Monday, January 30, 2017

Penyakit Kulit Ekzema

Penyakit Kulit Ekzema biasanya akan menyerang bayi yang berumur kurang dari 8 tahun . Tanda awal biasa adalah apabila munculnya tompok kering kemerahan dan seperti bersisik yang terdapat pada kulit. Tompok-tompok ini akan sebabkan keradangan dan kegatalan disekitarnya. Akan jadi lebih teruk dan kronik sekiranya tompokan tersebut semakin menebal serta kering dan bersisik. Memang sedih kalau tengok bayi terkena ekzema ni , macam kita boleh rasa apa yang dia rasa. Lisa punya risau time pertama kali jaga little boy  bagi makan telur separuh masak,, lepas itu akan naik ruam merah , ingatkan kenapa .. huhu cemas gila masa tu .  Mana tak cemas, dengan tak ada pengalaman lagi . 


Ekzema Pada Bayi 

Bukan hanya ekzema je , penyakit kulit yang hampir sama dengan ekzema ialah Psoriasis yang boleh muncul di kesemua tempat pada seluruh bahagian badan. Bagi bayi, tanda-tanda psoriasis dan ekzema selalunya dikaitkan dengan ruam yang pada awalnya keluar pada bahagian-bahagian tertentu tubuh terutama di kulit kepala dan pipi. Ruam ini boleh menyebabkan kegatalan yang melampau serta merebak ke bahagian lain seperti leher, pergelangan tangan, siku. lutut, kaki, punggung atau keseluruh bahagian badan termasuk sekitar mata.


Ruam-ruam ini biasanya akan menggelembung sebelum keluar cecair jika dibiarkan tanpa rawatan yang khusus seterusnya boleh menyebabkan kepada masalah jangkitan kulit yang lebih serius.

Punca Ekzema pada bayi 

1.     Sistem imun badan yang berubah. Badan kita memiliki sistem imun yang akan menyerang sel-sel jahat yang mendatangkan penyakit. Tetapi di dalam kes eczema ni, sistem imun kita ini terkeliru dan mulai menyerang sel-sel baik yang membawa kesan kepada kulit. Ini menyerupai punca kepada penyakit SLE.
2.     Alahan terhadap bahan cuci seperti sabun yang digunakan untuk mencuci pakaian, alatan kosmetik, sabun mandi, syampu, hama atau habuk dan haiwan belaan seperti kucing. Jadi, sebaiknya elakkan menggunakan permaidani di dalam rumah..jika ada anak yang mengalami masalah ini.
3.    Kulit yang terlalu sensitif kepada persekitaran seperti habuk dari luar dan cuaca yang panas.
4.    Masalah stress atau gangguan emosi turut menjadi punca eczema.
5.    Mempunyai keturunan dengan penyakit eczema.

Cara rawatan ekzema 

Biasanya saya akan beli pelbagai jenis krim dekat farmasi..pernah juga jumpa dengan pakar kulit. Apa yang menyedihkan dah beli macam2 jenis ubat tapi eczema tu makin teruk..tak de pun nampak macam makin pulih. Masa kecik lagi anak saya yang ni alami alahan kulit, pampaers tak boleh sembarangan..sampai berdarah2 celah peha..huhu..pastu saya pakaikan lampin kain. Dah besar ni sering jadi dekat badan plak..ada jugak naik dekat kepala..,memang kesian sangat tengok dia. Garu2 je.

Secara umumnya terdapat beberapa rawatan biasa dan spesifik untuk mengubati serta merawat penyakit samada psoriasis atau ekzema bayi ini. Seperti yang dinyatakan tadi, kebanyakan ubat-ubatannya adalah hampir sama dari segi kegunaannya cuma yang berbeza adalah jenis ubat dan juga dosagenya.

Kesimpulannya, adapun secara dasarnya penyakit kulit kronik seperti ekzema dan psoriasis pada kanak-kanak dan bayi dikatakan tidak boleh diubati sepenuhnya, tetapi perlu ada satu cara merawat ekzema dan psoriasis yang tertentu serta berkesan. Kedua-dua penyakit ini boleh berulang semula selepas kawasan kulit telah sembuh, Maka adalah penting untuk memastikan semua punca, tanda dan gejala penyakit kulit kronik ini sentiasa terkawal.
Tuesday, January 24, 2017

Pelancaran GT DOLLAR Malaysia


Kuala Lumpur, 16 Januari 2017 yang lepas telah berlangsung majlis perlancaran platform E-Dagang terbesar iaitu GT Dollar Malaysia sempena Persidangan Fin Tech Ekosistem Malaysia bertempat di Sime Darby Convention Centre,Bukit Kiara ,Kuala Lumpur. Majlis di rasmikan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Bin Samsudin,Timbalan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan.


Pelancaran GT DOLLAR Malaysia di Kuala Lumpur


Majlis ini disaksikan Pegawai-pegawai kerajaan serta hampir 3,000 peneraju industri IT dan E-Dagang yang menyokong pembangunan Ekosistem DynamicFin Tech dan memberi laluan untuk SMART inovasi seperti GT Dollar yang menjadikan Malaysia salah satu yang berpengaruh dalam sektor Fin Tech.

Kerjasama ini antara Kerajaan Malaysia dan Dolar GT diharap membantu untuk memudahkan kehidupan rakyat melalui pelancaran aplikasi mudah alih Dolar GT, bertindak sebagai satu platform mudah alih E-Dagang yang membolehkan pengguna dan penjual berinteraksi yang lebih mudah dan teratur.




Dalam majlis ini, GT Dollar telah melancarkan produk baru yang dibawa oleh mereka iaitu Aplikasi GT Dollar dan GT Robot.

GT Robot

Bagi melengkapkan usaha sama ini,GT Robot iaitu sebuah inovasi berteknologi tinggi telah di perkenalkan oleh GT Group yang mana mempunyai kepakaran dalam penyelesaian robot humanoid.

Melengkapkan lagi kerjasama ini, GT Robot dihasilkan dengan teknologi tinggi dan inovasi di bawah GT Group, Pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid.Robot comel ini dikenali sebagai GT Wonder Boy yang mampu berinterkasi sebagai pembantu manusia.


Kerajaan Malaysia sedang merancang untuk memperuntukkan suatu kawasan di sepanjang sempadan Sembilan Melaka-Negeri untuk pembuatan dan pemasangan sendiri kilang GT Robot, yang bernilai hampir RM300 juta.Di mana bakal mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan untuk warga tempatan malah kilang GT Robot ini adalah yang pertama di Asia dengan pembuatan mesra alam serta peralatan teknologi tinggi selepas China.

GT ROBOT WONDER BOY

Dengan pertumbuhan ini, dianggarkan sebanyak lebih kurang USD 20 Billion dapat dijana oleh syarikat ( sama dengan 10 Juta Mobile Robot ) . GT Robot yang di perkenalkan di namakan GT Wonder Boy pelbagai fungsi dan lengkap dengan kepintaran emosi.Satu gajet bijak yang boleh di gunakan dalam pelbagai perkara contohnya pembatu peribadi,jurugambar peribadi,boleh berbual dua hala dan banyak lagi.Anda boleh dapatkan maklumat tentang robot ini di www.gtrobots.com


Aplikasi GT Dollar




Fokus utama GT Dollar pula  ialah membina sebuah  kemudahan setempat dalam talian untuk membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran melalui sistem e-wallet di samping  memberi carian yang luas untuk produk atau perkhidmatan dalam pasaran

GT Dollar pula memberi peluang peniaga dan pembeli bertemu secara dalam talian dan komunikasi antara peniaga dan pengguna dipermudahkan melalui lancar GPS-lokasi dan platform tempahan mesra pengguna.

Aplikasi ini berfungsi  melengkapkan dan memudahkan gaya hidup yang semakin sibuk dengan menyediakan pengguna dengan akses ke pangkalan data yang besar lebih 80,000 peniaga di seluruh dunia sehingga  di internet atau mudah alih, malah  menawarkan  pelbagai produk. Peniaga dan pengguna boleh menikmati perkhidmatan  lain selain dari membeli-belah dalam talian seperti, pemindahan dana, pembayaran bil utiliti, prabayar masa udara up, social Network Chat (untuk sehingga 20 orang dalam setiap kumpulan), dan lain-lain


Seperti statistik, terdapat lebih daripada 18 juta pengguna digital yang aktif di Malaysia dan sehingga 2015, sebanyak 77.3% daripada isi rumah di Malaysia mempunyai  akses kepada perkhidmatan jalur lebar.Aplikasi ini  adalah aktif sepanjang hari, yang membolehkan pengguna untuk membeli-belah dengan mudah di  telefon pintar mereka. 

"Kami melihat peluang ini sebagai  kesempatan daripada dunia digital dan membangunkan penyelesaian inovatif yang memberi manfaat kepada kedua-dua perniagaan dan pengguna." Kata Encik Patrick Chew, Negara CEO Dolar GT Malaysia.

Untuk maklumat mengenai GT Dollar anda boleh dapatkan maklumat di www.gtdollar.com




Selain robot GT Wonder Boy, GT Dollar juga turut melancarkan dua lagi gadget istimewa iaitu GT Mobile dan GT Smart Watch.



Maklumat lanjut mengenai GT Dollar dan gadget  ini boleh layari www.gtdollar.com




Friday, January 20, 2017

Boleh ke Dapat Duit dari Blog ?


Lisa sebagai blogger , dah semakin banyak dikenali kawan-kawan yang bukan blogger. Aku mampu buktikan yang blogger ni boleh jana pendapatan juga. Memang la bukan fulltime blogger , tapi buka minda sekeliling yang tulis blog ni boleh dapat duit . Tinggal kita jalankan je . Boleh ke    dapat duit dari blog ? Macam mana cara dapat duit dari blog ? Buktinya ramai kawan yang bertanya kat aku ; 
"Boleh ajar aku berblog tak ? Blog yang dapat duit tiap bulan " 

Cara dapatkan duit dari Blog 

Jujur memang tiada jawapan untuk ini , aku sendiri baru bertapak dalam dunia blog ni ,,baru nak cecah tahun ketiga lepas diambil kira selepas berdomainkan ciksepet.com , kira dah serious dalam berblog la ni  . Aku bukan otai , dan aku memang tak tahu menahu nak jelaskan bagaimana untuk dapatkan duit dari blog .Sebab mula-mula menulis blog tak pernah set dalam kepala untuk "aku tulis blog sebab nak dapat duit "  . Blog aku ni pun dibantu oleh seseorang yang tak nak dikenali , biarla dia dibelakang tabir ciksepet sahaja.. katanya.

Bermula hanya untuk cerita pengalaman sehari-hari , tips kecantikan , atau apa saja aktivity yang berlaku. Sampailah aku diperkenalkan dengan Kelab Blogger Ben Ashaari ,platform yang mengajar aku bagaimana bernetwork from zero to Hero,cewahh . Kelabbloggerbenashaari macam akademi la... ececece .. jangan set mind and tanya boleh tak nak join KBBA9 , sebab nak dapat duit. Aku ketuk kepala korang baru tau .. And kalau jawapan korang join sebab nak dapat income , konfem kena rejek .

Sampai satu masa tu Lisa diberi kepercayaan Review berbayar dari salah satu job dari kelab itu, serius beb.. time itulah baru aku tahu yang blog ni boleh dapat duit . Lepas dari itu aku rajin menulis dan menulis , ping entri sana-sini ,,, sampailah aku famous .( Ceh berangan je ), maksud aku.. berjaya membrandkan nama dengan ciksepet.com . Dulu orang kenal nama mawar biru , nama facebook... sekarang dah orang dah panggil cik sepet pula.. walaupun nama facebook tkde tukar ke cik sepet. Aku dah buktikan aku pemes.. kekekekeke... 

Kini ramai Pr dan client dah pandang ciksepet. Terimakasih Kelabbloggerbenashaari sebab dah ambek Lisa jadi salah satu anggota.

Itu salah satu batu loncatan.. so kena pepandai la nak step seterusnya.

Cara dapat blog dari duit mungkin korang boleh try aply untuk google Adsense bayar guna $ Dollar beb , kalau trafik korang power.... korang apply la Innity tapi bayar by RM la. ADSENSE ni korang boleh tanya sifu Hasrulhassan.com .

Bukan aku kedekut Ilmu, tapi aku memang tak reti. Yang aku tahu hanya tulis tulis dan tulis je.. orang suka tulisan and review kita.. so dia akan risik kita tuk review produk dari company mereka. Baru mula berblogging jangan demand payment beb.. sebab kena fikir gak apa pulangan yang client akan dapat kalau bagi kita peluang job tu.

Salah satu cara tarik job dari beberapa company ialah , korang kalau beli barang.. try la review sedikit.. barang ni..kegunaan ni..review korang macam mana. Pastu tulis la mana korang beli. Macam tu je... dari rview free jadi kemudian hari kan berbayar. Semua kena mula dari bawah.. pepatah mengatakan " cepat naik cepat turun ", kecuali minyak la.. hehehe ...

Kalau nak belajar WordPress pula korang boleh masuk kelas sohoque.com atau hafizrahim.com . Banyak anak murid dah berjaya ... Lisa bukan tak nak belajar dengan diorang.. sebab jauh. Tu yang tak berkesempatan lagi.

Panjang pulak aku membebel kali ni.. ok itu je la. Cara nak dapatkan duit dari blog.. harap korang paham apa yang Lisa nak cuba sampaikan. Bye... rajin rajin la singgah blog Lisa... ehehe selamat malam.




Thursday, January 19, 2017

Biodata Octovia Manrose

Tengah rancak tengok Biar Aku Jadi Penunggu ke tu ? ehhehe.. by the way ternampak si Octavia Manrose watak Hayati dalam drama Biar Aku Jadi Penunngu . Sebelum ni berlakon juga dalam Umairah dan Cinta Si wedding Planner . Jom ketahui Biodata Octovia Manrose 

Biodata Octovia Manrose

Nama Penuh: Wan Shamira Puteri Octovia
Nama Panggilan: Octovia Manrose
Umur: 26 tahun (2017)
Adik-beradik: 3 orang beradik (Wan Ramadha, Wan Shahira termasuk Octovia Manrose)
Status: Berkahwin
Kerjaya: Pelakon
Drama: Cinta Si Wedding Planner, Hajah Hearthrow Kembali, Umairah, Biar Aku Jadi Penunggu (2016)
Laman Sosial:
Facebook: https://facebook.com/public/Octovia-Manrose
Instagram: https://www.instagram.com/octoviamanrose/?hl=en

Gambar Octovia Manrose 

Oo dah berkahwin rupanya Octavia Manrose ni, peminat jangan kecewa ye. Heheehe 

Cara Merawat Ekzema dan Psoriasis Pada Bayi



Dari pengalaman Lisa sebelum ini , pernah tengok bayi akan ruam akibat makan telur . Dari hari tu memang tak bagi makan telur sebab akan jadi penyakit kulit Ekzema . Dulu memang tak tahu apa itu ekzema , almaklumlah belum pernah beranak itu yang takda pengalaman disitu . 

Adam (anak kak Fit ) bermula dengan tompok putih macam panau. Dari setompok jadi bertompok-tompok lebih kurang seperti sopak. penuh satu badan. dari tompok putih kulit dia jadi kering &  bila dia dah besar sikit dah pandai menggaru dari kulit kering dah jadi melecet. kulit menipis, berair dan berdarah . 

Memang sedih dan nak nangis kalau tengok bayi kena penyakit kulit ekzema . Frist time kena memang tak tahu menahu nak rawat macam mana , bawah ini Lisa akan kongsikan beberapa cara untuk  merawat  penyakit kulit ekzema dan psoriasis  pada bayi, harapnya berguna untuk korang la. Cukup la sekadar korang tau bende basic so takdela tengok anak je rasa sakit ekzema. 


Cara Merawat Ekzema dan Psoriasis

Benda basic apa yang perlu dilakukan untuk ibu-ibu pabila anak kena penyakit kulit ekzema :

1-  TOLONG PANTANG GULA, GANDUM, FASTFOOD, SEAFOOD, PRODUK TENUSU, MAKANAN YG D PERAM, IKAN LAUT DALAM, BUAH2 YG MANIS, SAYUR YG BERBUAH atau  BERUBI, TERMASUK DESERT!


2- JANGAN SAPU STEROID 
ubat klinik dan hospital tu semua steroid.


3- JANGAN PAKAIKAN LOTION, MINYAK ANGIN, BEDAK, MANDIAN PADA BAYI.
Mandikan bayi dengan air kosong je dan bila  dah besar sikit pakai roiboost tea beli di cosway, rebus & mandikan baby. Elok utk kurangkan gatal-gatal dia. Bayi x busuk pon so tak payah sabun bagai. 

4- MAKAN MAKANAN YANG DAPAT BANTU ANAK 
Ibu-ibu boleh amalkan  makan bawang putih bakar 2 labu setiap hari. Minum jus sayur hijau macam sawi setiap hari. seminggu sekali minum jus kunyit sebab ia bantu redakan radang adam. Dalam menu mesti ada ulam. Ni semua utk bantu boost imun anak. 


5- SIMPAN SEMUA KARPET, BERSIHKAN KIPAS, TUKAR CADAR SETIAP HARI, LANGSIR PUNN RAJIN TUKAR 
Sebab ada baby eczema akan jadi lebih teruk sebab habuk. 



6- JAGA KEBERSIHAN DIRI SENDIRI &  BAYI. 
Ini termasuklah jangan bawa baby keluar rumah sebelum 6 bulan . Sebab kita tak tau kotoran diluar sana , lagipun imun bayi sangat rendah sebelum 6bulan .



7- JANGAN BERHENTI BREASTFEEDING. 
Jika ada dokter atau orang luar yang cakap stop BF , sebab susu ibu penyebab anak ekzema , sila ketuk kepala dia guna handbeg ! hehe teruskan je BF (Breastfeeding )  ini hanya sesuai sekiranya anda adalah seorang ibu yg komited berusaha pantang makan, makan makanan yg sihat tapi anak masih lagi sakit . 


8. Makan Kunyit  

Tahukah anda, rempah ratus dapat mengurangkan keradanganperbagai jenis masalah atau penyakit kulit , salah satunya psoriasis . Curcumin sejenis bahan antioksida yang terdapat dalam kunyit , didapati boleh melindungi dan memelihara kulit dengan meneutralkan bahan radikal serta mempercepat proses penyembuhan luka. amalkan pengambilan satu sudu kecil kunyit setiap hari. namun cara ini tak sesuai untuk bayi . 

9.Sapu Aloe vera
Mesti ramai dah tau kan Aloe Vera ni banyak khasiat terutama untuk masalah kulit . Aloe vera kaya dengan bahan anti-keradangan dan penyembuhan selain dari memberikan kelegaan kulit yang gatal . Jika korang mempunyai eczema atau psoriasis cuba tanam pokok aloe vera sendiri dirumah . Senang la korang ambil gel aloe vera yang segar dan asli berbanding dikedai yang dah bercampur dengan bahan kimia.  Boleh amalkan untuk penghidap ekzema dewasa , untuk ekzema pada bayi..korang boleh try dengan tanah liat putih. 


Punca Atau Faktor Penyakit Ekzema

Perlu diingatkan bahawa punca sebenar berlakunya serangan penyakit kulit ekzema ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, Namun terdapat beberapa kajian yang dibuat, antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada eczema ini seperti : 

*penggunaan sabun dan detergen
*keadaan cuaca yang panas
*alergik kepada alam persekitaran
*alergik bila memakai barang kemas
*berada dalam keadaan stress
*kuat berpeluh
*barang kosmetik yang tidak sesuai
*alergik kepada fabrik pakaian yang tertentu
*air berklorin tinggi

Bagaimanapun,  penyakit ekzema pada bayi ini juga disebabkan pertalian genetik.Contoh kalau salah seorang sama ada ibu atau bapa  memang dah ada ekzema , anak akan ada kemungkinan terkena eczema jua.  


Penyakit kulit Ekzema 
Ekzema atau nama saintisnya Eczema adalah sejenis penyakit atau masalah kulit di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. Biasa akan terjadi pada bayi namun boleh juga kepada orang dewasa.  Ekzema pada bayi biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki . Lisa selalunya tengok di pipi naik ruam merah-merah bahkan ada yang sampai berdarah . Seram !

Psoriasis
Psoriasis adalah salah satu penyakit kulit. Penyakit kulit ini memiliki gelaja yang hampir mirip dengan penyakit kulit lainnya seperti ekzema. Gejala adalah ruam merah pada kulit, kulit mengelupas dan gatal namun pada bayi banyak terdapat pada bahagian siku, kulit kepala atau punggung.

Bermacam-macam produk yang diiklan kan, tapi sebenarnya cara merawat ekzema dan psoriasis ni senang je  , hanya dengan guna tanah liat putih . Bukan tanah liat pasu bunga itu tau hehehee. Tapi zaman moden ni konfem ramai yang tak tahu mana nak cari tanah liat putih ni . 








Tuesday, January 17, 2017

Senarai Pelakon SAYANG PAPA SAYA TAK?

Agak tertinggal kali ini . .. biasa rajin je kalau tengok drama Astro ni . Mungkin sebab tajuk tak berapa nak umph kot?  Haa... tak kenal tak cinta.. tak tengok tak tau la jalan cerita best ke tidak . Lepas tayangan Isteri Tuan Ihsan , sekarang digantikan dengan  drama terbaru adaptasi novel Sayang Papa Saya Tak karya Hanni Ramsul. Gandingan Hero dan Heroin iaitu Hisyam Hamid dan Emma Maembong . Hisyam hero dalam abangbomba I love You dulut u .. Ramai lagi  pelakon-pelakon lain seperti Aida Khalida, Wan Sharmila, Luqman Hafidz, Eleena Sui, dan ramai lagi. Drama bersiri Sayang Papa Saya Tak? dah tayang minggu lepas,  9 Januari 2017, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 123.

Senarai Pelakon SAYANG PAPA SAYA TAK?




PELAKONWATAK
Hisyam Hamid Farish
Emma Maembong Raisya
Seri Aileen Qalish
Aida Khalida Puan Rogayah
Wan Sharmila Azyan
Luqman Hafidz Yusri
Sweet Qismina Fathiya
Eleena Sui Aleeya
Izara Aishah Kasih
Fahad Iman Khairul
Haleeda Mazlin Latifah
Adam Lee Adam
Syafiq M. Nazri Shahrir

SINOPSIS SAYANG PAPA SAYA TAK

Mengisahkan Raisya, gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya.

Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.

Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.


GAMBAR PELAKON






Review tak dak lagi , nampak gayanya kena marathon dulu la ... baru Lisa kan share dalam ini. Jangan lupa tengok tau.... ada si comel Emma ..hehehe 

Sunday, January 15, 2017

Promo Dutch Lady Rm1 di 7-Eleven

Bermula di wall facebook la juga , nampak gambar kawan ni borong susu Dutch Lady 200ml seharga RM1 sahaja . Wahh.. promo kini kembali , Promo Dutch Lady Rm1 di 7-Eleven  3hari sahaja dari 14-16 hb January 2017 sahaja . Apa tunggu lagi , memang Lisa terus jalan jela ke 7-Eleven belakang tempat kerja ni ha . Limit untuk pembelian seorang 3 kotak je , tapi Lisa bawa geng bebudak ni , jadinya dapat sekaton.. Bijak tak gue ? hahaha.. 



Promo bulan Disember tahun 2016 , Lisa terlepas peluang tu .. hmm nak beli tapi akak tu kata dah habis. Sob sob... rasa nak mengangis tepi bucu katil . 

Maafkan hakak sebab borong sekaton ini ha. Hahhaa.. sebenarnya tak sabar tunggu malam , nak serbu lagi ... sebab penggemar Dutch Lady ! Kalau beli katon nanti tak leh mix rasa , tapi Lisa tak kisah sebab memang suka yang perisa coklat sahaja . 



Selain dari Dutch Lady , Cloud9 ni pun ada offer Seringgit 1 bungkus , dari tak nak beli jadi terbeli pulak. Borong semua yang ada.. Hek ele..diet konon.. beli coklat pula . Ape dahh.. hahaha. Tak pele.. boleh simpan, bukan nak makan sekali semua tu pun . 



Lisa suka la dengan akak 7Eleven tu , sebab dia ni baik hati .. bagi Lisa beli banyak-banyak.. Hahaha. And bagitau la apa-apa promo yang ada , tak seperti beberapa orang staff yang memang tak akan bagitau kalau ada promo . Kena rajin tengok sendiri di meja promo . 

So korang.. apa tunggu lagi , cepat serbu 7-Eleven terdekat wei..kang dah habis jadi melepas ! 


Saturday, January 14, 2017

Tips Pilih Kasut Yang Sesuai Dan Selesa

Assalamualaikum ! Happy Saturdays 😂 seingat  Lisa lah.. memang dah lama tak beli kasut , last beli pun 3, 4 tahun lepas. Rasa teringin nak beli kasut baru pula. So..kali ini Lisa rasa nak beli yang wedges pula. Tak pernah ada kasut wedges , nak kelainan pulak .. hehee.  Risik dah dekat mall terdekat, design lebih kurang je dari satu kedai ke kedai yang lain , hmm bosan . 


Tips Pilih Kasut Yang Sesuai Dan Selesa  


Hayat sepasang kasut tak sama , kalau kasut tumit tinggi biasanya 2 atau 3 tahun , kasut sport pula 2 tahun macam tu la , tergantung kualiti dan kekerapan pakai . Mungkin tips ini akan berguna untuk korang dalam memilih kasut . 
1. Ketahui size kaki korang . Jangan beli terlalu kecil atau telebih besar. 
2. Beli kasut bukan sebab jenama dan harga , belilah sebab selesa. 
3. Kasut tumit tinggi tak berapa elok untuk kesihatan tulang kaki , jangan terlalu sangat pakai kasut tumit tinggi kalau masih sayang kaki korang. 
4. Beli sebelah petang , sebab time ini kaki kembang . 
5. Beli secara online untuk design yang lebih banyak , korang boleh tengok di happy2u.my , nak walkin pun boleh la dekat melaka. 


HAPPY2U.MY KEDAI KASUT ONLINE MURAH 

Biasa Lisa tengok kasut perempuan di Instagram sebab lebih senang pilih . So.. Lisa try tengok-tengok , berkenan pulak dengan kasut wedges di instagram happy2u.my . Memang happy beb,, sebab kasut size kaki Lisa ni memang susah nak cari , kecil sangat sama macam size budak .Kalau ada pun dah sold out . Size 35 ni memang terhad sikit . Hahha nak buat macam mana sebab kaki Lisa ni cecomel je.  Harga di Happy2u.my pun tak mahal , murah-murah je .. tak seperti di beberapa penjual online yang lainnya.


Nampak cantik tak selalunya mahal , ha.. tu atas tadi ada bagitau kan, beli kasut jangan sebab harga ,, tapi keselesaan . Yang selesa dan cantik itulah yang di idamkan . Isnin Lisa order, selasa dah sampai ke tangan. Laju gila penghantaran , hahaha dalam fikiran mungkin dalam seminggu dua baru sampai.

Nota * korang boleh tengok di laman website happy2u.my ni , disana boleh nampak stock kasut tu ada ke tidak dan berapa lama proses penghantaran akan dibuat. 

UnBoxing Kasut dari Happy2u.my 


Dah beli memang kena buka lah kan , Lisa akan tunjuk pada korang macam mana la design dan bentuk kasut yang Lisa beli tu ha . Happy2u ni selain murah , juga merupakan kedai kasut perempuan trend terkini ,so kalian jangan risau la dengan design . Memang baru punya beb..! 

Sejujurnya Lisa lebih suka beli secara online , sebab jimat masa dan tenaga juga banyak pilihan design yang ada. Lepas survey dalam facebook , kawan-kawan Lisa ramai yang suka pilih walkin . Beli online risau nanti tak selesa , dan size kaki yang tak sama dengan ukuran sebenar. So.. mari belajar pilih secara bijak ye.




Ni ha kasut jenis wedges dari Happy2u.my . Siapa da reben diluar kotak . Haha.. Simple but nice.. i like that ! 


Nah Lisa nak tunjuk kasut baru dari happy2u.my 😜

lama dah teringin kasut wedges ni , selesa la pulak .. kerja or berjalan pun kaki tak rasa sakit. Kalau ada sapa datang kacau..boleh baling guna kasut ni ..hahaha

Nak kasut wanita yang murah dan terkini , korang tengok je di Happy2u . Senang urusan , ada chat juga disitu so senang lah kalian nak tanya tips size kasut ke apa-apa je berkaitan dengan kasut yang korang nak beli. 

Nah Lisa bagi detail lengkap  mengenai Happy2u 

Instagram

Facebok :

Website :


Friday, January 13, 2017

Senarai Pelakon Jejak Karmila


Finally tayang juga drama yang dinantikan , Jejak Karmila, sebuah drama yang diadaptasi dari novel . Oh ya.. untuk pengetahuan korang , penulis Novel ini Lisa kenal juga tau , nama dia Nilam Himawari ,, korang terjah je  nilamhimawari.blogspot.com .  Kali ini ada Mia Ahmad , Ruhainies, Asyraf Ali bersama primadona ulung, Fauziah Dato Ahmad Daud dan ramai lagi barisan pelakon Jejak Karmila yang lain. Drama bersiri Jejak Karmila arahan Murali Abdullah dah tayang semalam11 Januari 2017, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam di TV3.

Senarai Pelakon Jejak Karmila

Nah .. Lisa list kan beberapa senarai dari pelakon yang menjayakan drama Jejak Karmila ni .


PELAKONWATAK
Fauziah Ahmad Daud Karmila
Mia Ahmad Suraya
Ruhainies Nonie
Asyraf Aley Syed Haikal
Amy Mastura Syarifah Aniza
Azri Iskandar Syed Zaidi
Ben Ali Jojo
Afiq Anuar Ikmal
Fauziah Nawi Hamidah
Amanda Misbun Kak Inah
Wan Sharmila Karmila (remaja)
Johan Arrif As'ari Karim
Adriana Fareesha Suraya (kecil)
Duerra Mitilda Nonie (kecil)
Wani De'fam Aniza (remaja)
Nafiz Muaz Syed Zaidi (remaja)
Rais Hazlin Amirul
Tasha Muhamad Nurul
Wawa Jasni Ernie


LAGU TEMA / OST JEJAK KARMILA
Penyanyi : Azharina Azhar

SINOPSIS JEJAK KARMILA 

Mengisahkan keteguhan cinta Karmila terhadap Karim (Johan Asaari), anak kepada hartawan Hamidah (Fauziah Nawi). Karmila menyara hidup dengan bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Zaidi.

Siapa sangka, Zaidi dalam diam menyimpan perasaan terhadapnya. Kerana cinta, Karmila berhenti kerja dan ingin berkahwin dengan Karim atas dasar cinta. Namun hubungan itu ditentang Hamidah. Karim yang benar-benar mencintai Karmila memilih untuk keluar dari rumah dan mengahwininya.

Namun, Karim lebih cenderung dengan kehidupan bebas dan aktiviti-aktiviti negatif. Karmila terpaksa bekerja di sebuah kedai jahit milik Kak Shikin untuk menyara hidup keluarganya. Suraya (Mia Ahmad) dan Nonie (Ruhainies) yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian Karmila dan Karim sebagai ibu bapa.

Konflik terjadi sehingga Karmila dihukum penjara 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Nonie. Hampir 20 tahun meringkuk dalam penjara, jiwa dan hatinya sudah lali dengan keadaan itu, tetapi masih bersemangat untuk menjejaki anaknya setelah sudah sekian lama terpisah.

Sementara itu, Suraya yang bekerja sebagai wartawan jenayah turut berusaha menjejaki ibunya, Karmila tanpa mengetahui si ibu berada dalam penjara.
Terjadi juga konflik cinta tiga segi antara dua beradik, Suraya dan Nonie dengan Syed Haikal.

GAMBAR PELAKON



REVIEW LISA : 
Baca dari sinposis agak menyedihkan la cerita ni , terpisah dari anak-anak . Mertua pula jahat. aishh...  geram betul .! kena tengok sampai habis ni . Suka tengok wan sharmila belakon sebenarnya .. hahaha .. Korang jangan lupa tonton tau .. 13 episod jek... , kalau tak sempat tengok di TV ... tengok je di tonton.com.my kan ada.. 
Thursday, January 12, 2017

Berhenti Jadi Blogger atau Kerja ?

Kemas blog ciksepet.com dan tengok paparan entri yang Lisa dah buat untuk 2014 ,2015,2016  semakin menurun kerajinan menulis cerita dalam blog ini. 2015 lah rajin sikit , entri banyak.. 2016 kelaut . Bulan March tahun lepas , bermulalah episod ibu jari tangan kanan ni rasa ngilu dan sakit tak boleh nak angkat barang . Perlukah aku berhenti menjadi seorang blogger atau berhenti untuk kerja di tempat sekarang ?

Bukan parkinson ! 

Ramai kawan menyakat yang aku kena parkinson , ishkkk saja la tu wat suspend je . Dah pergi check ke klinik terdekat , bulan march ,, doc bagitau urat masuk angin , then dia bagi injection tahan sakit.. dan beberapa ubat lah . Bulan Ogos pula jadi balik , kali ini teruk lah juga, sebab tangan aku tiba-tiba bengkak dalam sehari tu . Tak da hujan tak ada angin ... ! Last hujung tahun .. sakit semula.. pergi satu klinik ni.. doctor tu ensem macam Haris Baba.. Eh ..tercerita lain pulak ! . Hhaha.. doc ganti , dia pun tak leh check sakit apa..just bagi antibiotik , tahan sakit , ubat sapu. Dalam masa 3 hari tak hilang. Lisa pergi check  tempat lain, siap x-ray takut ada patah ke tulang tak betul kedudukan tu.. hehehe sehari lepas tu dah sembuh .




Dah seminggu dua, kalau mandi atau basuh tangan.. rasa sakit  di tangan kanan ni . Kali ni pergelangan tangan. Tengok gambar atas tu yang lisa bulatkan . 
Elee,, normal la tu urat darah memang ada 2 kaler ,
Nope.. tempat ni je rasa sakit. Macam darah beku pun ada sebab kebiru-biruan . Patutlah selama ni rasa macam terluka je tangan ni , tapi takde darah meleleh pun ..rupanya dalaman aku dah sakit . 

Terlalu banyak menaip keyboard komputer dengan posisi salah kot.. hmm.. kerja pun melibatkan komputer dan menaip . Kena letak bantal la kat pergelangan tangan ni . Hahahaah.. kelakar pula. Agaknya perlu ke Lisa check ke doctor ? atau biarkan hilang dengan sendirinya ?

Rasanya memang kena suruh rest la kot... kena slow down untuk seketika.

Nanti la Lisa check ke doctor lepastu tengok dr. tu cakap macam mana pulak. 



Tuesday, January 10, 2017

Tahniah Faiz Subri , Gol Terbaik Dunia FIFA 2016


FAIZ SUBRI Menangi Anugerah PUSKAS FIFA 2016 , GOL Paling Cantik 

Tahniah Faiz Subri ! Terimakasih dah harumkan nama Malaysia . Macam korang tahu la , sebab gol cantik dalam perlawanan Penang 4 -1 Pahang  .. Mohd Faiz Subri dapat peluang sertai FIFA PUSKAS AWARD 2016 .  Semalam final undian Mohd Faiz Subri meraih undian tertinggi  59.46% undian , Marlone   22.86% dan Daniuska 10.01% undian. , dinobatkan sebagai pemenang FIFA PUSKAS AWARD 2016 untuk gol tercantik di dunia pada 2016 . Nangis pula tengok video Faiz naik ke pentas dan dapat anugerah tu .

Biodata Faiz Subri

Nama Penuh :  Mohd. Faiz bin Subri
Tarikh Lahir :  8 November 1987 (age 29)
Asal              :  Ayer Hitam, Kedah, Malaysia
Tinggi           : 1.73 m (5 ft 8 in)
Career start   : 2009
Awards         : FIFA Puskas Award
Current teams : Penang FA (#13 / Midfielder, Forward), Malaysia national football team (Midfielder)


Dengar cerita sebelum dia nak pakai pakaian atau baju melayu ,, dah dapat persetujuan dari pihak FIFA  pun .  Tapi semalam dia pakai coat , tak jadi pakai baju melayu dan tanjak yang bersulam benang emas tu ha.. sebab sejuk la kot . Haa.. pasal baju ni je pun jadi issu , korang memang tak reti bersyukur eh ? Syukur la dah dapat anugerah itu , dapat gak Malaysia mewakili dalam award tu ha. Coba la fikir yang sisi positif je , bende remeh je pun di isukan . Biasalah.. memang akan ada yang cari kesalahan kita , ye tak ?

Apepun Tahniah Faiz Subri , dan terimakasih untuk semua yang mengundi dan share link untuk undi faiz subri. Good job  !


Nah Faiz Subri belanja welfie dengan Ronaldo ., abaikan muka yang tengah tu hahahaha . 

Monday, January 9, 2017

Resepi Senang dan Ringkas


JOM BELAJAR MASAK DENGAN MUDAH  

Nyummm.. sedapnya lahai , rasa tergiur pula tengok gambar atas ni . Biasanya beli je , yela.. senang tak payah berperang ke dapur . Sibuk kerja mesti penat , so .. apalagi.. order je di kedai makan dan makan. Siap!. Amboi.,, tak kan dah kahwin nanti hari-hari nak makan kat luar je , rugi la cik adik manis yang hantaran beribu tu tapi tak reti masak . ( eh status general tau , jangan terasa pulak hehe ) . Nak masak tu sebenarnya senang je , kalau yang tak reti masak boleh je belajar masakan dengan resepi ringkas tapi sedap, korang boleh buka  lamanresepi.com  dan jangan lupa cuba ! 






Resepi Senang Dan Ringkas ! 

Bila buka dan baca je laman ringkas , korang akan dapat resepi senang dan ringkas. Dah baca dan praktikkan , memang resepi dalam laman resepi senang nak ikut , senang paham dan senang masak . Uyooo.. boleh la jadi cheff lepas ni . Hahhaa perasaannya ! bekal la.. belajar masak makanan kegemaran ... mana tau suami nak makan menu A tapi tak reti masak.. apelagi.. masuk je laman resepi then masak ! 


Bukan hanya untuk resepi makanan je tau , desert atau kuih pun ada. Jemput-jemput pun ada. Lengkap la...cucur bawang kampung ka ,aiskrim ala buskin robbin , atau kentang putar ala KFC. Senang je rupanya kalau nak masak ni semua , tinggal korang rajin ke tak .. Nak buat kek ? pun ada resepinya ; contohnya RESEPI KEK COKLAT bawah ini. 





Amacam.. rasa nak berbunyi pula perut ini , hmm boleh la try buat resepi makanan dari situ . Belajar masak melalui online ni korang kena try error , ada cikgu pun kena try error juga. Lama-lama pandai la nanti ..silap-silap boleh buka kedai makan .  Lupa nak bagitahu , korang boleh join telegram lamanresepi.com di link : https://telegram.me/lamanresepidotcom  , mana tahu boleh kongsi resepi mudah disitu . Facebook pun ada : https://www.facebook.com/lamanresepi/ 

JOM BELAJAR MASAK dengan LAMANRESEPI.COM
Saturday, January 7, 2017

Turun 2 Kilogram Dalam Seminggu

Turun 2 Kilogram Dalam Seminggu 


Benda paling senang di dunia ialah naikkan berat badan ., sedangkan untuk kurus pula susah bukan kemahin . ,memang la banyak produk dijual di pasaran. Masalahnya .. betul ke berkesan ? elok tak tuk badan kita dikemudian nanti , contoh makan ubat-ubat ni biasa akan effect di buah pinggang . Lisa pula jenis yang senang naik senang turun . But lately ni dah terbabas lebih berat badan pula , stay on 48kg.. terlajak banyak dah tu . Biasanya 42-44kg je sebab dengan ketinggian yang cenonet ni .. berat tu ideal je bukan kurus kering like playwood ya. Tak boleh jadi ni , kena turunkan berat badan juga ! Dan yea.. Lisa berjaya turunkan berat badan 2kg dalam masa seminggu je . Nak tau tips ? ha.. Lisa ulas kat bawah ni ye. 

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Mudah 

Dah selalu kena tegur dengan kawan dan customer , buat Lisa ambil keputusan untuk turunkan berat badan . Boss pun selalu cakap Lisa dah gemuk la  , babat la.. hmm stress betul ! Hahah rasa berat ni tak cecah 50Kg lagi pun . Harap petua dibawah ini akan berguna untuk kalian ye untuk turunkan berat badan , bukan tuk kurus.. tapi untuk sihat !!



1. JOGGING
Biasa Lisa buat dekat tasik tu je . 1 pusingan sama dengan 1KM , kalau 5 pusingan dah 5KM , Fuh.. tapi buatla pemanasan dulu ye jangan terus joging . Kang sakit pula kaki tu . Joging boleh ganti dengan senaman dirumah .Nak lebih excited.. korang buka la youtube. Nak berzumba ke senam ke aerobik ke ..haa buatla. Dalam rumah tu kalau nak terguling-guling pun tak da orang tengok . 



2. EAT CLEAN .

Lebih kurang macam diet la , tapi bukan terus tak ambik makanan . Makan sayur dan jangan makan ayam , dan daging .  Banyakkan makanan berserat, tapi sebelum tu check la dulu tekanan darah tu tinggi , rendah atau normal . Effect juga la sebab kena jaga pantang larang juga sayur yang boleh makan untuk penghidap darah rendah atau tinggi .Kang pengsan macam Lisa aritu . Hahaha.. konon nak juicy celeri and lemon , sekali tu terus berpinar mata pening .. rupanya ada darah rendah .

3. Say No to Sugar.
Ya.. Lisa tinggalkan semua makanan dan minuman yang mengandung gula , kecuali nasi . Selama ni lisa memang kurangkan gula. Tahukah ands 'Gula' penyebab berat badan cepat naik tau , selain untuk turunkan berat .. Lisa juga nak buat cara hidup sihat.

Jadual pemakanan Lisa :
•Pagi minum air suam atau air ephyra
•Tengah hari lunch dengan sebiji epal.

•Malam pulak Lisa makan Nasi dengan sayur. Nasi ambil 3 sudu makan tu jek, pastu sayur  . Telur , ikan .korang boleh makan .. tapi jangan la makan berlebihan . Ambil secukupnya sudah .


#EATCLEAN : Bukan makan makanan yang bersih je tau. ...sebab ada yang ingat eat clean ni tak makan makanan yang dijual di gerai tepi jalan or restoran yang tak de sijil kebersihan "A" . 

Apa itu Eat Clean ? 


Eatclean tu sengaja menghindari makanan tertentu dan memilih pola makan yang jauh lebih alami dan sehat, contoh makan syur dan makan buah . Kurangkan makan daging , ayam or asid tinggi contohnya seafood . Tak makan makanan berlemak atau kurangkan garam dalam masakan .


Dalam jamuan makan malam aritu , Lisa tak makan ketam bukan sebab kotor or tak tau cara siang or masak tu bersih ke tidak.. tapi sebab memang dalam proses eat clean tak makan makanan berasid .,daging or ayam .  Saya bukan OCD haha  

Bila kau dah biasa makan makanan eat clean , nak makan makanan seafood pun dah tak lalu . Bayangkan ketam nipah masak black papper depan mata (makanan peberet ) .. just tengok je.... tengok je.. selama ni 2 3 ekor ketam nipah boleh habis . Hahahaha.. adeh

Dan hasilnya , dalam 5 hari berat Lisa dah turun sebanyak 2 kg. Tak sangka pulak dapat turun sampai macam tu sekali. Bukan diet , tapi jaga pemakanan . Buat semampunya ,dan jangan terlalu paksakan diri. Tanamlah niat nak sihat , insyaallah boleh . Rasa badan dah selesa dan sihat, korang nak makan apa pun boleh.. tapi lepas makan kena buat eatclean semula la. Sekali sekala makan makanan daging , ayam ,seafood tu boleh.. as long as tak memudaratkan .

Detox pun boleh bersihkan dalaman tubuh kita , sisa-sisa kotoran dalam tubuh yang bersarang bertahun-tahun  . Tips-tips dan resepi detox korang boleh tengok DISINI . Lisa tak boleh buat detox , darah rendah..  dah try aritu .. nak buat juicy air detox.. hasilnya darah lagi rendah . sebab tu stop buat dan tukar ke eat clean atas tadi . 



Selamat mencoba hidup secara sihat . 

Nak tengok sangat ye ke aku ni slim ? 


tengok je la di instagram : @Mawar_biru89
dan Facebook : @Lisa Nurul Ain 




Thursday, January 5, 2017

Cara Merawat Resdung

Assalamulaikum ! Resdung ,  penyakit ni memang sangat mengganggu sebab kita terhad makan , tak boleh makan seafood ,belacan ,  makanan berminyak.. banyak lagi la . Oh.. patut la setiap kali Lisa pelawa makan sambal belacan dia tak nak ! Sebab takut gatal katanya . Lisa sendiri pun ada resdung , tapi tak teruk la sebab dah pernah buat rawatan guna facial sebelum ini . Kali ini lisa akan kongsikan  berberapa cara merawat  atau mengatasi resdung . 

Cara Merawat Resdung

Semua orang ada resdung ,walaupun tak teruk tapi perlu dirawat juga. Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak. Nah Lisa bagitau petua atau merawat resdung dengan mudah menggunakan bahan semula jadi . 

1. WAP Air Hangat
If korang tak boleh tahan menghirup wap, boleh cuba petua kedua iaitu mampatkan pipi dengan air hangat. Panaskan air, lalu diamkan hingga hangat. Celupkan tuala ke dalam air, lalu peras airnya. Letakkan tuala untuk menutupi wajah korang.



2 . Aloe Vera
Aloe vera ,selain untuk luka..juga menghaluskan kulit. Aloevera juga mampu untuk ubati resdung tau.  Cara pakainya adalah dengan menitiskan lendir aloevera  pada hidung. Agar lebih berkesan, minumlah rebusan aloevera secara teratur.


3. Limau Nipis dan Daun Pandan
Petua hilangkan resdung tradisional selanjutnya ialah memakai campuran limau nipis dan daun pandan.Caranya : Hiris halus-halus daun pandan secukupnya . Peras buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, saring dan pisahkan bijinya. campur air perasan limau denga daun pandan. Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah kehijauan. Tapiskan sampai tertinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu.Basuhkan air tadi ke wajah korang, elakkan terkena mata atau bibir.Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik.
Selepas berakhir, cuci wajah dengan air biasa.
Tapi cara ini tak sesuai untuk budak , sebab pedih ! 


4. Cuka Epal dan Madu
Petua menghilangkan resdung semulajadi selanjutnya adalah memakai cuka epal dan madu.
Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh.
Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.

5. Ubat Resdung Herba , ASMAK HERBS Kapsul Penawar Resdung

Beberapa cara diatas mesti agak leceh sikitkan ? banyak pula nak kena buat . Kalau korang takda masa tuk semua tu , Apakata korang try ASMAK HERBS -kapsul penawar resdung . Lisa dah try , dan now... tak rasa bersin-bersin sepanjang masa kalau kena habuk atau cuaca sejuk . Kelebihan yang ada pada Asmak ni , mudah dibawa kemana-mana , Tak leceh , serta uabt resdung ni dibuat dari herba jadi selamat digunakan . Tiada bahan kimia atau stereoid.


ASMAK HERBS - Diperbuat dari herba terpilih menggunakan KAPSUL HALALGEL bersih dan suci bagi membantu melegakan resdung seawal 3 hingga 14 hari produk muslim bertaraf GMP 


Cara makan Asmak Herbs - Kapsul Penawar Resdung 

-Dua biji pagi
-Dua biji malam
Jika resdung yang teruk,tambahan dua biji tengahari. 
Banyakkan minum air masak , dan bila dah semakin baik,makan bila perlu sahaja ,Jimat. 😊
NOTA ASMAK HERBS SESUAI DARI UMUR 3 TAHUN KE ATAS KECUALI IBU MENGANDUNG


GEJALA RESDUNG

•Sering mengalami hidung tersumbat
•Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
•Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
•Sakit tekak berpanjangan dan berulang
•Gejala alahan hidung seperti kerap bersin dan gatal hidung terutamanya pada waktu pagi
•Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
•Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain
•Demam atau rasa tidak sedap badan yg berpanjangan

Pantang Larang Pemakanan Bagi Orang Menghidap Penyakit Resdung 

Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. Kalau korang nak kemas rumah, pakailah penutup hidung! Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka .
Kalau ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.. kalau gatal kang baru padan muka diri sendiri. 



Lisa lebih prefer kapsul , sebab senang telan. Kalu sirap ke powder memang tak boleh masuk tekak.. Tak reti sebenarnya . Hahahhaa.. Asmak Herbs dibuat dari akar mengkunyit , akar serapat juga lada sulah . 


Insyaallah,  Asmak Herbs penawar dari resdung yang mengganggu korang selama ini. 

REVIEW LISA : After makan 3 hari ni, memang dah jarang bersin atau sakit kepala . Apalagi time sejuk macam ni . Keberkesanan ni depends kepada resdung tu kuat sangat atau biasa-biasa ye , serta tindak balas tubuh orang tu tak sama  . Lisa jenis resdung biasa dan tak begitu mengganggu , jaga pemakanan paling penting tau . 

HARGA ASMAK HERBS .

Tak mahal.. hanya RM39 sahaja untuk kapsul sebanyak 30 biji ini. Harga asal RM46.00 , sementara ada promo tu kalian boleh la beli laju-laju .


Sekiranya berminat nak mencuba pil resdung ini,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  : 

Hotline HQ : 019 - 970 8897
Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/


Ig : mham.sdnbhd

Fb Page : Ubat Resdung Herba

Monday, January 2, 2017

SENARAI PELAKON BIAR AKU JADI PENUNGGU

 

Biar Aku Jadi Penunggu 

Sapa agaknya yang menunggu.. Janna Nick atau Ashraf Muslim ? Cerita macam sedih je kat trailer.. kena maraton tengok la jawapnya nanti . Drama akasia TV3 pukul 3adaptasi daripada novel karya Arsha. Arahan daripada pengarah terkenal Michael Ang.Selain dari Janna Nick dan Ashraf Muslim .. akan ada banyak pelakon Biar Aku Jadi Penunggu yang memeriah kan drama ini seperti : Miera Leyana, Fahmy Reza, Octovia Manrose, Shah Iskandar, Nik Adam Mika, Azar Azmi, Amir Rahim, Shah Tapaw, Jasmine Ashraff, Shah Sulaiman, Ziha Salleh, Roy Azman, Sharifah Shahora, Mahmod Ali Bashah . Drama Biar Aku Jadi Penunggu  dah tayang pun  mulai 26 Disember 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang di TV3. 


SENARAI PELAKON BIAR AKU JADI PENUNGGU



Pelakon Watak
Janna Nick Iffat Hamani
Ashraf Muslim Afeef Adwan
Nik Adam Mika Aqil
Miera Leyana Damia Hani
Fahmy Reza Rafaal
Octovia Manrose Hayati
Shah Iskandar Fazree
Azar Azmi Afia
Mahmod Ali Bashah Dato Azman
Wilma Muhammad Datin Maimon
Amir Rahim Luthfi
Jasmine Ashraff Afwan
Shah Sulaiman Lokman
Roy Azman Pak Rahim
Alex Davies Hadith
Azhar Amir Haji Ramli
Dilla Ahmad Zubaidah
Ziha Salleh Alia
Fieza Atika



LAGU TEMA / OST BIAR AKU JADI PENUNGGU

Tajuk Lagu : Menanti Janji
Penyanyi : Ronnie Hussein


SINOPSIS BIAR AKU JADI PENUNGGU

Ifaat Hamani (Janna Nick) dan Afeef Adwan (Ashraf Muslim) ialah sahabat baik sejak di bangku sekolah lagi. Apabila Afeef mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di luar negara, ibunya telah meletakkan syarat agar Afeef mengakhiri zaman bujangnya terdahulu sebelum dia ke luar negara. Akibat terdesak, Afeef terpaksa menggunakan Ifaat sebagai batu loncatan.

Ifaat Hamani sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya. Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara.

Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki.
Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Damia di luar negara, tetapi perkahwinan mereka itu gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi. Oleh itu, Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu, dia juga ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat.

Hati Ifaat benar-benar terguris dengan apa yang telah terjadi. Dia menyambut kepulangan suaminya itu dengan dingin. Segala kasih sayangnya telah hapus apabila dia mengenangkan perbuatan suaminya yang menyakitkan hati itu. Sikap dingin Ifaat membuat Afeef berasa jauh hati dengan isterinya, lebih-lebih lagi apabila Ifaat sentiasa mengungkit sikap Afeef yang tidak setia dan suka mungkir janji.

Ifaat dan Afeef sering bertengkar dan juga tidak bersependapat kerana masing-masing mempunyai ego yang tinggi dan langsung tidak mahu mengalah. Ifaat juga tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.

Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.

Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.

GAMBAR PELAKON



credit gambar : myinfotaip.com

credit gambar : myinfotaip.com

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search