juga wangi ! korang boleh dapatkan di ALTHEA.KR 

WATER GREEN BAMBOO PADS

Rasanya ini kali pertama Lisa pakai toner dalam bentuk pads. Water Green Bamboo Pads salah satu Collection terbaru dari althea . Biasanya untuk apply toner kena sediakan kapas tuang dan kemudian  tepek kat muka. Dengan WATER GREEN BAMBOO Pads , lebih senang lah kerja Lisa .
Terbaru dari Koleksi Althea, Pad Bamboo Green Waterful berfungsi sebagai pad toner atau pad masker untuk sediakan penghidratan pada kulit dengan segera sebelum apply makeup  .  Mengandungi ramuan yang dibuat dengan bahan gred hijau EWG untuk memastikan kulit tetap sihat dan berseri. Sesuai untuk korang yang mencari produk penjagaan kulit yang lembut yang menghidrat dan prepare kulit sebelum memakai makeup..

CARA PENGGUNAAN 

 1. Sebagai pad toner
Selepas membersihkan kulit, Sapu pad toner tadi diseluruh kulit anda bermula dari wajah bagian tengah dan gerakkan keluar . Tepuk-tepuk kulit dengan lembut dengan telapak tangan Anda sampai produk terserap dengan baik
 2. Sebagai pad masker : Untuk tingkatkan kelembapan kulit atau penghidratan, letakkan pad ke kawasan wajah dan biarkan kulit anda menyerap produk selama 10-15 minit sebelum tnagalkan pad. lepas dikeluarkan, tepuk perlahan-lahan produk yang tinggal ke kulit korang.


Bahan dan khasiat
 ● Ekstrak buluh kaya dengan mineral dan asid amino untuk menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk memberikan penghidratan dos yang pekat.
 ● Ekstrak Willow dan Centella Asiatica membantu mengekalkan kulit licin dan segar untuk solekan yang smooth. 




Detail selebihnya boleh klik disini : Water Green Bamboo


SKIN RELIEF CALMING CREAM

Althea Collection Skin Relief Calming Cream  adalah krim muka yang menenangkan untuk menghidrat dan memulihkan  kulit dari kerosakan yang disebabkan oleh iritasi dan pencemaran dari luar yang berbahaya. Lisa biasanya pakai siang ataupun malam , ya.. malam best.. muka boleh relaxtantion dengan krim ni . Antara kelebihan dan fungsi Skin Relief Calming Cream seperti :-
● Menenangkan kulit yang sensitif dan kurangkan kerosakan kulit to reveal revitalized skin.
● Sesuai untuk kulit yang kering dan teriritasi, atau mereka yang mencari krim muka yang tidak melekit dan menghidratkan.


CARA PENGGUNAAN :

Setelah membersihkan dan pakai toner pada wajah, sapukan secara merata dan tepuk  perlahan-lahan krim ke kulit korang sehingga ia diserap sepenuhnya.


Bahan dan Khasiat
● SEA WATER dikemas dengan mineral semulajadi yang mengandungi sifat anti-penuaan untuk berseri dan bersinar.
● Panthenol, menyerap ke dalam kulit, menjadikannya terhidrasi dan tenang sambil menguatkan penghalang kulit.
● Ekstrak Centella Asiatica mengandungi sifat yang menenangkan semasa membantu memperbaiki kulit daripada kerengsaan.
● Campuran shea butter dan lesitin hidrogenasi untuk membantu menyuburkan kulit dan membentuk pelindung kelembapan .


Detail selebihnya baca disini : SKIN RELIEF CALMING CREAM ALTHEA

REVIEW LISA :
Kali pertama menggunakan Waterful Green Bamboo Pad memang dah jatuh cinta lah ! sesuai sangat untuk yang malas tuang toner ke kapas ataupun malas nak pakai  mask besar tu haaa sebab biasanya melekit. Yang ni leh jadikan toner dan leh jadikan sebagai mask . two in one gitu..  jimat masa la juga. Rasa fresh di kulit time pakai and yang pasti tak melekit. tu i loike it !!

Lepas tu korang apply Skin Relief Calming Cream pula.  tadaaa ... korang boleh rasakan kulit muka yang terhidrate selepas seharian dalam cuaca panas. hekhek.. boleh tido dengan lena gitu .

Korang jangan lupa try dan dapatkan hanya di althea.kr

Cetaphil Gentle Skin Cleanser Review

Cetaphil - Gentle Skin Cleanser Review 

Assalamualaikum ! Bukan semua orang punyai kelebihan kulit yang combinasi ni . Ya ... kelebihan yang memeningkan kepala juga sebenarnya ,,, lebih lagi dalam pemilihan cleanser atau pencuci muka . Nak cari yang oily nanti takut pula jadi bertambah berminyak .. nak pilih yang dry  pula, Lisa baca tips-tips dari twitter ramai yang pakai Cetaphil . Ha.. mesti korang pun dah biasa dengar jenama ni kan ? baca sampai habis Cetaphil Gentle Skin Cleanser Review dari Lisa .

Pengalaman Pertama Pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser 

Ini pengalaman pertama kali mencuba pakai cleanser Cetaphil Gentle Skin Cleanser  . Oh ya.. jenis kulit Lisa ialah sensitive pun ye juga , sebab kadang oily kadang kering kadang berjerawat kalau tak kena dengan produk tu . Bermula dari review kawan-kawan , jadi teringin juga pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Memula pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni , . Awalnya rasa macam tertanya juga la ... kenapa takde buih... sebab dah biasa gunakan cleanser yang ada foam , bersih ke ? betul berkesan ke ? Dan banyak lagi soalan dalam fikiran .



Bak kata pepatah , tak cuba tak tahu. Dah cuba... jatuh cinta pulak dengan Cetaphil GSC ni . Rasa macam WOW gitu dekat kulit, shoap-free, fragnance -Free , Lagi satu tak berbuih . Ni yang Lisa suka ni ha. Best... rasa macam kulit lebih sihat dan tak kering .  Mesti ramai lagi yang tak tau kan , semakin banyak sabun berbuih semakin mengeringkan kulit kita . 


Kelebihan Cetaphil Gentle Skin Cleanser 

Cetaphil Gentle Skin Cleanser adalah formula yang ringan dan non-iritation , yang melegakan kulit semasa ia dibersihkan. Malah, ia cukup lembut untuk kulit lembut bayi. Direka dengan khusus untuk bekerja untuk semua jenis kulit, ia adalah cara yang mudah, namun sangat berkesan untuk menjaga kulit korang . Seriusly Lisa dah try dekat muka Lisa setiap pagi dan malam sebelum tidur , dan kni kulit wajah lebih rasa lembut dan lembab  , AMAZING !!
Kelebihan Cetaphil Gentle Skin Cleanser :
  • Mengurangi kadar minyak di wajah 
  • Menjaga kebersihan kulit wajah secara menyeluruh 
  • Mencegah penyumbatan pori-pori
  • Melembabkan dan menjaga kandungan air kulit wajah
  • Mengurangi & Mencegah Jerawat di wajah 
  • Mengecilkan liang pori . 
  • Membersihkan tanpa mengeringkan kulit wajah.



Apa yang menarik dari Cetaphil Gentle Skin Cleanser  : 

  • As gentle as it gets - menenangkan dan membersihkan, menjadikan kulit licin dan lembut
  • Ringan, formula bebas sabun membersihkan tanpa irritasi - ia tak akan menghalang kulit minyak pelindung semulajadi atau emolien
  • Melembap tanpa meninggalkan residu yang boleh menyumbat liang pori. - Ia sesuai untuk digunakan dalam mencuci solekan ringan, dan pembersih ini bersifat tidak comedogenic supaya ia tidak menyumbat liang-liang roma. 

Wash your face,  don't use the very soapy one. its not good for the skin. i wash mine twice a day, do not wash it too often either.

 
Tahukah anda ; Jerawat keluar di banyak bahagian muka, dari dagu, dahi hingga dalam telinga. Semua ini disebabkan oleh liang roma tersumbat.

Pencuci muka Cetaphil Gentle Skin Cleanser mempunyai pH seimbang, jadi ia tidak memedihkan mata & juga membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Produk ini dikatakan sesuai digunakan untuk kulit :
  • Normal
  • Sensitif
  • Kering & sangat kering
  • Kulit bayi 
  • Mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat batu, ekzema, & psoriasis. 

Cara menggunakan Cleanser cetaphil gentle Skin cleanser.



  • Dengan air - Sapukan pencuci ini pada kulit muka yang lembap terutama kawasan yang selalu naik jerawat seperti di dagu. Gosokkan perlahan dan bilas. 


  • Tanpa air  : Sapukan pada kulit dan urut perlahan kemudian bersihkan dengan kapas



Langkah 1 : Sapukan Cetaphil Gentle Skin Cleanser pada kulit atau makeup 


Langkah 2 : Urut secara perlahan-lahan sapuan Cetaphil Gentle Skin Cleanser tadi  sampai la makeup tadi tertanggal . 


Langkah 3 . Sapu dengan kapas untuk bersihkan kotoran sisa makeup tadi . dan Siap !



REVIEW LISA Semingu Pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser.

Seminggu pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni  dah nampak perubahan pada kulit wajah , wajah dah rasa moist je tak kering seperti sebelum ni , kulit  tak berminyak, jerawat pun dah kecut perut nak datang . Hahah.. Dah tak perlu risau dan pening nak cari cleanser lain , . Dulu sebelum ni kulit kalau kering akan jadi betul betul kering.. kalau tiba masa berminyak. jadi berminyak teruk sampai kurang confident . Sebab kulit yang sensitif agak susah untuk cari cleanser yang sesuai . Korang cubalah ! boleh dapatkan di mana-mana drugstore terdekat atau kedai e-comerse macam Shopee dan Lazada




PSTHHH : 
99% of user agreed that cetaphil Gentle Skin Cleanser , Gently cleans and moisturizes , without stripping skins natural alls for all skin tyres . <3

Rutin Skincare Harian - Pelembab Muka dan CC Cream

Rutin Skincare Harian - Pelembab Muka dan CC Cream 

Assalamualaikum  ! Cuaca panas buatkan kulit muka jadi kering dan juga boleh jadi sunburn kalau tak jaga dengan betul-betul . Penjagaan kulit wajah penting ya dalam rutin harian bukan untuk cantik sekarang ni je , juga nak elakkan tua sebelum usia . Rutin harian Lisa gunakan pelembab muda dan CC Cream . Teruja pula nak share dengan korang pengalaman Lisa menggunakan skincare terbaru ni , Aqua Whitening Cream dan juga New packing Gold Nano CC Cream ... kedua produk ni dari Hansaegee Nature . Jom baca sampai habis !



Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature .

Sebenarnya Lisa dah lama teringin nak cuba Aqua Whitening Cream ni , lepas tengok review kawan ramai yang cakap best produk ni sebab water drop based m, dan produk ni memang HOT'S  . Tergoda pula kita nak cuba . AQUA WHITENING CREAM ,ialah moisturizer atau pelembab . Pelembab ni boleh memulihkan  kerosakan kulit akibat sunburn dan kemerahan pada kulit dengan baik . Melembabkan kulit secara mendalam dengan water drop . AQUA Whitening Cream ni sesuai untuk semua jenis kulit ! All skin type, Oily skin / Dry skin / Combination skin

Krim pelembab ni mempunyai kesan water Drop tau . Selepas letakkan cream dan buat gerakan urutan , titisan air akan kelihatan terbentuk dengan segera pada kulit kita dalam beberapa saat je . pelembap tu  sepenuhnya diserap kulit sampai kelapisan dalam .  Sangat menyegarkan, dan tiada perasaan melekit , sesuai sangat dengan cuaca panas sekarang ni ha .. rasa sejuk je kalau pakai diwajah ...



WATER DROP MOISTURIZER 


Magical Hydrating effect . WATER DROP akan 
Menyegarkan kulit - Kulit berasa sejuk & lembut. Bahan-bahan pelembap berubah menjadi bentuk Air Drop dengan serta-merta, memberi kesan memberikan kelembapan pada kulit & tanpa rasa melekit . 
kelembapan yang tinggi kepada kulit sepanjang hari. Juga berfungsi untuk kawalan lebihan minyak / sebum.


Oleh kerana ekstrak Herbal, ia melegakan kulit, dan tingkatkan pelembab ini sampai menembusi jauh ke dalam kulit. Cream ni juga mengekalkan kelembapan untuk membentuk kulit yang kukuh.




KANDUNGAN AQUA WHITENING CREAM

🌼 "Minyak Benih Camellia Japonica" -

  • Non-comedogenic, tidak menghalang  liang kulit, tidak menyebabkan jerawat
  • Membaiki kerosakan kulit seperti Drynes & Sun Burn .
  • Menyimpan kelembapan sampai meresap kedalam lapisan kulit .  

🌼 Niacinamide, memberikan tona kulit yang cerah, bersih dan anjal.
* Juga dikenali sebagai vitamin B3, yang berfungsi untuk menghalang penuaan kulit,
* Membaiki penampilan akibat liang pori yang membesar , nada kulit tidak sekata
* Memperbaiki garis-garis halus, kusam, dan permukaan kulit yang melemah.

Kesan Whitening & Moisturizing ditambah pula  dengan ekstrak herba yang memberikan menembusi sampai kedalam lapisan kulit  , menormalkan tahap kelembapan dalam kulit dan membuat kulit yang lebih cerah dan anjal . .

Kelebihan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature : 

- Mencerahkan tona kulit muka akibat sunburn &  dryness damage skin .
- Melembabkan kulit wajah sampai ke dalam lapisan kulit .
- Memperbaiki garis-garis halus , kusam dan permukaan kulit yang melemah juga kulit mati .
- Menghalang penuaan Kulit
- Mengecilkan liang pori yang membesar .



CARA PENGGUNAAN : 
🌸 Cara yang betul untuk menggunakan Aqua Whitening Cream, selepas korang sapu cream pada wajah, Urut wajah  & "tepuk " muka anda perlahan-lahan dengan tangan, maka Water Drop akan muncul serta-merta, ia sangat lembap, dan membasahi kulit wajah korang , dan mudah diserap ke dalam kulit, sehingga ia menyerap sepenuhnya ke kulit.



REVIEW LISA - AQUA Whitening Cream .
Lepas penggunaan beberapa minggu ni ...kulit wajah sentiasa terjaga kelembapan, rasa lembut ,anjal dan tak kering .  memang BEST lah ! Biasanya Lisa akan gunakan tuk skincare rutin harian seperti pagi , sapu sebelum memakai Nano Gold CC Cream Hansaegee Nature . Dan Malam hari , sapu pada wajah sebelum tidur .Lepas gunakan pelembab muka Aqua Whitenig Cream ni kulit wajah rasa sejuk terhidrate dan lembut jee.. rasa nak pegang selalu wajah ni . Result pemakaian bergantung pada kulit wajah memasing ya . Nah korang kena rasai sendiri tau ! 

Masa korang sapukan Aqua Whitening  , korang akan rasa sejuk diwajah. Best weih sejuk sejuk gitu ,. lagi-lagi dalam cuaca panas macam sekarang ni . 

Start ratakan ke seluruh wajah dan korang akan nampak effect yang cream ni meresap kedalam lapisan kulit dan mula la nampak water drop . Rasa macam lepas cuci muka gitu . Best . ! rasa nak continue guna lepas ni . Lisa biasanya akan gunakan pagi hari sebelum sapukan Gold Nano CC Cream , dan malam hari sebagai pelembab wajah sebelum tidur. 




Tadaa... nampak glowing dan rasa moist gitu . Lisa biasakan gunakan pelembab muka sebelum tidur atau dipagi hari untuk jaga kelembapan kulit wajah agar tak kering dan membuat kulit nampak kusam tak bermaya . Nak tidurpun kena cantik gitu ...



GOLD NANO CC CREAM WAJAH BARU 2019

Kini packing GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE berwajah baru  ,  lebih banyak kandungan isi didalamnya iaitu 50 ml , packing sebelum ini 35ml dan dengan sun protection SPF50 PA++ , Packing lama Gold Nano CC Cream sebelum ni SPF 35 PA++ . Lebih banyak isi dan lebih tinggi SPF .Untuk detail selebihnya Lisa dah tulis dalam artikel sebelum ini , korang boleh baca di : Hansaege Nature Gold Nano CC Cream 

OLD PACKING GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE 


Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni akan meratakan tone warna kulit korang . Tak perlu risau terlalu terang dari warna kulit sebenar.  CC Cream yang lebih ringan dari alas bedak , Gold Nano CC Cream ni memiliki tekstur krim lebih lembut yang sangat ringan dan halus , yang akan membantu korang untuk meratakan tona wajah yang tak sekata. 


Cara Penggunaan .
Pump keluar secukupnya dan kemudian tap tap kan di wajah .
Ratakan dengan menggunakan jari sahaja .

Senang je bukan ?







Nah Lisa bagi tutorial vlog rutin harian penjagaan kulit dengan Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature  .


A post shared by Lisa Ciksepet (@mawar_biru89) on







 ♥️Aqua Whitening Cream Sebagai moisturiser , kandungan water base dia memang BEST , juga berkesan tuk merawat sunburn tau ! Muka pon nampak fresh. 
Berat isi  : 50ml 
Harga : RM148.30  
Kelebihan : Whitening & Moisturizer 

Something best about this cream , its water Drop Cream Based. U must try it !!



 ♥️Gold Nano CC Cream kini hadir dengan packing baru tau 😱. Lebih banyak iaitu 50ml dan juga SPF 50+ PA+++ 
Berat isi : 50ml
Harga : RM128.00

Kelebihan : All in One day Cream , meratakan tona wajah dan cerah semula jadi . 





Itu sahaja perkongsian dari Lisa kali ini ... harap bermanfaat untuk korang ya  !


Untuk pembelian Produk penjagaan kulit Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream , boleh korang dapatkan di detail bawah ini.  

. Detail selebihnya ada dibawah ini .  
Hansaegee Nature 






REVIEW Cetaphil UVA / UVB Defense SPF 50

REVIEW Cetaphil UVA / UVB Defense SPF 50 


Selain dari cuci muka , wajah juga perlu diberikan perlindungan dari sinar jahat yang boleh merosakkan, penuaan dan juga jeragat. Gunakan Cetaphil UVA / UVB Defense  sebelum terdedah dari sinar matahari yang teruk . Cetaphil UVA /UVB Defense very high sun protection , dengan SPF 50+/UVA 28 .


CARA PENGGUNAAN :

Sapukan secara menyeluruh pada kulit wajah , badan dan bagian yang sangat sensitive terdedah dengan UV . Applykan dengan kerap , walaubagaimanapun.. jangan terlalu lama berada dibawah sinar matahari walaupun korang dah pakai produk sunscreen. Pededahan terhadap sinar UV yang tinggi boleh menyebabkan kanser kulit . So... be carefull kayh .

+ Meresap cepat ke kulit
+ Tidak melekit
+ Sangat melembabkan kulit
+ Krim yang ringan dikulit
+ Mudah digunakan
+ Mudah dibawa travelling
+ SPF50 Moisturizer
+ Tidak berbau
+ Sesuai untuk kulit sensitif
+ Hypo-Allergeni


Oh ya.., Cetaphil UVA/UVB Defense ni juga water resistance tau , boleh juga digunakan untuk bermain dalam taman tema air atau berenang . 

Itu saja review dari Lisa kali ini, sebenarnya ada banyak produk Cetaphil ini.. korang boleh cari di laman www.cetaphil.com.my . Atau boleh kunjungi  dimana-mana drugstore terdekat untuk dapatkan produk ini. Sayangi Kulit Anda sebelum terlambat. Selamat mencuba !

ZEPHYRINE , SKINCARE KULIT SENSITIF TANPA PARABEN


ZEPHYRINE , SKINCARE KULIT SENSITIF TANPA PARABEN 

Assalamualaikum ! Wanita dengan skincare tak dapat terpisahkan . Sebelum menggunakan skincare lebih baik kenali kondisi dan jenis kulit wajah dulu . Bukan semua produk akan sesuai untuk kulit kita lebih lagi untuk kulit sensitive macam Lisa . Baru ni Lisa ada ternampak skincare ZEPHYRINE  , skincare untuk kulit sensitif tanpa paraben . Yang menarik dari produk ini ialah tiada alcohol , non - heavy metal , tiada silicon ,paraben dan tidak di test pada haiwan .  Wah best bukan , sebab kebanyakan produk sekarang mengandungi alcohol & juga paraben .. kena hati-hati tau .  . Kali ni Lisa akan cuba set Zephyrine Classic Starter Pack .

Zephyrine Classic Starter Pack

Set kecantikan skincare Zephyrine Classic Starter Pack ni terdiri dari tiga jenis iaitu : 
  • #1  ROSE ESSENCE TREATMENT LOTION - Z11
  • #4 WHITE TRUFFLE REPAIRING CREAM  -z44
  • #6 CATTLE PLACENTA EXTRATCTION  REPAIRING MASK - z6
Meh Lisa story satu satu kandungan dan kelebihan masing-masing produk tu .

ABOUT ZEPHYRINE 

Zephyrine ditubuhkan pada tahun 2011. Produk yang memberikan tumpuan kepada penjagaan kulit yang lembut.  Zephyrine menyediakan lima siri produk termasuk klasik, pemutihan, anti-penuaan, pelembab, dan pembersih. Dengan formula Profesional dan bahan mewah yang digunakan, Zephyrine mencipta produk pengalaman penjagaan kulit yang terbaik untuk semua jenis kulit wanita / lelaki.

ROSE ESSENCE TREATMENT LOTION




Rose Essence Treatment Lotion mengandungi : 150ml . Diperbuat dari kandungan yang istimewa didalamnya seperti :
Bulgarian Ruby-Damascus Rose Hydrosol Water Base , yang berfungsi untuk :
  1. Menambah kelembapan kulit
  2. Mengimbangi status kulit dan melegakan kulit sensitif

Pearl Extration dari uwajima., yang berfungsi untuk :
  1. Kawalan kawasan pigmen 
  2. Memutihkan kulit dari dalam ke luar
Lisa suka bau Rose Essence Treatment Lotion ni , baru wangian rose dan menyegarkan pula . Dia sejenis air lebih kurang macam toner. Cara penggunaan :  Lisa letak dalam tapak tangan dan kemudian ratakan keseluruh muka dan leher. Untuk yang suka letak dalam kapas pun boleh juga .

Kelebihan yang terkandung dalam Rose Essence Treatment Lotion : 

  • Moisturizing 
  • Soothing 
  • Brightening 





Bahan-bahan: Aqua, Kubis Mentega, Natrium Methylparaben, Asid Citric, Propanediol, Aloe Barbadensis Daun Daun, Potassium Sorbate, Natrium Benzoate, Butilena Glikol, Glycerin, Glycosyl Trehalose, Hydrolyzed Star Hydrolyzate, Glycereth-26, Propylene Glycol, Sodium Hyaluronate Crosspolymer , Pentiumin Glycol, Hydroxyethylcellulose, Sodium Acetate, Isopropanol, Selulosa, Allantoin, Niacina mide, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, Ekstrak Adansonia Digitata Hydrolyzed, Carbomer, Saccharide Isomerate, Sodium Citrate, Extract Fruit Punica Granatum, EDTA-4Na, Disodium EDTA, Palmitoyl Tetrapeptide- 7, Etanol, Lecithin, Ectoine, Cyclopeptide- 5, Hesperidin Methyl Chalcone, Steareth- 20, Dipeptide-2, digluconate Chlorhexidine, Iodopropynyl Butylcarbamate, PEG-40 Castor Oil Hydrogenated, Coenzyme Q10

WHITE TRUFFLE REPAIRING CREAM




WHITE TRUFFLE REPAIRING CREAM Krim ini mengandungi 50 ml , dan berfungsi menyediakan nutrisi untuk kulit . Kandungan istimewa seperti :

White Truffle
1. Meningkatkan keupayaan pembaikan diri kulit
2. Meningkatkan kelembapan kulit

YEAST (Pitera)
1. Aktifkan sel kulit, meningkatkan keanjalan kulit
2. Anti-oksidasi dan pelembab yang berkesan

Cara Pemakaian : Sapukan muka dan leher selepas dicuci bersih . Gunakan setiap hari.

White Truffle Repairing Cream ni mempunyai bau yang sedap dan wangi . Juga krim tu tak melekat dekat muka . Tu yang buat Lisa bertambah suka ... kadang ada sebagian krim ni yang akan lekat kalau dipakai dan buatkan kita tak selesa.

PERHATIAN : Hanya penggunaan luar. Segera berhenti menggunakan dan berunding dengan pakar dermatologi jika ketidakselesaan berlaku.

BAHAN: Aqua, Cyclopentasiloxane, Cyclot etrasiloxane, Dimethiconol, Jus Daun Aloe Barbadensis, Potassium Sorbate, Natrium Benzoate, PEG / PPG-18/18 Dimethicone, Glycerin, Propanediol, Ekstrak Kernel, Oksenetanol, Ethylhexylglycerin, , Natrium Hyaluronat, Crosspolymer Natrium Hyaluronat, Pentilena Glikol, Propylene Glikol, Protein Gandum Hidrolisis, Dicaprylyl Ether, Helianthus Annuus (Sunflower) Minyak Benih, Tocopherol, Cetyl PEG / PPG-10/1 Dimethicone, Tocopheryl Acetate, Allantoin, Chlorphenesin, , Methylparaben, Natrium Klorida, Ekstrak Aestivum Tuber, Asid Citric, PPG-10 Metil Glucose Ether, Fragrance, Palmitoyl Tetrapeptide- 7, Etanol, Lecithin, Ectoine, Cyclopeptide- 5, Hesperidin Methyl Chalcone, Steareth- 20, Dipeptide-2, Chlorhexidine digluconate, Iodopropynyl Butylcarbamate, 1,3- Butilena Glikol, PEG-40 Castor Oil Hydrogenated, Coenzyme Q10


CATTLE PLACENTA EXTRACTION REPAIRING MASK



CATTLE PLACENTA EXTRACTION REPAIRING MASK , Mengandungi , 26ml / pcs, dan setiap kotak tu terdapat 3pcs face mask .  BAHAN-BAHAN UTAMA: Plasenta Protein, Ekstrak Mutiara, Sodium Hyaluronate, Ekstrak Cucumber, Rumpai Laut, Hispagel 200

Face Mask ini berguna menyediakan nutrisi untuk kulit .

Cara pemakaian pun senang je : seperti kebanyakan face mask ,,, korang buka dan lekatkan di muka selama lebih kurang 15-20 minit .





BAHAN: Aqua, EDTA-2Na (INCI: DISODIUM EDTA), Allantoin, Hispagel 200 (INCI: (Gliserin (dan) Glyceryl Polyacrylate), C940 (INCI: Carboxyvinyl Polymer) , Penyelesaian Natrium Hyaluronat (INCI: Sodium Hyaluronate Solution), Glycerol (INCI: Gliserin), Zemea (INCI: Propanediol), 1,3-Butanediol (INCI: 1,3-Butanediol), Timunus (INCI: Propylene Glycol, Curcumas Sativus (Cucumber)), E9010 (INCI: Phenoxyethanol / Ethylhexylglycerin), Ekstrak Mutiara (INCI: Air, Gliserin, Mutiara Hidrolisis, Garam Laut), Protein Plasenta

SGS CERTIFICATION

Zephyrine mempunyai SGS CERTIFICATION jadi takperlu risau untuk menggunakannya ya.



Tak sabarnya Lisa nak cuba . Nantikan review Lisa sepenuhnya selepas sebulan penggunaan . Byee.. see u next month !



Jom sama-sama try pakai dan jangan lupa kongsikan result korang pula. Cantik sama-sama   gorgeous sama-sama. 

Produk ini boleh didapati dan dibeli secara online directly di 
Website Zephyrine's (www.zephyrine.com.my).
Instagram : ZEPHYRINE.MY  
Facebook : Zephyrine Malaysia 



© all rights reserved
made with by templateszoo