Sunday, December 29, 2019

PELAKON KAMPUNG PEOPLE

PELAKON KAMPUNG PEOPLE

Hangat diperbincangkan dalam sosial media , gelagat orang bandar yang dah takde bandar . Drama bersiri Kampung People di slot Lestary TV3. Pelakon Kampung People diantaranya :  Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah. Ditayangkan bermula 11 Disember, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.


WATAK PELAKON


PELAKON
WATAK
Rashidi Ishak
Razif / Razif
Elly Mazlein
Mona / Aminah
Riena Diana
Laila / Ruziah
Kamarul Eqifshah
Imran / Adam
Hun Haqeem
Jaafar
Fizz Fairuz
Ejen Shukri
Namron
Tuan Shuhaimi
Haeriyanto Hassan
Norbik
Razak Ahmad
Tok Penghulu
Shah Kimin
Ismail

SINOPSIS KAMPUNG PEOPLE

Razif bekerja dengan Tuan Suhaimi yang menjual barangan yang diseludup secara haram. Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli, polis datang menyerbu tempat mereka dan ditangkap.  Razif disoal siasat dan diugut dengan penjara selama 15 tahun jika tidak membuka mulut. Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan. Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaaan di kampung.

GAMBAR PELAKON







Korang tengok la sekali... pecah perut dibuatnya . hahaha .. 
Saturday, December 28, 2019

IP MAN 4 : The Finale - Review



IP MAN 4 : The Finale - Review 

Kung Fu ke Zapin ni... ? Tak  pernah terlepas semua series Ip Man , Lisa jenis suka filem kungfu ni . Malam tadi Lisa berkesempatan tengok Ip Man 4 - The Finale yang dah ditayangkan bermula 20 Disember 2019. Pelakon watak utama Ip Man iaitu Donnie Yen . Durasi tayangan sepanjang 105 minute . Menangis juga la ... dari semua series movie ni , yang terakhir ni betul-betul menyentuh jiwa sampai meneteskan airmata . hukss .. 

SINOPSIS   


Donnie Yen menegaskan peranannya sebagai tuan tangan Wing Chun yang legenda dalam siri terakhir siri seni mempertahankan diri revolusioner. Berikutan kematian isterinya, Ip Man bergerak ke San Francisco untuk mengurangkan ketegangan antara master kung fu tempatan dan pelajar bintangnya, Bruce Lee, sambil mencari masa depan yang lebih baik untuk anaknya. 


MOVIE : IP MAN 4 :  THE FINALE

Director :Wilson Yip
Cast : Donnie Yen, Scott Adkins, Danny Chan Kwok-Kwan, Wu Yue, Vannes Wu 
Run Time :105 min



Boleh tahan ramai juga la yang tengok di pawagam malam tadi . Dan semua khusuk nengoknya tanpa gangguan budak nangis , orang bersembang atau pon lampu phone yang menyala... Korang dah tengok belum ?


Friday, December 27, 2019

Gambar Gerhana Matahari Anulus / Cincin 2019


Gambar Gerhana Matahari Anulus / Cincin 2019


Ramai penduduk Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Anulus 2019 atau Gerhana Matahari Cincin pada Khamis, 26 Disember 2019, . Gerhana matahari yang hanya dapat dilihat setiap 21 tahun sekali .  Annular solar eclipse,  “Anulus” bermaksud “cincin” di dalam bahasa Latin hanya dapat disaksikan dari Kukup, Tanjung Piai, Tanjung Pelepas, Selatan Nusajaya dan Pengerang di selatan Johor dan di Bau, Kota Samarahan, Serian dan Sri Aman di Sarawak. Kawasan-kawasan lain di Malaysia hanya dapat menyaksikan Fasa Gerhana Matahari Separa sahaja . Gambar Gerhana Matahari Anulus / Cincin 2019 seperti dibawah ini . 

Gambar Gerhana Matahari Anulus 2019


Diceritakan dalam hadith nabi kita takut bila terjadinya gerhana ni. Solat sunat gerhana baginda amat lama qiyamnya, rukuknya dan sujudnya. Adalah sunat muakkad kita melakukan solat sunat gerhana matahari. Pintalah perlindungan dan keampunan darinya. Berdoalah..








Gambar perkongsian dari kawan Photographer Lisa Andi Ahmad yang turun ke Tanjung Piai , Pontian Johor , Malaysia . 


Ia bukan petanda akan terjadinya sesuatu yang buruk atau sebagainya. Ia sebenarnya adalah petunjuk untuk kita menyedari kekuasaan Allah. Supaya kita takut kepadaNya..
.
"Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam. Lalu baginda bangun dalam keadaan takut akan berlakunya hari Kiamat sehingga baginda tiba di masjid. Lalu baginda mendirikan solat yang paling panjang berdirinya, ruku'nya dan sujudnya yang pernah aku lihat Baginda lakukan di dalam solat. Kemudian Baginda berkata: Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda yang Allah hantar. Ia tidaklah berlaku kerana kematian atau kehidupan seseorang. Akan tetapi Allah menghantarnya untuk menimbulkan rasa takut pada hambaNya. Apabila kalian lihat ia berlaku, segeralah mencari perlindungan dengan mengingati Allah, berdoa kepadaNya dan memohon keampunanNya."

Lisa sendiri hanya dapat tengok separa sahaja , berkesempatan tengok sebab ada event outdoor . Bagaimana dengan korang ? 



Wednesday, December 25, 2019

Pencuci Muka Suchi Aqua Cacteen Melembabkan Wajah

Pencuci Muka Suchi Aqua Cacteen Melembabkan Wajah

Pencuci Muka Suchi Aqua Cacteen Melembabkan Wajah 

Asalamualaikum ! Kulit kering menyebabkan anda rasa kurang selesa dan menjadikan solekan anda tidak sempurna dan bertompok. Amat penting untuk kita mengetahui jenis kulit masing-masing dan menggunakan produk yang bersesuaian dengan kulit agar kulit kekal hidrasi atau lembap. Satu faktor menyebabkan kulit kering ialah kandungan alkohol yang tinggi di dalam pencuci muka tersebut. Seeloknya cuba untuk memilih pencuci muka yang mempunyai bahan yang lembut dan tidak kasar kepada kulit. Baru ni Lisa cuba Pencuci Muka Suchi Aqua Cacteen yang melembabkan wajah. 




Pencuci Muka SUCHI Sesuai Untuk Ihram 

Kenapa perlu cuci muka padahal tak pakai makeup pun ? Pencuci muka ni bukan hanya untuk yang pakai makeup sahaja ya ... sebab kulit wajah kita terdedah dengan udara luar , terkena habuk , debu dan kotoran halus yang tak nampak yang kemudian akan buat kulit muka jadi kasar atau mungkin naik jerawat .
Pencuci muka Suchi diperkaya dengan ekstrak Tea Tree, Aloe Vera dan Aqua Cacteen. Dirumus khas untuk membersihkan, melembapkan dan menghidratkan kulit. Tanpa pewangi dan alkohol dan sah digunakan ketika ihram. Cuaca di sana "kering " walaupun pada musim sejuk. Apatah lagi pada musim panas. Aqua Cacteen (opuntia ficus indica) mampu mengekalkan kelembapan kulit dan ianya mempunyai 150% lebih banyak Vitamin E berbanding Argan Oil.




Cara penggunaan : 

Buihkan pencuci muka pada wajah dan kemudian bilas sehingga bersih . 


Ada pelbagai lagi produk Suchi yang ada seperti bedak talkum, shampoo, lotion, pelembap bibir dan banyak lagi. Suchi ialah produk kosmetik haji umrah yang sah digunakan ketika ihram. Mempunyai lebih dari 10 produk dan set, untuk  memberikan kemudahan dan keselesaan jemaah haji dan umrah dari segi penjagaan diri. Ehh sesuai juga untuk cuaca panas di Malaysia ini .. try la sendiri kayh ! 



REVIEW LISA : 

Pencuci muka Suchi ni tak pedih dimata dan sejuk je dikulit lepas basuh muka . Sesuai la untuk Lisa yang lately ni kena event diluar dengan cuaca yang panas huhu . Bukan hanya kotoran yang tertanggal tapi pencuci muka Suchi juga kekalkan kelembaban  kulit menjadi sejuk dan terhydrate . Yang penting takda alcohol elak dari jadikan kulit kering.

Kalau korang berminat, korang boleh layari
Website: https://suchiofficial.com/
Facebook: https://www.facebook.com/suchiofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/suchiofficial/
Saturday, December 21, 2019

AZYMA CARE SABUN TANAH LIAT

AZYMA CARE SABUN TANAH LIAT

AZYMA CARE SABUN TANAH LIAT

Selalu tulis tentang makeup , nak kongsi juga penjaan body wash sabun mandi yang Lisa gunakan baru-baru ni . Lisa jenis cerewet sikit memilih sabun mandi sebab kulit Lisa yang sensitif dan lembut mudah kena iritasi kalau tak ngam dengan sabun tu. Sebab tu Lisa akan pilih sabun yang tak mengandungi bahan-bahan yang hard . Penting woo salah pilih boleh gatal dan luka kulit Lisa sebab menggaru tak sudah . Baru ni Lisa cuba Azyma Care Clay Body Wash , sabun  tanah liat pertama di Malaysia . Tanah Liat sendiri bagus untuk kulit , kalau korang perasan biasanya digunakan untuk mask diwajah .


Azyma Care Clay Body Wash

Lisa cerewet sikit bab Sabun ni sebab kulit ssnsitif, salah pilih je leh gatal then garu sampai darah . First time pakai Azyma Care Clay Body Wash , @azymacare yang salah satu bahan dari tanah Liat premium . Hasilnya.. kulit lebih lembut dan tak menggelupas , nah satu lagi.. boleh control peluh dan bau badan tau.

Beberapa harini  Lisa kena pergi event di luar tempat kerja , tempat yang panas dan ofcoz normalnya Lisa jenis yang akan cepat berpeluh kalau kena panas . Ha... yang peliknya masa di event ni tak peluh pula... so berkurangla rasa gatal dan tak selesa , rasa lebih confident .

Azyma care clay body wash juga tidak memgandungi bahan2 kimia berbahaya seperti paraben, diethanolamin, pewarna tiruan dan lyral. Paling penting ianya disahkan halal Jakim, dan didaftarkan dengan KKM (NPRA).

Azyma Care Clay body wash boleh dipakai untuk semua jenis kulit, walaupun kulit super sensitif, termasuk kanak2 yg berumur 2 tahun ke atas. Ianya lembut dan PHnya adalah neutral.

Kandungan Dalam Azyma Care Clay Body Wash 

  • Chamomile - Chamomile secara semulajadi mempromosikan kulit yang terasa lembut, bersih, dan sihat, dan ia juga boleh melegakan keradangan pada kulit.
  • Lavendar Oil - Aroma kesegaran lavender adalah kesan yang menyenangkan pada tubuh dan secara semula jadi melegakan ketegangan tekanan.
  • Timun - Mengekalkan penghidratan air dalam kulit dan membantu badan anda membuang toksin secara semulajadi dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Lidah Buaya - Termasuk beta karotena, vitamin C dan E yang boleh membantu meningkatkan ketegasan semula jadi kulit dan mengekalkan kulit terhidrat.
  • Body Odour Remover - Clay Bodywash Azymacare mengkhususkan diri dalam menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan kulit berminyak tanpa menggosok kulit sensitif dengan kuat.


Picit sedikit sahaja dah cukup .


Oh ya untuk korang yang  ada masalah kulit sensitif, boleh guna. Banyakkan guna air ketika mandi.




REVIEW LISA TENTANG AZYMA CARE CLAY BODY WASH

Nah baru ni Lisa short vacay ke Genting Highland . Lama rasa tak pergi sana , hehe nak merasa juga jejakkan kaki ke Genting Premium Outlet .  Banyak berjalan dari pagi kepetang  , makan , main theme park .. korang boleh bayangkan la peluh yang akan keluar, Lisa bawa sabun mandian Azyma Care untuk jaga-jaga. Azyma care clay bodywash ni membantu mengurangkan bau badan dan peluh .. Pernah tersalah pilih sabun , kalau bahan2 dia hard sangat nanti kulit Lisa akan rasa gatal takpun menggelupas . So now tak nak bertukar dahhh.... akan teruskan dengan azyma care clay bodywash . 


Azymacare clay body wash dikilangkan oleh Kilang yg mempunyai international certs dan diiktiraf oleh pengeluar produk personal care antarabangsa. Ada GMP, pengiktirafan Halal Jakim ada ISO (MS Cert Malaysia), dan mendapat U.S. Food and Drug Adminnistration (US FDA)

Mandian Tanah Liat sudah mendapat pengiktirafan pakar kulit dan mendapat " Dermatologist Tested" , "Mild and Gentle" dan " Suitable For Sensitive Skin".



Senarai Associate Azyma

Azyma Lembah Kelang/ Wilayah Persekutuan

1. Associate Azyma (AA - Putrajaya) Norshidawati

2. EA Putrajaya Syikin

2. Associate Azyma (AA - Setapak KL) Salasiyah Hassim. 

3. Associate Azyma (AA - Kuala Lumpur) Fitrah Al Hajj. 

4. Associate Azyma (AA - Ampang) Khairi

Azyma Associates Lembah Kelang (Selangor)

5. Associate Azyma (AA - Subang, Selangor) Ariffin Hijjaz. 

6. Associate Azyma (AA Rawang, Selangor) - Faris

7. EA Semenyih Ishak

8. Associate Azyma (AA Shah Alam, Selangor) - Sasana Gateaway

Azyma Negeri Perlis, Kedah & Pulau Pinang)

9. Stokis Azyma (SA - Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) Rauhaz Global. 

Azyma Negeri Perak.
10.Stokis Azyma (SA - Negeri Perak) Feiza. 

10. EA Kamunting Azah


Azyma Negeri Kelantan

11. Associate Azyma (AA - Kota Bharu Kelantan) NoorulAklima. 

12. Associate Azyma (AA Pengkalan Chepa, Kelantan) - Haminah

Azyma Negeri Terengganu

13. Associate Azyma (AA Besut, Terengganu) - Mohd Noor Muda

Azyma Negeri Johor

14. Associate Azyma (AA Johor Bahru) Syamsul

Azyma Negeri Sabah

15. Associate Azyma (AA Kota Kinabalu) Muhashibi


Pembeli boleh dapatkan melalui associate atau laman web terus

Info selebihnya  layari  www.azymacare.com


Wednesday, December 18, 2019

PELAKON ADELLEA SOFEA

PELAKON ADELLEA SOFEA

Dah tengok Drama rantaian 'Adellea Sofea' ? lepas trending di Twitter rasanya Lisa memang kena tengok juga ni . Drama Adella Sofea , akan ditayangkan sebanyak 28 Episode,  gandingan pelakon Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz  setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam, slot Akasia di TV3. PELAKON ADELLEA SOFEA : Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Jasmine Suraya, Fizo Omar, Josiah Hogan, Iman Zulkarnain, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud, Cassia Iman, Kazar Saisi, Sharisa Haris, Uchee Fukada, Remy Maghrib, Fadzly Fuad

WATAK PELAKON


PELAKONWATAK
Mira Filzah Sofea
Ungku Ismail Aziz Firdaus
Jasmine Suraya Suzie
Bella Dally Iliya
Fizo Omar Ikram
Josiah Hogan Karl
Cassia Iman Damia
Fazlina Ahmad Daud Dr Fauziah
Roy Azman Encik Izham
Uchee Fukada Rina
Kazar Saisi Aizi
Iman Zulkarnain Zahim
Sharisa Haris Jenab / Jamilah
Remy Maghrib Sham
Fadzly Fuad Fahmy

LAGU TEMA

Tentang Rahsia - Judika feat Shila Amzah

SINOPSIS ADELLEA SOFEA

Mengisahkan mengenai Adellea Sofea, seorang  pensyarah berkelulusan Ijazah Sarjana amat selektif memilih calon suami. Sofea yang mempunyai ramai pengikut di laman sosialnya sering memuat naik kata-kata dan video penuh motivasi dalam memberi panduan bagaimana untuk memilih pasangan yang baik untuk wanita.

Dalam diam, Sofea sedang berkawan dengan Alif Firdhaus (Fir) yang dikenalinya di medium media sosial selama dua tahun. Sofea tertarik dengan Fir kerana Fir sering memuat naik videonya  bermain gitar dan seringkali juga dia tujukan video khas untuk Sofea. Hanya melalui kata-kata yang Firdhaus kongsikan dalam media sosial, Sofea menyimpulkan yang Firdhaus datang dari keluarga yang bahagia. Secara tak langsung, Sofea berpendapat yang Firdhaus adalah lelaki yang sempurna juga untuk menjadi suami.

Tanpa Sofea ketahui, Firdhaus menyimpan satu rahsia. Perkenalan dengan Dr. Fauziah (Fazlina Ahmad Daud) membawa Sofea ke rumah keluarga Firdhaus yang dikejutkan dengan kepulangan Firdhaus secara tiba-tiba. Sejak itu, perhubungan mereka semakin serius tetapi adik, Firdhaus iaitu Ilya (Bella Dally) tidak bersetuju. Ilya menyimpan dendam pada Fir, kerana ibu bapa lebih-lebih lagi Dr. Fauziah mereka sering menyebelahi abangnya berbanding dirinya.  En Izham dan Ilya kurang senang kepulangan Firdhaus kerana ada rahsia di antara mereka. Firdhaus nyatakan hasrat untuk kahwin dengan Sofea.

Setelah berkahwin, segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu Firdaus merupkan seorang penagih dadah. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan.

GAMBAR PELAKON






Thursday, December 5, 2019

Grilled Butter Chicken The Chicken Rice Shop

Grilled Butter Chicken The Chicken Rice Shop

Assalamualaikum ,,, lama juga rasanya tak menulis tentang makanann... nak diet konon tapi tak juga turun berat badan . Hahaha ! So Lisa putuskan nak cuba makan menu baru TCRS Grilled Butter Chicken Set  The Chicken Rice Shop. Finally sampai jugak ke sini lepas terliur tengok ramai sangat yang dah cuba menu ini. The Chicken Rice Shop (TCRS) dah kembalikan menu Grilled Butter Chicken dari November 2019 sehingga ke Januari 2020. Nak rasa keenakkan ayam yang garing dengan sos butter yang lemak berkrim diadun dengan daun kari dan cili pasti buat korang berselera!

Grilled Butter Chicken TCRS

Awalnya dalam fikiran Lisa , takut  mungkin menu ni tak berapa sesuai dengan selera tekak,,, ye la Lisa ni jenis cerewet sikit bab makanan. Lisa order set Meal A Grilled Butter Chicken TCRS , seharga RM21.90 dan boleh add On air sekali . TETTTT ... sampai je menu tu diatas meja makan, tak sabar pula nak makan . Hamboi berputar 180 derajah dah . Nampak menyelerakan dan bau dia rasa nak meleleh air liur . Masuk suapan pertama kat mulut... Nyummiii...!Tetiba fall in love pulak dengan rasa ayam butter dekat The Chicken Rice Shop.  Rasa butter lemak lemak pedas dengan ayam yang lembut . Sedap beb ! Korang kena cuba sendiri la ... Patutlah ramai yang try menu ini. 


 credit pic : afiq halid 





Sebelum makan wajib pose dulu.. one two three... action ! 


Teruja nak cuba makanan ni.


3 pilihan menu untuk Grilled Butter Chicken TRS 
  • Meal A (1pax) RM21.90 
  • Meal B (2pax ) RM 49.90 
  • Meal C ( 4 Pax ) RM88.90


REVIEW LISA :


Tengok Grilled Butter Chicken, ayam dilimpahi dengan sos butter, ayam pun lembut dan crispy . Lepas tu rasa pedas sikit sebab ada cili api, dan aroma daun kari tu, aumm menusuk ke hidung. Rasa creamy cair didalam mulut . Memang tambah selera makan. Nanti nak repat semula la :D 



So... Sila datang dan cuba sendiri kelazatan Grilled Butter Chicken The Chicken Rice Shop , hanya sampai Januari 2020 je tau.. Datang sebelum kehabisan ok . 
Thursday, November 14, 2019

CELCOM XP LITE RM28 UNLIMITED DATA & CALL

CELCOM XP LITE RM28 UNLIMITED CALL & INTERNET

Hello guys ! Baru tak baru pelan celcom XLITE  ini hadir menggantikan pelan XPAX 50 yang dah habis tempoh promosi . Pelan celcom postpaid XLITE serendah RM28/bulan menawarkan panggilan tanpad had kesemua rangkaian dan internet 1GB. Korang juga boleh add on unlimited internet serendah RM1 . Menarik bukan ?

CARA SIZE UP PASS M & L XP Lite .

Pelanggan yang mendaftar dengan XP Lite™ pada RM28, bakal menikmati panggilan tanpa had dan internet 1GB sebulan. Untuk lebih banyak penggunaan internet, pelanggan boleh 'SIZE UP' atau menambah kepada 14GB internet pada harga RM30 (L Pass) iaitu tambahan 7GB internet pada harga RM10 (M Pass) sebulan. Pelanggan juga boleh menikmati Internet tanpa had dengan Ultra Hour Pass ™ dari RM1 bersama-sama dengan pas L atau pas M melalui aplikasi Celcom Life.






Korang juga boleh langgan unlimited internet dengan harga :
  • RM1 ; 1 Jam 
  • RM2 : 3 Jam
  • RM5 : 12 Jam 
  • RM8 : 24 Jam 




Tambahan lagi, pelanggan yang masih kekal atau ‘STAY ON’ bersama dengan XP Lite™ selama enam bulan secara berterusan, akan diberi ganjaran PERCUMA 1-jam Ultra Hour Pass™ Internet tanpa had bagi pelanggan pas L, manakala pelanggan pas M akan menerima 1GB Video Walla ™. Ganjaran ini akan diberi pada penggunaan bulan ke-7 dan seterusnya.


Pelan ini sesuai untuk parents , budak sekolah ,, atau untuk yang not Heavy user dan lebih nak guna ke unlimited call . Jika korang inginkan internet yang lebih banyak , boleh langgan CELCOM FIRST DAN CELCOM MOBILE PLAN . 


Pengguna setia celcom dengan payment bulanan cantik selama paling kurang 6 bulan keatas korang boleh reedem Free Phone di Celcom Center terdekat . 
Thursday, November 7, 2019

PELAKON SETELAH KU DIMILIKI

PELAKON SETELAH KU DIMILIKI

Finally drama yang ditunggu-tunggu dah tiba , Drama SETELAH KU DIMILIKI  adaptasi novel Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry akan disiarkan di Slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Zul Ariffin, Intan Najuwa dan Tiz Zaqyah. Bakal bersiaran bermula 29 Oktober, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3. PELAKON SETELAH KU DIMILIKI: Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, Hilal Azman, Daniella Sya, Halim Radzi


SENARAI WATAK PELAKON SETELAH KU DIMILIKI



PELAKONWATAK
Intan Najuwa Sarrafia
Zul Ariffin Adriz
Tiz Zaqyah Sarlina
Zaki Azeman Noh
Lia Natalia Hirda
Fahmi Reza Haqif
Rahhim Omar Rahimin
Zulhelmy Halil
Adeline Tsen Ufaira
Kuza Bonda Ummi
Aleza Shadan Sabrina
Hilal Azman Shamsul
Daniella Sya Ann
Halim Radzi Zakir 

LAGU TEMA / OST

Ika Mustafa - Damaikanlah

SINOPSIS SETELAH KU DIMILIKI

Mengisahkan mengenai konflik cinta di antara Sarra dan Adriz yang diuji dengan pelbagai dugaan. Kerana dosa silamnya, Sarra dihalau ibunya dan membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju.  Sarra bernasib baik apabila dia diperkenalkan kepada Bonda Ummi dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Azirah.

Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz di Rumah Azirah membuatkan hati Sarra berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu. Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya tetapi setelah tersedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Encik Rahimin yang juga pengasas Rumah Azirah tidak mahu Adriz kembali kepada kehidupan lamanya, dan atas sebab itu dia membawa Adriz ke Rumah Azirah. Adriz kemudiannya membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain.

Adriz cuba mendekati Sarra, namun Sarra sering mengelak daripada bertemu dengannya. Tetapi semakin Sarra mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenali Sarra.

Adriz tertanya-tanya, mengapa Sarra bersikap dingin dengannya. Namun sebenarnya, dalam hati Sarra, tiada degupan cinta lain. Hanya untuk lelaki yang bernama Adriz, yang mempunyai kisah silam dengannya, yang akhirnya sah menjadi suaminya.

Namun, rumah tangga mereka mula menemui cabaran apabila kakak tirinya, Lina sendiri ingin memiliki Adriz tanpa pengetahuannya.

Adakah Lina berjaya merobohkan istana cinta Sarra yang terbina bersama Adriz? Apakah yang sebenarnya terjadi di antara Sarra dan Adriz?

GAMBAR PELAKON





Wednesday, November 6, 2019

Cara Mudah Menyelesaikan Blacklist Telco

Cara Mudah Menyelesaikan Blacklist Telco

Assalamualaikum , kalian apa kabar ? semoga sihat selalu . Kali ni Lisa nak kongsi tips cara mudah bayar akaun yang tertunggak atau blacklist / senarai hitam nama di telco pula . Biasanya nama jadi blacklist sebab ada tunggakan bill di telco dan tak bayar , akaun dah mati tapi masih ada bayaran yang belum dijelaskan . Mungkin korang adalah salah satu dari mereka dan tak tahu bagaimana nak bayar settlekan hutang tertunggak tu ? .Lisa harap info ini berguna untuk kalian. 

Cara Menyelesaikan Blacklist Telco


STEP 1 : CALL HELPLINE TELCO.


Call nombor helpline telco dan cakap kat mereka yang korang dah kena blacklist. Kemudian minta kat dia nombor akaun dan amount bill korang yang tertunggak tu.

Kat sini Lisa bagi beberapa nombor helpline telco yang terpilih:

Maxis : 1800 821 123 , 123 ( Pengguna Maxis )
Celcom : +60 19-601 1111 , 1111 (pengguna celcom )
Digi : +016 221 1800 
Umobile : +018 388 1318 , 1318 (pengguna umobile ) 

STEP 2 : BUAT PEMBAYARAN SECARA ONLINE


Bila dah dapat nombor akaun, korang dah boleh buat pembayaran secara online. Contohnya boleh buat dengan maybank2u. pergi ke bahagian bill payment, pilih telco, masukkan nombor akaun tadi, dan terus buat pembayaran.

Setel! Tapi kena tunggu dalam masa lebih kurang 24 jam. Baru korang akan dibuang dari senarai hitam.


Kalau korang tak ada online bankin  atau perbankan online , kenalah pergi center terdekat untuk buat bayaran . Biasanya makan masa 1-24jam masa bekerja  ( yang betul-betul center je tau baru boleh , kalau celcom pergi ke BLUE CUBE ) 

Dari pengalaman Lisa kalau bayar di center  , DIGI , U Mobile dan MAXIS makan masa 1-7 hari masa bekerja untuk clearkan nama korang di telco mereka , tidak termasuk public holiday atau weekend ya . 

Sekarang hutang di telco pun dah link dengan CTOS , nak beli rumah atau kereta memang akan ada effect . Jadi sila bayar ye , tertunggal 50 sen pun boleh jadi blacklist tau . 

Tuesday, November 5, 2019

PELAKON CEMBURU SEORANG PEREMPUAN

PELAKON CEMBURU SEORANG PEREMPUAN

Lama tak tengok drama , haa tengok di media sosial ada drama terbaru gandingan Amira Rosli dan Amar Baharin . DramaCemburu Seorang Perempuan di slot MegaDrama saluran Astro Ria. Dibintangi oleh Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Maembong. Akan ditayangkan mulai 29 Oktober ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria slot DramaVaganza. PELAKON CEMBURU SEORANG PEREMPUAN : Emma Maembong, Amyra Rosli, Amar Baharin, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sabrina Ali, Amir Nafis, Mior Darwish, Nazrief Nazri, Rashidah Jaafar, Elmy Moin

WATAK PELAKON 


PELAKON
WATAK
Emma Maembong
Emilia
Amyra Rosli
Dhia
Amar Baharin
Zikri
Bella Dowanna
Kila
Najib
Fauzi Nawawi
Sufian
Lisdawati
Lea
Sabrina Ali
Nat
Amir Nafis
Badri
Nazrief Nazri
Shah
Mior Darwish
Eizlan 

SINOPSIS CEMBURU SEORANG PEREMPUAN

Zikri dan Dhia berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakraban mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhia dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Zikri kemudian berkahwin Emilia. Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini sahabat baiknya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka dengan kaedah ibu tumpang.

Dhia rela kerana dia memang kasihkan Zikri. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.

GAMBAR PELAKON





Sunday, October 13, 2019

REVIEW LOVEISDERMA - KULIT CERAH DAN LEMBAB

REVIEW LOVEISDERMA - KULIT CERAH DAN LEMBAB

Assalamualaikum korang... Heheh semakin hari semakin sibuk lisa prepare Big Day , walaupun masih jauh hari hehe. Salah satu persiapan yang Lisa buat ialah jaga kulit wajah agar nampak berseri dan makeup terletak helok je nanti dihari tersebut, Ofcourse la semua nak nampak cantik dan gorgeous bak  princess wakk . Diantaranya Lisa pakai set skincare dari LOVEISDERMA , iaitu : 𝗕𝟱 𝗛𝗶𝗱𝗿𝗮𝗯𝗼𝗼𝘀𝘁 𝗚𝗲𝗹𝗹𝘆 𝗠𝗮𝘀𝗾𝘂𝗲  dan juga Pearl Skin Brightening Lotion .  Dengan LOVEISDERMA - KULIT CERAH DAN LEMBAB. 

LOVEISDERMA JADIKAN KULIT CERAH DAN LEMBAB

LOVEISDERMA - Produk telah dibuat di Amerika Syarikat, Taiwan dan Switzerland. Produk ini diuji secara klinikal dan sesuai untuk jenis kulit bermasalah seperti Jerawat, Dermatitis Atopik, Psoriasis dan Seborrhea. Didirikan bermula dari tahun 2009 , sekarang genaplah 10tahun bertapak dalam dunia industri . Campuran ekstrak dan formula unik memberikan kepuasan yang tinggi di kalangan doktor dan pengguna di seluruh dunia. Produk LOVEISDERMA popular di Taiwan, Hong Kong, Mexico, Macau, Singapura, Malaysia, Australia, Mexico, China dan Amerika Syarikat. Banyak juga bukan ? 



B5 Hydraboost Gelly Masque 500 ml

Ramai yang tanya sis guna skincare apa ? Perkara asas dan penting nak cantik , harus la kena jaga kelembapan kulit tu sendiri . Apalagi cuaca di Malaysia yang kadang panas kadang hujan kadang musim jerebu ... effect ke kulit wajah juga tau . Nahh Lisa kongsikan sikit petua. 𝗕𝟱 𝗛𝗶𝗱𝗿𝗮𝗯𝗼𝗼𝘀𝘁 𝗚𝗲𝗹𝗹𝘆 𝗠𝗮𝘀𝗾𝘂𝗲 , untuk jaga kelembapan kulit wajah .  Sesuai tuk kulit kering ,dehidrasi, penuaan dan stressed Skin .

Cara Pakai : Bersihkan kulit wajah , sapu gel masker ni diwajah dan leave for 20-30minit then bersihkan gel tu dengan spatula ,lalu bilas dengan air. 

Kelebihan : Masker berasaskan gel ini diperbuat dengan kompleks hidrator yang unik yang membantu tingkatkan penghidratan kulit dan penghalang perlindungan semulajadi untuk kekalkan  kelembapan kulit wajah



B5 Hydraboost Gelly Masque
Brand:LOVEISDERMA
Ingredients:Water, Glycerin, Glycereth-26, Panthenol, Carbomer, Saccharide Isomerate, Glycosyl Trehalose, Hydrogenated Starch Hydrolysate

Review Lisa ;  Wajah akan terasa sejuk masa korang sapukan gel di kulit wajah , tak perlu simpan dalam peti sejuk pon dah terasa sejuknya weih.. rasa macam ais . Lepas bilas tu rasa macam sejuk dan lembut je . Pagi bangun tidur pon kulit rasa nak belai je .. hahah macam kulit baby . ulit wajah lebih rasa terhidrate , lembab dan rasa gebu . Suka .. senang je tinggal sapu-sapu hehehe... Rasa basuh muka dengan air sejuk pula .




Pearl Skin Brightening Lotion 

Awalnya Lisa ingatkan Pearl Skin Brightening Lotion  ni hanya untuk lotion sapu kat badan je . .. rupanya boleh untuk kulit wajah juga. Pakai lotion ni terus jadi putih on the spot wak ! Teruja gila time pakai weih .. hahah sesuai sangat untuk dalam rumah yang malas nak makeup , nak nampak kulit jadi putih tu korang kena try . Haa... dah terjawap sudah kenapa Lisa dah semakin putih kan .hanya gunakan Pearl Skin Brightening Lotion LOVEISDERMA.  Dah kongsi tips petua rahsia tu sila cuba sendiri ye .. jangan cakap akak tak bagitau pula .



LINK : https://loveisderma.com/product/pearl-skin-brightening-lotion/   

Cara penggunaan : Sapu dibagian muka selepas dibersihkan , atau nak sapu kat tangan dan kaki pon boleh juga .

Kelebihan : 
  • Membuat kulit glowing yang sihat dengan atau tanpa solekan . 
  • Membantu menyegarkan kulit yang kusam secara lebih dalam .
  • Kandungan Vitamin E, B3, B5  didalamnya , boleh membantu korang melegakan kulit.




REVIEW LISA
Biasanya Lisa pakai untuk harian , kalau dirumah atau time tengah malas nak makeup . Heheh sapu Pearl Skin Brightening Lotion LOVEISDERMA ni je dah cukup nampak putih  , kulit pon sihat je tak nampak pucat . 




Pearl Skin Brightening Lotion
Key-Ingredients: Pearl powder, Cyklokapron, Titanium (IV) Oxide, Vitamin E, Vitamin B3, Pantothenic Acid, Tripeptide, Hyaluronan…

Honor:[ Top 10 Essence in Mannings ][ Sold 600,000 bottles of Miracle H2O in the world ][ The 54th Asia Pacific Film Festival Skincare Officially Used By ][ New Silk Road Model Skincare Officially Used By ][ Swinging Skirts LPGA Classic Officially Used By ]


Nah terjawap sudah soalan korang di Instagram , whatsapp maupun facebook kan.
Kenapa nampak putih sangat ? guna skincare apa ? nahh korang cuba sendiri yee! 
Banyak lagi produk dari LOVEISDERMA , untuk lebih detail boleh lawati : 
website : www.loveisderma.com 




Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search