Tekanan Boleh Menyebabkan seorang kanak-kanak obesiti

Tekanan boleh menyebabkan seorang kanak-kanak mengalami obesiti.|Bagaimana tekanan boleh mnyebabkan budak-budak menjadi gemuk?.Sebab kanak-kanak ini kalau dah tertekan,maka mereka akan mengambil pemakanan yang tak seimbang.Ianya berlaku kerana pelepasan  hormon kortisol yang menyebabkan kanak-kanak berasa sentiasa lapar. HAA..Kalau dah lapar,paham paham jelah..mereka akan makan makan dan makan. Berisi tak pa, tapi kalau dah obesiti? Wahh bahaya juga kan. Petikan dari majalah kosmo
PEMAKANAN yang tidak seimbang dan kurang bersenam sering didakwa merupakan faktor penyebab masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
Bagaimanapun, penemuan terbaharu daripada pakar nutrisi dan pemakanan kanak-kanak Brazil, Nataniel Viuniski mendapati, tekanan turut menjadi punca kepada masalah kegemukan seorang kanak-kanak.
“Faktor tekanan merupakan salah satu penyebab penyakit obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
“Ini kerana, apabila fikiran mereka berada dalam keadaan tertekan, tubuh akan melepaskan hormon kortisol yang akan menyebabkan kanak-kanak tersebut sering terasa lapar,” jelasnya.
Ujarnya, saat lapar pula, kanak-kanak cenderung untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dan ia secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan berat badan yang mendadak.
“Perkara tersebut membawa kesan buruk terhadap kesihatan kanak-kanak kerana mereka dikhuatiri mudah diserang penyakit jantung, diabetis dan kanser apabila mereka dewasa,” ujarnya.

Jangan biarkan anak anda stress ya... 

5 ulasan

Bukan setakat kanak2, remaja pum sama especially student. hehe

Jemput singgah : Tieysmilez@blogspot.com

Kalau anak tak stress, confirm kedua orang tuanya cepat beruban..hehe

EH? macam tu pulak ye? Ingat kita yang dah dewasa je kalo stress boleh sebabkan gemuk sebab suka makan, hee

Salam perkenalan =) Jemput singgah dan follow

http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/11/cara-hilangkan-sakit-badan-akibat-anak.html


EmoticonEmoticon