Ad

Resepi Pisang Goreng Chesee

pisang goreng chesee , resepi pisang goreng chesee
*gambar  google
Resepi Pisang Goreng Chesee | Pisang Goreng Chesee ? sedap ke ? Itulah yang ada dalam fikiran Lisa ketika dengar perkataan Pisang goreng Chesee . Hurm , Lisa ni sukapisang goreng tapi tak suka chesee, tak leh masuk dalam mulut. Sekarang di facebook sedang viral orang upload gambar pisang goreng chesee dan sedang hangat diperbualkan.Rasa terliur pon ada sebab nampak macam sedap , tapi ada chesee .Takut nanti tak lalu makan lepas tu buang , sayang ! bazir amalan setan .

Dan akhirnya aku terjebak juga ,imanku telah goyah disebabkan dah ternampak sejenis makanan yang bernama pisang goreng chesee didepan mata. Hahaha,, kenapalah kaki ini gatal sangat nak melangkah ke gerai abang tu.. Dan akhirnya aku mencoba membeli 1 bungkus Pisang Goreng Chesee set kecil , nama je set kecil..tapi dalam ada 8 buah pisang . Mana tk kenyang nye! Murah pulak tu. Di gerai ini tak payah beratur,sebab Lisa beli ketika time orang bekerja, selamat sikit.

Sampai sahaja di tempat Lisa bekerja,terus ja buka bungkusan pisang goreng chesee tu . Orang cakap , makan ketika panas-panas lagi sedap daripada makan ketika dah sejuk . Nasi ? tolak ketepikan dulu. Suapan pertama membuka selera makan ku. Rangup,sedap, manis. Waahh.. macam tak percaya ,finally Lisa makan chesee juga.Hahaha.. Sedap, murah . dan rasa yang memang manis . Tengok cara abang tu buat macam senang je dan kalian boleh try dirumah .

Berikut resepi yang sempat Lisa culik dan intai dari abang tu.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Pisang Goreng

Sesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan
sedikit kunyit serbuk
secubit garam
1 sudu besar butter
1 biji telur

 Bahan Sos dan Topping

1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
chesee Cheedar 
Choc Rise atau parutan coklat masakan

Caranya : 
Cairkan butter ,Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, serbuk kunyit , baking powder, santan dan telur ,kacau rata. Tuangkan butter cair ,Kacau sebati. Masukkan pisang ,Panaskan minyak dalam kuali. Goreng pisang hingga kuning keemasan .Angkat dan toskan minyaknya.

Dalam kuali yang bersih, cairkan butter. Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju Kacau rata Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi Gaul rata
Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai.
Taburkan dengan Chesee cheeder dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan
Sedap makan ketika masih panas.
Nak lagi senang?  beli je pisang goreng kemudian beli cheddar cheese dan tabur. Hahah simple dan senang. Betul tak ?

Selamat mencoba ya ! 
8
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo