Ad

Showing posts with label first gold plus. Show all posts
Showing posts with label first gold plus. Show all posts

CARA REEDEM FREE VIDEO WALLA

CARA REEDEM FREE VIDEO WALLA 



Assalamualaikum ! beberapa hari lepas Lisa ada tulis artikel berkaitan free video walla sebanyak 100GB dan 30GB untuk pengguna celcom postpaid First GOLD PLUS dan FIRST GOLD . Sayangnya diberikan untuk customer yang baru , dalam erti baru melanggan celcom postpaid tersebut. Jangan risau , kini untuk pengguna sedia ada akan diberikan juga FREE Video Walla bermula dari 26 Oct 2017. Cara untuk reedem free video walla postpaid sangat mudah ianya hanya menggunakan apps MyCelcom Postpaid yang korang boleh download di Google Play dan juga Apps Store. 

CARA REEDEM FREE 30GB VIDEO WALLA  -PENGGUNA FIRST GOLD 


Pastikan korang dah update apps MyCelcom Postpaid sebelum reedem free video walla ini. Cara untuk reedem free 30gb video walla bagi korang yang memang dah pengguna sedia ada First GOLD ialah : 
  1.  Buka MyCelcom Postpaid 
  2.  Pergi ke My Setting 
  3.  Pilih Free 30GB VIDEO WALLA 
  4. Tekan Process 
  5. Tunggu sms yang akan dihantar oleh celcom . Biasanya paling lama dalam 24jam , jika dah lebih 24jam tak ok juga, korang call operator di talian 1111. 

Video Walla ialah : Tonton video secara percuma  melalui apps seperti : Youtube , Netflix m Astro Go , Iflix , MOX , Dailymotion , Metro TV ,Herotalkies, Tonton , dan Dimsum . 



CARA REEDEM FREE 100GB VIDEO WALLA  -  UNTUK PENGGUNA FIRST GOLD PLUS , SUPREME , PLATINUM dan FIRST PLATINUM PLUS. 


Sama je yang diatas , Pastikan korang dah update apps MyCelcom Postpaid sebelum reedem free video walla ini. Cara untuk reedem free 100gb video walla  ialah : 

  1.  Buka MyCelcom Postpaid 
  2.  Pergi ke My Setting 
  3.  Pilih Free 100GB VIDEO WALLA 
  4. Tekan Process 
  5. Tunggu sms yang akan dihantar oleh celcom . Biasanya paling lama dalam 24jam , jika dah lebih 24jam tak ok juga, korang call operator di talian 1111. 
Rujuk gambar dibawah :



NOTA !
Promo video walla ini akan diberikan selama setahun , berkuat kuasa tarikh time korang reedem . Masa untuk reedem ini bermula dari 26 Oktober - 31 Disember 2017. Free Video Walla tidak akan diberikan jika downgrade package ke package yang lebih rendah .

PROMO CELCOM FIRST GOLD PLUS FREE 100GB VIDEO WALLA


PROMO CELCOM FIRST  TAWARKAN LEBIHAN DATA 30GB & 100GB VIDEO WALLA .


Assalamualaikum selamat petang ! Lisa ada berita baik untuk korang ni , terbaru terhangat ala-ala pisang goreng yang baru naik dari kuali . hehehe... Seperti yang korang tahu , sebelum ini celcom keluarkan pakej baru iaitu celcom First Supreme dan Celcom First Platinum Plus ... kali ini Lisa akan cerita PROMO terbaru dari celcom yang tawarkan lebihan data 30 Gb & 100Gb untuk Video walla untuk 12bulan . Bermula dari hari ini 20 Oktober - 31 Disember 2017 ,setiap customer yang melanggan pakej First Gold 80- 20GB  akan dapat 30GB video walla percuma setahun , dan jika pelanggan yang melanggan pekej First Gold Plus 98 - 40GB , akan dapat 100GB video walla secara percuma setahun ! Wahh boleh layan sampai lebam !








ENJOY FREE VIDEO STREAMING DURING PROMO CAMPAIGN ! 


PROMO Free streaming VIDEO WALLA ini hanya untuk pelanggan yang melanggan pakej FIRST GOLD dan FIRST GOLD PLUS selama masa promo iaitu 20 Oktober -31 Disember 2017. Video Walla 30 & 100GB diberikan percuma selama 1 tahun / 12 bulan .  Siapa yang layak dapatkan promosi ini ?
  • Untuk customer baharu , 
  • sama ada number baru , 
  • tukar pelan dari prepaid celcom ke postpaid celcom , 
  • penukaran dari talian lain ke celcom  ( MNP , MObile NUmber Portability ) , 
  • atau.. COBP customer celcom postpaid yang sedia ada. 

CUSTOMER PENGGUNA SEDIA ADA 
Bagi korang yang dah sedia ada menggunakan pakej Celcom FIRST GOLD dan FIRST GOLD PLUS , kalian boleh dapatkan juga 30 & 100GB Video Walla ini melalui OPT-IN melalui MYCELCOM POSTPAID  apss bermula 26 Oktober 2017 . Setakat yang Lisa di t&c , kena caj seperti berikut : 
  • RM 30/bulan untuk melanggan 30GB video walla 
  • RM50/bulan  untuk melanggan 100GB video walla

Hurm.. kena langgan pulak , rasa rugi kan ? Korang boleh tunggu , lepas 26 Oktober nanti ... kalau ada perubahahan Lisa update semula . Mana tahu pengguna sedia ada boleh dapat percuma tanpa perlu tukar package. 

TIPS LISA : Korang downgrade package ke First Blue 45 kemudian tukar semula ke FIST GOLD atau ke FIRST GOLD PLUS . Ha.. baru untung dapat percuma streaming video walla tu . Tapi kena keluarkan duit untuk proses pertukaran tu . Kena bayar bill satu bulan pakej yang baru . Leceh gak . 



Apa itu VIDEO WALLA ? 

Ramai yang masih tertanya apa itu video walla , korang boleh rujuk gambar dibawah ini untuk tahu lebih detail . Tonton video secara percuma  melalui apps sepert : Youtube , Netflix m Astro Go , Iflix , MOX , Dailymotion , Metro TV ,Herotalkies, Tonton , dan Dimsum . 


Contoh korang langgan First Gold Plus 40GB , ... so korang boleh tonton video atau movie sebanyak 100GB selama setahun melalui apps yang tersenarai dalam VIDEO WALLA dan jika dah habis 100GB tu baru akan tolak dari internet yang 40gb . Agak-agak korang boleh habiskan ke 100gb tu ? hehehe . 




Untuk terma dan syarat  lebih detail , korang boleh baca info dari gambar di bawah ini .









Kiranya kalau korang dah langgan pakej First Gold Plus 98 Free 100Gb , then kemudian downgrade pakej ke FIRST GOLD 80 . Promo video Walla tu akan burn serta merta . Jadi korang tak akan dapat yang free video walla 30Gb walaupun langgan masih dalam tempoh promo .
layari www.celcom.com.my

See u next artikel . ! 


Plan Celcom First Terbaru 2017 Tawarkan Sehingga 200GB data internet .

Plan Celcom Postpaid First Terbaru Tawarkan Sehingga 200GB data internet . 



Hi.. Assalamualaikum ! Dua hari lepas celcom launch pelan postpaid FIRST terbaru 2017.  Lebih banyak data internet dengan kuota up to 200GB  ! Woow.. rasa-rasa boleh habis ke tu ? yang pakai mesti la hard user betul lah kan. Plan celcom first yang terbaru ialah : First Gold Supreme ( RM128/month) , First Platinum ( RM148/month ) dan First Platinum Plus (RM188/month ) . Macam best je kan , sebab sekarang untuk First Gold Supreme keatas , akan dapat tambahan data internet untuk tengok video walla contohnya : . Meh baca lebih detail lagi . 



Dari gambar poster tu , nampaknya untuk pelan yang FIRST BLUE dah takda lagi . Eh.. kalau korang perasan ada nama masing-masing untuk pelan pelan first diatas. Jamie  , Gopi , Yan , Ju , dan Benji . Comel pula hehe


Celcom First GOLD SUPREME ( NEW) 


Kelebihan untuk pelan internet celcom First GOLD SUPREME ini ialah :

  • Bayaran bulanan RM128 ( belum termasuk gst)
  • Data Internet sebanyak 50GB ( 25GB Weekday internet +25 GB Weekend Internet ) 
  • FREE VIDEO WALLA sebanyak 25 GB .
  • Call unlimited / panggilan tanpa had ke semua rangkaian dalam negara . 
  • Whatsapp dan Wechat percuma tanpa had , Maksudnya penggunaan whatsapp dan wechat tak tolak pada internet data 20GB ) 
  • Free Unlimited Yonder Music
  • SMS 20sen kesemua rangkaian 
  • Video Call /MMS 20sen kesemua rangkaian 



Celcom First Platinum ( NEW)


Berbeza dengan pelan First Platinum yang lama , First Platinum yang baru ini lebih murah dan banyak kelebihan . Harga yang untuk bulanan sebanyak RM148 (tidak termasuk gst ) , dan korang boleh dapat ekstra 30GB internet untuk video Walla. Wahhh.. lagi untung weihh. 

Kelebihan untuk pelan internet celcom First PLATINUM 148  ini ialah : 


  • Bayaran bulanan RM148 ( belum termasuk gst)
  • Data Internet sebanyak 60GB ( 30GB Weekday internet +30 GB Weekend Internet ) 
  • FREE VIDEO WALLA sebanyak 30 GB .
  • Unlimited call & SMS  panggilan tanpa had ke semua rangkaian dalam negara . 
  • Whatsapp dan Wechat percuma tanpa had 
  • Free Unlimited Yonder Music
  • Video Call /MMS 20sen kesemua rangkaian 


Celcom First Platinum Plus ( NEW) 


Nampak 60 GB tu kalau Lisa dah rasa banyak dah , walaupun begitu ada je yang tak cukup , mungkin bukan seorang guna kot kan. . Contoh terdekat kawan Lisa ... haa dia sebelum ni pakai yang platinum 60GB , Lisa bagitau lah ada pelan baru yang lagi banyak data. Trus dia tukar ke pelan yang baru , rasa-rasanya cukup la kot kan.. hehe tengok bulan ni macam mana .Kalau tak cukup gak.. tunggu la celcom unlimited.. ( tapi tak tau la tahun bila hahah ) 

Kelebihan First Platinum Plus 188
  • Bayaran bulanan RM188 ( belum termasuk gst)
  • Data Internet sebanyak 100GB ( 50GB Weekday internet + 50GB Weekend Internet ) 
  • FREE VIDEO WALLA sebanyak 100 GB .
  • Call unlimited / panggilan tanpa had ke semua rangkaian dalam negara . 
  • Unlimited SMS
  • Whatsapp dan Wechat percuma tanpa had 
  • Free Unlimited Yonder Music
  • Video Call /MMS 20sen kesemua rangkaian 


NOTA PENTING :
* VIDEO WALLA :  YouTube, Netflix, iflix, Tonton, Astro Go, dimsum, HeroTalkies, MOX Digital, Metro TV and Daily Motion, the Video Wall supports all these 
( Unlimited Calls to all networks apply to domestic usage. This excludes video calls, calls to toll-free numbers or numbers with special charges e.g. 1-300/1-800/600, 121, TM100, 1MOCC, IDD calls to Singapore & IDD/border calls to Brunei. ) 

Celcom First Gold 


Kelebihan untuk pelan internet celcom First GOLD 80 ini ialah :
  • Bayaran bulanan RM80 ( belum termasuk gst)
  • Data Internet sebanyak 20 GB ( 10GB Weekday internet +10 GB Weekend Internet ) 
  • Call unlimited / panggilan tanpa had ke semua rangkaian dalam negara .
  • Whatsapp dan Wechat percuma tanpa had , Maksudnya penggunaan whatsapp dan wechat tak tolak pada internet data 20GB ) 
  • Free Unlimited Yonder Music
  • SMS 20sen kesemua rangkaian 
  • Video Call /MMS 20sen kesemua rangkaian 
  • Boleh aktifkan ANYDAY GB , penggabungan data internet tanpa pecahan hari biasa dan hujung minggu dan korang akan di caj RM10/bulan


Celcom First GOLD PLUS 

Kelebihan untuk pelan internet celcom First GOLD PLUS ini ialah :

  • Bayaran bulanan RM98 ( belum termasuk gst)
  • Data Internet sebanyak 40GB ( 20GB Weekday internet +20 GB Weekend Internet ) 
  • Call unlimited / panggilan tanpa had ke semua rangkaian dalam negara .
  • Whatsapp dan Wechat percuma tanpa had ,
  • Free Unlimited Yonder Music
  • SMS 20sen kesemua rangkaian 
  • Video Call /MMS 20sen kesemua rangkaian 
  • Jika korang kekalkan number dari other telco , korang boleh pilih FIRST GOLD PLUS ANYDAY GB , combine terus dapat 40GB tanpa pecahan dan dapat rebatecaj Anyday rm10 selama setahun
Ya... pasti akan ada yang cakap , masih tak unlimited internet.. sedangkan telco lain sekarang tawarkan pakej unlimited internet dan call . Bagi Lisa la kan , telco terbesar dalam malaysia ni  paling banyak dipilih orang ialah Celcom dan Maxis , sebab tu telco lain tawarkan pakej unlimited untuk tarik pelanggan agar pilih mereka . Bukan nak cakap celcom ni paling bagus, apepun .. baik atau tidak , bagus atau tidak telco tu terhad kepada coverage korang. Pilih la yang sesuai untuk digunakan ditempat korang ye . Unlimited pun kalau tak boleh hotspot tak guna gak , sebab ada yang kerja outstation kena hotspot ke laptop or device lain .

Pesan Lisa .. Bijaklah dalam memilih telco yang sesuai dengan kelajuan di tempat korang.
See uu next info... 

NEW! CELCOM FIRST GOLD PLUS GBSHARE 44 GB

Assalamualaikum , agak lama tak berkongsi cerita tentang pelan celcom . Minggu lepas celcom dah keluar pelan baru , tapi semalam Lisa baru berkesempatan untuk pergi training. Jadi dah boleh story mory dengan korang la . Pelan  Celcom Postpaid  terbaru iaitu Celcom First Gold Plus GBShare dan Celcom First Platinum GBShare. Tiada split data (Weekday dan weekend)  , GB data Internet  lebih banyak , boleh share internet  ke subline , serta unlimited call to all network untuk supplementary . Macam menarik je . Jom Lisa story lebih detail ! 


CELCOM FIRST GOLD PLUS GBSHARE 


Untuk pelan Celcom First Gold Plus , menawarkan 40GB internet dengan 20GB internet untuk weekdays dan 20GB untuk weekend, secara detail korang boleh baca di artikel ni : CELCOM FIRST GOLD PLUS .  Apa yang berbeza dari pelan sebelum ini? Kali ini First Gold Plus GBShare 98 , kalian boleh share data dengan subline kalian . Bukan hotspot tau , tapi share ke bawah line dari mainline . Wah best la kan, contoh si emak tak guna banyak data.. anak yang guna banyak data.. boleh la transfer ke anak tu . Menarik bukan ? Bill pun tak separate , bill akan disatukan dengan main line , Kiranya main line + 2subline .


Apa yang dimaksudkan dengan GBShare ?  

untuk lebih paham.. boleh baca detail dibawah ini.


Kelebihan Celcom First Gold Plus GBSHARE 98


1. Nikmati 44 GB data internet dengan full kuota 24/7 setiaphari tanpa menunggu weekend dan weekday. 


2. Sharing Data dengan family plan , ada 2 jenis iaitu Group Sharing dan Allocated Sharing . Kalau sebelum ini 1 number Main Line hanya boleh gunakan data tu seorang, untuk pelan ini pulak boleh share dengan family yang mendaftar subline GBshare dibawah no. Main line atas tadi .





-Group Sharing : semua orang boleh gunakan GB kuota internet dari total 44GB untuk First Gold Platinum dengan sesuka hati . Ibarat pintu rumah tak kunci , maka semua orang boleh ambek  semua barang yang didalam tu . Siapa cepat guna banyak , dia dapat la.. yang last tak merasa gitu.

-Allocated Sharing ,,, Main line / Admin  boleh control penggunaan share ke 2 subline GBshare bawah  . Dah share tu boleh ambil balik kalau rasa GB Internet admin tak cukup .


Contoh ; PAGI , Ayah bagi kat along 10Gb dan Angah 10GB ... lepas tu ayah rasa macam tak cukup guna je ayah 20GB tu sebab guna untuk kerja .  so tengah hari tu ayah tarik semula GB kuota data internet yang dibagi ke Angah sebanyak 5Gb. Maknanya angah hanya boleh guna 5GB . Boleh bagi boleh tarik balik .



3. Unlimited call untuk supplementary kesemua rangkaian
Sebelum ini hanya free 2000 minit dan 2000 sms ke main line ,, 50 sms dan 50 minit call ke semua rangkaian. Tapi untuk yang baru ini supplementary atau GBShare boleh call unlimited tanpa had kesemua rangkaian. jimat banyak lah !

 Caj untuk sms /video call / mms : 20sen .

 4.Bill combine , maksudnya 3 bill akan disatukan Supplementary GBShare seharga rm48.00
Bill setiap bulan ialah rm194 (tidak termasuk gst ) : RM98 untuk mainline + 2 subline < 48+48> = rm RM 194.00 

Kelemahan :
*Celcom First Gold Plus GBShare hanya boleh apply untuk 1 admin dan terhad  2 Supplementary GBShare. Taklebih tak kurang.
*Untuk pendaftaran pun sama , kena terus daftar serentak ., jadi kena terus bayar rm194 (tak termasuk gst ) untuk number baru .



Cara Menggunakan  GBShare via MYcelcom POSTPAID apss . 


Oh ya lupa.. untuk check kuota data internet sebelum ini ialah dengan cara manual SMS  " BAL STATUS " ke 28882 caj 20sen kan ?  Sekarang ada apps untuk pengguna postpaid iaitu " MYcelcom POSTPAID apss " yang mudahkan kita untuk check bill , check penggunaan data dan log in online customer service tanpa dikenakan caj.  Cara untuk share data internet dari Main ke Supplementary pun guna apss ini . Mudah je kan ?

1. Muat turun aplikasi MYcelcom POSTPAID di Google Play atau App Store.
2. Log Masuk ke MYcelcom POSTPAID
3. Pilih  < First platinum with GBshare or First Gold Plus GBshare > dan klik " VIEW THIS NUMBER "
4. klik " MY SERVICES" dan pilih  " Manage Your Internet "
5. Klik " Confrim to enable allocated sharing " dan PROCEED " untuk bagi kuota internet .
6. pilih individu untuk memperuntukkan kuota internet .





Celcom FIRST PLATINUM GBShare


Untuk pelan ini pula celcom menawarkan kuota internet sebanyak 70GB untuk total keseluruhan . Supplementary masih sama boleh free call ke semua telco , yang membezakan dengan First Gold Plus GBshare ialah untuk Platinum boleh sub sampai 5 line dibawah. 


KELEBIHAN FIRST PLATINUM GBshare 
- Kuota internet up to 70GB 
- No split kuota , Full kuota internet dalam erti kuota tak asing weekend dan weekdays. 
- Boleh share data internet ke Supplementary . 
- Unlimited call untuk subline dan mainline . 
- Bill bercampur dengan Main Line . 
- Supplementary boleh tambah dari 2-5 number . 

Kelemahan : 
Walaupun untuk pelan First Platinum unlimited call dan sms tapi untuk supplementary tetap dikenakan caj 20sen ye . 





















© all rights reserved
made with by templateszoo