Best Ke Bermain ROLLER SKATER ?

Best Ke Bermain ROLLER SKATER ? | Malam tadi ,Untuk kali pertama Lisa bermain kasut roda atau Roller skater . Selama ini hanya tengok orang main je dan dengan poyo bercakap dalam hati "eleh.. setakat main kasut roda je pon semua orang boleh main " . Sebab kebanyakan yang main budak-budak. Sampai masa malam tadi kawan Lisa ajak pergi dataran Kluang untuk bermain kasut roda. 

Sampai di Dataran Tasik Putih, , orang ramai gila woo  . Kena beratur tunggu. Johor Juma'at dan Sabtu cuti, malam minggu bertukar malam sabtu. Kena beratur, saiz kaki kecik  macam Lisa ade pukul 11 atau mid night. 1 jam juga kena tunggu, sementara itu Lisa main bubble .

Ternyata bermain roller skater ni tak mudah, boleh tahan susah . Ada tehnik untuk memakai kemudian berjalan menggunakan kasut roda ini. Terjatuh dan kemudian bangun. Lisa diajar oleh Amoi cun , heheh umur dalam 18tahun macam tu lah. Meskipun dia kurang fasih berbahasa melayu, namun gigih dia ajar juga. Yang lain lelaki, tak kan Lisa nak minta ajar mereka. Mula-mula aku duduk , pastu kaki dia himpit guna kaki dia then kemudian amoi tu tarik tangan Lisa sampai boleh berdiri. Kemudian papah sampai ketengah dataran , tempat untuk main Roller skate tu . Mula-mula kasut kena tegak, kemudian buat posisi kaki "V" , sedikit cangkung , tangan pegang ke lutut. Kemudian, try untuk berjalan perlahan-lahan. Berkali-kali jatuh , namun nasib baik amoi tu sempat tangkap badan Lisa. Lisa jatuh dalam pelukan dia,hehe. Masa ini lah dah tak perduli walaupon ada ramai orang yang duduk ,tengok kita sedang main roller skater . Terjatuh dah menjadi hal biasa.

Dan selepas setengah jam belajar, akhirnya Lisa dah mula berjalan perlahan-lahan tanpa bantuan mereka. Berpeluh-peluh pon ada. Nak tahan keseimbangan badan diatas kasut roda ni . Jatuh dua kali tanpa bantuan orang dah kali ni. Orang cakap jatuh kedepan tak apa, jangan jatuh kebelakang. Jatuh kebelakang sangat sakit . Dan ternyata betul , haha dua kali aku terjatuh, kedepan dan kebelakang . Sampai sekarang sakit ! Kedua kaki lebam biru , tangan pon lebam dan sakit sebab ketika jatuh kedepan, Lisa tahan guna tangan kiri, Dan time jatuh kebelakang terasa tulang-tulang ini retak. Haha amboi tak sampai macam tu sekali lah, hanya terasa lebih sakit kalau nak duduk.



Harga untuk menyewa kasut roda ini murah sahaja , Satu jam rm5 . Dan kalau kalian tak da bawa persiapan stoking, kalian boleh beli di tempat penyewaan orang tu seharga rm2. MURAH kan ! satu jam rm5 sahaja. Pandai orang tu memanfaatkan peluang untuk berniaga . Peramah dan juga friendly dengan orang . Sesiapa yang nak cuba boleh la datang sini, menyediakan penyewaan kasut roda untuk bermain roller skater di Dataran Kluang . Datang malam ye, kalau siang nanti panas dan lagipun tak da orang . haha.

2 ulasan

Sejak kecik sampai sekarang..tak pandai nak main roller skate ni, sebab tu nak try ice skating pun takut..hehe


EmoticonEmoticon