Ad

Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Tahniah Faiz Subri , Gol Terbaik Dunia FIFA 2016


FAIZ SUBRI Menangi Anugerah PUSKAS FIFA 2016 , GOL Paling Cantik 

Tahniah Faiz Subri ! Terimakasih dah harumkan nama Malaysia . Macam korang tahu la , sebab gol cantik dalam perlawanan Penang 4 -1 Pahang  .. Mohd Faiz Subri dapat peluang sertai FIFA PUSKAS AWARD 2016 .  Semalam final undian Mohd Faiz Subri meraih undian tertinggi  59.46% undian , Marlone   22.86% dan Daniuska 10.01% undian. , dinobatkan sebagai pemenang FIFA PUSKAS AWARD 2016 untuk gol tercantik di dunia pada 2016 . Nangis pula tengok video Faiz naik ke pentas dan dapat anugerah tu .

Biodata Faiz Subri

Nama Penuh :  Mohd. Faiz bin Subri
Tarikh Lahir :  8 November 1987 (age 29)
Asal              :  Ayer Hitam, Kedah, Malaysia
Tinggi           : 1.73 m (5 ft 8 in)
Career start   : 2009
Awards         : FIFA Puskas Award
Current teams : Penang FA (#13 / Midfielder, Forward), Malaysia national football team (Midfielder)


Dengar cerita sebelum dia nak pakai pakaian atau baju melayu ,, dah dapat persetujuan dari pihak FIFA  pun .  Tapi semalam dia pakai coat , tak jadi pakai baju melayu dan tanjak yang bersulam benang emas tu ha.. sebab sejuk la kot . Haa.. pasal baju ni je pun jadi issu , korang memang tak reti bersyukur eh ? Syukur la dah dapat anugerah itu , dapat gak Malaysia mewakili dalam award tu ha. Coba la fikir yang sisi positif je , bende remeh je pun di isukan . Biasalah.. memang akan ada yang cari kesalahan kita , ye tak ?

Apepun Tahniah Faiz Subri , dan terimakasih untuk semua yang mengundi dan share link untuk undi faiz subri. Good job  !


Nah Faiz Subri belanja welfie dengan Ronaldo ., abaikan muka yang tengah tu hahahaha . 

Penyanyi Deddy Dores Meninggal Dunia

Penyanyi Deddy Dores Meninggal Dunia || Baru beberapa minggu lepas Lisa nyanyi lagu Jangan Pisahkan di Smule , hari ini terdengar kabar yang penyanyi Deddy Dores telah meninggal dunia malam tadi 17 Mei 2016 , jam 11.45 malam . Beliau  merupakan seorang Penyanyi Slow Rock pernah menciptakan lagu untuk arwah Nike Ardila . Lahir 28 November 1950 dan meninggal dunia di usia 65 tahun akibat serangan jantung yang menyerang semenjak tahun 1990.

Marilah sedekahkan alfatihah untuk beliau dan semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya . 

Gambar Pesawat Terbesar Antonov AN-225 MRIYA

foto : BERNAMA 
Gambar Pesawat Terbesar Antonov 225 MRIYA ||  PESAWAT terbesar dunia, Antonov An-225 Mriya dari Ukraine mendarat di KLIA jam 8.30 pagi tadi. Berkali-kali ganda dari size pesawat MAS ., An-225 dalam bahasa Ukraine bermakna "impian " yang direka oleh Biro Design Antonov Kesatuan Soviet pada 1980-an.. Lisa ingat pesawat ni pesawat penumpang , pasti dalam tu untuk double vvip je .. lah... ternyata pesawat Kargo . Digunakan untuk pengangkutan barang-barang melalui udara . Kereta kebal boleh masuk dalam tu kot .. train pon boleh .. hahaaa



FOTO : Projek Travel 
 Antonov An-225 mempunyai tayar sebanyak 32 biji dan size pesawat tu  275,6 kaki panjang, 290 kaki dan 2 inci lebar sayap, 59.3 kaki tinggi. Besar bukan ? .. memang patut dapat title pesawat terbesar didunia . Kapal terbang jenis ini lebih besar dari Airbus 380 , dan terdapat hanya 1 saja didunia ini. 

Berikut gambar Pesawat Antonov An-225 MRIYA .  













MR Bean Raver Pertama di Dunia

Akhir-akhir ini ramai pulak budak-budak bergambar pose raver  ataupun buat video raver. Mana mereka belajar semua tu ,?? sebelum ni hipster , lepastu sekarang ni raver pula. Sampai buat perjumpaan budak raver vs budak hipster . Ish.. kuat betul pengaruh internet sekarang ni kan . Kalian pulak ikut yang mana ? atau disekeliling kalian ada nampak budak-budak macam ni ? macam-macam hal lah. Tak nak kutuk sangat.. sebab pernah muda juga . zaman muda dulu-dulu takda lagi raver atau hipster , yang ada zaman lisa punk-rock , and R n B ,,, lebih ketujuan memberontak kongkongan dari family.

Tahukan anda , orang pertama yang menari raver ni ialah MR. BEAN  . Siapa yang tak kenal pelawak dunia ini.. ya,, betul.. MR BEAN dah buat raver dance tahun 2007 , kira-kira 9tahun lepas. Sekarang popular lagi dan budak-budak sekolah la yang popularkan . Rupanya ravers mereka ni tiru gaya MR. Bean . HAHAHAHA ... nak gelak pun ada., akhirnya terjawap sudah soalan yang selama ini menghantui fikiran Lisa . Tak percaya ? Jom tengok video











Video dan gambar mr. Bean diatas sama je dengan gaya budak-budak raver. Macam ni la gaya kalian kalau menari raver .. hehee

Pelawak Olga Syahputra Meninggal Dunia

Pelawak Olga Syahputra Meninggal Dunia | Innalillahi wainaillahirajiun,Dunia hiburan telah kehilangan seorang pelakon dan pelawak ,dialah Olga Syahputra. Pelawak yang mesra disapa dengan nama Olga ini meninggal dunia semalam di Hospital Mounth Elizabeth di Singapura Jumat 27 March 2015 pukul 4.17 petang. 
Beberapa bulan lepas Lisa mendengar berita juga yang dia sakit dan dilarikan ke Hospital Negara Singa tersebut, yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Indonesia kerana pengsan ketika Live di sebuah Television Indonesia.  Host TV Indonesia ,Olga menderita kanser selaput otak disebabkan kepenatan bekerja  . 

Meninggal diusia diusia 32 tahun (8 Feb 1983- 27March 2015) , Jenazah akan dimakamkan hari ini 28 March 2015 di derah Pondok Kelapa Jakarta Timur. Semoga diberikan kekuatan kepada keluarga yang ditinggalkan dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang yang beriman. 


"Father of Singapore " LEE KUAN YEW Dies

"Father of Singapore " LEE KUAN YEW Dies | My condolences to Prime Minister Lee Kuan Yew and family.Lee Kuan Yew , 91years (  September 16,1923 - March 23 ,2015 was a singaporean politican. He was be singapore's Prime Minister for three decades (31 years). We was heard Prime Minister of Singapore was hospitalized several weeks ago cause pneuomia and today March 23  -2015, he died peacefull 3.18 am at Singapore General hospital.



Mr.Lee ,oversaw  Singapore's independence from Beitain and separate from Malaysia.My condolences to Prime Minister Lee Kuan Yew and family

PENEMUAN LIPAS TERBESAR DIDUNIA

PENEMUAN LIPAS TERBESAR DIDUNIA | Lipas ? hehe pastinya kalian tahu dan pernah jumpa  binatang yang namanya lipas . Saya pun ade pengalaman yang mengerikan dengan Lipas yang pernah lisa tulis dalam entri sebelum ini di  " Lipas dalam makananku " . 
bukan seorang dua yang geli dengan lipas, ramai ! yang takut pun ada. Ntah apa yang membuat mereka takut , Lisa pon tak tahu. Sebenarnya Lisa tak takut atau geli dengan serangga ini, tapi kalau dah masuk dalam makanan memang geram la .Mood tengah lapar nak makan , tapi ada serangga pulak.

Lipas jenis binatang yang boleh memudaratkan kesehatan, kalau terkena kencing lipas ini, kulit boleh berbahaya tau. Serangga pengotor ini mempunyai Ukuran binatang ini tak besar mana, sebesar ibu jari sahaja. Yelah.. kita duduk dalam Malaysia kalau negara lain tak tahu la pulak kan. Dan semalam Lisa ternampak Lipas dengan ukuran yang sangat besar , berat dalam2 kg ! Namun peliknya Lipas ini boleh dimakan . Aik ? seperti di negara vietnam /china pulak , Lipas dijadikan sebagai makanan. 



Ini lah Lipas yang Lisa cakap itu , hehehe. BESAR kan Lipas tu , dan mungkin ini adalah penemuan Lipas terbesar di Dunia. Agak-agak sanggup tak kalian makan Kek birthday berbentuk Lipas ini ?


Gambar Dan Video Pesawat Trans Asia Terhempas Di Taiwan

 Gambar Dan Video Pesawat Trans Asia Terhempas Di Taiwan | Pesawat penerbangan ATR-27 itu berlepas dari Lapangan Terbang Shongshan menuju ke pulau Kinmen . 58 Orang penumpang didalam pesawat itu ,manakala  2 orang dilaporkan meninggal dunia dan yang lain cedera parah.

Semakin banyak la pula pesawat yang jatuh akhir-akhir ini.

Berikut ialah beberapa kepingan gambar dan rekaman video pesawat Trans Asia yang jatuh terhempas di sungai Taipei-Taiwan hari ini .









Budak Dua Tahun Mendaki 40 Negara


Budak Dua Tahun Mendaki 40 Negara |  Seorang kanak kanak di California yang berusia dua tahun telah mendaki sejauh 482 Kilometer di 40 buah negara dengan ibu dan bapanya. BODHI Bennet ,nama kanak-kanak tersebut telah menerokai kebanyakan gunung di taman negara wilayah Amerika Syarikat.
Shannon ,ibu kepada bennett 27tahun,anak sulungnya   telah dibawa melakukan pendakian semenjak berusia 5hari sahaja. Wow.. bayangkan 5hari sahaja. 
Namun Shannon tetap menitikberatkan keselamatan ketika Bodhi melakukan pendakian kerna tidak mahu hal yang tidak diinginkan berlaku 

-kosmo-

Gambar Pertandingan Misai dan Janggut Sedunia


Gambar Pertandingan Misai dan Janggut Sedunia  | Sabtu lepas , di Portland diadakan sebuah pertandingan yang menarik yaitu pertandingan misai dan janggut sedunia .Dan ini adalah beberapa gambar diantara peserta yang mempunyai keunikan misai dan janggut .  Wak Doyok tak de join sekali  kedalam pertandingan ini  ? hehe











© all rights reserved
made with by templateszoo