Ad

Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Tips Elakkan Microsleep


Tips Elakkan Microsleep 

Hampir semua orang pernah lalui ini rasanya , terutamanya ketika sedang memandu kereta. Bila dah setengah perjalanan, hilang fokus. Mata asyik nak terkebil-kebil. Kadang-kadang rasa otot tiba-tiba rasa lemah, lepas tu terkejut. Ini adalah tanda-tanda 'microsleep' . Berikut beberapa tips untuk elakkan microsleep ketika memandu ataupun semasa bekerja / kelas /kuliah. 


Apa itu Microslepp ? 

Microsleep = tidur beberapa detik, kadang-kadang dalam keadaan mata terbuka. Ada masa kita tak sedar pun kita tertidur. Ia biada berlaku jika kita terlalu mengantuk.

Tips Elakkan Microsleep Semasa Memandu

1. Tidur dengan cukup (6-8jam)
2. Jika tak cukup tidur, JANGAN pandu ketika waktu Subuh atau Zohor.
3. Minum kopi
4. Rehat setelah 2 jam memandu
5. Guna apps anti-tidur . Ia berbunyi dan gegar setiap beberapa minit.
6. Bawa bini / mak . Dengar dia bebel.

Kenapa mak ?  for sure kalau bawa kereta dengan mak , mesti kena tahan telinga juga kan ? hehee

Kalau no. 6 tu takda lagi , korang boleh la bawa peneman yang boleh ajak sembang . Jangan peneman pula tidur ... heheh 

Yang kedua pula Tips elakkan microsleep dalam tempat kerja / kelas / kuliah. Lisa sendiri kadang alami microsleep ni saat bekerja . Bahkan.. kadang ada customer pun , berlaku microsleep ini , nasib baik mata ai sepet... boleh coverline sikit hahaha. 


Tips elakkan microsleep dalam tempat kerja / kelas / kuliah.


1. Tidur dengan cukup malam sebelumnya.
2. Bawa gula-gula Kopiko.
3. Salin nota kuliah.
4. Pastikan lecturer cun/kacak.
5. Tak payah pergi kuliah, tidur je di bilik.
6. Dengar lagu ditempat kerja , bawa earphone sekali
7. Letak tanaman hijau dimeja kerja , rasa mengantuk je pandang je tanaman hias tu .

Harap tips ini dapat bermanfaat untuk kalian =) 

Jiran Kedai Sebelah Melampau !

Assalamualaikum ! Agak lama tak berkongsi cerita personal dalam blog ini. Err... hahaha sebenarnya sebulan dua ni memang agak terbatas nak menaip dalam blog. Penat seh .. semenjak pindah tempat ke dalam Mall ni agak penat la , kerja apa yang tak penat la kan. 

Jiran Kedai Sebelah Melampau ! 


Nah nak dijadikan cerita ni , jiran sebelah peniaga tudung ni agak tak paham bahasa la jugak . Korang tengok sendiri la macam mana dia letak tudung dia sampai lepas dari tapak yang ditentukan . Bermula dari dinding pink tu dah termasuk dalam kawasan tempat kerja saya . Tapiii.... ha... bangla sebelah tu ha dia dah melampau ., selalu letak tudung tu sampai ketempat Lisa . Then kalau ada customer diorang yang pilih tudung , maka ganggu lah customer yang nak masuk dalam tempat Lisa .


Lisa dah berbuih mulut dah suruh dia alihkan , tapi kalau Lisa tak ada di kedai nanti dia akan alihkan semula lepas dari batas tu . Melampau kan ! Sebulan dah Lisa biarkan , sampai ada satu masa tu dia buat hal . 

Dia report peniaga both lotion depan kedai Lisa ni . Report kat management yang staff tu tarik customer yang nak masuk dalam kedai tudung , padahal tak sampai macam tu pun. Ya lah... biasala orang ni hati lain-lain kan . Tak suka kot tengok ramai customer di both lotion tu . Bukan lama pon both tu kat sini , 2 bulan je. 

Pelik kan , kenapa la nak report bagai padahal lain produk kot kan. Lagipun banyak juga staff2 lotion tu beli tudung dan baju ditempat dia.  Iskkk nak dengki dengan rezeki orang buat apa . 

Ha.. dengar tu je kan tak tau kenapa Lisa rasa menyampah pula dengang bangla sebelah ni . So i cakap la dengan boss , yang barang diorang ni sampai batas kedai Lisa . Boss cakap terus je report dengan Management Mall . 

Lisa bagi last peluang , dia buat lagi dan lagi . Time Lisa takde kat kedai dia alih barang sampai langgar batas . So apa lagi.. time Lisa datang je tengok tudung macam tu , Lisa snap gambar dan naik atas report dengan management . 




Alhamdulillah sangat senang je nak report . Hek hek.. abaikan tulisan buruk sebab nerves nak menaip . 

Ternyata memang bangla tu prob la , sebelum ni dah kena warning juga pasal letak barang melepasi had batas yang ditentukan Management . Isk iskk.. tak serik . Sekarang baru padan muka , tempat batas tu i letak banting banner yang berdiri tu . So tak boleh la dia nak alih-alih lagi . And thanks untuk pihak mall sebab dah bagi surat warning kat kedai sebelah . 


Abaikan kaler pink kedai Lisa hahah sebab tunggu renovate je ni , sementara gunala pink tuu .. 

Budak Sekarang Memilih Kerja !


Ingatkan cari kerja je yang susah , sekarang ni susah nak cari pekerja . Semua nak SUAP . Zaman Lisa dulu-dulu bukan main menghargai kerja yang ada . Terima tak diterima tu belakang kira , janji usaha. Budak sekarang ni memilih kerja beb , ye .. semua nak disuapnya . Kalau boleh if ada orang dalam gitu .. boleh terus masuk je tanpa sesion interview. Macam ni buka company sendiri la kan..senang. 

Beberapa minggu lepas Lisa ada iklankan jawatan kosong di facebook beberapa kali ., macam biasala , siap ada email antar resume dan alamat company . Guest what ? diorang komen "PM " , hello.. ini iklan jawatan kosong , bukan iklan jual product. Punyalah malas nak antar resume , atleast PM sendiri tanya la ada kosong lagi ke tidak . Ok... orang PM memang ada , tapi .. diorang terus tanya .. gaji berapa ? Aduh... belum apa-apa dah tanya gaji berapa. Engko ingat konfirm layak diterima kerja ke ? Mana-mana company memang kena interview dulu la.. haa.. time interview tu baru time sesuai kau tanya gaji dan skop kerja macam mana. 

Kalau dapat pekerja , datang dah kerja .. but ya.. first day masuk kerja pun dah lambat. Dengan muka macam ..err eksen eh gitu . Dalam hati aku , adeh .. macam tak serius je dak ni nak kerja. Aku tengok macam tak lama je , mesti luch hour nanti terus belah...  Dan... andaianku benar belaka , lepas lunch hour tu dia trus cabut tak datang kerja lagi . Biasa dah tak hairan pun , dak sekarang nak cari pekerja yang betul-betul minat kerja ni agak susah sikit . Nak semua suap , nak semua senang. 

Bak kata founder cool hijab , Hafiz : 

Kenapa kami yg lahir tahun 80an hidup lebih kental berbanding budak2 skg kalau kita tengok?
Sbb hidup kami bermula dgn tidak boleh melakukan kesilapan dan salah. Tidak boleh ada pilihan. Ianya terhad. Menyebabkan kami sentiasa hargai apa yang ada.
Apabila silap, kami akan menanggung rugi jika buat semula. Jadi kami sgt berhati2.
Dulu nak ambil gambar guna filem biasanya org panggil Kodak. Nak ambil tak boleh silap sbb satu gambar satu frame filem.
Lepas ambil, perlu hantar ke kedai dan kami tak tahu mcm mana gambar tu akan terjadi. Kami jadi excited setiap nak pergi ambil album gambar.
Kalau muka tu senget, senget lah. Kalau gambar gelap, gelap lah. Bila buat silap, kami mula berhati2 agar jangan silap lagi.
Itu belum lagi barang mcm kaset, disket dan lain2. Nak tulis dan simpan terhad, nak dengar kaset lagu terhad.
Berbanding budak2 zaman skg. Ambil gambar, boleh tgk semula. Tak elok terus delete, ambil yg baru sampai puas hati. Unlimited dan masih ada pilihan.
Tak suka kerja ni, boleh berhenti suka hati ikut kepala sendiri. Lepas tu kerja tempat lain. Tak suka, berhenti, kerja tempat lain pula. Tak kental, tak sabar. Nak kaya cepat.
Belajarlah hargai apa yang kita ada. Jika kita kerja, hargailah kerja kita. Hidup mmg ada pilihan tapi cuba hargai. Ia adalah proses belajar dan proses kehidupan.
Korg akan hargai bila korang dah tiada apa-apa dan tiada siapa yang peduli.


Mentality kerja budak sekarang dengan dulu dah tak sama , banyak sangat pengaruh wicet dan media sosial la kot . Duduk goyang kaki dapat duit .. Tak semua budak macam ni , tapi jarang giler.. dan boleh kira dengan jari kalau ada yang betul-betul minat kerja . 

Hari tu pun sama.. offer kerja kat kawan sendiri , kerja senang je pun dengan gaji banyak la juga kalau dibandingkan normal nye gaji tu . Sebab kerja kotor , kotor sebenar ye bukan kotor haram ..Dia tolak beb.. alasan tak berminat . Pastu kalau lepas asik dok merungut tak de kerja sampai sekarang . HUH ! 

OK la itu je aku nak membebel... hehe . Pesanan untuk kalian . Kalau dah dapat kerja tu kerja elok-elok , boss sayang nanti nak ape-ape senang ,, mana tahu dapat naik gaji ke . Jangan dah dapat kerja pastu makan gaji buta, dok melepak main whatsapp.. kerja terabai . Ramai lagi yang tak dapat kerja diluar sana , dengan keadaan ekonomi yang semakin turun ni .. hang pikiaq sendiri nohh.,..kalau nak pilih kerja . 

Management Kerja Tukar-Tukar

Management Kerja Tukar-Tukar | Management Kerja yang bertukar-tukar siapa yang suka ?. Bukan menyusahkan satu orang sahaja, namun banyak orang yang akan mengalami kesukaran dalam melakukan kerja. Seperti Lisa ni ha..bak kata tertinggal train. Selain management update selalu.. orang yang bekerja dalam management tu pun asyik bertukar je .If any some New Package Or info yang kita tak paham , we o'lls pun tak tahu nak bertanya kepada siapa . Sebab kerja ni ada bahagian masing-masing .

Siapa cakap kerja di company macam ni senang ? Namun selalunya orang akan cakap.." eleh,. syiok la kerja kat sini. Tak ada buat kerja apa, kerja pun senang je, duduk dan tunggu customer. "Amboi... tak cuba mana nak tahu. Mudah diucapkan tapi tak seperti kenyataan . Rujuk pada bahan, belajar sendiri dan kalau tak tahu kenalah tanya. Tanya ke orang yang lebih tahu lah kan , Postpaid (pascabayar) atau Prepaid (prabayar)  tapi  Ha.. kalau yang handle 1 orang je dalam 1 area .. matilah nak kalau nak jawap call berpuluh orang dalam sehari.

3 bulan lepas ada kemasukan orang baru, yang handle kitorang untuk 1 districk tapi awal bulan Januari 2015 dia dah berhenti. Maybe tak tahan atau dapat offer kerja yang lebih bagus . Bukan company ini sahaja yang selalu bertukar-tukar orang , satu company lain pon sama juga.Celcom , Maxis,Yes, Redone ,, jangan ingat Lisa takdak kenal orang-orang dalam telco tersebut. Walaupon tak kerja kat situ.. tapi Lisa tahulah sedikit banyak mengenai pekerja-perkerja yang tukar-tukar macam musim cuaca panas atau hujan.  Pening la dibuatnya kalau ada problem tak tau nak rujuk siapa. Macam orang management  YES ni .. asyik bertukar orang je  . Kalau ada pengganti pun bukan dia terus pandai and tahu semua bidang ini kan.

Macam semalam Lisa ada ternampak package baru , tapi package tu tak complete.Jadi Lisa tanya lah kat orang atasan ,Dia pon baru dengar dan suruh rujuk ke orang yang satu lagi. Ahaks.. Orang yang Lisa nak rujuk pun tak tahu lagi. Kena tanya kat HQ dulu jawapnya . Call customer service pun tiada jawapan. Aiyoyo... Atau soalan aku yang susah sangat sampai orang tak tahu jawap.

Tempat Kerja Atau Sarang Tikus ?



Tempat Kerja Atau Sarang Tikus ?  | Setelah 2 minggu bertukar kerja berada di HQ menggantikan anak boss yang bercuti Oversea , maka kembalilah saya ditempat kerja yang asal iaitu di branch . Selama ketiadaanku berada dibranch , tempat itu dijaga oleh staff lain "lelaki "  . Lisa lebih suka berada di Branch daripada di HQ , penat giler woo kalau di HQ sebab semua kena handle sensorang pastu orang ramai masuk dan keluar .Tapi ye la , itulah rezeki kan . Penat la kerja sampai malam , itu belum kira solve problem-problem yang ada lagi.Kadang pukul 10 baru balik.


Setiba ku di Branch, buka pintu dan pemandangan pertama yang aku nampak ialah  Lantai penuh kotoran , meja berhabuk, counter meja berterabur .,Paper kerja semua berterabur, sampah makanan tak dibuang . Dah agak dah mesti budak ni tak kemas tempat kerja, sapu pun tidak ! Budak lelaki ni memang pengotor betul lah ,nak tegur bukan dengar pun. Berkali-kali dah tegur , tapi masuk telinga kanan dan kemudian keluar telinga kiri. Sabo je lah. Lisa kemas, sapu, mop semua sampai pukul 2 petang. pheww.. Lama nya ? yela.. sebab ada customer lagi , nak serve dulu baru teruskan mengemas.

Nasib baik 2 minggu , kalau berbulan ? dah jadi sarang tikus agaknya . Patut lah customer komplain kat HQ.

Anda Rasa Kerja Anda Susah ??





   Anda Rasa Kerja Anda SUSAH ? | Assalamualaikum dan selamat pagi, aku ingin bertanya satu soalan kepada kalian , Kalian rasa kerja kalian susah ??
Sebelum menjawap soalan itu , apakata kalian membaca dan menghayati coretan dibawah ini.

Susah Gila Kerja Aku Sekarang !!! 
Ada sebahagian kecil dari kita yang suka komplen . Dia suka cakap yang kerja dia sedang lakukan itu susah .
Di mulut dia selalu "berdzikir"
"Kerja aku susah lah .."
"Ala,dah banyak kali aku buat ,asyik tak jadi aja .."
"Eleee..Boringnya buat kerja ni.."
"Aku rasa bosanla,asyik buat kerja sama aja "


Hampir setiap hari diwiridkan kalimah ini .
Ingat kata-kata Lisa ni " Apa yang kita fikir ,dan apa yang kita rasa ,apa yang kita cakap, apa yang kita sebut ,semuanya ialah DOA dan itulah yang kita akan dapat "
Masalah ini sebenarnya ramai orang ada .Dulu aku pon selalu bersikap begini "Suka komplain"

Sekarang Dah Tak Begitu.
Alhamdulillah .Hari ini aku dah tak begitu lagi. Aku malas nak fikir perkara-perkara yang remeh temeh . Aku lebih suka fokus kepada apa yang aku boleh buat . Apa yang aku tak boleh buat , aku tak akan fikir.
Pesan Prof Muhaya " Dunia dalaman kita akan menentukan dunia luaran kita . Kalau dunia dalaman cantik ,dunia luaran juga akan menjadi cantik "

Buat Kalian Yang Suka Komplain .
Sedikit tips untuk kalian yang suka komplain itu dan ini, Kalian boleh amalkan tips ini :

1.Fikirkan ,Apa hasil yang kalian akan dapat jika kalian komplen ? bukan salah untuk komplen,maksud aku membebel . itulah ,,inilah asyik nak membebel sahaja . kalaulah dengan membebel itu tidak memberi manfaat ,baik berhenti membebel. Buat penat je .
2. Fikirkan ,apa yang boleh kamu lakukan untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi . Orang yang jenis suka membebel ni orang yng fokus pada masalah . sekarang aku nak kalian fokus pada penyelesaian .If you have a problem ,find a solution .
3. Jika kalian rasa susah ,fikirkan ramai lagi orang diluar sana yang jauh lebih susah . 
.Kalau rasa kita dah cukup penat dengan kerja yang susah dan payah ,fikirkan bahwa ada orang lain yang lagi sukar pekerjaannya demi mencari rezeki .
Fikir kesusahan pakcik ni. Kalau kerja yang anda buat sekarang ini tk sesusah kerja pakcik ini maka bersyukurlah !
4. Untuk mengurangkan kalian membebel , aku cadangkan kalian PRINT GAMBAR PAKCIK INI .Lekatkan dimeja anda . Lagi acntik kalau diframekan . aku rasa,pasti dan pasti kalian tak kan komplen lagi. 
Kalau kalian rasa kerja sekarang membosankan ,kalian dah sampai limit . Dah tak boleh nak buat apa yang kalian sedang buat.. Then.. CARI KERJA LAIN . Tak perlu susah berada ditempat yang kalian tak suka . Ingat , Kamu tidak akan mati jika tidak bekerja ditempat anda sekarang.Carilah tempat lain yang mungkin lebih baik dari tempat kerja sekarang .
5. Jika ada masalah dengan apa yang kalian lakukan sekarang ,carilah sahabat atau pakar yang boleh membantu menyelesaikan masalah itu . Cara paling mudah untuk menyelesaikan maslah ialah dengan mencari MENTOR yang pakar boleh  menyelesaikan masalah kita .

JOM HIDUP DENGAN LEBIH POSITIF 

Jadi macam mana ? sudah boleh jawap soalan tadi? 
© all rights reserved
made with by templateszoo