Peniaga Yang Kurang Sopan


Peniaga Yang Kurang Sopan | Alkisahnya aku sedang berjalan dalam satu mall sebab nak cari hadiah untuk My Brother yang akan bernikah.Masuklah dalam butik bag jenama Playboy, dengan aku yang pakai selipar dan pakaian biasa ,tak ada sandang beg atau wallet. Tangan pegang handphone. Lepas 15minute ada di dalam butik tu.. takda sesiapa nak layan.Bukan besar mana pon Butik tu , ala dekat Kluang ni bandar kecik je , lainlah kalau macam Kuala Lumpur ka.. mesti ramai orang dan busy sampai customer pon tak terlayan. Ni, Butik ada tapi kosong tak ada pekerja atau boss.Tapi aku  nampak aunty ,entah pemilik atau pekerja butik Playboy tu,ada di depan butik dlm mall tu. Lepas tu.. aku kuar la dr butik tu sebab takda orang nak melayan aku.

Tggu 10 minute aku nampak Aunty cina tu dah masuk dalam butik ,main handphone dan duduk di kerusi kat counter. Aku masuk balik kat butik tu..
Aku, "  Aunty.. beg mana yang patern baru dan cntik eh? " .
 ( Aunty tu tengok aku dari atas ke bawah pastu main HP semula)
 Dan jawap soklanku "u nak buget harga berapa? "
Aku " nak yang cantik la aunty. Bajet mana la tahu"
Aunty :. " nak baget berapa? sini ada banyak.. mahal dan biasa je. "
  aku  " nak yang patern baru. Cantik . Bajet berapa pon tak kesah"

Dia bawa aku mcm nak tak nak je.. kemudian dia tunjuk pilihan beg jenama biasa,harga biasa-biasa sahaja.Bukan apa, sebab abangaku tu kalau jenama beg selain dari Playboy memang dia simpan je dalam almari,bukan nak pakai. Then aku bagitahu nak jenama PlayBoy yang dulu si Felixia Yap eh Rania ,pernah jadi duta jenama tu. Aunty tu pon tunjuk dan explain satu persatu jenama bag itu. Kahkahkah ,aku memang sengaja nak bagi dia sedikit penat ,sebab rasa geram je tengok aku macam ada hutang dengan dia 1juta Dollar.Akhirnya dapatlah beg yang cantik dimata aku , dan harga boleh tahan lah sebab baru keluar je patern yang Lisa pilih tu.
Time nak bayar dicounter, aku keluarkan Beberapa  helai duit rm100 dari dalam poket.Dan nak tahu tak ?aunty tu baru reti nak mesra ,ramah ,dan senyum dengan aku ! tadi bukan main lagi kerek dan kurang sopan .


 Erkkk ??!! memang macam tu ke ? Oh aunty .. orang yang berselipar tak semestinya tak ada duit ya , dan orang yang berpakaian gojes tu tak semestinya berduit. Huh. Naik geram pulak dibuatnya..tapi tak apalah, maybe aunty tu sedang datang merah kot.. hihi..

{ 17 comments.. read them below or add one }

♥  AE ♥ ♥ AE ♥ November 9, 2014 at 5:54 PM
Tuh namanya bajet kaya xD aunty tuh ingat dia kaya sangat ka sampai nak layan org lain mcm tuh. Haishh, sakit pulak hati eden baca nya . Kalau dpt kat saya, dah lama kena perli kaw kaw punya .
Safirul Amar Azmi Safirul Amar Azmi November 9, 2014 at 6:25 PM
Ermm ..pakai biasa2x je lagi best...bebas ke mana2x...peragut pun tk dtg dekat. ..
beba ifa beba ifa November 9, 2014 at 6:31 PM
hahaha mungkin betul la tengah ada mslh pompuan kot aunty tu...
MNH SASTERA MELAYU MNH SASTERA MELAYU November 9, 2014 at 8:01 PM
sebagai peniaga, kita tak boleh pilih kasih dengan pelanggan kita. siapa pun yang datang, pakai selipar ke, pakai kasut ke, tan sri ke, datuk ke, posmen ke, kita kena layan sebagai raja. tak boleh pilih kasih macam tu.
Cik Iman Cik Iman November 9, 2014 at 8:49 PM
mindset pekedai = pegang duit kat tangan baru layan kaw-kaw

dia ingat kita saje-saje tanya kot, belinya tak juga
Lisa Nurulain Lisa Nurulain November 9, 2014 at 8:59 PM
Hwhe entahlah.. aunty ni piyet kot. Hihi
nur as nur as November 9, 2014 at 9:03 PM
hihi mungkin baru lepas gadoh ngan someone tu
siti zawiah siti zawiah November 9, 2014 at 9:30 PM
geram jugak lepas baca entry ni..
Mama Niza Mama Niza November 9, 2014 at 10:00 PM
biasalah..... pandang hina luaran je dorang ni.. panas pulak mama baca.. isk isk!

Mama Niza
Mila Hilas Mila Hilas November 10, 2014 at 12:28 AM
poyo je..dia pun stkt pekerja ( i guess) kat ctu cbuk nk pndg gaya org nak nilai org kaya ke x...
weschairs weschairs November 10, 2014 at 1:32 AM
Biasala tu.. Memang kulitnya yg orang tgk dulu berbanding isi
Barniyah Ammara Barniyah Ammara November 10, 2014 at 7:17 PM
Ayo~ Memanglah,.. Dia nilai dari luaran je, dia tak nampak dalam dompet. XD