Ad

PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN TINGKATAN 1 MRSM 2015

PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN TINGKATAN 1 MRSM 2015
PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN TINGKATAN 1 MRSM 2015| Tahniah kepada calon UPSR yang mendapat keputusan cemerlang . Permohonan kemasukan tingkatan 1 MRSM 2015 tersebut adalahdialu-alukan kepada pelajar tahun enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2014 dan mendapat keputusan cemerlang. Makluman pemohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dan akan dibuka bermula 27 November 2014. 

Syarat Umum Kelayakan Bagi Pelajar Di Semenanjung Malaysia
-Pelajar dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia
-Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia
i. Pelajar Bumiputera tahun enam
ii. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
-Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014
-Pemohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 dan temu duga pada tarikh antara 15 hingga 19 Disember yang akan diadakan di MRSM yang telah dipilih

Muat turun (Download) Maklumat Lengkap Cara Permohonan 

Setelah mendapat kata laluan yang dikehendaki, pemohon perlu melayari sistem permohonan dalam talian ( https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp), untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online.

Cara memohon melalui ONLINE : 
-Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma disemua pejabat MARA negeri, pejabat MARA daerah , atau MRSM berdekatan pada waktu pejabat bermula 27 November 2014.
-Pemohon hendaknya membawa salinan MyKid dan salinan keputusan UPSR 2014 yang telah disahkan -semasa mendapat kata laluan.
-Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan diborang tersebut dihantar secara online .
Untuk maklumat sila kunjungi laman web MARA  di :  http://www.mara.gov.my/
-Pemohon memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihna pertama semasa mengisi borang permohonan online untuk menduduki ujian dan temuduga .
-Pemohon mestilah membawa cetakan borang serta dokumen berkaitan yang telah disahkan kepusat ujian yang dipilih.

Tarikh tutup permohonan online ialah pada 10 Disember 2014.


0

No comments

Post a Comment

both
© all rights reserved
made with by templateszoo