Monday, November 27, 2017

SENARAI PELAKON MY COFFEE PRINCE


MY COFFEE PRINCE

Malam ini episod pertama MY COFFEE PRINCE. Ada Janna Nick , suka suka.. hehehe.. actually Lisa tak tengok lagi drama popular Coffe Prince yang Korea tu , so mybe ok kot. Bakal menampilkan gandingan utama Fattah Amin dan Janna Nick. Turut membintangi Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Daiyan Trisha,  Elly Suriati dan ramai lagi. Drama bersiri versi Malaysia ini diarahkan oleh Michael Ang. Akan mula ditayangkan pada 27 November 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123. Senarai pelakon MY COFFE PRINCE diantaranya : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Faez Azemi, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid, Ejoy Azari

SENARAI PELAKON MY COFFEE PRINCE



PELAKONWATAK
Fattah Amin Raykal
Janna Nick Dani
Fahrin Ahmad Amri
Daiyan Trisha Ira
Faez Azemi Riduan
Sean Lee Jia Wu
Syafiq Ahmad Hadi
Zain Ahmad Syukri
Sharifah Shahira Zahara


LAGU TEMA / OST MY COFFEE PRINCE

Tajuk : Sebentar Saja
Penyanyi : Janna Nick


SINOPSIS MY COFFEE PRINCE 

Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani tinggal bersama ibunya Zahara dan adiknya Ira. Manakala Rayqal, seorang ahli perniagaan muda tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, lalu menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut.

Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.

GAMBAR PELAKON 



sumber : myinfotaip.com


Cermin Makeup Berlampu , LED MAGIC MIRROR CONIE PERY

Cermin Makeup Berlampu , LED MAGIC MIRROR CONIE PERY 


Assalamualaikum ! Asyik cakap pasal makeup dan skincare je ,, rasa nak tulis kelainan sikit tapi ada kena mengena dengan makeup juga .Heee... antara salah satu wishlist dari seorang perempuan ialah VANITY MIRROR . Senang cerita meja makeup berlampu . Senang nak makeup , nak snap gambar pun cantik . Lisa pun teringin juga dari dulu lagi , tapi itula dekat sini tak da yang jual . Nak beli pun besar dan berat jadi kena COD  sebab orang tu akan pasang sekali . Kurier ? memang tak la.. nanti takut pecah pula.  Hmm... susah le kalau gitu . Baru ni Lisa ada nampak cermin makeup berlampu ,  LED magic mirror dari CONIE PERY , comel, dan yang penting ada lampu juga. wahh menarik ! Kira macam mini vanity mirror  gitu .. 

LED MAGIC MIRROR CONIE PERY 



Walaupun rumah dah ada meja makeup dengan cermin , tapi Lisa masih suka guna cermin yang mudah diubah-ubah tempat . Magic mirror conie pery ini senang je nak alih-alihkan . Size yang comel kecil tu ringan je nak bawa . Dan bagian bawah tu boleh letak barangan makeup korang . Ha.. lagi senang kan .. tak perlu angkat beg makeup , pastu nak balance kan cermin lagi betul tak ?



Lampu di Magic mirror ini ada 2 warna , boleh di adjust kecerahan tu . Sama ada nak terang sangat , atau nak low kan kecerahan lampu tu . Tak perlu button bagai la , sekarang kan zaman canggih ,  tinggal TOUCH je ... dah boleh nyalakan atau padam lampu tu . Nak adjust kecerahan ... touch lama sikit . Wahh canggih betul.. Lisa ingat HP je ada touch touch ni . hahaha cermin makeup pun dah ada . Bagus-bagus ! Suka weih.. dah la cantik.. canggih pula tu . 





Untuk menyalakan lampu , mengatur kecerahan cahaya , hanya perlu touch pada bahagian logo diatas ini . Senang je bukan ?

Lampu pada cermin ini ni tak perlu menggunakan wayar yang disambung pada plug . Tapi .. hanya perlu di caj je . Macam power bank gitu.. dicaj .Kepala wayar pun lebih kurang macam charger sambung , so senang la kalau korang nak caj ... Mna tau terlupa letak wayar caj tu kan . 





Ditempat kerja , Lisa biasanya nak makeup kena pakai cermin lipat tu . Susah nak di stabilkan sebab takde stand dia . Lepas tu makeup pula ada kt drawer.. so kalau nak makeup kat meja tempat kerja ni kadang terabur sikit la . Makan space . 

Bangun lambat , rushing , dan tak da masa nka makeup... sebab tu kadang pergi kerja dengan muka yang hanya spray dengan cecair ( lisa guna bioessence ) untuk lembabkan muka je dulu pastu nanti sampai tempat kerja baru la pakai makeup . Tu penting juga cermin di tempat kerja . Nak betulkan tudung ke , nak makeup ke .. kalau asyik ulang-alik pergi ke tanda s..leceh juga la sebab Lisa kerja di dalam mall . 



Nampak tak cermin bulat kecil tu ? tu fungsinya untuk zoom dari dekat bahagian yang kita nak tengoksecara detail ketika bermakeup , Mana tau comot ke hape. Contoh bagian mata.. kan selalunya kita kena dekat rapat-rapat dengan cermin untuk tengok elok tak eyeliner , eyeshadow... dan lain-lain . Best.. dah tak perlu rapatkan muka sebab dari jarak biasa pun dah boleh nampak detail dengan cermin macro tu . 






Bahagian drawer yang bawah tu boleh letak barang makeupkorang . Senang bukan ? tak perlu susah nak keluarkan dari beg makeup lagi . 

HARGA MAGIC MIRROR CONIE PERY 


Menarik bukan LED  Magic Mirror dari conie pery ini ? Lisa post kat Facebook ramai kawan yang cakap cantik ., baik yang depan cermin atau cermin tu sekali dua dua cantik  .EH perasan pula Lisa ni kan . Hehehe.. diorang tanya la berapa harga dan beli kat mana. Harga untuk MAGIC MIRROR CONIE PERY ni hanya RM145  . Diskaun 20% diberikan untuk 20 orang pertama ! Ha... korang kalau nak beli juga , boleh la Direct whatsapp  di 018-220780 , rujuk di website CONIE PERY , atau nak tengok lebih detail ... di facebook : CONIEPERY  , Instagram : @coniepery


REVIEW LISA :

I LOVE IT ! ya.. pertama kali buka je pun dah suka ,lepas tu guna dan memang memudahkan Lisa nak makeup di tempat kerj, atau dimana-mana saja lisa nak makeup . Rushing dan takda masa ? tak jadi masalah lah,...Lepas ni senangla kalau nak bawa cermin makeup berlampu ini  pergi holiday . Bukan apa.. hari tu time pergi kedah , pangkor ,perak.. kebanyakan homestay takde cermin dalam bilik . Kalau ada pun dekat almary . Huh.. tak da lampu macam mana nak makeup dengan elok .. betul tak ? So memang amat berguna sangat, lebihan lagi ada tempat boleh letak makeup dalam tu . Jimat space ..



NOTA : Promo khas diskaun 20% kepada 20 orang pertama yang buat pembelian LED magic mirror ni. Untuk dapat kod diskaun korang boleh hubungi no telefon 018-2220780  sebelum buat pembelian di website.




Detail selebihnya korang boleh rujuk dibawah ini : 

Tel: 018-2220780
Website: https://www.pineapple.my/product/conie-perie-magic-makeup-mirror/




SENARAI PELAKON DEKATKAN JARAK KITA


DEKATKAN JARAK KITA


Dah lama rasanya tak tengok slot Samarinda di TV3 ni . Tapi sebab ada capiq dan Ayda Jebat... macam nak try tengok je . Hehehe.. Drama bersiri Dekatkan Jarak Kita adaptasi daripada sebuah cerpen tulisan Syu Ariani. Menampilkan gandingan utama Syafiq Kyle dan Ayda Jebat. Drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd ini mendapat sentuhan pengarah Azman Hj. Yahya. Akan disiarkan bermula 21 November 2017, setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam di TV3 dalam slot Samarinda. Antara Senarai Pelakon Dekatkan Jarak Kita :  Ayda Jebat, Syafiq Kyle, Azhan Rani, Catriona Ross, Wan Sharmila, Nadia Brian, Raja Hakim, Riena Diana, Emma Akma, Rashid Jaafar, Aishah Atan , Ziyan Ibrahim



SENARAI PELAKON DEKATKAN JARAK KITA

Wahh ada Capik ( Syafiq Kyle ) dan Ayda Jebat . Wan Sharmilapun hado... meh tengok barisan pelakon yang lainnya dalam drama Dekatkan Jarak Kita . 


PELAKONWATAK
Ayda Jebat Alyssa / Sofea
Syafiq Kyle Tashriq
Azhan Rani Kamil
Catriona Ross Umi Khadijah
Wan Sharmila Riana
Nadia Brian Bella
Raja Hakim Arif
Riena Diana Sofea
Aishah Atan Zakiah
Ziyan Ibrahim Maksom


LAGU TEMA / OST DEKATKAN JARAK KITA

Tajuk : Tergantung Sepi
Penyanyi : Haqiem Rusli


SINOPSIS DEKATKAN JARAK KITA

Mengisahkan sepasang kembar tidak seiras, Tashriq dan Sofea yang tinggal bersama ibu mereka, Umi Khadijah setelah kematian ayah mereka akibat serangan sakit jantung. Tuan Kamil, sahabat lama keluarga itu muncul dalam kehidupan mereka dengan niat untuk membantu Umi Khadijah dalam menjalani kehidupannya. Tidak lama setelah kemunculannya itu, Umi Khadijah dan Tuan Kamil berkahwin. Walau bagaimanapun, Umi Khadijah tidak mengetahui bahawa Tuan Kamil mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu untuk merampas harta Umi Khadijah kerana Tuan Kamil sebenarnya telah muflis.

Demi mengukuhkan asas agendanya, Tuan Kamil menghasut Tashriq untuk menyebelahinya dan membenci kembarnya Sofiya kerana sebahagian daripada perancangannya adalah untuk menyingkirkan Sofiya. Suatu hari, Tuan Kamil membawa keluarganya berkhemah di sebuah tempat peranginan yang baru dibuka. Namun ketika mereka berkhemah itu, Sofiya didapati hilang dan ini merisaukan Umi Khadijah kerana Sofiya sedang menghidap penyakit leukimia. Masa berlalu, sehingga Umi Khadijah terpaksa akur bahawa anak perempuannya telah hilang dan menganggapnya telah meninggal dunia.

Setelah beberapa hari berlalu semenjak kehilangan Sofea, sepasang suami isteri, En. Kifli dan Pn. Zainab telah menemui Sofea dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kawasan perkhemahannya. Mereka telah mengambilnya sebagai anak angkat kerana Sofea enggan pulang ke keluarga kandungnya. Tambahan pula, En. Kifli dan Pn. Zainab mampu mengawal leukimia Sofea dengan perubatan kampung dan anak mereka Allysa tidak lagi keseorangan. Sofea dan Allysa semakin akrab, namun menjadi renggang pada tahun akhir universiti mereka kerana kedua-dua Sofea dan Allysa memendam perasaan yang sama terhadap rakan sekelas Sofea, Arif.

Nasib tidak menyebelahi Sofea kerana Arif memilih Allysa dan bakal mendirikan rumah tangga. Kerana terlalu kecawa, Sofea memilih untuk hidup bersendirian dan mengabaikan kesihatannya. Ekoran daripada tindakan Sofea itu, penyakit leukimianya merebak dengan cepat dan mengganggu sistem-sistem yang lain dalam badannya dan akhirnya Sofea meninggal dunia. Sofiya juga telah meninggalkan Alyssa sebuah kotak berisi rambut, kuku dan ujian DNA miliknya dan mengamanahkan Alyssa untuk mencari keluarga kandungnya dan menyamar sebagai Sofiya untuk memperbetulkan keadaan keluarga kandungnya di Kuala Lumpur. Allysa yang berasa bersalah bersetuju dengan cadangan itu, rahsia tersebut hanya di ketahui oleh En. Kifli, Pn. Zainab dan Allysa.

Berjayakah Allysa menegakkan keadilan dalam keluarga Umi Khadijah? Mampukah rahsia Allysa bertahan daripada pengetahuan Tashriq dan Tuan Kamil?

GAMBAR PELAKON


sumber : myinfotaip.com



Oh baru Lisa paham , kenapa sorang panggil Alyssa sorang panggil sofie dalam video trailer tu . Macam menarik je .. nak tengok la hihihiihi...





Wajah Cerah Berseri dengan CAMURA Skin Delight Treatment Set

Camura Skin Deligth Treatment Set

Kulit wajah licin cerah berseri , sapa yang tak nak kan ? Mestinya dah memang jadi dambaan setiap wanita , bukan hanya remaja.. bahkan hampir disemua usia inginkan wajah yang cerah dan nampak berseri . Bukan putih pucat ye.. Lisa pula sangat berhati-hati dalam memilih skincare untuk kulit wajah. . Tak boleh sembarangan ambil skincare sebab takut terjadi hal yang tak di inginkan . Kali ini Lisa nak kongsi satu skincare yang Lisa dah cuba sendiri Camura Skin Delight Treatment Set .  Apa yang menarik dari skincare ini ? Jom Lisa cerita lebih detail.. 


Wajah Cerah Berseri dengan CAMURA Skin Delight Treatment Set


Camura Skin Delight Treatment set ialah set rawatan untuk menghapuskan masalah kulit kusam dan bintik hitam,  sekaligus ia menghaluskan dan mencerahkan kulit. Ia membantu membaiki kulit kusam dengan melembabkan dan menyerikan kulit. Inilah rahsia wajah cerah berseri dengan CAMURA Skin Delight Treatment Set

Gunakan bersama-sama Hydro Cream untuk membantu melembabkan kulit dengan lebih efektif,  memantapkan lapisan kulit sihat,  dan juga memastikan kulit kekal segar,  lembab dan lembut sepanjang hari.

Lisa dah try dah selama dua minggu ini. Best... wangi pun ye juga. Cream ini meresap ke kulit dan tak lekit selepas pakai . Itu penting !  Camura ini ada banyak set , korang kena pakai yang sesuai dengan kondisi keadaan kulit ya.. Jangan risau , semua set ada detail masing-masing untuk mudahkan korang buat pilihan . 




Camura Skin Delight Treatment set ini terdiri dari dua produk iaitu :
  • Camura Hydra Care 
  • Camura Delight Serum 


Camura Hyra Care 

Delight Hydro cream - hydrate circulation deep within skin layers . 

Size : 15ml 
Kelebihan : berkesan membantu melembabkan kulit dan teksturnya yang kaya untuk memperbaiki kulit kasar menjadi kulit licin dan halus. 

Cara penggunaan : Selepas toning ,  sapu secukupnya Delight Hydro Cream pada telapak tangan , sapu perlahan-lahan pada seluruh kulit muka dan kemudian sapu Delight Serum ke wajah. 






Camura Delight Serum

Kelebihan : Meratakan tona kulit tak sekata , menjadikan kulit lebih cerah berseri . 

Cara penggunaan: Sapukan selepas pakai Delight Hydro Cream tadi . untuk serum ini , drop beberapa tetes serum di wajah . Dan gunakan 2 kali dalam seminggu . 

size : 7ml 





Cara penggunaan dalam keseharian : 



Day step:

  1. Hydrating Rose Cleanser
  2. Hydrating Rose Toner
  3. Hydro Cream / Hydro Gel
  4. Sun Protection / Daytime UV protection


Evening step:

  1. Hydrating Rose Cleanser
  2. Hydrating Rose Toner
  3. Delight Serum (use twice a week) 
  4. Hydro Cream / gel 


Or alternative.


  1. Recovery Concentrate (can be apply every night)



CAMURA SUN CARE ( Sun Protection ) 
- Dirumuskan bebas minyak dengan SPF 35 dan perlindungan pa++

Camura Sun care - Sun Protection (4ml)



Camura Hydrate Daily UV Protection 

Dirumuskan bebas minyak yang menyediakan SPF30dan pa++ , perlindungan berpanjangan 8 jam dan melegakan kulit .





Camura Hydrate Hydro Gel

Gel lightwiught menghidratkan yang membantu melicinkan, menyegarkan dan menghidrat kulit sepanjang hari






Camura Hydrate Recovery concetrate

Facial untuk kegunaan malam hari yang menghidrate kan , membaik pulih muka dan menghaluskan kulit agar licin .



HARGA CAMURA DELIGHT TREATMENT SET

Untuk harga camura skin delight treatment set ini , korang boleh dapatkan dengan harga RM88.00 sahaja . Sekali dengan serum tu . 





REVIEW LISA : 



Selain sejuk ketika pakai dan sapu kat wajah , bau pun wangi weih . Selama 2 mingu Lisa pakai , memang dah mula nampak kesannya . Kulit pun dah tak naik kusam . Biasa la kalau udara kotor sikit atau kena mata hari ni kulit wajah rasa kasar dan sedikit kusam pula. Tak la kusam teruk muka lisa.. tapi memang berguna sungguh weih . Nak kekal wajah berseri macam Lisa korang boleh try pakai camura skin delight treatment set ini. Avaiable di Singapore , Malaysia , Indonesia dan beberapa negara lainnya . Wow... ! 

Untuk pengetahuan korang.. sebelum tulis dalan artikel, lisa  pakai sendiri dan hasil penulisan ini pengalaman pribadi Lisa bukan cilok dari orang lain okeyh . Kesan penggunaan set camura Skin Delight Treatment Set ini berbeza pada kulit setiap orang , jadi sebelum beli... pilih set yang sesuai dengan kondisi kulit wajah korang ye . 


Info selebihnya :
website    ; www.camurabeauty.com
Facebook : CAMURA BEAUTY
Instagram : @camurabeauty
Phone       : 0174817346
Sunday, November 26, 2017

Selesa Bersenam Dengan JONLIVIA HOTPANTS S5+


JONLIVIA HOTPANTS Woman ActvPants S5+ Full Length

Assalamualaikum ! Hye... sebenarnya kan , ada beberapa orang yang tegur badan Lisa dah berisi berbanding dulu. Ermm ermm... mungkin sebab happy la kot , tu yang sedikit membesar. Macam Boss Lisa bagitau ,,, " you hati banyak senang maa... " . Lisa perasan juga , berat Lisa dah bertambah 3-4kg , tapi alhamdulillah BMI masih normal weih .  Kini Lisa buat juga senaman dan joging , semoga semakin sihat lepas ni . Teringin nak pakai seluar yang senang tuk semua itu , dan senang keluarkan peluh .. bakar lemak lemak kita . Dengar cerita JONLIVIA HOTPANTS Woman ActvPants S5+ Full Length  best pakai ? Wah  menarik , rasa nak try juga ...


Selesa Bersenam Dengan HOTPANTS JONLIVIA S+

Aktivity yang banyak gerakan ni perlukan seluar yang selesa untuk bergerak.  JONLIVIA HOTPANTS S5+ memang sesuai sangat dipakai seperti bersenam , joging , dan gym .  Heii... bukan itu je , JONLIVIA HOTPANTS ini pun sesuai nak bawa berjalan juga tau . Serba guna gitu , ikut idea korang nak mix and match macam mana pun .  Selain daripada digunakan untuk bersenam seperti berjoging atau ke gym, ia juga sesuai digunakan untuk gaya casual juga. Memang serbaguna betul rekaan yang dihasilkan! 


Kurus tidak semestinya fit,
Tapi orang fit selalunya kurus.
Bila amalkan healthy lifestyle, aim untuk fit, bukan kurus.


Hotpants dari Jonlivia ActivPants ini diperbuat 100% genuine Neoprene iaitu sejenis kain yang begitu elastik.  Hotpants ini dicipta bertujuan untuk membantu membakar lemak-lemak di badan dan peha. Kalau korang pakai ni mesti berpeluh walaupun tak sempat nak berjoging lagi , cepatla proses lisa untuk turunkan berat badan . 

 Bahagian depan JONLIVIA HOTPANTS 








Bahagian dalam JONLIVIA HOTPANTS 

JONLIVIA HOTPANTS S+ FABRIC TECHNOLOGY 



Sebelum ini Lisa pernah miliki hotpants lain ,.. lepas pakai dan cuci beberapa kali ,jadi longgar wak ! Huh.. rasa rugi je beli . Berbeza dengan jenama yang Lisa pernah pakai dulu , JONLIVIA HOTPANTS direka khas dengan empat lapisan pada struktur seluarnya selain daripada dua lapisan strap pada pinggul yang menjadikan JONLIVIA HOTPANTS ini tidak mudah koyak atau kembang walaupun setelah dicuci berkali kali. Jadi tak jadi  masalah jika korang nak pakai berulang kali. 4 Lapisan dalam hotpants JONLIVIA iaitu : 
  • External Fabric
  • High Performance NeoHeat Fabric 
  • Internal Fabric ( Absorption & Comfort ) 
  • Special Airy Fabric ( for discharge ) 

Satu lagi yang Lisa suka mengenai JONLIVIA HOTPANTS S5+ ini adalah...Fuhhh memang lain daripada hotpants yang lain, sebab bonusnya, hotpants ini direka khas, dengan terdapatnya pocket di bahagian pinggang dalam seluar ! Iya ada pocket! So mudahla nak letak kunci kereta / wang  kalau joging . Safety sikit   , betul tak ? Kalau pakai seluar track biasanya takut tak perasan jatuh time berjoging tu . 



Double waist level di pinggang , so JONLIVIA Activhotpants S5+ ni boleh ditarik sampai ke tummy korang .Boleh bakar lemak di perut sekali . 






Korang lipat kaki atau buat gaya apapun , memang rasa selesa je . Tak rasa sakit , krem , atau susah nak buat gaya senaman , yoga atau exercise lainnya . Ni kalau Lisa buat zumba mesti lagi berpeluh banyak ... cepat le turun berat badan . 



HARGA  HOTPANTS JONLIVIA ACTIVEPANTS



Hotpants ini memang tengah hot sales . Sekarang ni JONLIVIA tengah buat promo sebanyak 25% dari harga sebenar hotpants ini tau . Nah Untuk harga korang boleh tengok di JONLIVIA HOTPANTS S+ .  

amacam ,,, stylo tak ? mesti la.. Lisa lebih bersemangat lagi nak turunkan berat badan . Lisa lebih selesa berbadan kurus atau slim dari berisi  , sebab buat kerja lebih senang .. itu pendapat Lisa la. Badan Lisa , Lisa yang rasa . Muda muda kena jaga badan .. jangan tunggu dah sakit-sakit baru nak exercise . 

REVIEW  LISA TENTANG HOTPANTS JONLIVIA  S+

Awalnya Lisa ingat kalau seluar ni seksa nak pakai , sebab nampak macam tak selesa je . Tapi selepas cuba sendiri , best weih sedap pakai . Tak rasa sakit , tak rasa terkepit pun sebab hotpants ini tebal dan selesa. Patut ramai orang suka dan pakai JONLIVIA HOTPANTS Woman ActvPants S5+ Full Length ni . Seperti yang Lisa bagitau awal tadi , Jonlivia Activpants ini senang boleh korang pakai untuk bersenam atau nak berjalan , boleh juga pakai dengan baju yang labuh tu , ikut suka korang nak style kan macam mana . Hotpants yang tahan lama , senang gerakkan atau lipat kaki ketika bersenam . Korang kena ada satu dirumah ..serious best ! 


Untuk info selebihnya : 
Website : www.jonlivia.com
Whatsapp : +6 016 321 5358
Facebook : Jonlivia
Instagram : @jonlivia 

Tuesday, November 21, 2017

10 Idea Menarik Untuk Menghias Bilik Tidur Kecil

10 Idea Menarik Untuk Menghias Bilik Tidur Kecil


Menghias ruang yang kecil agak mencabar apabila kita mempunyai terlalu banyak barang yang hendak diletakkan di ruang tersebut. Untuk melengkapkan sebuah bilik tidur, semestinya anda akan memerlukan katil, almari pakaian, meja solek, dan macam-macam barang keperluan dan perhiasan lain lagi. 

Jadi, untuk membantu anda menghias bilik tidur anda agar ia selesa dan mudah untuk dikemas, jom baca beberapa tips yang menarik dan senang untuk bilik tidur kecil. 



1. Jadikan pintu almari baju dwi fungsi dengan menempah pintu jenis gelangsar yang bercermin. Cermin tersebut akan bantu untuk memantulkan cahaya, dan membuatkan bilik tidur nampak lebih cerah dan luas. 






2. Gantung langsir rapat ke siling untuk memberi ilusi seolah-olah bilik tersebut mempunyai siling yang tinggi. Oleh kerana langsir itu akan menutupi ruang yang agak besar, pilih langsir berwarna cerah dan lembut agar bilik tidur itu kelihatan lebih luas. 



Sumber



3. Jika anda ingin menjadikan sesuatu ruang itu 2-dalam-1, iaitu sebagai bilik tidur dan juga ruang kerja, gunakan perabot yang praktikal seperti katil sofa atau sofa bed. Tambah rak atau kabinet gantung di dinding simpanan agar ruang lantai bilik itu lebih lapang dan kemas.
 


Sumber



4. Jadikan bahagian bawah katil sebagai ruang simpanan tambahan. Tempah katil berlaci atau gunakan kotak untuk simpan barang yang hendak diletakkan di ruang itu. 



Sumber


5. Gunakan rak gantung bertingkat sebagai meja sisi katil yang sekaligus boleh dijadikan rak buku. Pasang rak yang lebih panjang untuk tingkat bawah agar anda mempunyai ruang untuk meletakkan lampu meja atau perhiasan lain. 



Sumber


6. Jadikan kepala katil anda dwi fungsi dengan menambah rak buku padanya. Rak itu juga boleh digunakan untuk menyimpan cermin mata dan ubat-ubatan yang perlu dimakan sebelum tidur.




Sumber


7. Gunakan juga daun pintu sebagai ruang simpanan tambahan di bilik tidur anda. Anda boleh menjadikannya sebagai tempat untuk menggantung baju atau aksesori peribadi anda. 



8. Bagi bilik yang mempunyai ruang dinding yang terhad, gabungkan kabinet pakaian dengan katil. Dengan pelan sebegini, anda akan dapat menggunakan ruang dinding yang ada sepenuhnya, dan mempunyai lebih banyak ruang lantai untuk meletakkan perabot lain.


Sumber


9. Untuk bilik tidur yang dikongsi pula, gunakan katil bertingkat untuk menjimatkan penggunaan ruang lantai. Bahagian bawah katil pula boleh ditambah rak dan laci untuk menyimpan pakaian dan buku.


Sumber 


10. Selain perabot, lampu hiasan seperti lampu lantai atau lampu meja juga akan menggunakan ruang lantai bilik. Untuk bilik yang kecil, anda boleh menggunakan lampu gantung kecil di sisi katil atau lampu LED yang disorok di bahagian bawah katil.



Sumber 


Setelah meneliti tips mudah di atas yang dikongsi oleh pereka hias dalaman tempatan, anda pasti rasa teruja untuk menghias bilik tidur anda, bukan? 

Dapatkan nasihat daripada pereka hias dalaman yang berpengalaman di Recommend.my untuk menjadikan bilik tidur impian anda satu kenyataan.

Kongsi maklumat ringkas seperti saiz bilik tidur, lokasi rumah anda dan tema yang anda suka secara online, dan anda akan terima anggaran sebut harga dalam tempoh beberapa jam oleh pereka hiasan dalaman profesional di Malaysia

6 JUTA HIT'S Blog CIKSEPET [dot] COM


Assalamualaikum ! Pejam celik finally  dah cecah 6 Juta pageview hits untuk blog www.ciksepet.com. Alhamdulillah ! Bermula dari pertengahan 2014 sampai la sekarang ,21.11.2017. Terimakasih korang yang sudi baca blog cerita budak sepet ini . Hehehe.. Tak seperti blogger lain , kalau ditanya bulan berapa start berblogging memang tak ingat ler.. hahaha.. entah , tak ambik tahu sangat dulu . Dan tak sangka pun boleh sampai ketahap yang sekarang . 


6 JUTA HIT'S Blog CIKSEPET [dot] COM


Terimakasih untuk cikgu underground Lisa yang dah tolong banyak dari zero to be Hero . Hero la sangat kan... masih banyak yang perlu dipelajari , jauh lagi perjalanan sebagai seorang blogger . 
Terimakasih untuk rakan-rakan yang sentiasa menyokong blog ini . 
Terimakasih juga untuk encik Shah Daniel ... untuk template ini 

Untuk korang yang baru mula nak berblog , jangan risau .. angka bukan ukuran sebuah blog . Terus belajar dari sekeliling , jangan malu bertanya , malu bertanya sesat di tandas.. EHH , merepek pula. Hehehe... Kejarlah ilmu tu dengan berbagai cara , sama ada tanya blogger yang berpengalaman , tanya google , atau masuk kelas coaching . ( yang ni Lisa tak reti nak sugest siapa la sebab tak pernah masuk kelas coaching ni .. jauh beb nak turun , lagipun ada beberapa sebab yang tak mengizinkan ) 
Monday, November 20, 2017

Spicy Chicken McDeluxe Pedas Tak ?


Spicy Chicken McDeluxe Hot & Kickin' Chicken


Hye... ! Assalamualaikum ..lama tak share entri makan-makan . Dulu Lisa pernah kongsikan Spicy Burger Korea McD , sekarang  kita try menu yang lain pula . Korang dah try tak menu baru Burger Mcd , " Spicy Chicken McDeluxe Hot & Kickin Chicken" ? Spicy Chicken McDeluxe Pedas Tak ? Ada yang cakap pedas , ada yang cakap rasa dia standart je . So kena la cuba sendiri baru tahu , pedas ke tak .. hehee. Minggu lepas Lisa baru berkesempatan makan dan rasa sendiri burger Spicy Chicken McDeluxe. Nak tau juga la berapa rate kepedasan , sampai ada challenge yang makan Burger ni tanpa minum air .

Spicy Chicken McDeluxe Pedas Tak ?

Ada 2 Menu yang boleh korang coba , sama ada nak ambil yang Spicy Chicken McDeluxe atau Double Spicy Chicken McDeluxe . Untuk Lisa , cukup yang biasa-biasa je .. sebab takut nanti tak habis pula. Lagipun bukannya Lisa boleh makan ayam sangat ! Uhh... makan ni pun tak habis. Suruh kawan habiskan ...hihihi. 

Satu set Spicy Chicken McDeluxe , ada Burger  , Fries , air coke , sebabkan Lisa tak minum air ber-gas .. Lisa tukar dengan Mc Coffee Cappuccino . Orang cakap sedap, Lisa nak cuba juga. 



Spicy Chicken McDeluxe , Ya.. burger ni ada ayam , sayur , mayonese , dan roti bun . Takde timun , hihii.. takde letak cili powder. Lebih kepada rasa dekat daging tu 



 So simple , am i right ? kosong dan kecil sahaja bukan ... 


Gigitan pertama , rasa pedas juga ... tapi kurang umph... korang nak pedas kena tambah cili sos tu baru terkeluar rasa pedas tu . Tapi takde la pedas sangat macam ayam McD yang spicy tu , tu memang betul-betul pedas. Lisa pun tak boleh tahan . Gigitan ketiga dah tak rasa pedas tu , yang rasa masin ayam tu jek . Hahaha... adeh . Tapi ini komen dari Lisa yang memang makan pedas la , korang yang tak biasa makan pedas ... jangan pula terus tuang sos cili pada gigitan pertama . Kang sakit perut ,Lisa tak tanggung jawap tau . 

APAKATA LISA Tentang  Spicy Chicken McDeluxe Pedas  ? 
Review Lisa lepas makan ni , rasa burger Spicy Chicken McDeluxe Pedas  tak berapa spicy ( rate 3/5 star )  . Rasa Burger tu sedap juga tapi tak habis la ,, sebab rasa  banyak pula. Makin lama makin rasa masin  ayam tu , roti tu sedap . Sayur banyak ,, i like it . Lisa rasa kena tambah timun la baru sedap . keseluruhan Lisa baru 3.5 /5 bintang .  

Pendapat ini atas lidah Lisa ye , masing-masing orang ada taste sendiri kan ..Jadi kena try baru tau pedas ke tidak . 




Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search