Ad

PROMO CELCOM FIRST GOLD PLUS FREE 100GB VIDEO WALLA


PROMO CELCOM FIRST  TAWARKAN LEBIHAN DATA 30GB & 100GB VIDEO WALLA .


Assalamualaikum selamat petang ! Lisa ada berita baik untuk korang ni , terbaru terhangat ala-ala pisang goreng yang baru naik dari kuali . hehehe... Seperti yang korang tahu , sebelum ini celcom keluarkan pakej baru iaitu celcom First Supreme dan Celcom First Platinum Plus ... kali ini Lisa akan cerita PROMO terbaru dari celcom yang tawarkan lebihan data 30 Gb & 100Gb untuk Video walla untuk 12bulan . Bermula dari hari ini 20 Oktober - 31 Disember 2017 ,setiap customer yang melanggan pakej First Gold 80- 20GB  akan dapat 30GB video walla percuma setahun , dan jika pelanggan yang melanggan pekej First Gold Plus 98 - 40GB , akan dapat 100GB video walla secara percuma setahun ! Wahh boleh layan sampai lebam !








ENJOY FREE VIDEO STREAMING DURING PROMO CAMPAIGN ! 


PROMO Free streaming VIDEO WALLA ini hanya untuk pelanggan yang melanggan pakej FIRST GOLD dan FIRST GOLD PLUS selama masa promo iaitu 20 Oktober -31 Disember 2017. Video Walla 30 & 100GB diberikan percuma selama 1 tahun / 12 bulan .  Siapa yang layak dapatkan promosi ini ?
  • Untuk customer baharu , 
  • sama ada number baru , 
  • tukar pelan dari prepaid celcom ke postpaid celcom , 
  • penukaran dari talian lain ke celcom  ( MNP , MObile NUmber Portability ) , 
  • atau.. COBP customer celcom postpaid yang sedia ada. 

CUSTOMER PENGGUNA SEDIA ADA 
Bagi korang yang dah sedia ada menggunakan pakej Celcom FIRST GOLD dan FIRST GOLD PLUS , kalian boleh dapatkan juga 30 & 100GB Video Walla ini melalui OPT-IN melalui MYCELCOM POSTPAID  apss bermula 26 Oktober 2017 . Setakat yang Lisa di t&c , kena caj seperti berikut : 
  • RM 30/bulan untuk melanggan 30GB video walla 
  • RM50/bulan  untuk melanggan 100GB video walla

Hurm.. kena langgan pulak , rasa rugi kan ? Korang boleh tunggu , lepas 26 Oktober nanti ... kalau ada perubahahan Lisa update semula . Mana tahu pengguna sedia ada boleh dapat percuma tanpa perlu tukar package. 

TIPS LISA : Korang downgrade package ke First Blue 45 kemudian tukar semula ke FIST GOLD atau ke FIRST GOLD PLUS . Ha.. baru untung dapat percuma streaming video walla tu . Tapi kena keluarkan duit untuk proses pertukaran tu . Kena bayar bill satu bulan pakej yang baru . Leceh gak . 



Apa itu VIDEO WALLA ? 

Ramai yang masih tertanya apa itu video walla , korang boleh rujuk gambar dibawah ini untuk tahu lebih detail . Tonton video secara percuma  melalui apps sepert : Youtube , Netflix m Astro Go , Iflix , MOX , Dailymotion , Metro TV ,Herotalkies, Tonton , dan Dimsum . 


Contoh korang langgan First Gold Plus 40GB , ... so korang boleh tonton video atau movie sebanyak 100GB selama setahun melalui apps yang tersenarai dalam VIDEO WALLA dan jika dah habis 100GB tu baru akan tolak dari internet yang 40gb . Agak-agak korang boleh habiskan ke 100gb tu ? hehehe . 




Untuk terma dan syarat  lebih detail , korang boleh baca info dari gambar di bawah ini .









Kiranya kalau korang dah langgan pakej First Gold Plus 98 Free 100Gb , then kemudian downgrade pakej ke FIRST GOLD 80 . Promo video Walla tu akan burn serta merta . Jadi korang tak akan dapat yang free video walla 30Gb walaupun langgan masih dalam tempoh promo .
layari www.celcom.com.my

See u next artikel . ! 


HARGA iphone 8 & iphone 8 Plus Di Malaysia

Hari yang di tunggu untuk penjualan i-Phone 8 dah semakin hampir . Iphone 8 dan iphone 8 plus akan dilancarkan di Malaysia secara rasminya pada 20 Okt 2017. Teruja tak ?? Hehehe.. HARGA i-Phone 8 &iphone 8 PLUS Di Malaysia bermula dari RM3,699 & RM 4,098( dilaman web apple.com.my ) , tengok di website celcom berbeza dalam beberapa ratus ringit lagi murah . Yang berada di tangan Lisa ni , iPhone 8 Plus 256GB Black . Macam takde beza kan ? 


HARGA i-Phone 8 & i-Phone 8 PLUS Di Malaysia

Harga iphone 8 standart harga iphone sebelum sebelum ini. Tak de la sampai minimum paling rendah untuk seketul iphone 8 dengar-dengar dulu dekat 4 ribu juga.. Orang have-have je la beli , Untuk Lisa... harapkan mr Hati Batu beli pastu  jual murah-murah je Kalau bagi free.. alhamdulillah , sapa yang taknak kan!  Kalau nk wat hantaran , kot boleh dapat iphone X pula.. hihihihi. Berikut Lisa tunjukkan carta Harga iphone 8 dan iphone 8 plus di Malaysia untuk harga di celcom outlet.


MODEL
MEMORY
COLOUR
PRICE
With GST 6%
IPHONE 8
64GB
GREY
RM 3,394.35
RM 3,598
IPHONE 8
64GB
SILVER
RM 3,394.35
RM 3,598
IPHONE 8
64GB
GOLD
RM 3,394.35
RM 3,598
IPHONE 8
256GB
GREY
RM 4,130.19
RM 4,378
IPHONE 8
256GB
SILVER
RM 4,130.19
RM 4,378
IPHONE 8
256GB
GOLD
RM 4,130.19
RM 4,378
IPHONE 8 PLUS
64GB
GREY
RM 3,866.04
RM 4,098
IPHONE 8 PLUS
64GB
SILVER
RM 3,866.04
RM 4,098
IPHONE 8 PLUS
64GB
GOLD
RM 3,866.04
RM 4,098
IPHONE 8 PLUS
256GB
GREY
RM 4,611.32
RM 4,888
IPHONE 8 PLUS
256GB
SILVER
RM 4,611.32
RM 4,888
IPHONE 8 PLUS
256GB
GOLD
RM 4,611.32
RM 4,888



REVIEW LISA 


Bagi Lisa la ye , Iphone 8 Plus ni tak jauh beza dengan iphone 7 Plus yang lepas . Hanya beza denganbintik-bintik di housing belakang sahaja . So ... nasihat Lisa , sila tunggu iPhone X yang akan datang bulan depan. 


Kalau korang nak beli , dah ada pre-order untuk iphone8 dan iphone 8 plus ini. Nak beli phone dengan harga murah  dan bayar bulan-bulan pun boleh  tau ! Sama ada nak guna number baru , ,  Upgrade dari celcom prepaid ke Postpaid , atau ... pelanggan pospaid sedia ada .  , sign up pakej celcom dan apply Easy Phone . Ehh terpromote pula.. boleh datang ke celcom center terdekat atau layari website celcom

Alat Tulis SASSY Koleksi Black & Gold Menjadi Pilihanku


Hi... Assalamualaikum !
Siapa disini yang ada koleksi stationery atau alat tulis cantik kita geng !  walaupun dah tak  belajar , tapi masa bekerja memang tak lari dengan alat tulis , ye dak . .. Lisa memang suka kumpul dan koleksi alat tulis yang fabolous pastu simpan banyak-banyak sampai sayang nak guna. Kebanyakan Lisa dapatkan hadiah dari kawan atau dapat ketika meeting dari beberapa company gitu . Baru ini pula Lisa dapat new koleksi stationery dari SASSY . Uih.. sapa yang tak tak kenal nama sassy ni .. online stationery store & stationery Malaysia yang memang dah melakar nama dan famous gitu .


Sebelum tu , meh Lisa cerita sedikit tentang sassy ni . Sassy is an online gift and a lifestyle store.  jenama baru dalam trendy gift , dan lifestyle stationery . Baru tak baru juga la sebenarnya sebab dah dijual dikedai MPH , atau online pun ada  . Produk sassy ni memang berpatutan, praktikal dan bergaya sebab tu la menjadi koleksi alat tulis yang direka untuk wanita bergaya dan Sassy. Yang mempunyai arti penuh dengan spirit gitu..  macam Lisa hehehe.. 

SASSY BLACK AND GOLD Koleksi terbaru ! 



Antara yang Lisa dapat baru ini ialah koleksi black and gold . Lisa pilih kombinasi warna antara gold dengan hitam akan nampak lebih mewah , gah dan lagi bersemangat menjelang tahun 2018 nanti. For my BIG DAY , mestilah nak kena plan betul-betul. Tulis di Planner sassy rasa lebih excited weih  . Agaknya apa la yang Lisa Plan tu ye ?... tungu di artikel lain pula .


Antara stationery sassy koleksi Black & Gold yang baru ini : 


1.Sassy Planner Book 
walaupun ada Hp dan boleh buat note dalam tu , Lisa lebih selesa menulis dalam buku macam ini. Boleh la  Lisa tulis jadual review atau event blog selepas ini. Lebih teratur la kan . Hek elerr.. macam la busy sangat kan . Tahun depan nak travel puas puas.. . ! Buku macam gini sesuai juga tulis record orang yang  pinjam duit kat Lisa tapi tak reti bayar balik !! . Hahaha..

2.Set Of 8 Magnets sassy 
Yang ini magnet , cantik dan comel kan . Macam Lisa ! 




3. Sassy Note Book 
Yang ini boleh rasanya kalau Lisa nak tulis diary ke . Walaupun zaman serba canggih gini dan ada blog , Lisa masih rajin tulis diary tau . Old Skool pun old scholl laa... Anytime boleh tengok semula dan kadang tertanya sendiri , eh betul ke aku yang tulis ni ? Hahaha. Buku ini tebal weih , cantik pulak tu . Harap Lisa akan conteng cerita yang indah dan manis di buku sassy ini . 





4. Sassy Round Push Pin 
Lama tak guna pin comel gini. Blak and gold terasa mewah disitu . Lepa ini boleh la tengok selalu papan di wall tu kan , bukan nak tengok nota.. tapi nak tengok bling blinggg... pin ini.  ... hehehe 




5. Sassy A4 Document Envelope 
Yang ini sesuai untuk letak kertas penting ketika meeting atau training . Senang tak perlu bawa beg besar besar. Letak dalam file ini lagi selamat ! 



Design yang unik dari sassy memang dah buat Lisa tertarik , lagi satu .. produk sassy senang dijumpai dimana-mana kedai MPH .  Kualiti pun tahan lama , setakat ni  lisa bagi 4 bintang !
Malas dan tiada masa nak pergi ? jangan risau .. sassy pun ada online store . Jadi senangla untuk beli belah stationery kesukaan korang tanpa berpenat-penat dan bazirkan masa . 


Untuk pengetahuan korang , produk sassy dilancarkan dalam siri koleksi ; contohnya Koleksi Marmar.  Yang terbaru , sassy telah melancarkan satu set koleksi baru ; Koleksi Lemon, Koleksi Black and Gold , Koleksi Neon dan Koleksi Tropika.  Akan datang juga akan dilancarkan reka bentuk baru untuk PU notebook dan jurnal . Wah.. tak sabar rasanya weih. 


sasy black and white

sassy journal

sassy tropica
Good News ! Sassy kini berada di SOGO KL yang dilancarkan baru-baru ini pada 25 Ogos 2017 lepas. Senang la nak cari koleksi terbaru yang lain , bukan hanya secara offline datang kedai MPH  tapi secara online pun boleh  di www.sassy.com.my










Harga Stationery SASSY

Bagi Lisa la , untuk harga koleksi alat tulis sassy ini berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan . Takada la mahal sangat . Berbaloi gitu .


Ramai kawan Lisa cakap cantik la alat tulis terbaru yang lisa grab dari sassy tu . Korangpun dah rambang mata kan tengok cantik cantik alat tulis dengan design yang WOOW... berbanding dari jenama lain.

Untuk korang yang dah sudi baca artikel Lisa , Nah ..Guna kod CIKSEPET30  ,  bagi dapatkan diskaun potongan harga sebanyak 30% untuk beli barangan stationery Sassy . Wahh suka tak .. suka tak...? . Voucher ini sah sampai 31Okt2017 sahaja !



For more information about our voucher code, please read out Voucher Code Terms and Condition.

Detail selebihnya di 

FACEBOOK : Sassy

INSTAGRAM : @mysassystuff

Website : www.sassy.com.my 



SAMBAL KETUK NAS CHOICES SEDAP & MURAH !

RESIPI SAMBAL KETUK KETUK NAS CHOICES

Assalamualaikum ! Minggu lepas , Lisa pergi ke Kedah untuk settlekan beberapa urusan . Ini kali pertama Lisa jejak sana . Memandangkan perut Lisa yang kampung ni tak boleh terima beberapa menu makanan ,,, terfikir pula nak bawa sambal untuk bekal pergi  Kedah. Nasib baik lah ada sambal ketuk nas choices  yang jadi penyelamat , tak risau dibuatnya .

SAMBAL KETUK NAS CHOICES , sedap dan murah ! 


Sambal ketuk , mungkin ada sesetengah orang yang baru first time dengar nama sambal ini. Bagi orang yang penggemar makanan pedas , usah ditanya la..mesti tahu . Kali ini Lisa cuba pula sambal ketuk nas choices , senang bawa pergi travel ataupun bekal kat office tempat kerja . Setakat yang Lisa pernah makan , Sambal ketuk ni boleh tahan pedas kaw gitu . Makan dengan nasi panas-panas.. perghh tak tengok kiri kanan beb.. kalau pandai lawankan dengan lauk lain memang jadi berganda selera makan. bak kata host vit daily , PADUU BEBB ! 

Bab buat sambal ni , Lisa memang failed la .. tapi untuk komen rasa sambal.. yang tu Lisa pandai . hehehe . Rasa sambal ketuk nas choices dari pendapat Lisa bagi 4.5/5 bintang ! 

review sambal ketuk nas choices sedap dan murah

Balance sambal ketuk nas choices tempoh hari Lisa bawa ke tempat kerja , Lunch lebih menyelerakan dengan sambal ketuk Nas Choices . 

RESIPI SAMBAL KETUK Nas Choices


Sambal ketuk Nas Choices ni macam sambal hitam pahang, tapi bukan sebab takde belimbing. Sama dari segi rupa yang hitam kot , hehehe. Oh ... ternyata ada banyak jenis sambal ketuk .  Sebelum ini lisa makan yang sambal ketuk cili hijau , kali ini pula Lisa makan sambal ketuk yang berwarna hitam. Boleh tahan pedas beb sambal ketuk ini. Rasa sedikit berbeza berbanding dengan sambal ketuk cili hijau . Mungkin sebab sambal ketuk yang ini resipi tradisi dari gabungan pahang dan sumatera indonesia. Ada beberapa ejen di seluruh malaysia. Bahan-bahan yang digunakan dalam sambal ketuk ini adalah  : Bawang merah , bawang putih , cili , garam 


Ha.. korang yang suka makan sambal atau tak pernah makan sambal ketuk ni  sambal boleh cuba sambal ketuk nas choices ini ... senang dibawa kemana-mana . Murah pun ye jugak ..

Sesuai untuk dibawa untuk travel .
Kadang kita bercuti , atau travel ke tempat baru .. takut tiada kedai makanan yang sesuai dengan tekak kita ,,, Nas Choices Sambal Ketuk sesuai sangat untuk dibawa . Lagipun packing ni senang disimpan semula dan kedap udara.

Malam tadi Lisa cuba masak nasi goreng dengan menggunakan sambal ketuk nas choices ini , sedap beb ! hahaha.. senang kerja tak perlu ka ketang ketung malam-malam buta nak tumbuk bawang merah , bawang putih dan cili  . Tinggal panaskan minyak ,  taruh sambal ketuk ini  dan masukkan nasi . Dah siap . Nyummii.. lupa pula nak ambek gambar .... 

Tahan 6 bulan suhu bilik. Kalau dah bukak, takyah masuk dalam peti ais. 2 minggu  pun insyaallah tak berkulat.

Harga Sambal ketuk Nas Choices 


Harga sambal ketuk ini sekarang ada promosi tak silapnya , harga dalam rm10- rm20.. korang terjah je  message dekat instagram @nas_choices  Ataupon terus whatsapp 0193613164


Pshhttthh : Sentiasa cari ejen dan stokis yang nak tambah pendapatan.Kalau nak tambah duit poket , boleh la try jadi ejen kay... 

Jika korang nak rasa macam mana sambal ketuk ini , boleh hubungi .....

HP : 019 361 3164 (call/sms/wassap), dan ejen diperlukan!

Facebook : SAMBAL KETUK

Instagram : @nas_choices

Khasiat Jus Asam Kunyit madu (JAKM) Untuk Kesihatan

Khasiat Jus Asam Kunyit madu (JAKM)

Khasiat Jus Asam Kunyit madu (JAKM) Untuk Kesihatan


Kunyit , agak viral ayat ni kebelakangan ini. Kunyit ori kunyit hidup atau kunyit jadi-jadian ? Haippp.. bukan itu yang Lisa nak story dalam artikel. Kali ini Lisa akan cerita pasal kunyit tanaman herbal , bukan kunyit ehem ehemm tu kayh .Salah satu tanaman herbal yang sudah digunakan untuk kesihatan dan kecantikan sejak dahulu adalah kunyit. Selain sebagai barang dapur juga sering dimanfaatkan sebagai herbal untuk mengatasi berbagai masalah kesihatan. Salah satunya adalah jamu asam kunyit , baru-baru ini Lisa cuba  JUS ASAM KUNYIT MADU . Nak tau kelebihannya ... meh ler kita story morry ye . 


Jamu ? mesti akan terlintas ,, " ala jamu ni pahit la , takut tak boleh telan " atau    " Jamu untuk orang yang berpantang je . "  Haip... ok la kita tukar nama jamu kepada jus  . Sedap sikit la dengarnya , JUS ASAM KUNYIT MADU ini sama tak dengan jamu asam kunyit ? . Ada banyak sekali manfaat kunyit asam untuk kesehatan dan kecantikan yang harus korang ketahui.

Khasiat Jus Asam Kunyit madu (JAKM)

Sebelum kita bercakap lebih detail satu persatu manfaat Khasiat Jus Asam Kunyit madu (JAKM) Untuk Kesihatan ada baiknya kalau anda mengetahui kandungan nutrisi dalam kunyit yang membuatkan tanaman ini sangat berkhasiat untuk kita. Berikut ini kandungan nutrisi kunyit yang harus anda ketahui :

  • Kandungan mineral terdiri  Aluminium, Magnesium, seng, Zat besi, Kalsium, Natrium, Kalium, kobalt,dan bismuth.
  • Mengandung vitamin C dan A yang sangat berperan besar dalam kesIhatan jaringan kulit dan jaringan mata
  • Kandungan minyak atsiri  berkisar 2 sampai 5 % , terdiri dari Fenilpropana turmeron, betaturmenon, aril kurmen, Zingberin dan kurlon kurkumol.
  • Zat Dammar, Glukosa, fruktosa dan zat aktif dari senyawa arabinusa
  • Kandungan senyawa dari diari heptanoid berkisar 3 sampai 4 % , terdiri dari dihidro kurkumin, Curcumin, bisdesmetok  sirkukumin.


Bagaimana? Sangat banyak sekali bukan manfaat , kelebihan kunyit , tak heran kalau banyak orang yang mulai tertarik untuk buat jamu asam kunyit sendiri di rumah. Apalagi kita boleh dapatkan kunyit dengan mudah dan harganya pun murah meriah. Tapi ... zaman moden macam ni orang dah sibuk bekerja memang tak sempat la kan nak pergi buat , korang boleh try dengan JUS ASAM KUNYIT MADU .


Khasiat Jus Asam Kunyit madu (JAKM)

Banyak khasiat dan kelebihan jus asam kunyit madu homemade, kita masak dari bahan dan persediaan tradisional..untuk kesegaran berterusan bolehlah letakkan dalam peti sejuk. Kesegaran akan kekal selama 2-4 minggu. 

Khasiat Jus Asam Kunyit madu (JAKM) Untuk Kesihatan , Jus ni boleh membuang angin dalam badan, mencantikkan kulit, awet muda, mengurangi lemak dalam badan, memperlambatkan proses penuaan, menyegarkan badan dan melancarkan peredaran darah.

Kandungan dalam Jamu Asam Kunyit Madu ( JAKM ) 


JAKM ni homemade dan tanpa bahan pengawet. mengandungi ibu kunyit, halia, asam jawa , temu kunci, madu, saffron, habbatussauda, gula melaka. Setiap ramuan ni mengandungi manfaat yg tersendiri. 
  • Ibu Kunyit mampu menyembuhkan luka dalaman, mengempiskan perut, mencantikkan kulit, anti bakteria. 
  • Halia boleh mengeluarkan angin. 
  • Temukunci untuk kesegaran badan dan menambahkan tenaga,menghilangkan kelesuan dan letih2 badan. 
  • Saffron bagus utk penjagaan dan kecantikkn kulit.
  • Habbatussauda mampu menstabilkan gula dalam darah, meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
  • Madu untuk tingkat daya ingatan, anti kanser, tingkatkan kesuburan suami isteri dan manisan pengganti gula.
  • Gula melaka pula sebagai pemanis bersifat antioksidan juga mampu mencegah serangan asma.


Khasiat Jus Asam Kunyit madu (JAKM) Untuk Kesihatan

Antara khasiat Jus Asam Kunyit madu (JAKM)

  • Membantu menurunkan berat badan
  • Bantu Rawat Masalah Kulit
  • Bantu Proses Pencerahan Kulit Secara Alami
  • Bantu Naikkan Aura Seri Wajah
  • Bantu Rawat Haid Tidak Tratur&Darah Kotor2
  • Bantu menstabilkan kolesterol dalam darah
  • Bantu Buang Angin Dalam Badan
  • Bantu Rawat Ibu2 Dlm Pantang/Lepas Brsalin
  • Bantu Melambatkan proses penuaan(awetmuda)
  • Bantu Rawat Luka Jahitan Lepas Brsalin
  • Bantu Rawat Masalah2 Rahim/Peranakan
  • Bantu Rawat Masalah Bau Badan
  • Bantu Atasi Masalah Keletihan
  • Bantu kurangkan masalah gastrik
  • Bantu Atasi Migrain/Kerap Sakit Kepala
  • menstabilkan gula dalam darah
  • tingkatkan kesuburan suami isteri
  • mencegah batuk/selsema/asma
  • melancarkan sistem pencernaan
  • menurunkan paras kolesterol


Siapa Yang Perlu Amalkan?

Selalunya asam kunyit ni diamalkan oleh ibu berpantang , akan tetapi untuk JUS ASAM KUNYIT MADU ini boleh diminum oleh semua orang baik Lelaki , Wanita , dan anak Dara taw...Lisa sendiri pun dah amalkan lama sebab tu la muka awet muda gituu..  .Dengan Jus Asam Kunyit Madu pula , senang sikit sebab tak perlu leceh dah nak buat sendiri . 

Pada usia berapa Jamu kunyit asam bisa diberikan pada kanak-kanak ?

Dulu masa kecik mak dah biasakan Lisa untuk minum jamu asam kunyit . Kalau korang nak tahu , Biasakan diri mengkonsumsi jamu asam kunyit sejak usia kanak kanak sangat baik untuk mempertahankan kesihatan dan meningkatkan stamina tubuh sehubungan semakin padatnya jadwal sekolah dan pekerjaan harian lainnya yang memakan banyak waktu, tenaga dan pikiran.

Untuk Jus Asam Kunyit Madu JAKM ini pula , kanak-kanak boleh minum bermula 6tahun keatas .Minum asam kunyit dalam jangka panjang aman dan tidak akan timbulkan effect negative selama tak diberikan pada kanak-kanak yang berusia dibawah 6 tahun. 

NOTA PENTING : 
Kunyit mempunyai sifat panas sedangkan asam mempunyai sifat yang asam , kedua bahan herbal ini tidak sesuai untuk  dan pencernaan kanak kanak usia dibawah 6 tahun karena di usia tersebut  sebab risau perut dan pencernaanya belum bisa menerimanya dengan baik.



Rasa JAKM ni masam-masam manis, segar semestinya sedap. Boleh diminum sejuk atau suam. Untuk elak rasa pahit dan bau yang agak kuat dari habatussauda tu , seeloknya korang masukkan dalam peti sejuk dulu sebelum di minum . Rasa lebih sedap dan tak pahit. 

Cara pemakanan : 

Minum 1/2 gelas (-/+60ml) pagi sebelum sarapan @ malam

REVIEW LISA 


Pertama kali minum Jus Asam Kunyit Madu ( JAKM) ,,, perut rasa panas . Jangan risau , panas sebab halia dan kunyit tu . Nak proses la kotoran kotoran dalam perut tu bagi sapu abes dan buang keluar .  Rasa nak buang angin je uih... selalu buang angin sampai takleh nak kira dah . Nasib baik tak de kawan ditempat kerja ni . Kalau tak mesti tak tertahan ni . Perut pun rasa lawas membuang je . Oh ya.. masalah Lisa ialah kalau time nak datang period perempuan , perut biasanya akan membuncit .. err kembung sikit gitu la , angin je dalam tu . Lepas period baru la kempis slow slow makan masa pula tu . 

Ha... tapi lepas minum Jus Asam Kunyit Madu ini kan , rasa sedap pulak badan ni . Perut kempis je takde buncit . Dah takde alasan malas untuk minum sekarang ini , sebab dah ada JAKM . Just nak cakap yang ... Memang jus asam kunyit ni bagus weih . Tak percaya ... sila tanya atok korang atau orang tua tua dulu .



Patutla orang dahulu bisa awet muda, dan tubuhnya sihat sampai tua. Salah satu rahsianya adalah dengan rajin minum jamu tanpa bahan kimia.  Berbeda dengan kita sekarang, sangat mudah sakit, bahkan penyakit kronik yang boleh menyerang kita bila-bila saja . 


Harga Jus Asam Kunyit Madu ( JAKM)

Harga untuk JAKM ini RM 12 sahaja untuk sebotol Jus Asam Kunyit Madu yang berisi berat lebih kurang dalam 360ml. Murah je bukan.. Bukan sebotol terus teguk gitu je . Hanya perlu 60ml je sekali minum . Sebotol ni boleh tahan dalam 6 kali minum . OK la tu kan ,... Murah , jimat duit , jimat masa dan tenaga .

Untuk Info selebihnya korang boleh terjah terus di detail bawah ini :

Call /Whatsapp : 010-818-1796

Instagram : @i.am.anirza

Facebook :  Azrina Samsudin


DOA Mencari Barang Yang Hilang

Doa Untuk Mencari Barang Yang Hilang Agar Dapat Jumpa Semula

Doa Untuk Mencari Barang Yang Hilang Agar Dapat Jumpa Semula 

Bila badan penat ni , kepala pun boleh jadi pelupa dan ting tong . Macam Lisa la yang keje hard sangat demi sesuap ketam . Ehh...  Beberapa hari lepas terlupa letak kat mana cincin yang selalu pakai di jari ni , bukan satu je ,. dua dua sekaligus. Adeh ... nak bagitau dekat ehem ehem mesti kena marah nanti , mana tidaknya .. sebab kecuaian Lisa sendiri kan . Nak beli takleh la gantikan nilai sentimental yang ada pada cincin tu . Usaha dah cari mana letak cincin tu ,pastu try google doa untuk mencari barang yang hilang agar dapat jumpa semula



Seperti yang korang tahu , bahwa dalam segala upaya kita tidak hanya melulu dengan berusaha, melainkan harus disertakan doa. Begitu juga ketika sedang mencari barang kesayangan yang hilang, maka sertakan doa mohon diketemukan barang yang hilang seperti yang sudah diuraikan diatas. Lisa doa dan tawakal la . Dah 2 hari Lisa cari tak jumpa juga , bawah katil takde , baju-baju almari tak ada , katil tu dah kibas-kibas kan selimut pun takda . Dicuri ke ? Hantu raya curi ke ?... mula dah fikiran merepek merapu ... 

Doa Mencari Barang Yang Hilang 

اَللهُÙ…َّ ÙŠَارِبِّ الضَّآلَّØ©ِ ÙˆَÙŠَاهَادِÙŠًا Ù…ِÙ†َ الضَّلاَÙ„َØ©ِ رُدَّ ضَآلَّتِÙ‰ْ 


 Artinya :
Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang


Dan Malam tu Lisa dah nak tidur, dalam pukul 1 pagi gitu , baca doa atas tadi sebanyak 3 kali . Takde tulis suruh baca 3 kali pun , depends korang sendiri la . Lisa tutup lampu bilik , dan buka flashlight dekat phone , halakan ke tilam tempat tidur Lisa tu .. suluh merata, dan alhamdulillah jumpa !! padahal dah kibas dan raba merata tempat tak jumpa sebelum itu . Then Lisa doa lagi la.. konferm dah yakin memang ada dekat situ je . Lisa suluh .... jmpa lagi bawah katil penjuru tepi. 

Alhamdulillah ... Besar sungguh kuasa allah . Jumpa weih dua cincin tu . Lisa ingat tercicir ke , terbuang ke ,,, benda halus kan .. 

Korang boleh la amalkan Doa atas tu , Insyaallah jumpa. Apepun usaha korang ,,, jangan lupa doa sekali ye . 

Oh ya.. atas tu nickname twitte lisa .Korang kalau ada twitter jangan lupa follow ye www.twitter.com/therylisa

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan 
Belaian Menawan Sepanjang Hari !


Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.

Baru-baru ini Lisa dapat bungkusan kotak pink dari Enchanteur yang berisi ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dan juga botol air comel berwarna pink . Wahh.. macam tahu je kan yang Lisa ni seorang yang gemar minum air masak . Suka.. suka... ! Tambah semangat la nak minum air , boleh la ilangkan dari dehidrasi kulit sebab kurang air . Yang Lisa perasan , Losyen tu pun dah terbaru dari sebelum ini . Dari nama pun menggambarkan losyen Enchanteur yang baru ini boleh bagi kelembapan dalam masa yang cukup lama iaitu 24 Jam . Kena cuba ... kan kan.. lagi-lagi duduk dalam aircond ni memang efect pada kulit Lisa .

Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.  

Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda! Macam Lisa kan.. .. hihihi 


Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.

Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan  ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.


Variasi Baru ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan


ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi : Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.

ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)

  • Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.


ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)


  • Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.


 ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)

  • Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.  


Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.


Review Lisa : 

Enchanteur 24H Moist Losyen Haruman Badan ini membantu Lisa aasi kulit kering sebab tempat kerja dalam mall ni memang sejuk giler . Air cond yang kuat , sebab tu selalu minum air masak dan sapu losyen untuk elak kulit bermasalah dan kering . Thanks Enchanteur ..


Lirik SUMPAH CINTAKU - Asfan Shah

Lirik SUMPAH CINTAKU - Asfan Shah ost titian cinta

Lirik SUMPAH CINTAKU by Asfan Shah 

Hei ualls... yang follow episod demi episod Titian Cinta Slot Akasia TV3 mesti pernah dengar lagu ini. Sedap dengarnya dan ayat tu rasa jiwang gitu. SUMPAH CINTAKU dinyanyikan oleh Asfan Shah dijadikan lagu OST untuk TITIAN CINTA. Nah bawah ini adalah lirik sumpah cintaku dan juga video sekali . 



Lirik lagu SUMPAH CINTAKU - Asfan Shah [ OST TITIAN CINTA ]


disaat saling mengenali
ku tahu cinta mu memanggil
dalam perasaan yang tak kau dengari

lambaian mu di dalam mimpi
bayangan senyum bidadari
indah segenap rasa tak terbagi
belah lah jasad ku
tirai kenangan ku

pasti akan kau jumpa api cinta menyala
hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta ku tersimpul mati

di syurga tetap kau ku nanti
sumpah cintaku hanya padamu

disaat saling mengenali
ku tahu cinta mu memanggil
dalam perasaan yang tak kau dengari

belah lah jasad ku trai kenangan ku
pasti akan kau jumpa api cinta menyala
hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta tak bisa berganti
sumpah ku hanya kau disisi

genggam tanganmu yang suci
sampai rambutku memutih
cinta ku tersimpul mati
di syurga tetap kau ku nanti
huooo... ooo...
(sumpah cintaku hanya padamu)



hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta tak bisa berganti
sumpah ku hanya kau disisi
genggam tanganmu yang suci
sampai rambutku memutih
cinta ku tersimpul mati
di syurga tetap kau ku nanti

sumpah cintaku hanya padamu
sumpah cintaku hanya padamu

VIDEO SUMPAH CINTAKU-ASFAN SHAH 


Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29

Tahniah di ucapkan kepada calon yang layak menduduki peperiksaan online pegawai kawalan trafik udara bagi gred A41 dan penolong pegawai kawalan trafik udara gred A29 yang dijadualkan pada 3 Oktober 2017 nanti. Untuk memastikan yang anda betul-betul layak, anda akan menerima pesanan SMS daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang di hantarkan terus ke telefon bimbit anda untuk menghadiri peperiksaan online.


shutterstock_133453709.jpg


Semakan Calon Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Gred A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29


Semakan Calon Exam Online Pegawai Trafik Kawalan Gred A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29.jpg
Setelah itu, anda boleh membuat semakan untuk pengesahan tersebut melalui link http://e-semakanbcc.spa.gov.my/pktu. Jika and tidak menerima sebarang SMS dan pernah memohon jawatan pegawai kawalan trafik udara gred A41/ A29, anda juga boleh menyemak melalui link yang sama dengan mengikuti langkah berikut :


1. Terus ke link semakanbcc.spa.gov.my/pktu
2. Masukkan nombor kad pengenalan anda
3. Keputusan akan dipaparkan pada skrin samada anda layak atau tidak.


Tarikh Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Gred A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29



Exam online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 akan di adakan pada waktu yang sama dengan exam online Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29.


Tarikh Peperiksaan  : 03 OKTOBER 2017 (SELASA)
Seksyen A : 08:00 PM – 08:40 PM
Seksyen B : 08:55 PM – 09:40 PM
iklanAkhbar_DCAPortal.png
Daripada pengumuman tawaran pengambilan pada Julai 2017 yang lalu, jawatan ini mempunyai sebanyak 80 kekosongan iaitu

Gred A41 : 40 kekosongan
Gred A29 : 40 kekosongan

Tugas Utama Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 dan Penolong Kawalan Trafik Udara A29

Sebelum anda menduduki exam online, seharusnya anda telah bersedia dan memahami skop kerja yang telah anda mohon terlebih dahulu untuk memastikan anda betul-betul sedia untuk menerima jawatan ini sekiranya anda telah layak dan lulus.

1. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41

kawalan trafik udara.JPG


Tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara Bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kawalan trafik Area Control di ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang termaktub di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I),  Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya. Caranya dengan memberi panduan, arahan dan kebenaran kepada juruterbang bagi membantu mereka supaya dapat mengendalikan pesawat dengan selamat, teratur, cekap dan pantas.

2. Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29

ke_01.1.jpg


Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan Aerodrome/ Approach Control kepada semua juruterbang/pesawat di ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan seperti di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I), Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya serta mengendalikan data-data operasi untuk kegunaan kawalan trafik udara.

Format Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29

Format exam online sama seperti peperiksaan online untuk kemasukan jawatan yang lain. Peperiksaan ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk menilai kemahiran berfikir calon dalam menginterpretasi maklumat yang diperolehi melalui latar belakang akademik, bacaan dan pengalaman masing-masing.
Setiap calon yang layak menduduki peperiksaan online hendaklah menajamkan kemahiran dan pengetahuan multidisiplin mereka kerana peperiksaan online sebegini adalah berbentuk umum, mengambil kira faktor ia diduduki oleh calon-calon daripada pelbagai bidang yang diceburi.
Secara umumnya, objektif utama peperiksaan ini adalah untuk menyaring calon-calon yang bukan saja layak dari aspek akademik tetapi juga mempunyai kematangan fikiran dan serba boleh layak dengan ciri-ciri seorang Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred 41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29.
Jadi, jika anda sudah layak mendapat dan menerima tawaran menduduki exam online. Anda perlu ambil tahu tentang beberapa maklumat tentang exam online tersebut untuk memastikan anda tidak menghadapi sebarang masalah ketika menjawabnya nanti.

Format Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Terbahagi Kepada 2 Bahagian

Apa yang perlu anda tahu tentang format exam online pegawai kawalan trafik udara adalah mengandungi dua seksyen iaitu seksyen A dan seksyen B.


  • Seksyen A – Pengetahuan Am (50 Soalan) 40 minit
  • Seksyen B – Daya Menganalisa Masalah (40 Soalan) – 45 minit

Seksyen A ( Pengetahuan Am)

Dalam ujian seksyen A terdapat 50 soalan yang berbentuk aneka pilihan. Soalan tentang pengetahuan am ini merangkumi hal-hal umum yang berkaitan dengan Negara Malaysia, alam sekeliling, teknologi maklumat, komunikasi, perkembangan semasa dan lain-lain lagi.


Tempoh :  40 minit
Jumlah soalan : 50
Jenis soalan : Aneka pilihan

Contoh Soalan Seksyen A (Pengetahuan Am) :



Yang manakah antara berikut merupakan Bahasa rasmi yang digunakan semasa Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu
A. Rusia
B. Jepun
C. Perancis
D. Jerman

Seksyen B ( Daya Menyelesaikan Masalah)

Dalam ujian seksyen B pula mengandungi 40 soalan yang berbentuk aneka pilihan. Calon akan di uji dari segi kebolehan daya menyelesaikan masalah, kecekapan memahami setiap permasalahan dan boleh membeza kan antara pertalian dan symbol abtrak yang diberikan. Berkemungkinan dalam seksyen ini, calon juga akan di uji di dalam Bahasa Inggeris.


Tempoh : 45 minit
Jumlah soalan : 40
Jenis soalan : Aneka pilihan

Contoh Soalan Seksyen B ( Daya Menyelesaikan Masalah):



If 16 X 16 X 16 = 8 X 8 X A, then A =  ?
A 64
B 4
C 8
D 48

Tips Persediaan Sebelum Menduduki Exam Online Trafik Kawalan Udara

Sebelum menduduki exam online, terlebih dahulu anda perlu semak butiran yang penting seperti berikut :
1.    Tarikh dan masa peperiksaan online dijalankan
2.    Nama jawatan yang anda ditawarkan
3.    Nombor angka giliran anda
4.    Link/pautan web peperiksaan online


Pastikan segala maklumat tersebut tepat dan tiada sebarang kesilapan.

1.    Persiapkan Mental Dan Fizikal

persediaan-mental-dan-fizikal-peperiksaan-eksekutif-lhdn.jpg
Faktor persediaan mental dan fizikal calon sangat memainkan peranan yang paling penting dalam kejayaan calon menduduki peperiksaan online. Anda perlu pastikan kesihatan tubuh badan dan emosi dalam keadaan yang baik menjelang peperiksaan online mahupun semasa menjawab peperiksaan tersebut. Adalah lebih baik sekiranya calon memaklumkan kepada ahli keluarga terdekat dan mengatakan kepada mereka bahawa anda bakal menduduki peperiksaan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan sokongan daripada mereka dan membuatkan anda lebih bersemangat untuk menjawan soalan peperiksaan. Jika anda telah bekerjaya, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil cuti supaya anda dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dan lebih fokus pada peperiksaan online tanpa sebarang gangguan dan masalah.

2.    Sambungan Internet Yang Baik

1 (1).jpg
Untuk menduduki peperiksaan online dengan lancar tanpa gangguan atau masalah, anda perlu pastikan sambungan internet yang bakal anda gunakan dalam sambungan yang stabil dan baik. Pastikan juga keadaan komputer yang di gunakan dalam keadaan baik juga serta suasana persekitaran perlulah dalam keadaan tenang dan selesa. Ini kerana semua faktor yang disebutkan itu akan mempengaruhi tumpuan anda semasa menjawab soalan peperiksaan yang sedang berlansung. Jika semuanya tidak berada di dalam keadaan baik, mungkin akan menganggu situasi anda semasa menjawab soalan peperiksaan online nanti dan tidak dapat fokus dengan baik.

3.    Pengetahuan Am Yang Secukupnya

pengetahuan-am-4-638.jpg
Sebelum menduduki peperiksaan online tersebut, setiap calon perlu ada usaha diri sendiri dengan bekalkan diri dengan pengetahuan am secukupnya. Calon perlulah dapatkan segala maklumat tentang skop kerja jawatan peperiksaan yang di pohon serta latar belakang kementerian ataupun agensi yang berkaitan. Ambil tahu juga tentang perubahan terkini dalam kementerian yang berkaitan. Ini termasuklah jawatan-jawatan rasmi kerajaan. Contohnya seperti Raja-Raja, Permaisuri, Yang di Pertuan Agong, menteri kabinet dan lain-lain lagi. Jangan ambil remeh tentang pengetahuan am yang kadang kala soalan mudah pun calon tidak dapat menjawab dengan baik.

4.    Persediaan semasa Peperiksaan Online

financial_advisor.jpg
Anda perlu bersedia secukupnya semasa peperiksaan online. Ini termasuklah membawa dan menyediakan bahan rujukan sebagai rujukan semasa menjawab soalan nanti. Sediakan juga kalkulator untuk menjawab soalan seksyen B yang berkaitan dengan kira-kira. Untuk persediaan lain, sediakan beberapa nota ringkas untuk lebih memudahkan akan membuat rujukan semasa peperiksaan berlansung. Dengan cara ini dapat menjimatkan masa dan secara tidak lansung tidak membuang masa anda dan lebih fokus untuk menjawab soalan-soalan.

Rujukan Lengkap Dan Contoh Soalan Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29

Adakah anda telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan online? Jika anda masih belum bersedia. Sebaiknya anda perlu membuat persediaan yang rapi untuk menempuhi peperiksaan tersebut dengan cemerlang dan berjaya melayakkan diri di peringkat seterusnya.
exam-pegawai-eksekutif-lhdn-20-sept-2017.jpg
Hanya ada beberapa hari sahaja lagi menjelang peperiksaan online. Apakah persediaan anda? Jika anda tidak mahu membuang masa lagi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rujukan lengkap dan Contoh soalan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 SEKARANG!


Rujukan lengkap beserta panduan, tips dan contoh soalan ini sangat berguna sebagai persediaan anda untuk menduduki peperiksaan online kerajaan nanti dan berjaya dengan cemerlang. Bertindaklah sekarang dan dapatkannya SEGERA! Jangan buang masa lagi kerana masa terus berjalan tanpa menunggu anda.

Cara Untuk Mendapatkan Rujukan Lengkap dan Contoh Soalan Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29



Anda hanya perlu hubungi nombor telefon di bawah atau boleh whatsapp terus untuk dapatkan rujukan lengkap dan contoh soalan dengan lebih cepat.


TEKAN LINK www.profhariz.com/tipspktu (012-5336713) ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG ! atau boleh terus ke https://t.me/pegawaitrafikkawalanudara (Channel Telegram)



Testimoni Pelajar Yang Prof Hariz Bantu Untuk Lulus Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29

Beribu-ribu calon telah berjaya menghadapi peperiksaan online setelah mendapatkan rujukan lengkap dan contoh yang diberikan sebelum menduduki peperiksaan. Sekiranya anda berusaha dan mengikut panduan yang betul, sudah pastinya kejayaan milik anda.
Panduan-Rujukan-Lengkap-Peperiksaan-Online.jpg
Semestinya anda ingin berjaya bergelar penjawat awam yang menjadi impian setiap ramai orang. Sedia maklum kita ketahui yang kerjaya dalam sector awam kerajaan mempunyai banyak keistimewaannya berbanding sektor lain. Jadi, usaha yang gigih perlu di tingkatkan lagi dalam sektor ini kerana persaingannya terlalu sengit di antara calon-calon yang terpilih dan hanya calon-calon yang benar-benar layak sahaja yang akan terpilih. Jadi, berikan dan lakukan yang terbaik. Semoga berjaya.

TEKAN LINK www.profhariz.com/tipspktu (012-5336713) ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG ! atau boleh terus ke https://t.me/pegawaitrafikkawalanudara (Channel Telegram)

© all rights reserved
made with by templateszoo