Ad

Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

IP MAN 4 : The Finale - Review



IP MAN 4 : The Finale - Review 

Kung Fu ke Zapin ni... ? Tak  pernah terlepas semua series Ip Man , Lisa jenis suka filem kungfu ni . Malam tadi Lisa berkesempatan tengok Ip Man 4 - The Finale yang dah ditayangkan bermula 20 Disember 2019. Pelakon watak utama Ip Man iaitu Donnie Yen . Durasi tayangan sepanjang 105 minute . Menangis juga la ... dari semua series movie ni , yang terakhir ni betul-betul menyentuh jiwa sampai meneteskan airmata . hukss .. 

SINOPSIS   


Donnie Yen menegaskan peranannya sebagai tuan tangan Wing Chun yang legenda dalam siri terakhir siri seni mempertahankan diri revolusioner. Berikutan kematian isterinya, Ip Man bergerak ke San Francisco untuk mengurangkan ketegangan antara master kung fu tempatan dan pelajar bintangnya, Bruce Lee, sambil mencari masa depan yang lebih baik untuk anaknya. 


MOVIE : IP MAN 4 :  THE FINALE

Director :Wilson Yip
Cast : Donnie Yen, Scott Adkins, Danny Chan Kwok-Kwan, Wu Yue, Vannes Wu 
Run Time :105 min



Boleh tahan ramai juga la yang tengok di pawagam malam tadi . Dan semua khusuk nengoknya tanpa gangguan budak nangis , orang bersembang atau pon lampu phone yang menyala... Korang dah tengok belum ?


REVIEW AVENGERS : ENDGAME

REVIEW AVENGERS : ENDGAME 

Finally , movie yang ditungu-tunggu dah sampai ke penamatnya .Kalau korang penggemar Marvel memang tak sabar la kan nak jadi orang pertama tengok . Lisa pon tak nak terlepas peluang la jadi penonton di hari pertama tayangan movie AVENGERS : ENDGAME ni . Best tak ? yang pasti korang kena sediakan tisu ye ... hehehhee 


SINOPSIS AVENGERS : ENDGAME 

Dalam INVINITY WAR yang lepas , Thanos masih hidup dengan 6 Batu Invinity ditangannya . So dalam AVENGERS : ENDGAME ni.. the Avengers dan sekutunya semua bergabung untuk melawan Thanos untuk mengambil ke-enam batu invinity tu dan letak ketempat asalnya  demi mengembalikan dunia yang dah huru hara menjadi kembali seperti  dulu. 





Movie ni berdurasi 3 jam , jadi yang ada anak kecil tu baik fikir2 dulu la ye sebelum bawa baby atau budak masuk pawagam ni . Kalau menangis tak henti.. sian orang lain yang bayar tiket tu nak tengok wayang tapi terganggu pula . 

Masa Lisa tengok haritu , nak masuk website MBO kemahin susah weih.. asyik error loading je. tengok tiket jam 11.45 malam pun dah penuh. Nasib ada pawagam satu lagi yang baru buka.. so tengok kat situ je la . Kerusi masih banyak kosong lagi , elok dah takde yang bawa baby masuk dalam hall... Tapiiii... SPOILER tetap ada . Sebelah kanan Lisa dia menguap berbunyi kuat... banyak kali lak tu tanpa rasa bersalah . Mungkin dia tak nak tengok tapi nak temankan orang sebelah je kot . Lepas tu belah kiri pula... suara potpet potpet bercerita dari awal ke akhir , lah ternyata tak pernah tengok movie Avengers sebelum ini ,, jadi memang tak tahu jalan cerita . So tanya la A to Z,,, hmm tak leh focus. Yang depan Lisa pula.. kepala tinggi asyik bergerak ke kanan ke kiri.. allahu... hahaha tak tenang betul. Ada scene sedih .. tapi feel tu tak sampai nak mengangis sebab terganggu . 



REVIEW LISA : 

Babak ni banyak bercakap dari action , .. sekali action... dalam hati mesti " woaahhh ,,, " Lisa bagi 8 bintang dari 10 ... yang 1 bintang tu tuk spoiler spoiler dalam pawagan dan media sosial tu !!

So korang tengok la sendiri ya.. pastikan tengok movie yang sebelum ni .. jadi korang takde la macam lost gitu . 



Haa.. tapii tapii.. dah tengok tu jangan la jadi spoiler . Dan yang penting juga.. jangan jadi tukang record kalau taknak kena tangkap ,,, sama ada didenda atau kena masuk dalam penjara. wahh seram dengarnya . 




Bye... I LOVE YOU 3000 TIME !  

REVIEW AQUAMAN 2018

REVIEW AQUAMAN 2018 - HOME IS CALLING


Hujung tahun ni banyak pula movie yang best-best .  Tengok dalam facebook ramai kawan yang cakap Aquaman BEST , Lisa jadi teringin nak tengok pula .   Aquaman dilakonkan Jason Momoa dan director movie ini ialah James Wan , Pengarah kelahiran Malaysia yang terkenal menerusi franchise Saw, Insidious dan filem seram yang lainnya.


SINOPSIS AQUAMAN : 

Perebutan kuasa untuk menjadi ‘King Of The Ocean’ antara puak-puak di Atlantis menyebabkan Arthur Curry (Aquaman) perlu ke Atlantis untuk mengembalikan keseimbangan antara dunia dalam laut dan juga dunia daratan. Jadi apa yang menarik tentang filem Aquaman ini?



Dah macam cerita melayu pula berebut tahta harta untuk jadikan sapa yang paling berkuasa . Hahaha. tapi serious best cerita ni .

REVIEW LISA : 

Awalnya Lisa takut tak sampai kepala cerita ni , sebab first time tengok kan . Tambah pula movie midnight , penat balik kerja kang tertidur dalam pawagam . Tapi guest what .. dari awal sampai la ke movie ni habis , cerah mata Lisa sebab AQUAMAN ni memang best weih tak rugi tengok . Movie aksi , ada jenaka , diselitkan persahabatan yang bertukar ke cinta , memang best la .

Tempat untuk shooting movie ni pon best best . Sebab ni lah lisa suka tengok movie atau drama luar negara , boleh tengok keindahan negara lain .

Banyak babak aksi dalam ni sebab tu tak bosan, meskipun tak heavy seperti movie aksi yang lainnya ,menurut lisa sesuai nak bawa budak . Tak la kejam and keras sangat movie ni ... just light light je .. tapi ada rasa nak nangis time terpisah and dapat berita yang ibunya telah meninggal ,.. betul ke meninggal ?

 Lisa bagi 4.9/5bintang . Harap lepas ni ada next sambungan la . hehehe...


REVIEW Ralph Breaks The Internet

REVIEW Ralph Breaks The Internet 

Assalamualaikum , Dah tengok Ralph Breaks The Internet ? Malam tadi Lisa baru berkesempatan tengok dengan budak-budak . Awalnya nak tengok movie lain , tapi sebab bawa budak .. last minit tukar ke movie RALPH Break The Internet . Tak pela , malam nanti boleh tengok lagi movie yang satu tu . Hahaha.. dalam hati , SIS REDHOO wakkkkk ! Kali ini Lisa akan sedikit kongsikan  REVIEW Ralph Breaks The Internet  

SINOPSIS Ralph Breaks The Internet 

Kisah 2 orang sahabat , watak dalam semua video permainan iaitu Ralph , watak lelaki jahat dalam video game dan juga rakannya , Vanellope von Schweetz yang harus membahayakan diri melakukan perjalanan ke dunia internet untuk mencari alat ganti steering demi menyelamatkan permainan "Sugar Rush " .  Dalam perjalanan itu . Ralph bergantung pada warga internet , nasib baik la nitizen dalam internet tu tolong ralph cara mendapatkan wang untuk beli steering permainan game sugar rush tadi, termasuk seorang usahawan bernama Yesss, yang merupakan algoritma kepala dan hati dan jiwa laman pembuatan trend BuzzzTube .




REVIEW LISA : 

Memang Lisa tak pernah tengok cerita ini sebelum ni , jadi mungkin agak sedikit lost di awal movie .  Masuk lambat pula tu hahahaha.. Tapi semakin lama semakin seronok lak tengoknya . Sampai ada bahagian scene movie tu lisa menangis , Aik.. kartun pun menangis ? Nak tahu lebih korang kena tengok sendiri la cerita ni . Movie Ralph Breaks The Internet ni memang bagus untuk budak , secara pendek cerita... mengenai persahabatan dua watak .Sahabat yang baik , dia akan melepaskan kepergian sahabatnya jika mungkin itu dapat membahagiakan kawannya tu . Kena ada redha disitu dan nanti lama-lama akan terbiasa dan tak bersedih lagi .   Aku happy jika nampak kau pon happy.
( lebih senang nak ungkapkan ) hahahaha. 


Korang jangan lupa tengok di pawagam terdekat ye.. bawa anak-anak sekali... wuu siapkan tisu tau. termenangis di panggung kang..

Operasi X - Filem Terbaru 2018


Operasi X - Filem Terbaru 2018

Agak lama tak tengok movie dipawagam , kali terakhir tengok pun dua bulan lepas. Dengar cerita ada movie aksi yang baru , Operasi X - filem terbaru 2018. Yang best lagi gabungan antara pelakon Aaron Aziz dengan Awie. Wahh... macam menarik je ni .

Trailer Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 Yang Gempak!


Operasi X sebuah movie aksi Malaysia yang diarahkan oleh Sandosh Kesavan bersama beberapa orang penerbit iaitu Zarina Sham, Ali Nathan Latiff, Elson Tommas dan Norhanisham Muhammad.  Filem ini dibintangi oleh ramai artis termuka tanah air seperti Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Awie, Datuk Yusof Haslam, Hanna Aqeela , Hairul Azreen, Hefny Saad ,Hairi Safwan, Shima Aris, Amerul Affendi, Nashra ,Nasir Bilal Khan , Rahhim Omar , Gbob, Azzahra Ahmad dan juga Zaidi Omadan banyak lagi la . Nampak gayanya gabungan pelakon yang power-power ni ..

Jom tonton Trailer Operasi X pula ..




Dream Pictures Production Melancarkan Operasi X Movie pada 1 November 2018


Filem ini mengisah seorang Assistant superintendent, iaitu ASP Redzuan yang sudah tidak percaya lagi dengan pasukannya apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Dia kemudian memutuskan komunikasi dengan semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato’ Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Dia kemudian ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut. Operasi X, antara hidup dan mati.

Operasi X bukanlah sebuah filem aksi namun filem ini mengandungi aksi. Bererti filem ini bukan semata-mata tentang aksi. Garapan Idea Asal oleh Sandosh Kesavan dan Skrip oleh Atiqah Jani telah menghasilkan sebuah karya yang menyentuh hal-hal yang dekat di hati yang menontonnya kerana ia juga adalah tentang cinta, keluarga, persahabatan, dan paling utama adalah tentang menghabiskan sebuah perjuangan.

Filem ini ditayangkan kepada umum pada 1 November 2018.


Adakah Operasi X Movie Filem Terbaik 2018 Gabungan Awie dengan Aaron?


Bagaimanalah agaknye kalau Awie dengan Aaron bergabung dalam satu movie yang mengandungi aksi ? yang ni korang kena tengok sendiri kat pawagam terdekat . Lisa pun nak tengok juga la .. tak sabarnya nak tengok !  Jom tengok sama-sama .. dan jangan lupa share review korang tau lepas tengok Filem Operasi X ini. 

SPIDER-MAN : HOMECOMING , Best tak ?

SPIDERMAN : HOMECOMING, Best tak ? 


Hari pertama movie SPIDERMAN : HOMECOMING fuh .. kerusi dalam pawagam penuh  Nasib baik dah book tiket awal , kalau tak mesti dah melepas tengok . Kali ini Lisa tengok dengan cucu boss, umur 11 tahun gitu , sebab tu tiket kali ini dapat secara percuma jerrr. (memang selama ini tengok wayang percuma hahaha.. boss bayar ) . Tak sure budak punya ticket dah ada jual ke belum . Best tak spiderman homecoming ? Tom Holland memerankan watak Peter Parker /  Spider-Man ,  Robert Downey Jr. as Tony Stark / Iron Man, Michael Keaton as Adrian Toomes / Vulture , Zendaya as Michelle "MJ" Jones , diantara Actor and Actress yang turut menjayakan movie ni .   Seriously best ...  nak cerita lelebih tak boleh .. nanti kena kecam . Ahakss.. sian yang tak tengok lagi kan . 


SINOPSIS SPIDERMAN : HOMECOMING 

Aku nak cerita nanti korang cakap spoiler pula. Hmm.. Lisa bagi sumarry sikit je la ye . Spiderman Aka Peter Parker balik rumah aunty May selepas misi di Sokovia dengan Iron Man tempoh hari . Yang pasti kalau korang dah tengok The Aveger dan Civil War , nah Spiderman homecoming ni sambungan dari movie tu . Peter yang balik jadi manusia normal sebab dah suit tu Tony ambil semula . Sebenarnya ada 3 suit baru untuk spiderman , bukan 2 seperti dalam trailer.  hahaha.. OK la.. 3% Lisa dah cerita ni ha , nak tahu lebih lagi korang kena pi tengok sendiri . 



Pelakon Spider-Man Homecoming 



CAST
Tom HollandPeter Parker / Spider-Man
Michael KeatonAdrian Toomes / Vulture
Robert Downey Jr.Tony Stark / Iron Man
Marisa TomeiMay Parker
Jon FavreauHappy Hogan
Gwyneth PaltrowPepper Potts
ZendayaMichelle
Donald GloverAaron Davis
Jacob BatalonNed
Laura HarrierLiz
Tony RevoloriFlash


REVIEW LISA 

Lisa bagi 5 dari 5 bintang untuk SPIDER-MAN Homecoming ni . Dalam movie ni ada kelakar , ada motivasi , maksudnya tak bertumpu sangat dengan peperangan . Gaduh tu ada la , tapi peperangan kecil yang tak melibatkan banyak musuh . So, spider-man , kali ini lain dari yang lain . ada 2 hero dalam ni , iaitu Spider-Man dengan Iron man . Last scene iron man caruts blogger weih .. hahaha "real reporter yang pasti bukan blogger ." Huh... ingat blogger ni tak bagus ke apa . OK la.. blogger dah sampai taraf dunia gituu, sebab tak semua orang kenal apa itu blogger ... Hahaha.. korang jangan lupa tengok sampai habis tau , sampai after credit tu akan muncul captain america .Yes... so jangan keluar dari pawagam dulu . 

Tahukah anda , sebenarnya TOM HOLLAND dari kecil lagi memang teringin nak jadi Spider-Man . Wahh... bertuah ye ... impian jadi kenyataan beb ! 




Haaa.. Apa tunggu lagi , jangan lupa tonton kat pawagam , kalau tak nak nampak spoiler yang akan tumbuh macam cendawan dimedia sosial. Hahaha... 

Despicable me 3 best atau tak ?

Ba..ba.. baa... baa.. nana..  Agak lama tak tengok wayang di pawagam ,  hari Jumaat tu juga Lisa bawa budak-budak pergi tengok wayang ni ha ...Despicable me 3 ni tak silap keluar 17 June 2017 . Sekali sekala kan .. lagipun sabtu tak sekolah . My little boy salah seorang yang suka dengan minion ni , sampai la bag sekolah , bekas makan , baju , cadar , selimut pun ada gambar minion . Fuhh... 

Despicable me 3 best atau tak ? 

Best , dan rasa macam sekejap je tengok  .Kalau tak best, mesti dalam hati .. " bila aih nak habis wayang ni " . Lisa bagi 4/5 bintang .. hehehehe . Budak-budak pun terhibur , cerita ni banyak buat kita tertawa la , semangat kekeluargaan pun ada .  

Oh ya ... untuk cawan minion ni tak de dalam online . Jadi kalau korang beli tiket online ... kena beratus beli asing la untuk set makanan dengan cawan minion ini.

Sinopsis Despicable me 3 

Ceritanya Gru dibuang kerja sebab tak berhasil tangkap penjahat . Then minions bg cadangan GRU untuk berbuat jahat semula, tapi Gru taknak . Dan tiba-tiba ...muncullah adik GRU iaitu kembar dia yang selama ini dia tak tahu pun ada kembar . Agaknya Gru percaya tak ye cerita tentang adik kembar Gru itu ? Ha... nak tau jalan cerita korang kena tengok sendiri la . Bestt woo... 

Cuti sekolah nanti tengok la ye di pawagam terdekat , hehehe.... tak salah bawa budak-budak untuk happykan diorang sekali sekala ... 


REVIEW : BATMAN V SUPERMAN: DAWN OF JUSTICE , TAK BEST !!

BATMAN V SUPERMAN: DAWN OF JUSTICE || Setelah 2tahun tunggu .,akhirnya Batman vs Superman ditayangkan bermula 25 Mac 2016. Dah seminggu movie Batman Vs Superman tayang di Pawagam . Bagus ke movie tu ?  Berapa rate lepas review movie tu ? Movie bagus dah  tapi Lisa bagi rate 7 dari 10 bintang .

Batman (Henry Cavill )  berlawan dengan Superman (Ben Affleck) hanya nak tunjukkan mana satu hero yang sebenar , setelah di kambing hitamkan oleh Lex Luthor ( Jesse Eisenberg ) . Sebab Luthor anggap dialah Dewa dalam dunia ini .Superman baik , just Batman  je nampak sedikit jahat dalam watak movie ni . Jahat sebab salah paham je .   Demi selamatkan Martha , mak Superman .. , Superman harus melawan Batman dan bawa kepala batman bagi kat Luthor. Muncul pula wonder woman.. best.. tapi superman MATI !



Review movie Batman V Superman : Dawn Of Justive dari Lisa :

*Movie Batman vs Superman  ni best jalan cerita di part akhir . Banyak borak sampai Lisa hampir tertidur part tengah jalan cerita.
*Ada adegan 18-SX , tak sesuai untuk budak-budak. Walhal Hero dalam ni semua kesukaan budak-budak , mesti budak nak tengok juga . Errmmm .. perlu cut adegan berromance di dalam Tab mandi . *Part Ending , best.. gaduh , berlawan .. baru tak bosan . walaupun akhirnya nangis sebab tengok superman mati.
..
Eh mati ke ? Lisa rasa tak mati,, dan akan hidup semula .sebab keranda superman pun kosong je . kena tengok  movie selanjutnya ni . Movie ni tak habis lagi , sebab hero yang sebenar tak muncul lagi..

Kenapa Lisa cakap tak best ? Tak best sebab ada ganguan dalam panggung wayang , orang yang duduk kerusi depan Lisa , kepala dia asik gerak-gerak je .. bercinta dengan GF , yang paling buat lisa tak selesa.. Rambut pacak ke atas ! HUH




Actor : Henry Cavill , Ben Affleck Jesse Eisenberg, Gal Gadot, Amy Adams, Jeremy Irons, Holly Hunter
DIRECTOR  :Zack Snyder
GENRE : Action, adventure, fantasy
SYNOPSIS : Batman tracks down Superman, believing that his power must be checked ... but as the two superheroes confront each other, a new, greater danger emerges
RELEASE DATE 25-03-2016
DURATION 151 mins
RATING 12A
COUNTRY : USA








Tak sabar pula tunggu movie yang lain,

Batman v Superman: Dawn of Justice, directed by Zack Snyder (2016) 

Suicide Squad, directed by David Ayer (2016) 

Wonder Woman, starring Gal Gadot (2017) 

Justice League Part One, directed by Zack Snyder and starring Ben Affleck, Henry Cavill and Amy Adams (2017) 

The Flash, starring Ezra Miller (2018) 

Aquaman, starring Jason Momoa (2018) 

Shazam (2019) 

Justice League Part Two, directed by Zack Snyder (2019) 

Cyborg, starring Ray Fisher (2020) 

Green Lantern (2020) 

REVIEW ; Mission Impossible 5 | Rogue Nation (2015 )

 REVIEW ; Mission Impossible 5 | Rogue Nation (2015 )  || Siapa yang tak kenal dengan aktor kacak ini. Tom Cruise yang telah memenangi 3 kali Anugerah GOLDEN GLOBE AWARDS .Walaupun telah berumur 53 tahun namun tidak menghalanginya untuk bermain Filem. Pemilik nama penuh , Thomas Cruise Mapother IV  menjadi watak utama dalam action movie Mission Impossible 5 - Rogue Nation yang mula di tayangkan 31 July 2015 di USA  .

Mission Impossible 5 ditayangkan dengan durasi 2 Jam 11 minit, digarap oleh director Christopher McQuarrie  . Semalam Lisa tengok movie ini, memang best .. Rela midnight untuk tonton mission Impossible 5 ! Dan diantara senarai Pelakon Mission Imposible 5 : 
Tom Cruise ....Ethan Hunt
Jeremy Renner ... William Brandt
Simon Pegg ... Benji Dunn
Rebecca Ferguson ... Ilsa Faust
Ving Rhames ... Luther Stickell
Sean Harris ... Solomon Lane
 Simon McBurney ... Atlee

Sinopsis Mission Impossible 5 : Rogue Nation | Mengisahkan mengenai pembubaran IMF dan kemudian membuat Ethan Hunt (Tom Cruise ) menjadi tertuduh . Dan mencuba mencari lelaki yang merupakan pembunuh isteri Hunt dan juga merupakan sindiket berbahaya . Dengan bertemankan kawannya Benji Dunn ( Simon Pegg )  , Hunt mencari Ilsa ( Rebecca Ferguson ) kerana dia sahaja yang tahu dimana pembunuh dan sindiket itu berada. Seperti mencari penyagak yang ingin menggulingkan negara , dan mencari siapa sebenarnya dalang yang menjadi penggelapan duit sebanyak 2.4 Bilion . Kunci hanya ada pada red box , dan red box tu hanya boleh dibuka dengan menggunakan scan pada retina  dan suara Prime minister London  . Pada siapa Ilsa akan berpihak ? dan siapakah dalang semua sindiket itu ?

Jangan lupa saksikan dipawagam terdekat. Memang best woo... Boleh ubatkan rindu dengan Tom Cruise .


Pautan : TONTON ONLINE MISSION IMPOSSIBLE 2015 - ROGUE NATION (2015 ) 












REVIEW : Fast And Furious 7 , Movie Best tapi..

REVIEW : Fast And Furious 7 , Movie Best tapi..  | Movie ini sambungan dari Fast and Furious 6, mengenai lumba kereta . Deckard Shaw,  seorang pembunuh bekas ejen perisikan yang terlatih (Special Forces) memburu satu persatu kumpulan TORETTO sebab ingin membalas dendam atas apa yang berlaku terhadap adik nya iaitu Owen. Bermla dari Han , kemudian Deckard membelasan Hans di tempat kerja sampai mengalami patah kaki dan tangan. Diikuti dengan mula mengancam keluarga Dom .

Movie yang mampu menarik jutaan penonton di seluruh dunia. Banda kecik macam kluang je , tiket SOLD OUT dihari pertama tayangan Fast and Furious 7 apalagi di bandar besar? uish memang sesak dengan orang le. Macam Lisa , terbantut tengok sebab tiket hari Jumaat da habis terjual. Hahaha.. so beli untuk tayangan hari sabtu, 03 April 2015. Lisa tengok F and F 7  dengan big "CHEW" Family , 9 orang . Memang meriah lah ! Ini kali , Lisa dapat tiket free. Hehe..



FAST AND FURIOUS 7 INI BEST , MOVIE BEST ..saya bagi 6/5 bintang  Tapi.. tapi saya tak nangis time babak akhir cerita tu . Kawan cakap sediakan tissue ketika tengok movie ni sebab babak akhir nanti sedih. Throwback Lakonan PAUL WALKER semasa berlakon di FAST AND FURIOUS  sebelum dia mengalamai kemalangan yang meragut nyawa PAUL.  Movie ini sedih , kelakar , penuh aksi . Best part : ketika Dom dan Brian membawa Red R8 yang memang wow, kereta kebal peluru kemudian memandu dengan kecepatan yang laju , terjun dari bangunan ke bangunan menembusi 3 bangunan! FUuuhh.. macam Lisa pula dalam movie tu . Ada juga part gadis-gadis seksi , lelaki suka lah tu. haha..

Apakah kesudahan cerita itu ? Beli tiket dan tengok di pawagam terdekat le..
With my handsome boy.
 Barisan pelakon yang berada didalam Movie FAST AND FURIOUS 7 
PELAKONWATAK
Vin Diesel Dominic Toretto
Paul WalkerBrian O’Conner
Dwayne JohnsonLuke Hobbs
Michelle Rodriguez Letty Ortiz
Jordana BrewsterMia Toretto
Tyrese Gibson Roman Pearce
Chris Bridges Tej Parker
Lucas BlackSean Boswell
Jason StathamDeckard Shaw
Elsa PatakyElena Neves
Kurt Russell Frank Petty
Tony JaaKiet
Ronda RouseyKara
Nathalie EmmanuelMegan Ramsey
Djimon HounsouJakande
John Brotherton Sheppard

REVIEW : AH BOYS TO MEN 3 - FROGMEN

REVIEW : AH BOYS TO MEN 3 -FROGMEN | AH BOYS TO MEN 3 , Selepas ABTM (AH Boys TO Men ) 1 dan 2 kini dah muncul dengan ABTM 3 . Kelakar namun sempat buat Lisa menangis dalam panggung wayang tu. Touching time part harus memilih antara membiarkan mak atau memanggil polis untuk menangkap mak Lo Bang ,salah satu watak dalam cerita itu. Gila taknangis , touching kot. Apalagi Lisajenis yang gembeng atau mudah tersentuh perasaan.  Disajikan dengan 3 bahasa ,Mandarin , kantonis dan juga English  dan juga ada subtitle. 

 Movie yang bercerita mengenai kehidupan dan training semasa dalam recruits of Singapore’s Naval Diving Unit (NDU). Disana pula mereka belajar untuk menjadi sebuah team , brother hold dimana semua saling bekerja sama satu sama lain dan mengetepikan EGO . Walaupon bergaduh mula-mula , namun akhirnya mereka bersatu untuk menamatkan HELL WEEK . Apa itu Hell Week ? hee jangan lupa tonton la di pawagam terdekat.


Semalam tengok berempat , Lisa , anak boss dan dua anak-anak dia. Haha.. mereka dah macam family sendiri dah . Sebab anak no 2 ah mey , dapat no 1. dalam keputusan exam ritu.. ni kira hadiah lah. Belanja dia tengok wayang . Budaklagi, Darjah 2 . Staff yang kerja di pawagam MBO itu menawarkan Lisa untuk buat membercard tak ? dia cakap FREE je . Sebab tu Lisa buat sahaja lah . Hehe.. Nanti kalau birthday dapat 2 Tiket Free atau ,point tu leh tebus dengan tiket / makanan secara percuma. Menarik bukan.  

 
Release Date: 19 Mar 2015
Language:Mandarin
Subtitle: Malay/English /Mandarin 
Genre:Action / Comedy
Running Time: 145 minutes
Director:Jack Neo
Cast:Wang Weiliang, Joshua Tan, Maxi Lim , Tosh Zhang Wesley Wong
Distributor:MM2 Entertainment
Synopsis:
The original cast of Ah Boys to Men will reprise their roles – this time as recruits of Singapore’s Naval Diving Unit (NDU).
The movie offers a peek into the intensive training regime of the NDU, which have never been revealed so far. Together, the boys must survive 40 weeks of hell to become frogmen, one of Singapore’s most fearsome military units.



HAJI BACKPACKER [Novel Islamic]

HAJI BACKPACKER [Novel Islamic] | Sekali lagi novel islamik yang menceritakan mengenai perjalanan seorang insan dalam mencari kebahagiaan dengan mengembara ke sembilan negara. "Haji Backpapcker"bercerita tentang perjalanan spiritual sang watak utama melintasi sembilan negara memalui darat untuk menuju Arab. "Perjalanan yang akan membuat kita semakin menyadari bahwa semua pahit dan manis kehidupan membuat kita dekat dengan sang pencipta .
Menggunakan bahasa yang begitu lembut seperti desiran angin pantai namun ia juga tajam dan cerdas,menguras emosi dan air mata. Begitu menyentuh. 


Sinopsis Novel Haji Backpacker  |  " Mada memberontak kepada Tuhan ,kerana sudah merenggut nyawa ayah dan ibunya . Ia juga kehilangan cinta yang membuatnya patah hati. Di tingglakan calon isterinya sebelum di ijabkabulkan di hari pernikahan mereka. Ia marah padakenyataan ,kemudian memutuskan untuk menjadi backpacker yang hidup bebas. Bahkan dia meninggalkan Tuhan ,keluarga, dan sahabat karibnya dikampung . Pada dunia luar yang bebas,Mada mendapatkan kebahagiaan ragawi namun merasa kosong secara rohani.
Disaat penuh kerapuhan inilah ,tangan Tuhan mengajaknya untuk kembali melalui serangkain peristiwa .Berkelana dari satu negara ke negaralain ,menyingkap kesadaran demi kesadaran ,Mada sadar ternyata Tuhan sebenarnya mencintai dan selalu menjaganya dengan aturanyang sempurna ,Tuhan selalu menjaganya " . 

Memang menarik jalan cerita novel ini, dan telah di buat movie pada 4 October 2014 dipawagam Indonesia. Jalan cerita yang dipaparkan dengan aturan menarik dari satu negara ke negara lain. Perjalanan  di sembilan negara iaitu : Indonesia -Thailand,-Vietnam-China-India-Tibet-Nepal-Iran-Saudi Arabia.


Cinta itu fitri , cinta datang dari Yang MahaMencinta,mengendap di kedalaman jiwanya dan meminta agar tetap terjaga kesucian dan fitrahnya ,hingga ketika datang suatu masa dimana dua hati saling terikat dalam janji suci perkahwinan suci,cinta akan meminta dengan cara yang lainnya . 


Terimakasih untuk cik pijaz sebab tolong Lisa beli Novel ini di Bandung -Indonesia. , last stock pula tu.. Hehe. Cari disini tak jumpa la pulak.




 TONTON ONLINE HAJI BACKPACKER


Trailer: 

Kesilapan Gambar Drama Asam Pedas Untuk Dia

Kesilapan Gambar Drama Asam Pedas Untuk Dia | Bagi penggemar drama di TV3 memang tak asing lagi dengan nama Asam Pedas Untuk Dia yang disiarkan di TV3 setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 7 malam. Lisa pon suka juga tengok drama ini, hehe. Tak nak tertinggal satu episod. 

Barisan Pelakon : Dayana Roza, Shukri Yahaya, Adella Aryana, Juli Farhana Marin, Fazlina Ahmad Daud, Manan Sulaiman. Walaupun drama ini diadaptasi dari novel , namun Lisa tetap suka tengok. Sweet gitu tengok Shukri yahya (ZIYAD ) berlakon dengan Dayana Roza (AININ) dalam pernikahan rahsia mereka. Haha.. 

Dan kisahnya hari ini Lisa tengok ulangan drama Asam Pedas Untuk Dia Episod 16 yang ditayangkan malam tadi , 01 March 2015. Dalam Erpisod ini ada part scene yang Aizad call Ummi menggunakan Skype , Ummi dia berada di London Melawat adik lelaki Aizad yang belajar disana.  Dan time sedang SKYPE tu , Nampak lampu background ummi di London SAMA , SEBIJI dengan Lampu yang ebrada di bilik Aizad . 


Scene Ummi dan angah berada Di London 


Scene babak ZIYAD berada dirumah [MALAYSIA ] , dalam bilik ZIYAD  .

Amacam ? nampakkan persamaan disitu .Mistake Picture Drama Asam Pedas Untuk Dia  Sebiji sama lampu tu . Mungkin lampu tu import dari London kot. Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua.#EHh . Hehehe..

VILLA NABILA , seram ke ?


  VILLA NABILA , seram ke ? | Filem yang berdasarkan kisah benar , rumah berhantu Villa Nabila yang terletak di Johor Bahru ini merupakan arahan pengarah muda , Syafiq Yusuf . Masih ingat tak kalian tentang berita hilangnya 23 remaja di Villa Nabila yang pernah viral di masyarakat dan juga menggemparkan semua orang. Ada yang cakap kena sorok " Hantu" ? dari kejadian tersebut  lah Syafiq mempunyai idea untuk membuat filem "Villa Nabila" dalam bentuk Dokumentari. 

SERAM ? seram tak seram juga la. Haha.. sebab memang akan ada hantu yang muncul ketika dokumentari tu. Bukan hantu betul yang pastinya . IF Lisa duduk tengok sensorang malam-malam, menjerit  la juga nanti.  



Tonton Online Villa Nabila 


*klik untuk tonton

atau 

Download Villa Nabila 



Sinopsis Movie Manisnya Cinta Di Cappadoccia

Sinopsis Movie Manisnya Cinta Di Cappadoccia | Kisah seorang gadis yang bernama Ifti Liyana yang telah dijodohkan dengan Fredo ,jejaka pilihan kedua orang tuanya . Setelah beberapa tahun  bersama akhirnya mereka memilih untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.  Pertemuannya dengan seorang jejaka yang mampu membuka pintu hatinya untuk bercinta kembali. Nizam , jejaka hang mengaku sebagai seorang pemandu Bas. Namun, ada sahaja masalah yang timbul  . Antara ayahnya yang menginginkan Ifti menikah dengan Bachtiar , bekas abang ipar nya dan juga ayah dari anak-anak buahnya. Siapakah yang akan dia pilih ?

Tonton Online Manisnya Cinta Di Cappadoccia Disini 
Download Manisnya Cinta Di Cappadoccia ,
Disini  

Lagenda Budak Setan 3



LAGENDA BUDAK SETAN 3 | Berakhirnya sebuah lagenda cinta abadi ,apakah Kasyah akan kekal bahagia dengan kate selepas bernikah? Dan kemudian bekas suami dan rakan kerja Kasyah kate muncul kembali untuk merosakkan hubungan Kasyah dan Kate.  Filem yang menyaksikan lakonan hebat Farid Kamil, Maya Karin dan Bront Palarae telah ditayangkan di pawagam 11September lepas. 

Bagi yang tak sempat nak tengok dipawagam, jadi siang tadi baru sempat nak layan movie online " Lagenda Budak Setan 3". Almaklumlah takda geng's nak hajak tengok movie sebab cuti tak sama time ! Huhu..
Nangis, Marah , Sedih, dan Tertawa , itulah perasaan yang saya gambarkan time tengok movie tu .Hahaha..kalau kalian tak tengok lagi, harus tengok sekarang ! Rugi aihh..
Klik link dibawah :
Lagenda Budak Setan 3
© all rights reserved
made with by templateszoo