Ad

Showing posts with label cermin. Show all posts
Showing posts with label cermin. Show all posts

OPTOM EYECARE Bangi, Klinik Optometri dan Pakar Cermin Mata


OPTOM EYECARE Bangi , Klinik Optometri dan Pakar Cermin Mata 


Assalamualaikum ! Kerja didepan komputer setiap hari memang akan effect ke mata . Lisa pon dah kena pakai cermin mata, tapi tak sampai tahap yang teruk lagi la .. hanya silau yang tak sampai 100 . Bercakap tentang cermin mata, lepas Lisa baca pengalaman Qaseh buat pemeriksaan mata di OPTOM EYECARE , Klinik Optometri dan Pakar Cermin Mata Bangi .. rupanya lebih elok kalau kita pilih kedai cermin mata yang siap buat Optometri . Serius baru tahu, sebab biasanya pergi kedai cermin mata hanya check power je . 




    

Service di OPTOM Eyecare Bangi


OPTOM Eyecare Bangi ni dia lebih mementingkan kepada servis klinikal dari menjual segala spek yang ada, walaupun pelanggan datang untuk buat cermin mata je, tapi mereka tetap akan buat pemeriksaan mata  . Apa tu klinikal servis ? Maksudnya disini paling mementingkan pemeriksaan mata, kondisi mata kita bukan sekadar check power rabun atau pun silau sahaja tapi akan ada pemeriksaan untuk saraf mata dari bahagian depan dan juga belakang mata, dari situ kita boleh lihat lah saluran darah dalam mata kita ni cantik or ada masalah lain . Lisa ingatkan untuk budak sahaja yang perlu buat klinikal service ni , sebab masa little boy buat cermin mata .. kena buat test bagai dan rujukan dari doc sebab budak dibawah umur memang kena buat check mata menyeluruh dulu. 

4 STEP PEMERIKSAAN DI OPTOM EYECARE BANGI . 

Sebelum buat cermin mata , korang kena lalui 4 langkah berikut :- 



Mesin Autorefcractor
- First step ni untuk check power dan silau mata kita .Sebelum check mata , pemeriksaan basik iaitu check power dan silau mata . Tekap dagu then nampakla balon dalam tu ha.. lebih kurang macam tu la. Lisa power tu takda la truk sangat , hanya silau je .. silau dalam bawah dari 100 lagi . OK la tak perlu pakai cermin mata sebenarnya , tapi kalau berjalan bawah terik matahari or malam mmg kena pakai ..penat mata kalau tengok benda bercahaya ni . 


Mesin Phoropter - Second step untuk check sama ada ada masalah rabun dekat atau jauh, semua step simple je, just duduk di kerusi dan ikut je arahan consultan, ada part lampu dimalapkan then tengok je di skrin, akan dipaparkan beberapa huruf, nombor untuk menguji mata kita ada masalah rabun dekat atau jauh. 


Mesin Diagnostic
- Step ketiga ni biasa takde di kedai cermin mata yang lain, yang ni untuk tengok saraf mata kitadi bahagian hadapan, boleh check sama ada kita ada selaput atau mata merah penyakit kencing manis, glaukoma yang akan menyebabkan buta.


Mesin Slit Lamp - Last step untuk saraf mata di bahagian belakang mata pula, alat ni boleh tengok struktur mata kita seperti kornea, iris dan lensa. Melalui alat ni, boleh check samaada kita ada masalah mata katarak atau pun tidak 

    

Jika result  korang di uji dan mengalami masalah teruk, pakar mata disini akan bagi surat untuk korang rujuk ke hospital, jangan main-main dengan pancaindera kita yang sangat bernilai ni ye dan jangan tangguh-tangguh untuk check !

Custome Made Cermin Mata Khas - BeSpoke

Bentuk wajah semua orang berlainan , ada yang oval , bulat , petak .. korang yang mana satu ? Bukan semua frame sesuai untuk wajah kita ye . Lebih lagi macam yang bertudung ni ,, kalau boleh buat custome made lagi bagus . Nahh .. Satu lagi kelebihan bila membuat cermin mata di Optom Eyecare Bangi ni, korang boleh custom cermin mata korang sendiri, nak yang perfect di wajah taknak nampak pelik atau besar sangat, atau kecik sangat, atau taknak nampak kembang bila pakai tudung ? Korang jugak boleh pilih warna, frame, dan sebagainya .


Untuk customize ni, staff akan menggunakan alat/satu apps khas untuk mengukur bentuk kepala, telinga, hidung dan wajah korang, dari situ ukuran cermin mata akan mengikut spect yang betul dan tepat. Rasanya setakat ni Lisa pergi tak pernah tahu pula boleh custome made macam ni . Menarik.. hanya dai OPTOM Eyecare Bangi je ni . 

Kaki pun berbeza ada yang plastik separuh, besi penuh, getah dan sebagainya, boleh pilih warna berbeza, nak frame macamana mengikut pilihan korang sendiri. 


Jenis Kanta dari standard hingga ke premium

Bab bujet / harga ni mesti nak tahu kan, kat sini korang boleh bagitahu berapa bujet korang dan boleh pilih kanta macam mana yang korang nak atau perlukan. Lens coating terdiri dari 3, bermula dengan standard clear sahaja, (intermedate / pertengahan) ada dua jenis - blue light protection dan changeable colour, ketiga premium (semua fungsi  ada) diorang akan suggest mengikut keperluan setelah buat pemeriksaan mata dan mengikut budjet pelanggan sendiri  .

Changeable colour atau transitions lens ni bila waktu panas ia akan bertukar warna gelap, transitions lens ada 7 warna, grey, graphite green, brown, amethys, sapphire, emerald green dan amber. Untuk bujet kecik ada lens lain tetap akan jadi gelap cuma lambat sikit dan ada warna grey sahaja, brdasarkan pemeriksaan mata, mereka akan tengok lah sama ada perlu tak guna transition lens ni


Pelbagai pilihan Cermin Mata Berjenama.

 
Bagi yang punya bujet lebih dan nak nampak bergaya juga kat sini ada beberapa jenama yang korang boleh pilih. Ada yang bertatah kan batu Swarovski lagi tau, haaa pilih je hehe yang pasti semua cermin mata disini sangat berkualiti 

PENDAPAT LISA 
Banyak ilmu dan info yang Lisa baru tahu disana , teringin juga nak pergi ke OPTOM EYECARE BANGI ni . Boleh la check mata sekali dan buat cermin mata secara detail . Tak sabar nak pergi sana . Korang yang berdekatan boleh terus pergi kesana tau , jangan main asal je nak buat cermin mata . Sayangi mata anda okayhh.... 


Info selebihnya  :

Optom Eyecare 
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)
BUKA SETIAP HARI
9AM-8PM


IG & page Optom Eyecare Bangi:

👁️‍🗨️PM DIRECT
📞01111479093



*FREE 1000 UV420 LENS 👁️‍🗨️JAWAB SURVEY*
http://optom.com.my/survey



Cermin Makeup Berlampu , LED MAGIC MIRROR CONIE PERY

Cermin Makeup Berlampu , LED MAGIC MIRROR CONIE PERY 


Assalamualaikum ! Asyik cakap pasal makeup dan skincare je ,, rasa nak tulis kelainan sikit tapi ada kena mengena dengan makeup juga .Heee... antara salah satu wishlist dari seorang perempuan ialah VANITY MIRROR . Senang cerita meja makeup berlampu . Senang nak makeup , nak snap gambar pun cantik . Lisa pun teringin juga dari dulu lagi , tapi itula dekat sini tak da yang jual . Nak beli pun besar dan berat jadi kena COD  sebab orang tu akan pasang sekali . Kurier ? memang tak la.. nanti takut pecah pula.  Hmm... susah le kalau gitu . Baru ni Lisa ada nampak cermin makeup berlampu ,  LED magic mirror dari CONIE PERY , comel, dan yang penting ada lampu juga. wahh menarik ! Kira macam mini vanity mirror  gitu .. 

LED MAGIC MIRROR CONIE PERY 



Walaupun rumah dah ada meja makeup dengan cermin , tapi Lisa masih suka guna cermin yang mudah diubah-ubah tempat . Magic mirror conie pery ini senang je nak alih-alihkan . Size yang comel kecil tu ringan je nak bawa . Dan bagian bawah tu boleh letak barangan makeup korang . Ha.. lagi senang kan .. tak perlu angkat beg makeup , pastu nak balance kan cermin lagi betul tak ?



Lampu di Magic mirror ini ada 2 warna , boleh di adjust kecerahan tu . Sama ada nak terang sangat , atau nak low kan kecerahan lampu tu . Tak perlu button bagai la , sekarang kan zaman canggih ,  tinggal TOUCH je ... dah boleh nyalakan atau padam lampu tu . Nak adjust kecerahan ... touch lama sikit . Wahh canggih betul.. Lisa ingat HP je ada touch touch ni . hahaha cermin makeup pun dah ada . Bagus-bagus ! Suka weih.. dah la cantik.. canggih pula tu . 





Untuk menyalakan lampu , mengatur kecerahan cahaya , hanya perlu touch pada bahagian logo diatas ini . Senang je bukan ?

Lampu pada cermin ini ni tak perlu menggunakan wayar yang disambung pada plug . Tapi .. hanya perlu di caj je . Macam power bank gitu.. dicaj .Kepala wayar pun lebih kurang macam charger sambung , so senang la kalau korang nak caj ... Mna tau terlupa letak wayar caj tu kan . 





Ditempat kerja , Lisa biasanya nak makeup kena pakai cermin lipat tu . Susah nak di stabilkan sebab takde stand dia . Lepas tu makeup pula ada kt drawer.. so kalau nak makeup kat meja tempat kerja ni kadang terabur sikit la . Makan space . 

Bangun lambat , rushing , dan tak da masa nka makeup... sebab tu kadang pergi kerja dengan muka yang hanya spray dengan cecair ( lisa guna bioessence ) untuk lembabkan muka je dulu pastu nanti sampai tempat kerja baru la pakai makeup . Tu penting juga cermin di tempat kerja . Nak betulkan tudung ke , nak makeup ke .. kalau asyik ulang-alik pergi ke tanda s..leceh juga la sebab Lisa kerja di dalam mall . 



Nampak tak cermin bulat kecil tu ? tu fungsinya untuk zoom dari dekat bahagian yang kita nak tengoksecara detail ketika bermakeup , Mana tau comot ke hape. Contoh bagian mata.. kan selalunya kita kena dekat rapat-rapat dengan cermin untuk tengok elok tak eyeliner , eyeshadow... dan lain-lain . Best.. dah tak perlu rapatkan muka sebab dari jarak biasa pun dah boleh nampak detail dengan cermin macro tu . 






Bahagian drawer yang bawah tu boleh letak barang makeupkorang . Senang bukan ? tak perlu susah nak keluarkan dari beg makeup lagi . 

HARGA MAGIC MIRROR CONIE PERY 


Menarik bukan LED  Magic Mirror dari conie pery ini ? Lisa post kat Facebook ramai kawan yang cakap cantik ., baik yang depan cermin atau cermin tu sekali dua dua cantik  .EH perasan pula Lisa ni kan . Hehehe.. diorang tanya la berapa harga dan beli kat mana. Harga untuk MAGIC MIRROR CONIE PERY ni hanya RM145  . Diskaun 20% diberikan untuk 20 orang pertama ! Ha... korang kalau nak beli juga , boleh la Direct whatsapp  di 018-220780 , rujuk di website CONIE PERY , atau nak tengok lebih detail ... di facebook : CONIEPERY  , Instagram : @coniepery


REVIEW LISA :

I LOVE IT ! ya.. pertama kali buka je pun dah suka ,lepas tu guna dan memang memudahkan Lisa nak makeup di tempat kerj, atau dimana-mana saja lisa nak makeup . Rushing dan takda masa ? tak jadi masalah lah,...Lepas ni senangla kalau nak bawa cermin makeup berlampu ini  pergi holiday . Bukan apa.. hari tu time pergi kedah , pangkor ,perak.. kebanyakan homestay takde cermin dalam bilik . Kalau ada pun dekat almary . Huh.. tak da lampu macam mana nak makeup dengan elok .. betul tak ? So memang amat berguna sangat, lebihan lagi ada tempat boleh letak makeup dalam tu . Jimat space ..



NOTA : Promo khas diskaun 20% kepada 20 orang pertama yang buat pembelian LED magic mirror ni. Untuk dapat kod diskaun korang boleh hubungi no telefon 018-2220780  sebelum buat pembelian di website.




Detail selebihnya korang boleh rujuk dibawah ini : 

Tel: 018-2220780
Website: https://www.pineapple.my/product/conie-perie-magic-makeup-mirror/




© all rights reserved
made with by templateszoo