Ad

SENARAI PELAKON DEKATKAN JARAK KITA

SENARAI PELAKON DEKATKAN JARAK KITA

DEKATKAN JARAK KITA


Dah lama rasanya tak tengok slot Samarinda di TV3 ni . Tapi sebab ada capiq dan Ayda Jebat... macam nak try tengok je . Hehehe.. Drama bersiri Dekatkan Jarak Kita adaptasi daripada sebuah cerpen tulisan Syu Ariani. Menampilkan gandingan utama Syafiq Kyle dan Ayda Jebat. Drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd ini mendapat sentuhan pengarah Azman Hj. Yahya. Akan disiarkan bermula 21 November 2017, setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam di TV3 dalam slot Samarinda. Antara Senarai Pelakon Dekatkan Jarak Kita :  Ayda Jebat, Syafiq Kyle, Azhan Rani, Catriona Ross, Wan Sharmila, Nadia Brian, Raja Hakim, Riena Diana, Emma Akma, Rashid Jaafar, Aishah Atan , Ziyan Ibrahim



SENARAI PELAKON DEKATKAN JARAK KITA

Wahh ada Capik ( Syafiq Kyle ) dan Ayda Jebat . Wan Sharmilapun hado... meh tengok barisan pelakon yang lainnya dalam drama Dekatkan Jarak Kita . 


PELAKONWATAK
Ayda Jebat Alyssa / Sofea
Syafiq Kyle Tashriq
Azhan Rani Kamil
Catriona Ross Umi Khadijah
Wan Sharmila Riana
Nadia Brian Bella
Raja Hakim Arif
Riena Diana Sofea
Aishah Atan Zakiah
Ziyan Ibrahim Maksom


LAGU TEMA / OST DEKATKAN JARAK KITA

Tajuk : Tergantung Sepi
Penyanyi : Haqiem Rusli


SINOPSIS DEKATKAN JARAK KITA

Mengisahkan sepasang kembar tidak seiras, Tashriq dan Sofea yang tinggal bersama ibu mereka, Umi Khadijah setelah kematian ayah mereka akibat serangan sakit jantung. Tuan Kamil, sahabat lama keluarga itu muncul dalam kehidupan mereka dengan niat untuk membantu Umi Khadijah dalam menjalani kehidupannya. Tidak lama setelah kemunculannya itu, Umi Khadijah dan Tuan Kamil berkahwin. Walau bagaimanapun, Umi Khadijah tidak mengetahui bahawa Tuan Kamil mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu untuk merampas harta Umi Khadijah kerana Tuan Kamil sebenarnya telah muflis.

Demi mengukuhkan asas agendanya, Tuan Kamil menghasut Tashriq untuk menyebelahinya dan membenci kembarnya Sofiya kerana sebahagian daripada perancangannya adalah untuk menyingkirkan Sofiya. Suatu hari, Tuan Kamil membawa keluarganya berkhemah di sebuah tempat peranginan yang baru dibuka. Namun ketika mereka berkhemah itu, Sofiya didapati hilang dan ini merisaukan Umi Khadijah kerana Sofiya sedang menghidap penyakit leukimia. Masa berlalu, sehingga Umi Khadijah terpaksa akur bahawa anak perempuannya telah hilang dan menganggapnya telah meninggal dunia.

Setelah beberapa hari berlalu semenjak kehilangan Sofea, sepasang suami isteri, En. Kifli dan Pn. Zainab telah menemui Sofea dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kawasan perkhemahannya. Mereka telah mengambilnya sebagai anak angkat kerana Sofea enggan pulang ke keluarga kandungnya. Tambahan pula, En. Kifli dan Pn. Zainab mampu mengawal leukimia Sofea dengan perubatan kampung dan anak mereka Allysa tidak lagi keseorangan. Sofea dan Allysa semakin akrab, namun menjadi renggang pada tahun akhir universiti mereka kerana kedua-dua Sofea dan Allysa memendam perasaan yang sama terhadap rakan sekelas Sofea, Arif.

Nasib tidak menyebelahi Sofea kerana Arif memilih Allysa dan bakal mendirikan rumah tangga. Kerana terlalu kecawa, Sofea memilih untuk hidup bersendirian dan mengabaikan kesihatannya. Ekoran daripada tindakan Sofea itu, penyakit leukimianya merebak dengan cepat dan mengganggu sistem-sistem yang lain dalam badannya dan akhirnya Sofea meninggal dunia. Sofiya juga telah meninggalkan Alyssa sebuah kotak berisi rambut, kuku dan ujian DNA miliknya dan mengamanahkan Alyssa untuk mencari keluarga kandungnya dan menyamar sebagai Sofiya untuk memperbetulkan keadaan keluarga kandungnya di Kuala Lumpur. Allysa yang berasa bersalah bersetuju dengan cadangan itu, rahsia tersebut hanya di ketahui oleh En. Kifli, Pn. Zainab dan Allysa.

Berjayakah Allysa menegakkan keadilan dalam keluarga Umi Khadijah? Mampukah rahsia Allysa bertahan daripada pengetahuan Tashriq dan Tuan Kamil?

GAMBAR PELAKON


sumber : myinfotaip.com



Oh baru Lisa paham , kenapa sorang panggil Alyssa sorang panggil sofie dalam video trailer tu . Macam menarik je .. nak tengok la hihihiihi...





1
( Hide )
  1. lama akak tak tengok ayda jebat berlakon..ke akak yang tak tau..hihihih

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo