Ad

Showing posts with label kelab blogger ben ashaari. Show all posts
Showing posts with label kelab blogger ben ashaari. Show all posts

Selamat Tahun Baru 2018


Selamat Tahun Baru 2018


Bunga api dan tahun baru memang tak dapat dipisahkan . Malam tadi pastinya ramai yang berpusu-pusu pergi dataran untuk count down dan tengok bunga api ,menunggu tahun baru 2018 . Awal pagi  , Lisa dapat gambar bunga api ini dan ucapan selamat tahun baru 2018 dari kawan yang juga seorang photographer, abg Dayat . No wonder la kan lawa gambar dia .... hehe .. 

Tahun baru korang sambut  kat mana pula ? Mungkin ada yang pergi Dataran , pantai , berkonvoi ? , atau tidur dirumah . Lisa sendiri dalam pukul 11 lebih dah tidur , lagi-lagi dari Natal hari tu kat sini memang hujan tak berhenti . Sebenarnya , Lisa  tak pernah rasa countdown New year , dari kecil sampaila besar macam ini. Mak ayah tak bagi.. sob sob..susah sikit nak kuar, lagi-lagi keluar malam hari . Tunggu dah kawen nanti kot boleh keluar malam , dengan suami la for sure . hahaha tu pon kalau masih ada hasrat nak countdown kat tengah orang ramai . 

Azam dan Harapan pada 2018 

Apa azam dan harapan aku pada tahun 2018 ini ? hmm.. menunaikan azam tahun lepas ( hampir semua orang akan ada perkataan ini sebab azam tahun sebelum sebelum ini tak sempat nak tunaikan hahaah ) Waktu , pengalaman telah mendewasakan Lisa .( walaupun masih ada aura kebudak-budakkan ... dan tetap mempunyai wajah budak lepasan SPM hihiihi ) . Yang aku harapkan untuk tahun ni semoga lebih baik dari tahun sebelum-sebelum ini  . Buang yang negative dan ambik pengalaman yang positive. Semoga dipermudahkan urusan yang akan datang. Untuk azam baru  , Lisa rasa lebih baik cakap dalam hati je ... hehehe.. mana tau kalau simpan dalam hati nanti jadi kenyataan , Kalau dizahirkan nanti jadi susah pula nak tertunai . SOMETHING BIG WILL HAPPEN THIS YEAR ... tunggu je nanti Lisa update semula . cewahh speaking pula ye .. 


Selamat Tahun Baru untuk sahabat ciksepet.com yang sudi meluangkan masa untuk baca cerita budak sepet selama ini . Semoga dipermudahkan urusan kalian semua pada tahun-tahun yang akan datang . 


Tak lupa.. kami warga KBBA9 mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2018. 

TangYuan , Resipi Bola Beras Pulut

TangYuan , Resipi Bola Beras Pulut

Tang Yuan , Bola Beras Pulut 


Tangyuan ini sejenis makanan atau mudah dipanggil bola beras pulut . Selalunya  Lady boss akan masak TangYuan pada hujung tahun ( 21-23 Disember setiap tahun ) , sebab Festival Dongzhi  ini merupakan masa untuk keluarga untuk berkumpul sampena pergantian musim / Tahun . Di Taiwan , China , Korea ... terkenal dengan festival Dong Zhi ini .  Katanya kalau makan sebiji bola beras pulut ini melambangkan dah bertambah usia 1 tahun ,  harus berkelakuan lebih baik pada tahun yang akan datang ( yang ni Lisa google ) hahaha. 


Pengertian Tangyuan 

Menjadi antara juadah musim perayaan 'Dong zhi' atau Winter Solstice. Terdapat kepelbagaian tang yuan iaitu berinti mahupun tanpa inti. Tang yuan tanpa inti (unfilled) selalunya bersaiz lebih kecil dan lebih berwarna warni. Bagi tang yuan berinti (filled) pula, saiznya lebih besar sedikit sebab inti di dalamnya ( yang ini paling disukai anak kecil sebab manis ) . Antara inti yang paling popular ialah black sesame, peanut, kacang merah, pandan kaya, coklat, dan lain-lain. Tang yuan dihidangkan bersamasup manis/ air syrup. Juga terdapat pelbagai jenis seperti sup halia dengan gula batu (paling popular), sup kacang merah, dan banyak lagi . 

.


Resipi Bola Beras Pulut , Tangyuan 

Bahan-bahan
• 2 cawan tepung pulut
• 1 sudu besar gula kastor
• 200 ml air
• Pewarna makanan (ikut citarasa)
Untuk warna Hijau tu , biasanya kami akan gunakan daun pandan yang di tumbuk untuk dapatkan air pati  .

Cara-cara memasak Bola Beras Pulut 

• Gaulkan tepung pulut bersama gula di dalam mangkuk.
• Tambahkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh lembut yang tidak melekat di tangan (lebih lama menguli, ia semakin kurang melekit)
• Kalau nak tang yuan bewarna warni, bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan.
• Uli lagi setiap satunya sehingga warna rata.
• Bentukkan bulat-bulat seperti bebola kecil bersaiz 1-2 cm.
• Masukkan bebola tersebut dalam air mendidih. Bebola yang dah masak akan timbul di permukaan air.
• Bila bebola dah masak, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi sweet broth.

Tips 
• Ketika merebus bebola, bila bebola dah masak dan timbul di permukaan, angkat dan masukkan ke dalam air (suhu bilik) sebentar. Kemudian, barukah dihidangkan dalam mangkuk berisi sweet broth. Langkah ini adalah untuk menyejukkan bebola dan supaya bebola tidak overcooked. Juga untuk membuatkan teksturnya lebih kenyal dan sedap.

• Tang yuan ni sesuai dimakan bersama sweet broth yang sejuk. Sekiranya kurang sejuk, masukkan beberapa kiub ais dalam mangkuk bila ingin menikmatinya.

SWEET BROTH (sup manis / air syrup) 

Bahan-bahan
• 1 liter air
• 2 helai daun pandan (simpul)
• ½ cawan gula batu/ gula perang/ gula melaka/ gula kastor/ gula pasir
• 2 inci halia (hiris)

Cara-cara
• Rebus air sehingga menggelegak 
• Masukkan daun pandan dan halia. Didihkan selama 5 minit.
• Masukkan gula, perlahankan api, dan reneh selama 15-20 minit.
• Sejukkan di dalam peti sejuk.

Tips
• Adjust rasa manis ikut citarasa. Tambah sukatan air kalau nak air banyak. Tambah sukatan gula kalau nak manis.


Untuk yang warna orange tu , dibuat dari ubi yang berwarna orange , mungkin kalau ubi yang warna purple tu ada .. akan jadi purple pula hehehe .  Kupas ubi , kemudian stim dah lembik ... baru pukul rata supaya senang buat bebola . 


Lisa bukan chinese ,  tapi nak buat macam mana .. dapat boss Chinese .. jadi boleh la rasa . Hehehe..  pandangan orang atau siapa je yang  dengar  makanan cina mesti akan tanya , halal ke ? hehehe. Halal wakk... sebab Tangyuan atas ni buat kat dapur tempat kerja je ni ha .. Jadi tahu la apa je bahan , peralatan , kebersihan dan halal sebab kegunaan untuk staff , tak pernah masak dan makan babi oink oink ditempat kerja  . Actually  i made tangyuan tu juga( cewah speaking pula )  .. hahaha... tak salah untuk menguji skil memasak hihihi.

Rasa ? Lebih kurang seperti makan kuih gula melaka , onde-onde , sama je la bahan dan cara buat nya .

Dengarnya beras pulut ini boleh juga untuk jadikan muka lebih cantik , tadi Lisa google keluar gitu .. nanti  nak cuba kalau berjaya Lisa kongsikan .

So terjawap sudah soalan yang selama ini membelengu , kisah disebalik makanan bola beras pulut tang yuan . 

Cara Tukar Username Twitter



Tukar Username Twitter

Assalamualaikum , selamat petang . Pelbagai jenis media sosial kini digunakan untuk berkomunikasi. Dari banyak-banyak aplikasi tu , yang Lisa kerap gunakan ialah Facebook , Instagram , Whatsapp , dan Twitter . Tahukah anda , kini username dalam twiter dah boleh ditukar kepada username yang baru . Kalau dulu , hanya sekali time daftar itula nama username kita . Cara untuk tukar username twitter ianya sangat mudah dan tak perlu menunggu sampai 60 hari , seperti mana url link facebook .

Cara Tukar Username Twitter .

Sebelum itu , jangan lupa follow akaun twitter Lisa di www.twitter.com/therylisa  . Cara-cara untuk tukar atau ubah username twitter akan Lisa kongsikan dibawah ini , senang je... hehehe

1. Buka aplikasi twitter di phone , klik pada Gambar profile korang tu di tepi kiri atas aplikasi twitter akaun korang . Maka akan keluar paparan seperti gambar dibawah ini 




2. Pilih Setting and Privacy 
3. Kemudian pilih bahagian acount , dibawah username korang @therylisa  ,  Lihat pada gambar 


4.  Pilih dibahagian Username 
5.  Nah sekarang korang boleh isikan nama username yang baru untuk akaun twitter korang .
Sama seperti akaun email , jika berwarna hijau right tu maknanya usernamer itu boleh digunakan , kalau keluar warna merah bermakna orang lain dah pakai username itu , jadi kena tukar la nama yang lain . 
6. Klik DONE
SIAP ! 


Nota : Username Twitter paling panjang hanya boleh 15 character . 





Mudah sahaja bukan ? Setelah hampir 7 tahun menunggu , baru pertama kali ini Lisa boleh username tanda @ boleh ditukarkan . Hehehhe... Rasa Bahagia pula bila dapat tahu ini . Tapi disebabkan masih terikat dengan beberapa keje review ,, Lisa tak boleh tukar username lagi .. sebab nanti jadi Error pula kalau client tengok link yang disubmit tempoh hari .

Korang yang ada akaun twitter tu cepat tukar atau ubah username tu , sebelum kena sekat lagi... sebab haritu dah cuba banyak kali tapi tak boleh juga . 

Ada cadangan tak untuk username Lisa yang baru nanti ? 


Tips Elakkan Microsleep


Tips Elakkan Microsleep 

Hampir semua orang pernah lalui ini rasanya , terutamanya ketika sedang memandu kereta. Bila dah setengah perjalanan, hilang fokus. Mata asyik nak terkebil-kebil. Kadang-kadang rasa otot tiba-tiba rasa lemah, lepas tu terkejut. Ini adalah tanda-tanda 'microsleep' . Berikut beberapa tips untuk elakkan microsleep ketika memandu ataupun semasa bekerja / kelas /kuliah. 


Apa itu Microslepp ? 

Microsleep = tidur beberapa detik, kadang-kadang dalam keadaan mata terbuka. Ada masa kita tak sedar pun kita tertidur. Ia biada berlaku jika kita terlalu mengantuk.

Tips Elakkan Microsleep Semasa Memandu

1. Tidur dengan cukup (6-8jam)
2. Jika tak cukup tidur, JANGAN pandu ketika waktu Subuh atau Zohor.
3. Minum kopi
4. Rehat setelah 2 jam memandu
5. Guna apps anti-tidur . Ia berbunyi dan gegar setiap beberapa minit.
6. Bawa bini / mak . Dengar dia bebel.

Kenapa mak ?  for sure kalau bawa kereta dengan mak , mesti kena tahan telinga juga kan ? hehee

Kalau no. 6 tu takda lagi , korang boleh la bawa peneman yang boleh ajak sembang . Jangan peneman pula tidur ... heheh 

Yang kedua pula Tips elakkan microsleep dalam tempat kerja / kelas / kuliah. Lisa sendiri kadang alami microsleep ni saat bekerja . Bahkan.. kadang ada customer pun , berlaku microsleep ini , nasib baik mata ai sepet... boleh coverline sikit hahaha. 


Tips elakkan microsleep dalam tempat kerja / kelas / kuliah.


1. Tidur dengan cukup malam sebelumnya.
2. Bawa gula-gula Kopiko.
3. Salin nota kuliah.
4. Pastikan lecturer cun/kacak.
5. Tak payah pergi kuliah, tidur je di bilik.
6. Dengar lagu ditempat kerja , bawa earphone sekali
7. Letak tanaman hijau dimeja kerja , rasa mengantuk je pandang je tanaman hias tu .

Harap tips ini dapat bermanfaat untuk kalian =) 

Rezeki Datang Dari ALLAH

Rezeki Semua Datang Dari ALLAH 


Assalamualaikum , Jodoh , Rezeki , dan Ajal semua datang dari Allah .. sebagai hambanya , kita hanya mampu untuk berusaha dan berdoa . Ada yang ditakdirkan untuk jadi orang miskin tapi bahagia ada yang ditakdirkan kaya duit berkepuk-kepuk tapi hidup tak bahagia ,ada sahaja yang buat dia rasa tak tentram . Ada yang dapat kerja dalam satu company yang  mungkin perlu menghadap boss yang cerewet , gaji pula rasa tak pernah cukup . Mungkin ada yang pilih bekerja sendiri , tapi alhamdulillah cukup untuk keperluan rumah tangga dan mampu untuk menyimpan lebihan , bagaimana dengan korang pula ? 

Petang tadi tertengok video seorang usahawan terlajak laris marah-marah berkaitan dengan rumah yang baru dibangunnya, usahlah disebut nama dia kerana kebanyakan dah tahu siapa dia . Dahulu uangnya dicuri dan dilarikan oleh pekerjanya , kali ini masalah dia ..tak puas hati dengan rumah banglow dia yang katanya hasil kerja pekerja tu macam rumah kampung , dan buat kerja lembab sampai 4tahun tak siap lagi . Walaupun kaya , tapi tak sepatutnya keluarkan kata kesat seperti itu , jangan la menghina.. apa salah rumah kampung sampai masuk dalam script tomahan dia tu . Kaya ... tapi riak dan ego , kalau ditegur... tak terima pula.

Pendapat aku , Alangkah lebih baik kalau diselesaikan dengan berbincang face to face . Dan walaupun berharta ,  tak sepatutnya dia keluar kata yang menghina  . Korang rasa akan selesai ke kalau hina , maki macam tu ? tak boleh cakap elok ke ?  Buat apa kaya tapi hati tak pernah tenang . Kalau ditegur , dikomen negative ,,, lagi la suka dia. Marketing sampah... bukan dia kesah , janji pemes... kan tu la yang Lisa rasa .


Kawan... Ingatlah ,,, ucapan yang keluar dari mulut itu akan diminta pertanggung-jawapan kelak kalau kita dah meninggal . Awak kaya ., bagila contoh yang baik-baik sahaja . Bila tak reti nak bercakap elok , lebih baik diam.




Blog Whoops, that's an error! (bX-p7h0i) ?


Blog keluar Whoops, that's an error! (bX-p7h0i) ?

Assalamualaikum , selamat hari Juma'at ! alhamdulillah dah dapat akses semula blog ciksepet.com ini. Menggelabah juga la sebab tak boleh buka blog , tak leh buka dashboard juga. Hampir-hampir nak tukar WordPress , hehe tapi tak cukup ilmu pulak . Hari rabu yang lepas , blog Whoops, that's an error! (bX-p7h0i) www.ciksepet.com tak dapat dibuka , dan keluar . Apa punca ? mungkin template atau mungkin juga google nak gurau manja agaknya . Apa yang perlu dibuat kalau keluar message  error (bX-p7h0i ) atau seangkatannya ? meh baca lebih detail . 


Cara selesaikan masalah Whoops ,That's an error ( bX-p7h0i ) 


Berikut Lisa akan kongsikan beberapa cara untuk selesaikan masalah Whoops , That's an error bX-p7h0i atau bX yang lainnya : 
  1. . Try refresh page dan clearkan chace yang ada . Biasa Lisa gunakan CCleaner . Restart komputer dan kemudian try masuk semula .
  2. Cara yang paling senang , try masuk web atau dashboard blogger.com menggunakan private bworser. Lihat di kanan atas komputer , ada tanda X ., bawah dia ada tiga titik bertindih . Tekan situ dan pilih New incognito window ( jika korang guna google chrome ) .
  3. Cara ketiga , korang boleh report problem ke google ke suport forum . tekan je di Whoops error tu ada . 

Semua cara Lisa dah buat , masih tak boleh guna juga. Untuk sementara Lisa tukar template ke clasic template . Jadi boleh la orang nak baca blog Lisa ., nak update pun boleh juga . Nanti dashboard blogger.com dah siap ... korang boleh tukar semula template tu ke asal . Jangan risau ok ! 










Kalau  kesemua cara tu masih tak berkesan , korang buat bodo je . Korang kena bersabar ,rileks , pergi tengok wayang ke.. tengok korean drama ke.. google  suruh rest tu . Hehehe.. bak kata blogger HH.  Hehehe.. tak buat lawak tau . tunggu je dalam masa 24 jam , blog akan kembali sedia asal . 


Awalnya Lisa ingtkan punca dari whoops error ni mungkin dari template juga la , sebab selepas submitke google forum tu , reply kedua dia bgi tau suruh tukar template sebab template problem . . Ialah.template di blog Lisa ni dari 3rd party maksdnya buat sendiri , lisa lurus bendul buat tukar template hahaha. Nasib baik owner template dah bagitau error tu dari google bukan dari template.  Tau menggelabah pulak kalau blog tak boleh akses ! hahah padan muka diri sendiri... 

Selamat Menyambut Ramadhan Kareem

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan ramadhan tahun ini . Semoga amal ibadah dibulan yang mulia ini diterima . Lisa ciksepetdotcom ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada kalian terutama blogger kelabbloggerbenashaari dan juga  ,, pembaca blog ciksepet.com yang sah seperti sahabat sendiri ... Jangan ponteng tau 🙈

Gambar credit
Instagram : @syed_alwi

Selamat Tahun Baru 2016

 Selamat tahun baru untuk kalian sahabat cik sepet yang sudi meluangkan masa baca entri-entri dalam blog ini. Juga untuk rakan Blogger di #Kelabbloggerbenashaari san EFG ,juga santai Blogger.. dan lain lain..  Banyak kenangan manis di tahun 2015 ,walaupun ada pahit juga . Semoga tahun 2016 ini lebih membawa kita kearah kebaikan ya.

Azam? Usah tanya azam.. sebab belum tentu azam 2015 dan tahun-tahun sebelum tu dah tertunai kan? Haaa taupun.. bagaimana kalau kalian tunaikan azam yang dah ada dulu baru buat list azam seterusnya..

Azam Lisa ? Tak ada azam.. heheh ... semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya untuk kalian ataupon Lisa. :)

Selamat Tahun Baru 2016 ..

© all rights reserved
made with by templateszoo