Ad

Cara Mudah Menyelesaikan Blacklist Telco

Cara Mudah Menyelesaikan Blacklist Telco

Cara Mudah Menyelesaikan Blacklist Telco

Assalamualaikum , kalian apa kabar ? semoga sihat selalu . Kali ni Lisa nak kongsi tips cara mudah bayar akaun yang tertunggak atau blacklist / senarai hitam nama di telco pula . Biasanya nama jadi blacklist sebab ada tunggakan bill di telco dan tak bayar , akaun dah mati tapi masih ada bayaran yang belum dijelaskan . Mungkin korang adalah salah satu dari mereka dan tak tahu bagaimana nak bayar settlekan hutang tertunggak tu ? .Lisa harap info ini berguna untuk kalian. 

Cara Menyelesaikan Blacklist Telco


STEP 1 : CALL HELPLINE TELCO.


Call nombor helpline telco dan cakap kat mereka yang korang dah kena blacklist. Kemudian minta kat dia nombor akaun dan amount bill korang yang tertunggak tu.

Kat sini Lisa bagi beberapa nombor helpline telco yang terpilih:

Maxis : 1800 821 123 , 123 ( Pengguna Maxis )
Celcom : +60 19-601 1111 , 1111 (pengguna celcom )
Digi : +016 221 1800 
Umobile : +018 388 1318 , 1318 (pengguna umobile ) 

STEP 2 : BUAT PEMBAYARAN SECARA ONLINE


Bila dah dapat nombor akaun, korang dah boleh buat pembayaran secara online. Contohnya boleh buat dengan maybank2u. pergi ke bahagian bill payment, pilih telco, masukkan nombor akaun tadi, dan terus buat pembayaran.

Setel! Tapi kena tunggu dalam masa lebih kurang 24 jam. Baru korang akan dibuang dari senarai hitam.


Kalau korang tak ada online bankin  atau perbankan online , kenalah pergi center terdekat untuk buat bayaran . Biasanya makan masa 1-24jam masa bekerja  ( yang betul-betul center je tau baru boleh , kalau celcom pergi ke BLUE CUBE ) 

Dari pengalaman Lisa kalau bayar di center  , DIGI , U Mobile dan MAXIS makan masa 1-7 hari masa bekerja untuk clearkan nama korang di telco mereka , tidak termasuk public holiday atau weekend ya . 

Sekarang hutang di telco pun dah link dengan CTOS , nak beli rumah atau kereta memang akan ada effect . Jadi sila bayar ye , tertunggal 50 sen pun boleh jadi blacklist tau . 

0

No comments

Post a Comment

both
© all rights reserved
made with by templateszoo