Ad

Showing posts with label tempat menarik. Show all posts
Showing posts with label tempat menarik. Show all posts

Kopi Badang Cafe Kopi Tulen 100%


Kopi Badang Cafe Kopi Tulen 100%

Hai .. selamat hari minggu ! Musim hujan sekarang ni ..minum kopi dan makan ubi rebus panas-panas... perghh nikmat tak terkata. Selain teh , Lisa pun jenis penggemar kopi , turun dari mak la agaknya ! Banyak nama nama kopi yang dah dikeluarkan di Malaysia ni , bahkan ada yang import dari negara lain . Ehem.. penggemar kopi mesti la tahu hehehe... Lisa ternampak kawan-kawan minum kopi badang,  dengar cerita dibuat dari 100% kopi tulen. Rasa nak try juga la... agak-agak lepas minum nanti jadi badang ke ? Khasiat dan Harga kopi badang ini pun Lisa ada tulis dibawah . hehe


Kopi Badang Cafe 

Lain dari yang lain , kopi badang cafe adalah kopi 3 in 1 yang tidak mengandungi perasa tiruan , tiada kandungan pengawet , dan 100 % diperbuat dair kopi tulen . Wah.. TIADA PERISA tiruan ! hohooho.. Kandungan kopi utama dalam Kopi Badang ini ialah kopi robusta dari Columbia dan sesuai dengan cita rasa Asia. Jangan risau , Lisa dah try minum , tiada apa kesan sampingan pun seperti sakit kepala atau jantung berdegup lajuuu... ala-ala lari marathon tu . 



Khasiat Kopi Badang


Sebelum Lisa terlupa , kilang pengeluar KOPI BADANG CAFE ini berada di Johor Bahru , dan dikeluarkan oleh AL-Mubarak Health SDN. BHD. Disahkan HALAL oleh JAKIM , so korang tak perlu la was-was minum kopi ini okayh !! 

1. Tidak ada kesan sampingan

Berbanding kopi segera yang lain kopi Badang Cafe tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada peminumnya. Rasa tidak selesa seperti sakit kepala, mual, tidak sedap badan, gigi kuning, sakit perut, sakit buah pinggang, sembelit, dan lain-lain kesan akibat minum kopi campuran lain tidak dirasai dengan kopi kopi ini.


2. Menghilangkan rasa letih dan lesu

Ini penting untuk yang berkerja menggunakan penumpuan minda seperti pelajar dan ilmuan. Kecerdasan minda dan tubuh badan selepas meminum kopi ini dapat membantu pelajar memahami serta menghafal pembelajaran dengan baik. Untuk yang sedang menyiapkan tugasan seperti “assignment”, kopi ini sangat sesuai untuk menemani mereka.

3. Sesuai untuk orang yang ingin memulakan perjalanan.

Perjalanan baik jauh maupun dekat memerlukan tubuh badan yang segar. Pekena kopi Bdanag ini sebelum memulakan perjalanan pasti membuatkan badan terasa segar tanpa rasa mengantuk, letih, lesu dan lapar di sepanjang perjalanan.


Yes biasanya kalau Lisa minum kopi 3 in 1 yang lain , Lisa akan cirit birit , pening kepala atau fegupan jantung laju . Tapi minum kopi ini , elok pula perut tak meragam . Perut Lisa memang sensitif , jadi kandungan dalam kopi Badang ni , lisa dah minum dan ianya selamat tak buat sakit perut  . 




Amboih kemain eksaited nooohhh !  dapat jugak merasa kopi badang ni 


HARGA KOPI BADANG CAFE 

Dalam satu kotak Kopi Badang ni ada 24 paket . Cara penyajian nak bancuh panas boleh , nak bancuh letak ais pun boleh , ikut suka korang ar.. Untuk harga Kopi Badang Cafe ,  korang boleh terus tanya sendiri dekat kak Nani atau mesra di panggil Mama Kembar 3  ,  Detail dibawah ini : 



Instagram: MamaKembarTiga 

Whatsapp: +60133935052

Jangan segan-segan tanya , mana tahu tengah ada Promo ke kan.. Baca juga testimoni kopi badang cafe ( klik untuk baca




Apapun, pengambilan minuman 3 in 1, ataupun krimer bukan tenusu perlulah diambil secara bersederhana, demi menjaga kesihatan kita

Buah Tangan Wajib Beli kalau Pergi Sabah


Sabah , selain dari gunung Kinabalu , tempat menarik yang patut korang lawati jika berkunjung ke Sabah ialah Kundasang . Kalau oversea tu macam NewZeland la  , di sini pula terkenal denga nama Desa Cattke Dairy Farm , Kundasang . Tempat ni sejuk , dan boleh minum susu fresh dari dari ladang lembu . wahh,,,menarik bukan ?

TEMPAT MENARIK DI KUNDASANG

Kundasang ni banyak tempat menarik untuk dilawati . korang kena tinggal lama sikit la kalau bercuti ,, baru lah rasa puas berjalan . Bagi mereka yang berada lebih dari sehari di Kundasang, boleh la pilih dan tambah destinasi untuk dilawati. Nah Lisa bagi senarai beberapa tempat yang menarik di Kundasang :-

-Kinabalu National Park  - Kundasang
-Desa Cattle Dairy Farm - Kundasang
-Tagal Fish Sg Moroli Kg Luanti - Ranau
-Poring Hot Spring - Ranau
-Rumah Terbalik - Kota Kinabalu*
-Kundasang War Memorial
-Ladang Teh Sabah
-Pasar di Pekan Kundasang
-Mesilau Nature Park
-Strawberry Mesilau Park



Sabah juga terkenal denga makanan Seafood yang fresh dan murah. Ermm..murah tu kena pandai cari tempat la  rasanya . Semakin dekat dengan laut lagi la murah . Lobster , ketam nipah . udang , sotong , ikan.. perghh.. rasa memang terbaikk la kalau dimasak fresh dari laut. Syurga makanan bagi penggemar seafood terutama ketam nipah , Lisa la tu .. hahaha. 

LOBSTER Merah , harga dalam RM 200-300 . 

Jajan apa yang best kalau pergi SABAH ?

Dah jalan-jalan mesti la kena beli buah tangan, ye dak ! Jajan ni maksudnya makanan , kira macam buah tangan berupa makanan gitu. Boleh tahan banyak juga la jajan yang boleh korang dapati di Sabah . Buah tagan wajib beli kalau pergi Sabah,  Diantaranya :-
*Amplang
*Mutiara Asli
*Ikan Bilis
*Ikan Masin
*Coconut Yogurt
*Kuih Cincin
*Buah Tarap
dan masih banyak lagi sebenarnya .




Tada,,, cantik kan.. kan.. kan..? rantai dan gelang mutiara buah tangan dari Sabah tempoh hari . Dalam cerita LEGENDS OF THE BLUE SEA tu , mutiara ni sebenarnya airmata ikan duyung . warna putih untuk air mata kesedihan dan warna pink tu pula air mata kebahagiaan. Mungkin mutiara ni airmata Sae Wa kot . haha jauhnya Lisa merepek, kalau dari Korea boleh la.. ni dari Sabah ..jauh bebenor. 

Lisa dapat satu set , dah macam Datin Rosmah pulak . Tengah bayangkan pakai kasut tinggi , pakai rantai ni , pakai gelang ni , ditambah bawa beg prada. Perghh.. dah macam adik beradik . Jadilah .. ala-ala datin gitu . 

Rantai dan gelang ni cantik , jatuh cinta gue dibuatnya . Warna ni yang pilih ummi mr. Hati Batu , dah ritu Mr Hati Batu tanya kat kita nak warna yang macam mana , mana la Lisa tahu , sebab tu suruh dia tanya Ummi  hahah betul-betul tanya pulak . Tapi okay la kan warna ni cantik sesuai dengan kulit Lisa yang putih gebus bak salji .  Pandai betul dia agak-agak panjang rantai and gelang ni , boleh ngam bila Lisa pakai . Tererrr seh, 






TIPS MEMILIH MUTIARA ASLI .
Kalau nak bezakan mana satu mutiara yang original dengan yang tiruan , korang ambek mutiara tu dan bakar. Kalau tiruan mesti meleleh dah ,,, kalau yang asli ni dia bentuk dan warna akan kekal . 

Yang ni pula jajan dari Kuching Sarawak .  dapat keychain dan pemotong kuku. Sebenarnya ada lagi satu tshit . Lupa nak keluarkan . ..  Jalan makan angin hasrus la minta tshirt . Heeeee... 


Banyak lagi sebenarnya souvenir dari beberapa buah negara ,,, wait to next artikel ya.. See you ....

Resepi Senang dan Ringkas


JOM BELAJAR MASAK DENGAN MUDAH  

Nyummm.. sedapnya lahai , rasa tergiur pula tengok gambar atas ni . Biasanya beli je , yela.. senang tak payah berperang ke dapur . Sibuk kerja mesti penat , so .. apalagi.. order je di kedai makan dan makan. Siap!. Amboi.,, tak kan dah kahwin nanti hari-hari nak makan kat luar je , rugi la cik adik manis yang hantaran beribu tu tapi tak reti masak . ( eh status general tau , jangan terasa pulak hehe ) . Nak masak tu sebenarnya senang je , kalau yang tak reti masak boleh je belajar masakan dengan resepi ringkas tapi sedap, korang boleh buka  lamanresepi.com  dan jangan lupa cuba ! 






Resepi Senang Dan Ringkas ! 

Bila buka dan baca je laman ringkas , korang akan dapat resepi senang dan ringkas. Dah baca dan praktikkan , memang resepi dalam laman resepi senang nak ikut , senang paham dan senang masak . Uyooo.. boleh la jadi cheff lepas ni . Hahhaa perasaannya ! bekal la.. belajar masak makanan kegemaran ... mana tau suami nak makan menu A tapi tak reti masak.. apelagi.. masuk je laman resepi then masak ! 


Bukan hanya untuk resepi makanan je tau , desert atau kuih pun ada. Jemput-jemput pun ada. Lengkap la...cucur bawang kampung ka ,aiskrim ala buskin robbin , atau kentang putar ala KFC. Senang je rupanya kalau nak masak ni semua , tinggal korang rajin ke tak .. Nak buat kek ? pun ada resepinya ; contohnya RESEPI KEK COKLAT bawah ini. 





Amacam.. rasa nak berbunyi pula perut ini , hmm boleh la try buat resepi makanan dari situ . Belajar masak melalui online ni korang kena try error , ada cikgu pun kena try error juga. Lama-lama pandai la nanti ..silap-silap boleh buka kedai makan .  Lupa nak bagitahu , korang boleh join telegram lamanresepi.com di link : https://telegram.me/lamanresepidotcom  , mana tahu boleh kongsi resepi mudah disitu . Facebook pun ada : https://www.facebook.com/lamanresepi/ 

JOM BELAJAR MASAK dengan LAMANRESEPI.COM

Promosi Percutian Akhir Tahun Murah


Musim cuti sekolah dah hampir tiba , tak silap Lisa dalam hujung bulan November ini . Setahun sekali mesti ramai yang akan bawa anak-anak dan keluarga untuk rancang Family vacation . Korang dah pilih atau belum destinasi percutian kali ini ?  . Untuk Lisa pula , Desaru dah pergi tempoh hari .. Cameron , Sunway Lagoon , Legoland , Melaka , hmm.. agaknya mana lagi eh tempat yang menarik ? cuti sekolah mesti ramai yang book dan biasanya harga hotel akan naik jadi mendadak jadi mahal . Uhuks.. nak cuba tengok di web traveloka la , boleh la bandingkan harga hotel dan flight , dengar cerita ada diskaun untuk  promosi untuk percutian murah di akhir tahun

Promosi Percutian Akhir Tahun Murah Traveloka

Percutian bersama family kali ini mesti akan lebih spesial , sebab boleh sekali raikan hari jadi Lisa hujung bulan ni . Yeyy ... ! Ada lebih dari 100 hotel di Malaysia , Indonesia , dan juga Singapore yang menawarkan harga hotel dengan diskaun yang cukup banyak ..woww.. korang kena tengok sendiri di Promosi percutian Akhir Tahun . Rasa nak pergi Langkawi je la , tak pernah pergi lagi, yeah.. Lisa suka dengan pantai ,, boleh la snorkling dan menikmati keindahan alam sana . Mungkin korang berminat dengan entri sebelum ini Hotel di Kuala Lumpur dan Lokasi Menarik disekitarnya .



Dengan kemudahan zaman sekarang ni ..  semua dihujung jari , korang boleh pilih dan survey hotel dan tiket penerbangan yang murah hanya dengan menggunakan smartphone , laptop atau PC . Kena bijak memilih dan bandingan tempat dan hotel yang selesa juga tak koyakkan duit poket . Maklumlah hujung tahun ni banyak pula nak kena beli , tak termasuk peralatan sekolah untuk tahun depan lagi . Family vacation akan lebih seronok jika percutian di tempat yang best , hotel selesa dengan kemudahan yang banyak , flight yang murah ..wahh mesti boleh bercuti dengan tenang ! 



Bukan hanya hotel , bahkan korang boleh juga dapatkan diskaun untuk tiket penerbangan holiday bersama keluarga tercinta . Kedengaran menarik bukan ? Jom teroka lebih dalam lagi .

Tips untuk memilih hotel murah pada musim cuti sekolah : 

1.Pilih hotel yang mempunyai rating tertinggi .

2.Bandingkan harga satu hotel dengan hotel yang lain .

3.Tengok pada kemudahan hotel dan yang last sekali ,

4.Pilih hotel yang terletak ditempat strategic untuk mudahkan korang berjalan .


Yang pastinya korang akan lebih mudah survey dan bandingkan semua itu hanya di traveloka.






Hanya perlu pilih destinasi pilihan untuk bercuti - pilih tarikh - dan tekan pada kotak Search . Korang akan nampak senarai hotel yang lengkap dengan rating , harga , dan juga kemudahan yang ada. Rambang mata dibuatnya , pilihlah yang korang rasa sesuai dengan poket masing-masing ye . Boleh la guna duit selebihnya untuk bershopping pula nanti disana.



Contohnya seperti hotel diatas ini, Lisa dapat harga sesuai dengan poket .. tapi cantik . Kira murah juga la untuk harga di musim cuti sekolah ini book untuk 30 hb November sampai 2 hb Disember. Kalau main terjah ke hotel dan book rasanya tak dapat harga seperti itu, silap-silap 2 kali ganda !  Murah ..kemudahan seperti swimming pool , wifi , restaurant , parking , kaunter pertanyaan yang 24 jam akan bantu kita. Tersiksa juga kalau dah holiday tapi dalam bilik tak ada line internet pula atau wifi tak disediakan.. boleh rosakkan mood holiday .

Nikmati cuti-cuti malaysia dengan pakej murah promosi hujung tahun ini dengan luangkan masa bersama keluarga tercinta , ditempat idaman yang korang idamkan selama ini. Tiada salahnya untuk rewardskan diri dengan pencapaian satu tahun ini. Huuuhhh... tak sabarnya nak tunggu cuti sekolah . Kalau orang ada tempat menarik lain  nak kongsikan ,  jangan ragu untuk bagitau Lisa tau . Jangan lepaskan peluang YEAR END HOLIDAY PROMOTION !


Our warmest wishes for a happy holiday season!

PANTAI MATI, TEMPAT MENARIK DI PHILIPPINES

PANTAI MATI, TEMPAT MENARIK DI PHILIPPINES ||  Memang benar aku ingin pergi mati , Stress dengan semua kerja-kerja yang memang tak pernah habis. Dan juga masalah duniawi yang membuat aku hampir terkena darah tinggi . Andai aku pergi mati pastinya akan hilang semua stress dan semua beban . Walaupon tak menyelesaikan masalah , sekurangnya aku akan damai tenang tiada gangguan pribadi ataupon kerja ! Dah gila ke apa , orang nak hidup tapi aku lak nak pergi mati . HOLD ON , Mati yang lisa cakap ni ialah nama satu destinasi percutian di Philippines ya bukan Mati Meninggal ! Salah satu Pantai menarik dan cantik di dunia .

MATI , adalah satu-satunya bandar , di Wilayah Davao Oriental, Philippines, yang terletak di sebelah tenggara Mindanao. Sesuai lah untuk penggemar tempat percutian yang menawarkan ketenangan di tepi Pantai . Air laut biru dan ombak yang  bergelora sesuai untuk skimboarding, surfing, and frisbee sports . Dilengkapkan dengan pasir putih yang memang awesome. Macam Maldives pula. Bangunan dan Taman Capitol Wilayah  atas bukit menyajikan pemandangan hebat dari Bay Pujada. Lokasi lain yang menawarkan pemandangan luas bandar adalah Mati Tourism Complex dan Badas Viewdeck .  

Patutlah banyak orang-orang asing berduyun-duyun datang ke Mati untuk menikmati keindahan pantai  yang ditawarkan . Jangan lupa pergi Dahican juga.  Dahican adalah salah satu destinasi yang paling popular di Mati dengan 17 kilometer, pantai pasir putih yang halus . Waahh teruja dah ni. . Ia baru-baru ini menjadi destinasi utama untuk pelayar dan skimboarders. Pujada Bay mempunyai 15,700 spesies hidupan laut dan telah dianggap sebagai antara teluk terkaya di Asia Tenggara. Oleh itu, penduduk tempatan mengambil langkah-langkah untuk memelihara kepelbagaian hidupan laut, melindungi haiwan seperti udang kara, laut lembu (tempatan yang dikenali sebagai Dugong), ikan lumba-lumba bottlenose, jerung hammerhead, pari kola dan pelbagai jenis penyu. Mati adalah rumah kepada tiga kawasan perlindungan, Mount Hamiguitan Range Wildlife Sanctuary, Mati Protected Landscape, and Pujada Bay Protected Landscape dan Seascape.

Tempat menarik terkenal untuk kalian kunjungi jika datang ke Philippines






LOKASI MATI : Davao Oriental , Philippines .
Jarak 165 KM dari lapangan terbang Davao City, 165 km. Disyorkan oleh kenderaan persendirian atau bas tanpa hawa dingin dan mengambil masa kurang daripada tiga jam untuk  sampai ke Mati dengan pemandangan  indah di sepanjang jalan pantai yang berliku, 8-km zigzagging Badas jalan ke atas tebing. Disini kalian akan melihat seperti pemandangan dinosaur Tidur sekaligus akan  memukau korang ! .
Untuk maklumat lanjut, lihat www.mati.gov.ph





Jom kumpul duit pergi sana :D 

LOKASI TADOM HILL RESORT

LOKASI TADOM HILL RESORTS || Tempat bercuti menarik bagaikan di Luar negara atau menawarkan pemandangan seperti di MALDIVES ini bernama TADOM HILL RESORT . Air yang kehijauan ini dan pastinya bersih. Wah mesti kalian selalu nampak di Newsfeed media social atau dengar dari kawan-kawan .  Udara yang bersih , air yang bersih , pemandangan yang hijau menjadi tempat untuk bercuti melepaskan penat dan stress kerja sesuai untuk family atau individu. Dimana letak lokasi TADOM HILL RESORT yang menjadi tempat menarik untuk bercuti khususnya MALAYSIA INI ? Jawapannya : Tadom Hill Resort  berlokasi di Kampong Labohan Dagang ,Banting Selangor , Malaysia . Tempah dulu ya sebelum pergi sana, apalagi musim bercuti seperti ini . Bukan apa , takut nanti dah Full , kalian juga yang kecewa. Untuk Tempahan tempat , boleh hubungi +603-79860076 .

Wah memang menarik ini, terasa nak pergi kesana. Harga pun murah ! untuk pakej percutian di Tadom Hill Resort menawarkan HARGA bermula  dari RM 15.00- RM 20.00

















Dua minggu lagi musim bercuti sekolah , JOM packing barang dan mencoba merasa bercuti disana. Mungkin akan menjadi Tempat percutian menarik di Malaysia. 

© all rights reserved
made with by templateszoo