Ad

Showing posts with label Membeli-belah.. Show all posts
Showing posts with label Membeli-belah.. Show all posts

Jimat Belanja Hanya Di PG Mall


Jimat Belanja hanya dengan PG Mall

Assalamualaikum , Bercakap tentang shopping ... mesti ramai yang sekarang memilih untuk berbelanja melalui laman online saja .  Termasuklah Lisa pon lebih suka berbelanja secara online je , kalau nak harapkan datang ke kedai-kedai and survey memang tak sempat la jawapnya  . Maklumlah Lisa sibuk bekerja dalam masa yang sama nak beli makanan anak-anak kucing 20 ekor tu . Bukan hanya penat... berat pon satu hal nak angkat semua tu . Cuba nak bershopping kat E-commerce PG Mall pulak. 

APA ITU PG Mall ? 



Dah agak lama ternampak kawan-kawan bercakap tentang PG Mall ni ,Lisa ingatkan PG Mall ni hanya jual emas sahaja .  ternyata  PG Mall ni dah establish since 2017 lagi dan disenaraikan oleh iprice insight sebagai Top 3 laman web online shoping paling banyak dilawati oleh rakyat Malaysia.

PG Mall www.pgmall.my adalah satu-satunya local e-commerce platform  di Malaysia  yang mana semua seller kat situ adalah dari dalam negara. Tak kisah la produk tu dari negara mana pun at least bila local seller, senang kita nak berkomunikasi tanya ini itu . 

Cara pembayaran di PG Mall selain online banking, Credit Card..korang boleh guna e-wallet, boost, grab pay, Touch N Go , MCash..  wah lagi senang macam ni sebab banyak pilihan .  




E-Penjana Shop Malaysia Online

Bermula 10 Ogos 2020 sehingga 30 September 2020, PG Mall adakan  kempen Shop Malaysia Online dimana jika korang baru pertama kali  shopping di PG Mall ni, korang boleh dapat diskaun RM25 dengan pembelian minima RM80. Dan untuk Pembeli Sedia ada ,  DISKAUN RM20 dengan perbelanjaan minimum RM100 .  Bukan hanya itu sahaja tau ,  Dalam tempoh kempen ni jugak, shoppers boleh menikmati free shipping fee atau diskaun untuk kos postage sehingga RM8..  jimat berganda-ganda !! Oh ya tak lupa... dapatkan 50%  rebate voucher exclusive ketika facebook live. Yang ni korang kena on kan Notification   facebook page PG Mall agar tak terlepas peluang ini yaaa  
By Malaysians, to Malaysians






Proudly Local
Last but not least , jangan lepaskan kempen Proudly Local sehingga Disember 2020. Banyak juga rupanya barangan keperluan harian berjenama tempatan di PG Mall. Untuk penggemar kopi mesti tak asing lagi nama Old Town , Munchy's , Halal sambal ikan bilis Spicy Mama.. ( yang ni Lisa pernah tulis sebelum ini .. memang sedap ! ) , Biskut Hup Seng Cream ... ( makan dengan celup kat kopi panas-panas... aumm dah woh ! ) .. dan banyak lagi la jenama tempatan lainnya .

Jadi jom ler kita sokong produk tempatan  ! Dalam kempen #BarangBaikBarangKita ni, korang boleh claim beberapa coupon diskaun bernilai RM8, RM15, RM20 dan diskaun shipping bernilai RM25. Dengan syarat korang kena support local produk.

Apatunggu lagi.. jom jimatkan wang korang dengan berbelanja di PG MAll. Jangan lupa download apps PG Mall atau di website dia ok . 


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #PGMall4u #Cashback #points


Peniaga Yang Kurang Sopan


Peniaga Yang Kurang Sopan | Alkisahnya aku sedang berjalan dalam satu mall sebab nak cari hadiah untuk My Brother yang akan bernikah.Masuklah dalam butik bag jenama Playboy, dengan aku yang pakai selipar dan pakaian biasa ,tak ada sandang beg atau wallet. Tangan pegang handphone. Lepas 15minute ada di dalam butik tu.. takda sesiapa nak layan.Bukan besar mana pon Butik tu , ala dekat Kluang ni bandar kecik je , lainlah kalau macam Kuala Lumpur ka.. mesti ramai orang dan busy sampai customer pon tak terlayan. Ni, Butik ada tapi kosong tak ada pekerja atau boss.Tapi aku  nampak aunty ,entah pemilik atau pekerja butik Playboy tu,ada di depan butik dlm mall tu. Lepas tu.. aku kuar la dr butik tu sebab takda orang nak melayan aku.

Tggu 10 minute aku nampak Aunty cina tu dah masuk dalam butik ,main handphone dan duduk di kerusi kat counter. Aku masuk balik kat butik tu..
Aku, "  Aunty.. beg mana yang patern baru dan cntik eh? " .
 ( Aunty tu tengok aku dari atas ke bawah pastu main HP semula)
 Dan jawap soklanku "u nak buget harga berapa? "
Aku " nak yang cantik la aunty. Bajet mana la tahu"
Aunty :. " nak baget berapa? sini ada banyak.. mahal dan biasa je. "
  aku  " nak yang patern baru. Cantik . Bajet berapa pon tak kesah"

Dia bawa aku mcm nak tak nak je.. kemudian dia tunjuk pilihan beg jenama biasa,harga biasa-biasa sahaja.Bukan apa, sebab abangaku tu kalau jenama beg selain dari Playboy memang dia simpan je dalam almari,bukan nak pakai. Then aku bagitahu nak jenama PlayBoy yang dulu si Felixia Yap eh Rania ,pernah jadi duta jenama tu. Aunty tu pon tunjuk dan explain satu persatu jenama bag itu. Kahkahkah ,aku memang sengaja nak bagi dia sedikit penat ,sebab rasa geram je tengok aku macam ada hutang dengan dia 1juta Dollar.Akhirnya dapatlah beg yang cantik dimata aku , dan harga boleh tahan lah sebab baru keluar je patern yang Lisa pilih tu.
Time nak bayar dicounter, aku keluarkan Beberapa  helai duit rm100 dari dalam poket.Dan nak tahu tak ?aunty tu baru reti nak mesra ,ramah ,dan senyum dengan aku ! tadi bukan main lagi kerek dan kurang sopan .


 Erkkk ??!! memang macam tu ke ? Oh aunty .. orang yang berselipar tak semestinya tak ada duit ya , dan orang yang berpakaian gojes tu tak semestinya berduit. Huh. Naik geram pulak dibuatnya..tapi tak apalah, maybe aunty tu sedang datang merah kot.. hihi..
© all rights reserved
made with by templateszoo