Ad

Showing posts with label makanan sedap. Show all posts
Showing posts with label makanan sedap. Show all posts

Grilled Butter Chicken The Chicken Rice Shop

Grilled Butter Chicken The Chicken Rice Shop

Assalamualaikum ,,, lama juga rasanya tak menulis tentang makanann... nak diet konon tapi tak juga turun berat badan . Hahaha ! So Lisa putuskan nak cuba makan menu baru TCRS Grilled Butter Chicken Set  The Chicken Rice Shop. Finally sampai jugak ke sini lepas terliur tengok ramai sangat yang dah cuba menu ini. The Chicken Rice Shop (TCRS) dah kembalikan menu Grilled Butter Chicken dari November 2019 sehingga ke Januari 2020. Nak rasa keenakkan ayam yang garing dengan sos butter yang lemak berkrim diadun dengan daun kari dan cili pasti buat korang berselera!

Grilled Butter Chicken TCRS

Awalnya dalam fikiran Lisa , takut  mungkin menu ni tak berapa sesuai dengan selera tekak,,, ye la Lisa ni jenis cerewet sikit bab makanan. Lisa order set Meal A Grilled Butter Chicken TCRS , seharga RM21.90 dan boleh add On air sekali . TETTTT ... sampai je menu tu diatas meja makan, tak sabar pula nak makan . Hamboi berputar 180 derajah dah . Nampak menyelerakan dan bau dia rasa nak meleleh air liur . Masuk suapan pertama kat mulut... Nyummiii...!Tetiba fall in love pulak dengan rasa ayam butter dekat The Chicken Rice Shop.  Rasa butter lemak lemak pedas dengan ayam yang lembut . Sedap beb ! Korang kena cuba sendiri la ... Patutlah ramai yang try menu ini. 


 credit pic : afiq halid 





Sebelum makan wajib pose dulu.. one two three... action ! 


Teruja nak cuba makanan ni.


3 pilihan menu untuk Grilled Butter Chicken TRS 
  • Meal A (1pax) RM21.90 
  • Meal B (2pax ) RM 49.90 
  • Meal C ( 4 Pax ) RM88.90


REVIEW LISA :


Tengok Grilled Butter Chicken, ayam dilimpahi dengan sos butter, ayam pun lembut dan crispy . Lepas tu rasa pedas sikit sebab ada cili api, dan aroma daun kari tu, aumm menusuk ke hidung. Rasa creamy cair didalam mulut . Memang tambah selera makan. Nanti nak repat semula la :D 



So... Sila datang dan cuba sendiri kelazatan Grilled Butter Chicken The Chicken Rice Shop , hanya sampai Januari 2020 je tau.. Datang sebelum kehabisan ok . 

OHFREEFOOD , Aplikasi Berkongsi Makanan Percuma

OHFREEFOOD , Aplikasi Berkongsi Makanan Percuma !

Tinggal beberapa minggu lagi dah nak masuk bulan ramadhan . Biasanya kan.. time puasa ni la terdapat pembaziran makanan .. Beli banyak-banyak lepas tu makan tak habis.. akhirnya basi dan dibuang ke tongsampah . Nak bagi dengan orang , tak tahu nak bagi dengan siapa kan lebih elok kalau berkongsi . Tak tau nak kongsi dengan siapa ? Nah .. apa kata korang install Apps OHFREEFOOD dalam phone korang. Aplikasi untuk berkongsi makanan , atau korang pun boleh request dan dapatkan makanan percuma di apps tu . Menarik bukan ?


MAKANAN PERCUMA DENGAN DOWNLOAD APPS OHFREEFOOD

 OHFREEFOOD ni diwujudkan pertama kali oleh pengasas apps ni iaitu encik Irwan Hisham untuk elak pembaziran makanan . Bukan hanya boleh berkongsi makanan , tapi juga boleh request makanan . Contohnya Masak banyak dan makanan terlebih .. boleh korang upload gambar dalam apps tu dan nanti bagi dekat orang yang request . Mungkin ada jiran kita yang tak sempat nak masak , atau ada orang lain yang lapar.. haa boleh la kita berkongsi rezeki. Atau .. harini terlupa tak bawa duit makan , lepas tu hanya perlu buka apps OhFreeFood dan tengok dalam tu ada orang post makanan untuk dikongsi . Korang hanya perlu request dan pickup makanan tu secara percuma je .Ye wakk percuma jerr...

Selain dari makanan yang dah dimasak , korang juga boleh berkongsi makanan yang belum dimasak seperti Sardin , Beras , Tepung , Biskut ... haa gitu la yang penting makanan yang masih elok untuk dimakan .  Nak bagi makanan tu bukanlah makanan sisa yang kita dah makan ye , kalau rasa tak boleh habis.. asingkan dan bungkus asing dan Kongsi dengan orang lain .



Nampak tak Avaiable Free Food , yang tu korang boleh request. Tapi kena tengok juga la lokasi ada kat mana .. kang korang di kedah tapi owner duduk Johor.. nah jauhhh weih. Kalau area tempat Meetup or Pickup tu dekat dengan tempat korang , yang tu lelaju la korang request dan tunggu di approve ya . Lepas tu chit chat la nak ambek jam berapa dan detail-detail semua . 



Cara Guna Apps Oh Free FOOD

1. Download Apps OHFREEFOOD di AppsStore atau di GooglePlay https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ohfreefood.app&hl=en ]

2. Login dengan akaun Facebook atau email korang. Dan SIAP !

Korang dah boleh explore la dalam apps tu , ada makanan apa yang boleh dishare , Share makanan , request makanan dan banyak lagi . :D

Lisa pon dah try , Seronok berkongsi makanan ni . Aritu share biskut ... harini share KFC pula sebab Lisa memang tak makan KFC .Tadi dapat bauchar dan ada lebihan KFC ,, jadi reedem la. Nah dari membazir..tak termakan, baik bagi kat orang lain kan :D 


Jangan lupa letak lah serba sedikit detail tentang makanan yang korang sumbangkan seperti kuantiti, jenis makanan, lokasi pengambilan dan penyerahan dan masa. Ini bertujuan memudahkan mereka mendapatkan info di mana lokasi makanan yang kita sumbangkan.

Tada.. indahnya berkongsi .. Heeee 


Untuk maklumat lanjut mengenai OhFreeFood ini, korang boleh baca selebihnya di  :-

Facebook : OhFreeFood
Instagram : OhFreeFood
Website : www.ohfreefood.com

Muffin Sedap dan Murah di Putrajaya


Muffin Sedap dan Murah di Putrajaya

Assalamualaikum ! Muffin , cupcakes atau brownies ? hah.. aku keliru . Nampak macam brownies tapi dalam cupcakes ,, eh ternyata Muffin namanya . Biasa nampak dijadikan makanan ringan di majlis -majlis atau untuk high-tea minum petang pun sedap juga. Muffin sedap Putrajaya dan kawasan sekitarnya ini murah giler weih ! 1 cup ni rm1-1.50 , tengok bungkusan hee. 

Tempahan Muffin  Sedap Putrajaya . 

Bagi korang yang akan mengadakan majlis menyambut hari kelahiran , majlis pertunangan , majlis kahwin .. pot luck office doorgift, buah tangan, minum petang dan lain² ... boleh cuba untuk buat tempahan Muffin Gebu Gebas ( Filling ) sedap di area Putrajaya atau berdekatan


Muffin Gebu Gebas (Filling)
Saiz Muffin - M / 2.5 oz
Perisa :
- Vanila (butterschocth/coklat/strawberry)
- Coklat
- Bluebbery
- Butterschocth
- Kiwi 



Harga Muffin Sedap Putrajaya  

Harga bermula dari RM 1.00 - RM 1.50 bergantung pada jenis bungkusan. Minimum order 1 box untuk 10pcs muffin gebus ini  + caj delivery . Nah untuk korang yang order 2 box ,20pcs  , Penghantaran percuma tau .. tanpa dikenakan bayaran .. terhad untuk area Putrajaya sahaja. 


Harga Caj kos penghantaran :

Area Putrajaya RM 2.00 manakala untuk kawasan luar Putrajaya RM 5.00 - RM 10.00

Korang yang rasa nak adakan majlis tapi tiada masa untuk baking tu boleh la roger-roger kayh . Untuk harga kasih sayang dan detail, boleh wasap Ina http://www.wasap.my/60172217636 jangan lupa Follow Dapur Addin di instagram.com/dapur_addin







Whatsapp :  Ina http://www.wasap.my/60172217636 
Instagram : Dapur Addin di instagram.com/dapur_addin

KFC Cheezy Golden Sticks , Sedap tak ?

KFC Cheezy Golden Sticks

Dah masuk musim perayaan ni biasanya KFC akan keluarkan satu menu baru lain dari yang lain . Ha.. tadi ternampak poster menu baru KFC , Cheezy Golden Stick yang korang boleh nikmati dalam KFC CELEBRATION BUCKET CNY promo , sampena perayaan Chinese New Year yang akan datang tak lama lagi . Nak beli bucket sapa nak makan.. kang membazir pula, so Lisa beli Ala-cart je.. Tertanya-tanya juga... sedap ke tak ? apalah agaknya rasa Cheezy Golden Stick tu ... kena cuba juga ni . 



KFC Celebration BUcket

KFC Cheezy Golden Sticks ,  Sedap tak ?


Sedap ke tak ? Itula yang ada dalam minda kalau baru tengok menu baru . Belum rasa memang belum tahu.. itu yang tertanya-tanya dalam hati . Pada Awalnya, Lisa ingatkan isi dalam tu sejenis nuget atau mungkin isi ayam , eh ternyata bukan .. " macam" ada kentang or tomato dalam tu , ada sayur... dan pasti ada keju cheezy juga. alaa.. macam inti pai tu... Lisa tak reti nak gambarkan macam mana . Gigitan pertama KFC Cheezy GOLDEN STICKS  masuk dalam mulut , rasa juici beb ! Sedap weih.. bahagian luar disaluti tepung yang crunchy. Menikmati betul disetiap gigitan tu .Panas panas, tambahkan sos cili ...perghh menambah selera . Lisa bagi  10 bintang ! 



Memang sesuai sangat dengan tema perayaan ini , rasa yang mewah . Sedap pun ye juga... bentuk menarik .. luaran yang crispy crunchcy . 

Harga KFC Cheezy Golden Sticks

Harga untuk satu set KFC Cheezy Golden Sticks ialah RM 10.90 , dalam tu ada 3 ketul . Kenyang la juga.. try la 1 set dulu..rasa tak cukup baru beli lagi . Jika ingin makan beramai-ramai dengan family atau kawan.. boleh try dengan KFC CELEBRATION BUCKET , bermula dari RM 36.90 . 



Nah korang tengok sendiri dari bagian dalam .. OVERALL Lisa boleh bagi 10 Bintang... ha.. budak kecik ni pun cakap sedap dan sangat sedap ! Lisa yang tak suka cheezy pun boleh bagi 10/10 bintang , apa lagi korang yang memang penggemar cheese. Nah.. try rasa sendiri la ye ... nak belanja jauh la pula. hahaha.. Try sebelum kehabisan durasi promo . Kalau sedap bagitau orang lain , kalau tak sedap diam-diam.. #ehh.. hahaa.. selamat berhujung minggu .


NOTASelera setiap orang berbeza-beza., apa yang ditulis dalam review ini adalah pendapat pribadi penulis , dan tidak melibatkan mana-mana pihak . 

RESIPI DORAYAKI

Resipi Dorayaki


Bagi korang yang pernah tonton Kartun DORAEMON mestinya dah tak asing lagi dengan makanan kesukaan Doraemon iaitu DORAYAKI. Dulu masa kecil lagi , ingatkan kena pergi Jepun dulu baru boleh merasa kuih dorayaki ini, naif gila haha. Sekarang dah besar ni ... baru jumpa resipi dorayaki yang sebenarnya senang je aih . 

BAHAN-BAHAN MEMBUAT DORAYAKI 

1 cawan tepung serba guna (tepung gandum pun boleh)
½ cawan gula halus
½ camt baking soda
3 camb air
2 biji telur
1 cambmadu
½ camb minyak masak
Secukupnya kacang merah manis hancur (boleh ganti dgn coklat@ apa sahaja yang anda suka untuk dijadikan inti)


Cara- caranya

1.      Masukkan gula ke dalam mangkuk adunan dan tambah gula. Kemudian pukul sebati.
2.    Campurkan baking soda dan air. Kacau sehingga baking soda sebati
3.     Tambahkan larutan baking soda ke dalam mangkuk adunan yang mengandungi campuran telur dan gula. Pukul rata.
4.    Tambahkan tepung yang telah diayak. Gaul sebati dan rehatkan adunan selama 20-30minit. (Masa nie boleh lah hancurkan kacang merah yang da direbus manis).
5.    Selepas direhatkan, jika adunan terlalu pekat, boleh tambahkan beberapa camca besar air mengikut keperluan.
6.    Panaskan pan (kuali leper), lenserkan dengan minyak masak dan sudukan adunan ke dalam pan (api jangan terlalu besar nanti hangus).
7.     Ulangi langkah sehingga semua adunan habis.
8.    Kemudian sapukan kacang merah yang hancur tadi dan apitkan dengan kepingan dorayaki lain.
9.    Siap !   DA BOLEH MAKAN!!!! 

cara membuat dorayaki


Bukan susah mana pun kan , dan bahan bahan pun senang sahaja... selamat mencuba !
jangan lupa share resipi dorayaki ini tau .. 

Spicy Chicken McDeluxe Pedas Tak ?


Spicy Chicken McDeluxe Hot & Kickin' Chicken


Hye... ! Assalamualaikum ..lama tak share entri makan-makan . Dulu Lisa pernah kongsikan Spicy Burger Korea McD , sekarang  kita try menu yang lain pula . Korang dah try tak menu baru Burger Mcd , " Spicy Chicken McDeluxe Hot & Kickin Chicken" ? Spicy Chicken McDeluxe Pedas Tak ? Ada yang cakap pedas , ada yang cakap rasa dia standart je . So kena la cuba sendiri baru tahu , pedas ke tak .. hehee. Minggu lepas Lisa baru berkesempatan makan dan rasa sendiri burger Spicy Chicken McDeluxe. Nak tau juga la berapa rate kepedasan , sampai ada challenge yang makan Burger ni tanpa minum air .

Spicy Chicken McDeluxe Pedas Tak ?

Ada 2 Menu yang boleh korang coba , sama ada nak ambil yang Spicy Chicken McDeluxe atau Double Spicy Chicken McDeluxe . Untuk Lisa , cukup yang biasa-biasa je .. sebab takut nanti tak habis pula. Lagipun bukannya Lisa boleh makan ayam sangat ! Uhh... makan ni pun tak habis. Suruh kawan habiskan ...hihihi. 

Satu set Spicy Chicken McDeluxe , ada Burger  , Fries , air coke , sebabkan Lisa tak minum air ber-gas .. Lisa tukar dengan Mc Coffee Cappuccino . Orang cakap sedap, Lisa nak cuba juga. 



Spicy Chicken McDeluxe , Ya.. burger ni ada ayam , sayur , mayonese , dan roti bun . Takde timun , hihii.. takde letak cili powder. Lebih kepada rasa dekat daging tu 



 So simple , am i right ? kosong dan kecil sahaja bukan ... 


Gigitan pertama , rasa pedas juga ... tapi kurang umph... korang nak pedas kena tambah cili sos tu baru terkeluar rasa pedas tu . Tapi takde la pedas sangat macam ayam McD yang spicy tu , tu memang betul-betul pedas. Lisa pun tak boleh tahan . Gigitan ketiga dah tak rasa pedas tu , yang rasa masin ayam tu jek . Hahaha... adeh . Tapi ini komen dari Lisa yang memang makan pedas la , korang yang tak biasa makan pedas ... jangan pula terus tuang sos cili pada gigitan pertama . Kang sakit perut ,Lisa tak tanggung jawap tau . 

APAKATA LISA Tentang  Spicy Chicken McDeluxe Pedas  ? 
Review Lisa lepas makan ni , rasa burger Spicy Chicken McDeluxe Pedas  tak berapa spicy ( rate 3/5 star )  . Rasa Burger tu sedap juga tapi tak habis la ,, sebab rasa  banyak pula. Makin lama makin rasa masin  ayam tu , roti tu sedap . Sayur banyak ,, i like it . Lisa rasa kena tambah timun la baru sedap . keseluruhan Lisa baru 3.5 /5 bintang .  

Pendapat ini atas lidah Lisa ye , masing-masing orang ada taste sendiri kan ..Jadi kena try baru tau pedas ke tidak . 




SAMBAL KETUK NAS CHOICES SEDAP & MURAH !

RESIPI SAMBAL KETUK KETUK NAS CHOICES

Assalamualaikum ! Minggu lepas , Lisa pergi ke Kedah untuk settlekan beberapa urusan . Ini kali pertama Lisa jejak sana . Memandangkan perut Lisa yang kampung ni tak boleh terima beberapa menu makanan ,,, terfikir pula nak bawa sambal untuk bekal pergi  Kedah. Nasib baik lah ada sambal ketuk nas choices  yang jadi penyelamat , tak risau dibuatnya .

SAMBAL KETUK NAS CHOICES , sedap dan murah ! 


Sambal ketuk , mungkin ada sesetengah orang yang baru first time dengar nama sambal ini. Bagi orang yang penggemar makanan pedas , usah ditanya la..mesti tahu . Kali ini Lisa cuba pula sambal ketuk nas choices , senang bawa pergi travel ataupun bekal kat office tempat kerja . Setakat yang Lisa pernah makan , Sambal ketuk ni boleh tahan pedas kaw gitu . Makan dengan nasi panas-panas.. perghh tak tengok kiri kanan beb.. kalau pandai lawankan dengan lauk lain memang jadi berganda selera makan. bak kata host vit daily , PADUU BEBB ! 

Bab buat sambal ni , Lisa memang failed la .. tapi untuk komen rasa sambal.. yang tu Lisa pandai . hehehe . Rasa sambal ketuk nas choices dari pendapat Lisa bagi 4.5/5 bintang ! 

review sambal ketuk nas choices sedap dan murah

Balance sambal ketuk nas choices tempoh hari Lisa bawa ke tempat kerja , Lunch lebih menyelerakan dengan sambal ketuk Nas Choices . 

RESIPI SAMBAL KETUK Nas Choices


Sambal ketuk Nas Choices ni macam sambal hitam pahang, tapi bukan sebab takde belimbing. Sama dari segi rupa yang hitam kot , hehehe. Oh ... ternyata ada banyak jenis sambal ketuk .  Sebelum ini lisa makan yang sambal ketuk cili hijau , kali ini pula Lisa makan sambal ketuk yang berwarna hitam. Boleh tahan pedas beb sambal ketuk ini. Rasa sedikit berbeza berbanding dengan sambal ketuk cili hijau . Mungkin sebab sambal ketuk yang ini resipi tradisi dari gabungan pahang dan sumatera indonesia. Ada beberapa ejen di seluruh malaysia. Bahan-bahan yang digunakan dalam sambal ketuk ini adalah  : Bawang merah , bawang putih , cili , garam 


Ha.. korang yang suka makan sambal atau tak pernah makan sambal ketuk ni  sambal boleh cuba sambal ketuk nas choices ini ... senang dibawa kemana-mana . Murah pun ye jugak ..

Sesuai untuk dibawa untuk travel .
Kadang kita bercuti , atau travel ke tempat baru .. takut tiada kedai makanan yang sesuai dengan tekak kita ,,, Nas Choices Sambal Ketuk sesuai sangat untuk dibawa . Lagipun packing ni senang disimpan semula dan kedap udara.

Malam tadi Lisa cuba masak nasi goreng dengan menggunakan sambal ketuk nas choices ini , sedap beb ! hahaha.. senang kerja tak perlu ka ketang ketung malam-malam buta nak tumbuk bawang merah , bawang putih dan cili  . Tinggal panaskan minyak ,  taruh sambal ketuk ini  dan masukkan nasi . Dah siap . Nyummii.. lupa pula nak ambek gambar .... 

Tahan 6 bulan suhu bilik. Kalau dah bukak, takyah masuk dalam peti ais. 2 minggu  pun insyaallah tak berkulat.

Harga Sambal ketuk Nas Choices 


Harga sambal ketuk ini sekarang ada promosi tak silapnya , harga dalam rm10- rm20.. korang terjah je  message dekat instagram @nas_choices  Ataupon terus whatsapp 0193613164


Pshhttthh : Sentiasa cari ejen dan stokis yang nak tambah pendapatan.Kalau nak tambah duit poket , boleh la try jadi ejen kay... 

Jika korang nak rasa macam mana sambal ketuk ini , boleh hubungi .....

HP : 019 361 3164 (call/sms/wassap), dan ejen diperlukan!

Facebook : SAMBAL KETUK

Instagram : @nas_choices

Durian McFlurry Malaysia , sedap tak ?


Durian McFlurry McDonals Malaysia , sedap tak ? 

Bulan Julai lepas McDonalds Malaysia keluarkan menu burger Korea , yang terbaru pula McFlurry Durian  yang keluar secara rasminya pada 24 Ogos 2017 . Agaknya durian mcFlurry sedap tak eh ? Beratur sampai panjang oih ketika hari pertama launch menu ni . Adeh.. yala.. mesti semua nak jadi yang pertama rasa . Ada yang cakap sedap , ada yang cakap tak sedap .. macam mana tu ? so Lisa try la beli dan rasa sendiri ., dan rasanya sedap bak kata Lisa. 


McFlurry Durian Sedap ! 

Lain orang lain taste , bagi Lisa rasa McFlurry durian ini sedap . Macam makan durian yang di blend dan campur aiskrim , sedap-sedap gitu ada rasa durian terselit kat gigi . hehehe.. rasa manis . Dengar cerita durian dalam McFlurry ni adalah  durian gred D24 , tengok kat banner la . Tapi memang betul rasa durian tu je . Ada yang cakap tak sedap ? Boss cakap la,, kalau nak makan mcd yang sedap..pilih tempat yang francais besar , kalau kecil ni agak kurang sedap makanannya . Kawan ada juga cuba makan di francais besar tapi rasa tawar , mybe sebab ramai orang nak beli tu yang dia kurangkan resepi durian tu hahaha. Entah ler.. Lisa beli sedap dan banyak durian tu . Lisa beli pun dah 3 hari selepas keluar menu ini , 3 hari pertama selalu SOLD OUT .. ramai gak yang beli rupanya 

Boleh tahan mahal la juga harga untuk secawan McFlurry Durian ni berbanding dengan Mcflurry biasanya . RM 7.99 ala senang cakap rm8.00 . Kalau takut dapat tak sedap , boleh la tong tong beli mcFLurry ni , kalau rasa sedap .. beli lagi , kalau tak sedap..takdela kan membazir duit .

Lisa bagi  4/5 bintang untuk rasa McFLurry durian ni . Tahap kemanisan 5/5 , rasa durian 4/5 . 




Korang dah try ? Sayangnya dengar cita dah habis duration ni .. 29 Ogos lepas dah diumumkan dah SOLD OUT dan akan kembali lagi 2018 nanti . tapi ada kawan yang masih dapat beli mcFlurry ni .. mana satu yang betul ni ?hihi 




Kopi Badang Cafe Kopi Tulen 100%


Kopi Badang Cafe Kopi Tulen 100%

Hai .. selamat hari minggu ! Musim hujan sekarang ni ..minum kopi dan makan ubi rebus panas-panas... perghh nikmat tak terkata. Selain teh , Lisa pun jenis penggemar kopi , turun dari mak la agaknya ! Banyak nama nama kopi yang dah dikeluarkan di Malaysia ni , bahkan ada yang import dari negara lain . Ehem.. penggemar kopi mesti la tahu hehehe... Lisa ternampak kawan-kawan minum kopi badang,  dengar cerita dibuat dari 100% kopi tulen. Rasa nak try juga la... agak-agak lepas minum nanti jadi badang ke ? Khasiat dan Harga kopi badang ini pun Lisa ada tulis dibawah . hehe


Kopi Badang Cafe 

Lain dari yang lain , kopi badang cafe adalah kopi 3 in 1 yang tidak mengandungi perasa tiruan , tiada kandungan pengawet , dan 100 % diperbuat dair kopi tulen . Wah.. TIADA PERISA tiruan ! hohooho.. Kandungan kopi utama dalam Kopi Badang ini ialah kopi robusta dari Columbia dan sesuai dengan cita rasa Asia. Jangan risau , Lisa dah try minum , tiada apa kesan sampingan pun seperti sakit kepala atau jantung berdegup lajuuu... ala-ala lari marathon tu . 



Khasiat Kopi Badang


Sebelum Lisa terlupa , kilang pengeluar KOPI BADANG CAFE ini berada di Johor Bahru , dan dikeluarkan oleh AL-Mubarak Health SDN. BHD. Disahkan HALAL oleh JAKIM , so korang tak perlu la was-was minum kopi ini okayh !! 

1. Tidak ada kesan sampingan

Berbanding kopi segera yang lain kopi Badang Cafe tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada peminumnya. Rasa tidak selesa seperti sakit kepala, mual, tidak sedap badan, gigi kuning, sakit perut, sakit buah pinggang, sembelit, dan lain-lain kesan akibat minum kopi campuran lain tidak dirasai dengan kopi kopi ini.


2. Menghilangkan rasa letih dan lesu

Ini penting untuk yang berkerja menggunakan penumpuan minda seperti pelajar dan ilmuan. Kecerdasan minda dan tubuh badan selepas meminum kopi ini dapat membantu pelajar memahami serta menghafal pembelajaran dengan baik. Untuk yang sedang menyiapkan tugasan seperti “assignment”, kopi ini sangat sesuai untuk menemani mereka.

3. Sesuai untuk orang yang ingin memulakan perjalanan.

Perjalanan baik jauh maupun dekat memerlukan tubuh badan yang segar. Pekena kopi Bdanag ini sebelum memulakan perjalanan pasti membuatkan badan terasa segar tanpa rasa mengantuk, letih, lesu dan lapar di sepanjang perjalanan.


Yes biasanya kalau Lisa minum kopi 3 in 1 yang lain , Lisa akan cirit birit , pening kepala atau fegupan jantung laju . Tapi minum kopi ini , elok pula perut tak meragam . Perut Lisa memang sensitif , jadi kandungan dalam kopi Badang ni , lisa dah minum dan ianya selamat tak buat sakit perut  . 




Amboih kemain eksaited nooohhh !  dapat jugak merasa kopi badang ni 


HARGA KOPI BADANG CAFE 

Dalam satu kotak Kopi Badang ni ada 24 paket . Cara penyajian nak bancuh panas boleh , nak bancuh letak ais pun boleh , ikut suka korang ar.. Untuk harga Kopi Badang Cafe ,  korang boleh terus tanya sendiri dekat kak Nani atau mesra di panggil Mama Kembar 3  ,  Detail dibawah ini : 



Instagram: MamaKembarTiga 

Whatsapp: +60133935052

Jangan segan-segan tanya , mana tahu tengah ada Promo ke kan.. Baca juga testimoni kopi badang cafe ( klik untuk baca




Apapun, pengambilan minuman 3 in 1, ataupun krimer bukan tenusu perlulah diambil secara bersederhana, demi menjaga kesihatan kita
© all rights reserved
made with by templateszoo