Ad

Showing posts with label INTAN NAJUWA. Show all posts
Showing posts with label INTAN NAJUWA. Show all posts

PELAKON SETELAH KU DIMILIKI

PELAKON SETELAH KU DIMILIKI

Finally drama yang ditunggu-tunggu dah tiba , Drama SETELAH KU DIMILIKI  adaptasi novel Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry akan disiarkan di Slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Zul Ariffin, Intan Najuwa dan Tiz Zaqyah. Bakal bersiaran bermula 29 Oktober, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3. PELAKON SETELAH KU DIMILIKI: Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, Hilal Azman, Daniella Sya, Halim Radzi


SENARAI WATAK PELAKON SETELAH KU DIMILIKI



PELAKONWATAK
Intan Najuwa Sarrafia
Zul Ariffin Adriz
Tiz Zaqyah Sarlina
Zaki Azeman Noh
Lia Natalia Hirda
Fahmi Reza Haqif
Rahhim Omar Rahimin
Zulhelmy Halil
Adeline Tsen Ufaira
Kuza Bonda Ummi
Aleza Shadan Sabrina
Hilal Azman Shamsul
Daniella Sya Ann
Halim Radzi Zakir 

LAGU TEMA / OST

Ika Mustafa - Damaikanlah

SINOPSIS SETELAH KU DIMILIKI

Mengisahkan mengenai konflik cinta di antara Sarra dan Adriz yang diuji dengan pelbagai dugaan. Kerana dosa silamnya, Sarra dihalau ibunya dan membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju.  Sarra bernasib baik apabila dia diperkenalkan kepada Bonda Ummi dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Azirah.

Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz di Rumah Azirah membuatkan hati Sarra berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu. Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya tetapi setelah tersedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Encik Rahimin yang juga pengasas Rumah Azirah tidak mahu Adriz kembali kepada kehidupan lamanya, dan atas sebab itu dia membawa Adriz ke Rumah Azirah. Adriz kemudiannya membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain.

Adriz cuba mendekati Sarra, namun Sarra sering mengelak daripada bertemu dengannya. Tetapi semakin Sarra mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenali Sarra.

Adriz tertanya-tanya, mengapa Sarra bersikap dingin dengannya. Namun sebenarnya, dalam hati Sarra, tiada degupan cinta lain. Hanya untuk lelaki yang bernama Adriz, yang mempunyai kisah silam dengannya, yang akhirnya sah menjadi suaminya.

Namun, rumah tangga mereka mula menemui cabaran apabila kakak tirinya, Lina sendiri ingin memiliki Adriz tanpa pengetahuannya.

Adakah Lina berjaya merobohkan istana cinta Sarra yang terbina bersama Adriz? Apakah yang sebenarnya terjadi di antara Sarra dan Adriz?

GAMBAR PELAKON





BIODATA DAYANG AREEDA

BIODATA DAYANG AREEDA 

Bagi korang yang ikuti perkembangan drama Kekasih Paksa Rela yang dilakonkan Remy Ishak dan Intan Najuwa ini mesti kenal dengan Shiqin, Pelakon yang memegang watak Shiqin tak lain tak bukan ialah Dayang Areeda . Orang yang selalu menjadi penghalang dan batu api , haha ramai yang geram sebenarnya dengan dia ni .. geram dalam drama tu la selalu je kacau daun Hanan dan Adham . Sebelumnya, Dayang Areeda juga pernah berlakon drama bertajuk Semusim Rindu dan Bakal Suami Akan Datang yang ditayangkan di HyppTV. Kalau tertanya-tanya tentang Biodata Dayang Areeda , jom ketahui lebih lanjut .

BIODATA PENUH DAYANG AREEDA 


Nama Penuh: Dayang Areeda Datu Abdul Razak
Nama Komersial: Dayang Areeda
Nama Panggilan: Dayang
Tarikh Lahir: 29 Januari 1994
Umur: 24 tahun (2018)
Asal: Kudat, Sabah
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Warganegara: Malaysia
Pendidikan: Diploma Perniagaan dari Universiti Multimedia, Melaka
Kerjaya: Pelakon
Drama: Semusim Rindu, Kekasih Paksa Rela, Bakal Suami Akan Datang, Pembancuh Kopi Mr Vampire (HyppTV), Kolestrol vs Cinta
Talent: Metrowealth MiG
Instagram: @dayangareeda

GAMBAR DAYANG ADREENA 








BIODATA INTAN NAJUWA

Intan Najuwa , Lisa macam pernah nampak wajah ini di TV sebelum ini tapi tak tahu nama la kot . Kekasih Paksa Rela , ya.. drama yang tayang mengisi slot Akasia setiap Isnin sampai Khamis baru ni macam menarik pula  . Intan Najuwa jadi watak utama digandingkan dengan Remy Ishak . Anyway sebelum berlakon si Intan ni ternyata seorang blogger juga , Wah.. tiru jejak Hanis Zalikha . Biodata Intan Najuwa selengkapnya ada dibawah ini . 

Biodata Intan Najuwa

Nama penuh : Intan Najuwa Binti Abdul Wahid
Nama komersial: Intan Najuwa
Tarikh lahir : 18/08/1997 (20 Tahun)
Adik beradik: 3
Anak ke : 2
Asal : Johor Bahru
Kerjaya : pelakon
Drama/filem: Hantu punya bos , Khabar Dari 
Casablanca , Kekasih Paksa Rela 
Warna Kegemaran : Pink
Aktif sejak : 2015 - kini
Instagram : @intannajuwa


GAMBAR INTAN NAJUWA 





PELAKON KEKASIH PAKSA RELA


PELAKON KEKASIH PAKSA RELA


Lelaki Itu Pemilik Hatiku , si Nurin dan Mr Hot Guy pun dah berakhir semalam . Hari ini bermulalah episod drama yang baru iaitu  Kekasih Paksa Rela akan yang mengisi slot Akasia TV3. Pelakonutama kekasih Paksa Rela  utama ialah Remy Ishak, Intan Najuwa, dan Ain Edruce. Wah agak lama Lisa tak tengok Remy Ishak berlakon , mesti peminat pun dah tak sabar tunggu kan . Pelakon dalam Kekasih Paksa Rela diantaranya :   Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan Rahman, Dayang Areeda, Nynaa Harizal, Jalaludin Hassan, Emeleda Rosemila, Fizz Fairuz, Aman Graseka, Hazman Al-idrus

SENARAI PELAKON KEKASIH PAKSA RELA 


Watak pelakon yang memeriahkan dalam drama ini diantaranya : 

PELAKONWATAK
Remy IshakAdham
Intan NajuwaHanan Khaira
Ain EdruceRosnaida
Afzan A.Rahman  Firdhaus
Nynaa HarizalNonie
Dayang AreedaShiqin
Dato' Jallauddin Hassan
Dato' Azman
Aman Graseka Kamal
Emelda Rosemila Suraya
Fizz FairuzYusman
Fatin Affefa Zilla
Khaty AzizanP. Zuraida
Wan Julia @ Mak WanMak Senah
Azhar AmirDato' Idrus
Sharifah Asyikin Reena
Feyna TajudinJuju


LAGU TEMA / OST

Tajuk : Pasti
Artis : Cherpen Band


SINOPSIS KEKASIH PAKSA RELA

Adham dan Rosnaida bernikah selepas habis belajar tanpa persetujuan ayahnya. Adham cuba merapatkan Rosnaida dan ayahnya tetapi gagal disebabkan sikap keras kepala Rosnaida.

Hanan yang kehilangan ayah, tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. Ibunya lebih sayangkan suami baru daripada anaknya sendiri. Hanan masih bersekolah tingkatan enam.

Suatu hari, Adham dan Hanan terserempak dengan Hanan di hypermarket dan...


GAMBAR PELAKON





© all rights reserved
made with by templateszoo