Ad

Cara Merawat Ekzema dan Psoriasis Pada Bayi

Cara Merawat Ekzema / eczema dan Psoriasis Penyakit Kulit Pada Bayi


Dari pengalaman Lisa sebelum ini , pernah tengok bayi akan ruam akibat makan telur . Dari hari tu memang tak bagi makan telur sebab akan jadi penyakit kulit Ekzema . Dulu memang tak tahu apa itu ekzema , almaklumlah belum pernah beranak itu yang takda pengalaman disitu . 

Adam (anak kak Fit ) bermula dengan tompok putih macam panau. Dari setompok jadi bertompok-tompok lebih kurang seperti sopak. penuh satu badan. dari tompok putih kulit dia jadi kering &  bila dia dah besar sikit dah pandai menggaru dari kulit kering dah jadi melecet. kulit menipis, berair dan berdarah . 

Memang sedih dan nak nangis kalau tengok bayi kena penyakit kulit ekzema . Frist time kena memang tak tahu menahu nak rawat macam mana , bawah ini Lisa akan kongsikan beberapa cara untuk  merawat  penyakit kulit ekzema dan psoriasis  pada bayi, harapnya berguna untuk korang la. Cukup la sekadar korang tau bende basic so takdela tengok anak je rasa sakit ekzema. 


Cara Merawat Ekzema dan Psoriasis

Benda basic apa yang perlu dilakukan untuk ibu-ibu pabila anak kena penyakit kulit ekzema :

1-  TOLONG PANTANG GULA, GANDUM, FASTFOOD, SEAFOOD, PRODUK TENUSU, MAKANAN YG D PERAM, IKAN LAUT DALAM, BUAH2 YG MANIS, SAYUR YG BERBUAH atau  BERUBI, TERMASUK DESERT!


2- JANGAN SAPU STEROID 
ubat klinik dan hospital tu semua steroid.


3- JANGAN PAKAIKAN LOTION, MINYAK ANGIN, BEDAK, MANDIAN PADA BAYI.
Mandikan bayi dengan air kosong je dan bila  dah besar sikit pakai roiboost tea beli di cosway, rebus & mandikan baby. Elok utk kurangkan gatal-gatal dia. Bayi x busuk pon so tak payah sabun bagai. 

4- MAKAN MAKANAN YANG DAPAT BANTU ANAK 
Ibu-ibu boleh amalkan  makan bawang putih bakar 2 labu setiap hari. Minum jus sayur hijau macam sawi setiap hari. seminggu sekali minum jus kunyit sebab ia bantu redakan radang adam. Dalam menu mesti ada ulam. Ni semua utk bantu boost imun anak. 


5- SIMPAN SEMUA KARPET, BERSIHKAN KIPAS, TUKAR CADAR SETIAP HARI, LANGSIR PUNN RAJIN TUKAR 
Sebab ada baby eczema akan jadi lebih teruk sebab habuk. 



6- JAGA KEBERSIHAN DIRI SENDIRI &  BAYI. 
Ini termasuklah jangan bawa baby keluar rumah sebelum 6 bulan . Sebab kita tak tau kotoran diluar sana , lagipun imun bayi sangat rendah sebelum 6bulan .



7- JANGAN BERHENTI BREASTFEEDING. 
Jika ada dokter atau orang luar yang cakap stop BF , sebab susu ibu penyebab anak ekzema , sila ketuk kepala dia guna handbeg ! hehe teruskan je BF (Breastfeeding )  ini hanya sesuai sekiranya anda adalah seorang ibu yg komited berusaha pantang makan, makan makanan yg sihat tapi anak masih lagi sakit . 


8. Makan Kunyit  

Tahukah anda, rempah ratus dapat mengurangkan keradanganperbagai jenis masalah atau penyakit kulit , salah satunya psoriasis . Curcumin sejenis bahan antioksida yang terdapat dalam kunyit , didapati boleh melindungi dan memelihara kulit dengan meneutralkan bahan radikal serta mempercepat proses penyembuhan luka. amalkan pengambilan satu sudu kecil kunyit setiap hari. namun cara ini tak sesuai untuk bayi . 

9.Sapu Aloe vera
Mesti ramai dah tau kan Aloe Vera ni banyak khasiat terutama untuk masalah kulit . Aloe vera kaya dengan bahan anti-keradangan dan penyembuhan selain dari memberikan kelegaan kulit yang gatal . Jika korang mempunyai eczema atau psoriasis cuba tanam pokok aloe vera sendiri dirumah . Senang la korang ambil gel aloe vera yang segar dan asli berbanding dikedai yang dah bercampur dengan bahan kimia.  Boleh amalkan untuk penghidap ekzema dewasa , untuk ekzema pada bayi..korang boleh try dengan tanah liat putih. 


Punca Atau Faktor Penyakit Ekzema

Perlu diingatkan bahawa punca sebenar berlakunya serangan penyakit kulit ekzema ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, Namun terdapat beberapa kajian yang dibuat, antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada eczema ini seperti : 

*penggunaan sabun dan detergen
*keadaan cuaca yang panas
*alergik kepada alam persekitaran
*alergik bila memakai barang kemas
*berada dalam keadaan stress
*kuat berpeluh
*barang kosmetik yang tidak sesuai
*alergik kepada fabrik pakaian yang tertentu
*air berklorin tinggi

Bagaimanapun,  penyakit ekzema pada bayi ini juga disebabkan pertalian genetik.Contoh kalau salah seorang sama ada ibu atau bapa  memang dah ada ekzema , anak akan ada kemungkinan terkena eczema jua.  


Penyakit kulit Ekzema 
Ekzema atau nama saintisnya Eczema adalah sejenis penyakit atau masalah kulit di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. Biasa akan terjadi pada bayi namun boleh juga kepada orang dewasa.  Ekzema pada bayi biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki . Lisa selalunya tengok di pipi naik ruam merah-merah bahkan ada yang sampai berdarah . Seram !

Psoriasis
Psoriasis adalah salah satu penyakit kulit. Penyakit kulit ini memiliki gelaja yang hampir mirip dengan penyakit kulit lainnya seperti ekzema. Gejala adalah ruam merah pada kulit, kulit mengelupas dan gatal namun pada bayi banyak terdapat pada bahagian siku, kulit kepala atau punggung.

Bermacam-macam produk yang diiklan kan, tapi sebenarnya cara merawat ekzema dan psoriasis ni senang je  , hanya dengan guna tanah liat putih . Bukan tanah liat pasu bunga itu tau hehehee. Tapi zaman moden ni konfem ramai yang tak tahu mana nak cari tanah liat putih ni . 








7
( Hide )
  1. wah bagus yer, bedak asmak ni..terbaik

    ReplyDelete
  2. murah harganya dibanding dgn kegunaan yg banyak.. gd luck lisa..

    ReplyDelete
  3. wow..memang terbaik bedak ni..sy pernah pakai..gatal2 mcm ruam dekat celah kangkang,pakai 2-3 hari terus baik

    ReplyDelete
  4. Kesian kalau budak budak ada ekzema, diorang tak pandai nak kawal & ada yg menggaru sampai luka kan, kesian

    ReplyDelete
  5. Kak Nina pun guna bedak asmak ni tuk ekzema anak-anak
    Alhamdulillah... berkesan!

    ReplyDelete
  6. Kena jaga bayi elok2.. Jgn bg penyakit kulit ekzema serang..

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo