Friday, January 20, 2017

Boleh ke Dapat Duit dari Blog ?

Boleh ke Dapat Duit dari Blog ?


Lisa sebagai blogger , dah semakin banyak dikenali kawan-kawan yang bukan blogger. Aku mampu buktikan yang blogger ni boleh jana pendapatan juga. Memang la bukan fulltime blogger , tapi buka minda sekeliling yang tulis blog ni boleh dapat duit . Tinggal kita jalankan je . Boleh ke    dapat duit dari blog ? Macam mana cara dapat duit dari blog ? Buktinya ramai kawan yang bertanya kat aku ; 
"Boleh ajar aku berblog tak ? Blog yang dapat duit tiap bulan " 

Cara dapatkan duit dari Blog 

Jujur memang tiada jawapan untuk ini , aku sendiri baru bertapak dalam dunia blog ni ,,baru nak cecah tahun ketiga lepas diambil kira selepas berdomainkan ciksepet.com , kira dah serious dalam berblog la ni  . Aku bukan otai , dan aku memang tak tahu menahu nak jelaskan bagaimana untuk dapatkan duit dari blog .Sebab mula-mula menulis blog tak pernah set dalam kepala untuk "aku tulis blog sebab nak dapat duit "  . Blog aku ni pun dibantu oleh seseorang yang tak nak dikenali , biarla dia dibelakang tabir ciksepet sahaja.. katanya.

Bermula hanya untuk cerita pengalaman sehari-hari , tips kecantikan , atau apa saja aktivity yang berlaku. Sampailah aku diperkenalkan dengan Kelab Blogger Ben Ashaari ,platform yang mengajar aku bagaimana bernetwork from zero to Hero,cewahh . Kelabbloggerbenashaari macam akademi la... ececece .. jangan set mind and tanya boleh tak nak join KBBA9 , sebab nak dapat duit. Aku ketuk kepala korang baru tau .. And kalau jawapan korang join sebab nak dapat income , konfem kena rejek .

Sampai satu masa tu Lisa diberi kepercayaan Review berbayar dari salah satu job dari kelab itu, serius beb.. time itulah baru aku tahu yang blog ni boleh dapat duit . Lepas dari itu aku rajin menulis dan menulis , ping entri sana-sini ,,, sampailah aku famous .( Ceh berangan je ), maksud aku.. berjaya membrandkan nama dengan ciksepet.com . Dulu orang kenal nama mawar biru , nama facebook... sekarang dah orang dah panggil cik sepet pula.. walaupun nama facebook tkde tukar ke cik sepet. Aku dah buktikan aku pemes.. kekekekeke... 

Kini ramai Pr dan client dah pandang ciksepet. Terimakasih Kelabbloggerbenashaari sebab dah ambek Lisa jadi salah satu anggota.

Itu salah satu batu loncatan.. so kena pepandai la nak step seterusnya.

Cara dapat blog dari duit mungkin korang boleh try aply untuk google Adsense bayar guna $ Dollar beb , kalau trafik korang power.... korang apply la Innity tapi bayar by RM la. ADSENSE ni korang boleh tanya sifu Hasrulhassan.com .

Bukan aku kedekut Ilmu, tapi aku memang tak reti. Yang aku tahu hanya tulis tulis dan tulis je.. orang suka tulisan and review kita.. so dia akan risik kita tuk review produk dari company mereka. Baru mula berblogging jangan demand payment beb.. sebab kena fikir gak apa pulangan yang client akan dapat kalau bagi kita peluang job tu.

Salah satu cara tarik job dari beberapa company ialah , korang kalau beli barang.. try la review sedikit.. barang ni..kegunaan ni..review korang macam mana. Pastu tulis la mana korang beli. Macam tu je... dari rview free jadi kemudian hari kan berbayar. Semua kena mula dari bawah.. pepatah mengatakan " cepat naik cepat turun ", kecuali minyak la.. hehehe ...

Kalau nak belajar WordPress pula korang boleh masuk kelas sohoque.com atau hafizrahim.com . Banyak anak murid dah berjaya ... Lisa bukan tak nak belajar dengan diorang.. sebab jauh. Tu yang tak berkesempatan lagi.

Panjang pulak aku membebel kali ni.. ok itu je la. Cara nak dapatkan duit dari blog.. harap korang paham apa yang Lisa nak cuba sampaikan. Bye... rajin rajin la singgah blog Lisa... ehehe selamat malam.




  1. Semoga terus berjaya dalam apa jua bidang :)

    ReplyDelete
  2. Haaah kelab bloggger ben ashari mmg best. Byk info n ruang utk share knowledge. Tp heheh k aznk lum betul2 dpt generate income. Baru nak bertatih..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian..

    Memang boleh buat duit dari blog. Kan? Senang atau susah tu dari diri kita sendiri. Kalau kita rasa suka/atau minat, memang senang. Kalu tak suka dan malas.. memang susah. Betul tak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kena rajin juga... kalau malas mmg susah...

      Delete
  4. Salam sejahtera.

    Jemput untuk sertai giveaway terbaru.

    Entri giveaway : http://www.aerillhassan.com/2017/01/giveaway-new-year-2017.html

    Ada pelbagai hadiah menarik di tawarkan.

    Senarai hadiah : http://www.aerillhassan.com/2017/01/senarai-hadiah-giveaway-new-year-2017.html

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. ala..taknak pun letak link kita..ye la kita tak femes. haha.. tp serius lisa akak baca ni pun rasa nak buat satu entri la. gd luck cik sepet!

    ReplyDelete
  6. Memang boleh dapat duit jika belajar internet marketing dengan betul. Tetapi kena berusaha kuat jugak tanpa senang putus asa.

    ReplyDelete
  7. bukan senang nak senang...semoga dipermudahkan segala urusan...saya pun masih nubis dalam blog

    ReplyDelete
  8. Ya. cuma perlu ikut belajar dari guru-guru internet marketing. Jangan ingat utk dapat duit dengan cepat maka betul2 blh buat duit online.

    ReplyDelete
  9. Akak pun mula berblog langsung tak fikir boleh buat duit dari blog. Main tulis syok sendiri je hehe. Syukur banyak ilmu dapat lepas join KBBA dan berguru dgn abam Sohoque & Hafiz

    ReplyDelete
  10. Kalau pandai explore macam2 cara boleh jana duit dari blog.. nice sharing lisa

    ReplyDelete
  11. Salam kenal cik sepet. kita baru belajar nak berblog ni, boleh la jenguk jenguk blog sy hehe. perkongsian yg menarik.

    ReplyDelete
  12. yup..betul tu..ada caranya nak jana wang dgn blog ni..

    ReplyDelete
  13. tak dinafikan, ramai bloger yang naik dengan KBBA. keep it up

    ReplyDelete

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search