Ad

Showing posts with label Amyra Rosli. Show all posts
Showing posts with label Amyra Rosli. Show all posts

PELAKON CEMBURU SEORANG PEREMPUAN

PELAKON CEMBURU SEORANG PEREMPUAN

Lama tak tengok drama , haa tengok di media sosial ada drama terbaru gandingan Amira Rosli dan Amar Baharin . DramaCemburu Seorang Perempuan di slot MegaDrama saluran Astro Ria. Dibintangi oleh Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Maembong. Akan ditayangkan mulai 29 Oktober ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria slot DramaVaganza. PELAKON CEMBURU SEORANG PEREMPUAN : Emma Maembong, Amyra Rosli, Amar Baharin, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sabrina Ali, Amir Nafis, Mior Darwish, Nazrief Nazri, Rashidah Jaafar, Elmy Moin

WATAK PELAKON 


PELAKON
WATAK
Emma Maembong
Emilia
Amyra Rosli
Dhia
Amar Baharin
Zikri
Bella Dowanna
Kila
Najib
Fauzi Nawawi
Sufian
Lisdawati
Lea
Sabrina Ali
Nat
Amir Nafis
Badri
Nazrief Nazri
Shah
Mior Darwish
Eizlan 

SINOPSIS CEMBURU SEORANG PEREMPUAN

Zikri dan Dhia berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakraban mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhia dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Zikri kemudian berkahwin Emilia. Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini sahabat baiknya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka dengan kaedah ibu tumpang.

Dhia rela kerana dia memang kasihkan Zikri. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.

GAMBAR PELAKON





PELAKON DRAMA NUR TV3

EPISOD AKHIR NUR TV3

PELAKON DRAMA NUR TV3

Drama NUR [ TV3] menjadi perbualan hangat di media sosial Ditayangkan mengisi slot Samarinda bermula dari 14 MEI 2018,  Isnin-Khamis, 10:00 malam. Menampilkan gandingan antara Syafiq Kyle dan Amyra Rosli . PELAKON NUR -tv3 diantaranya : Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani, Mathni Razak, Jijie Zainal . Memainkan emosi sungguh drama ini. Jangan lupa saksikan EPISOD AKHIR NUR tau malam ini , Bagi korang yang dah terlepas tengok boleh tengok semula di tonton.com.my 

SENARAI PELAKON DRAMA NUR TV3


PELAKONWATAK
Amyra Rosli Nur
Syafiq Kyle Adam
Riena Diana Dr Qhadeeja
Datuk Jalaludin Hassan Datuk Ayah Haji Mukhsin
Fatimah Abu Bakar Datin Ibu Hajah Musalmah
Azhan Rani Ustaz Syed Hamadi
Noorkhiriah Aishah
Raja Muhd Atiqullah Amirul
Zaidi Omar Datuk Tajuddin
Laila Nasir Mona
Elmy Moin Marzuki
Mathni Razak Dr Mukhriz
Kuna Muzani Datin Orkid
Jijie Zainal Jojo

LAGU TEMA / OST 

Tak Pernah Hilang - Amylea dan Kaer
Gantikan Diriku - Idayu
Video → LINK


SINOPSIS NUR (TV3)

Mengisahkan Adam (Syafiq Kyle), anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam merupakan satu-satunya anak lelaki kepada Datuk Ayah dan amat terkenal di media sosial dengan kekacakannya. Setelah Adam kembali dari menyambung pelajarannya di timur tengah dalam jurusan Usuluddin, Adam bakal menggantikan tempat ayahnya dalam bidang dakwah. Demi merealisasikan cita-citanya itu, Adam mendapat bantuan kakaknya, Siti Aishah (Noorkhiriah) yang menjadi pengurusnya.

Dengan bantuan Siti Aisyah, pelbagai program televisyen mengundang Adam sebagai tetamu jemputan. Namun sebelum Adam mengorak langkah ke dunia selebriti, Adam mula mencari pengalaman dengan berdakwah di masjid ayahnya. Ketika sesi dakwah dan ceramah Ustaz Adam, Ustaz Adam sentiasa membuka peluang makmum bertanyakan soalan kepadanya. Walau bagaimanapun, Ustaz Adam sentiasa menerima soalan-soalan yang sedikit “lain daripada yang lain” oleh seseorang yang tidak dikenali.

Pada suatu hari, ketika Ustaz Adam hendak keluar dari masjid, dia bertembung dengan seorang wanita yang sedang menulis sesuatu. Adam mula menyapa lembut wanita itu tetapi wanita itu terus melarikan diri dan meninggalkan sekeping kertas yang mengandungi beberapa soalan yang tidak lengkap.

Pada saat itu, Ustaz Adam mengetahui bahawa wanita yang selalu memberikan soalan-soalan sukar kepadanya adalah Nur (Amyra Rosli), seorang pelacur yang ingin mendekatkan diri dengan agama Allah SWT.

Setelah beberapa kali bersemuka, mereka mula jatuh cinta. Namun, perkenalan dan hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Ustaz Adam dan cemuhan masyarakat. Adakah mereka mampu untuk mengharungi ujian dan dugaan ini? Apakah pengakhiran kehidupan Nur bersama Adam?

GAMBAR PELAKON


PELAKON DRAMA NUR TV3


Jangan lupa saksikan malam ini episod Last tauuuu.... jam 10 malam . 
© all rights reserved
made with by templateszoo