Sunday, April 28, 2019

CARA MERAWAT SPORO KUCING

CARA MERAWAT SPORO KUCING

Assalamualaikum , sebelum ni Lisa ada tulis tentang kucing sporo . Lepas beranak , kucing Lisa kena Sporo jangkitan dari kucing luar , bermula dari hidung bengkak.. kudis di muka.. di telinga dan kemudian merebak keseluruh badan , oleh tengok di entri sebelum ni [ KUCING AKU SAKIT SPORO ]  . Alhamdulillah.. masuk bulan  April ini ,.. Ibu Meow dah mula tunjukkan tanda-tanda nak sembuh. Happy dan seronok gila weih! tak sesia pengorbanan  jaga kucing selama ni. Lisa akan kongsikan Cara Merawat Sporo Kucing yang Lisa buat selama ini. 


UBAT UNTUK SPORO KUCING

Kucing yang kena sporo biasanya memang takda harapan untuk hidup . Ramai yang sugest untuk Put To Sleep . Sebab bukan senang nak jaga penyakit Sporo pada kucing ni ., selain itu kos mahal ( Klinik VET yang bagitau ). Selain dari ubat , korang juga perlukan kesabaran yang tinggi . Kucing Sporo biasanya akan sembuh dalam 6-8 bulan . FUH bayangkan berapa banyak kos dan tenaga untuk selamatkan kucing dari kena sporo. OK lah... panjang pula mukadimah.. Nah Lisa share ubatan dan cara merawat sporo pada kucing. 




UBAT UNTUK SPORO KUCING 

1. Inox  itraconazole
2. Sporanox
3. Liv52 Himalaya
4. Antibiotik
5. Funginox
6. PS Herbs F7

CARA MERAWAT SPORO PADA KUCING. 

1. Letak kucing dalam sangkar
Asingkan dengan kucing yang lain untuk elak menjangkit . Jangan lupa pakai GLOVE / Sarung tangan masa jaga kucing ni .,, sporo boleh menjangkit pada manusia melalui gigitan / cakar / tangan kita luka then terkena luka kucing .
Sangkar kena cuci setiap hari tau , pakai clorox untuk matikan bakteria . Pastu bawah tu alaskan dengan surat kabar, nanti senang nak bersihkan berak and kencing. Setiap kali kencing atau berak , korang kena tukar ke surat kabar yang baru . Jangan biarkan kucing pijak2.. nanti infection pula sebab tengah kena sporo kan . Lap dan spray dengan air yang dah dicampur dengan clorok . Jangan kena kucing pula ye... spray kat sangkar tadi yang kena berak atau kencing sebelum letak newspaper baru.


2. BAGI UBAT.INOX ,  Jangan memandai lak cakap kucing tu kena sporo. Apapun kalau dah nampak tanda-tanda sporo tu korang terus je check ke VET atau klinik haiwan untuk diagnosis ya . Lepas tu doctor akan putuskan sama ada sporo ke tidak. Kalau kena sporo , nanti dia akan bagi sukatan dan jenis ubat untuk kucing. Ubat apa yang sesuai.. sukatanpun kena betul.



Lisa dapat ubat dari doctor seperti antibiotik ( 1 kali pagi selepas makan ) ., inox ( separuh makan pagi dan malam ) dan lepas makan inox terus makan LIV52 untuk ubat hati . sebab ubat inox ni effect kat hati.. tak boleh main bagi jer tanpa sukatan yang betul.. dan kena makan ubat liv52 la tu tuk seimbangkan. Sebab ubat LIV52 ni susah nak didapatkan kecuali online atau butik himalaya .. Lisa gantikan dengan SHINE HEPAVITE aritu masa beli kat farmasi .




INOX - 1/2 capsule untuk kucing 3tahun tak silap. Harga Inox capsule ni RM60-80 untuk 28 capsule (sekotak) tak silap. Kalau seminggu bagi makan inox tak nampak tanda-tanda dah nak sembuh.. Lisa naikkan 1 capsule untuk percepatkan proses penyembuhan . Yang ni lepas consult dengan yang admin Page PhatCATHAUS ( Korang boleh klik dan derma untuk kucing-kucing yang sakit ... admin ni dia rescue and jaga stray cat . Mulia sungguh dia ) . Thanks sebab bagi tips and ubat untuk penyokong proses penyembuhan SPORO.  


Kalau INOX tak berkesan juga..korang boleh tukar ke SPORANOX. yang ni mahal la dari INOX . sekotak dalam 28 capsule harga dia cecah RM 268.  


TIPS BAGI MAKAN UBAT PADA KUCING : 

Korang boleh letak sedikit wetfood , lepastu letak ubat inox tadi , then bagi dia makan habis dulu . Lepas tu ambek lagi sesudu teh wetfood , letak ubat hati pula... kemudian lepas tu baru bagi makan wetfood sesuai porsi dia . Tujuannya untuk bagi ubat tu masuk dulu. Kalau korang campur nanti kucing takut dah taknak makan lagi dan kesan ubat lambat nak meresap. 
Pakai picagari pon ok.. tapi kes lisa ni kucing liat nak makan ubat. Takut kang paksa-paksa lepas tu kena cakar.. si guna cara tadi la untuk selamat . 




FUNGINOX 
Spray di bagian luka kucing sporo tadi .. harga untuk satu botol ni dalam RM 30-35 gitu difarmasi.. 15ml. so paham paham je la kalau luka banyak macam kucing Lisa ni.. sehari dua memang dah abes haha. 


PSHERBS F7 
Lisa bagi spray habis 1 botol je ,, time srpay ni memang makin lama makin teruk .. tapi..tiba2 dah mula ok . Ha... gitula .. lepas dah nampak nk ok tu Lisa stop kan spray spray . Kalau dah bagi funginox jangan spray yang F7 lak . 

Tapi Lisa bagi inox , semua ubat diatas la.. hahaa dan berkesan .








JANGAN CUCI / BERSIHKAN LUKA KUCING SPORO. 
Memang nampak kasihan dan mesti rasa sakit kalau tengok luka-luka dan kudis sambil kuarkan darah pada si meow. Jangan korang bersihkan pula. Awal dulu Lisa bagi SPIRIT / Alcohol untuk tap tap pada luka kucing tu . Memang pedih gila tapi kucing behave je.. lisa tap tap slow slow, tujuan nak matikan bakteria memang berkesan la sebab Lisa pon cuci luka dengan spirit tu . Ni langkah awal je time sebelum bawa pergi vet.. Jangan bagi IODIN / DETOL ye .. tak sesui untuk kucing. 

Jangan lupa jaga si meow elak dari kena kerumun lalat. 

BAGI MAKANAN LEMBUT 
Lisa bagi makanan sehari tiga kali. Ya kalau dah kena SPORO ni kucing biasanya takda selera nak makan . Lebih lagi lepas makan inox .. Jika lepas sebulan si Meow dah tak nak sentuh makanan dia.. kena hati-hati tu . kemungkinan dia akan survive 50:50 je . Lisa dari awal bagi dia makan wetfood Whiskas tu .. pagi petang dan malam . Sebab Lisa kerja , tak sempat la nak masak makanan . Kalau korang ada masa yang banyak.. boleh bagi kucing LABU dan AYAM Rebus dan lumatkan . 





BAGI SUPORT MORAL.


Kucing pon ada perasaan juga. Masa tengah bagi makanan tu , cakapla dengan meow.." makanlah meow.. makan sebanyaknya pon takpa.. janji cepat sembuh " Berkesan weih.. memang makan banyak gila masa sakit haritu . Dan tiap kali makan , Lisa akan cakap macam tadi tu. 

Kalau ada anak.. sekali sekala tu bagi la anak main dengan mak dia. Mak mesti nak tengok anak-anak dia. Kucing Lisa baru beranak time ni.. dalam 3 minggu lisa dah asingkan sebab si meow kena sporo lak . Tu masa luka tak teruk lagi..Lisa ada masukkan sekali anak-anak ke sangkar si IBU untuk minum susu sekejap. Sekejap 30 minit je lepastu asingkan balik. Jangan campur lama-lama kang menjangkit si anak . 

Asingkan sangkar tapi letak bersebelahan untuk si IBU boleh tengok anak-anak tadi . 





Alhamdulillah ... lepas masuk bulan kedua si IBU masih makan banyak , Lisa teruskan jaga dia. Hampir je putus asa nak Put TO SLeep kan si IBU , luka makin banyak dan tak sembuh.. Badan pun kurus gila. nampak tulang. Badan selalu berpeluh.. ramai cakap dah tak lama dah tu hidupnya , tapi tengok anak-anak masih kecil memang sebak dan tak sampai hati . Biarla Lisa jaga sampai sembuh ..atau sampai mati . Alhamdulillah nampak perubahan sedikit demi sedikit... happy gila wakk time tu . Dan sekarang tunggu sampai betul-betul pulih . 

Dekat Telinga tu buble masih ada lagi .. kena tunggu 100% baru lepas kan kot. Sekarang tangan dan kuku pon dah gatal dok kais-kais karton dalam sangkar tu . Padahal sebelum in kuku dan kaki bengkak berdarah . Ok lah tu .. dah mula nak active semula. :D


Itu je Tips dari Lisa , Cara merawat sporo pada kucing . Semoga kalian tidak berputus asa jaga kucing sakit SPORO.








Saturday, April 27, 2019

REVIEW AVENGERS : ENDGAME

REVIEW AVENGERS : ENDGAME 

Finally , movie yang ditungu-tunggu dah sampai ke penamatnya .Kalau korang penggemar Marvel memang tak sabar la kan nak jadi orang pertama tengok . Lisa pon tak nak terlepas peluang la jadi penonton di hari pertama tayangan movie AVENGERS : ENDGAME ni . Best tak ? yang pasti korang kena sediakan tisu ye ... hehehhee 


SINOPSIS AVENGERS : ENDGAME 

Dalam INVINITY WAR yang lepas , Thanos masih hidup dengan 6 Batu Invinity ditangannya . So dalam AVENGERS : ENDGAME ni.. the Avengers dan sekutunya semua bergabung untuk melawan Thanos untuk mengambil ke-enam batu invinity tu dan letak ketempat asalnya  demi mengembalikan dunia yang dah huru hara menjadi kembali seperti  dulu. 





Movie ni berdurasi 3 jam , jadi yang ada anak kecil tu baik fikir2 dulu la ye sebelum bawa baby atau budak masuk pawagam ni . Kalau menangis tak henti.. sian orang lain yang bayar tiket tu nak tengok wayang tapi terganggu pula . 

Masa Lisa tengok haritu , nak masuk website MBO kemahin susah weih.. asyik error loading je. tengok tiket jam 11.45 malam pun dah penuh. Nasib ada pawagam satu lagi yang baru buka.. so tengok kat situ je la . Kerusi masih banyak kosong lagi , elok dah takde yang bawa baby masuk dalam hall... Tapiiii... SPOILER tetap ada . Sebelah kanan Lisa dia menguap berbunyi kuat... banyak kali lak tu tanpa rasa bersalah . Mungkin dia tak nak tengok tapi nak temankan orang sebelah je kot . Lepas tu belah kiri pula... suara potpet potpet bercerita dari awal ke akhir , lah ternyata tak pernah tengok movie Avengers sebelum ini ,, jadi memang tak tahu jalan cerita . So tanya la A to Z,,, hmm tak leh focus. Yang depan Lisa pula.. kepala tinggi asyik bergerak ke kanan ke kiri.. allahu... hahaha tak tenang betul. Ada scene sedih .. tapi feel tu tak sampai nak mengangis sebab terganggu . 



REVIEW LISA : 

Babak ni banyak bercakap dari action , .. sekali action... dalam hati mesti " woaahhh ,,, " Lisa bagi 8 bintang dari 10 ... yang 1 bintang tu tuk spoiler spoiler dalam pawagan dan media sosial tu !!

So korang tengok la sendiri ya.. pastikan tengok movie yang sebelum ni .. jadi korang takde la macam lost gitu . 



Haa.. tapii tapii.. dah tengok tu jangan la jadi spoiler . Dan yang penting juga.. jangan jadi tukang record kalau taknak kena tangkap ,,, sama ada didenda atau kena masuk dalam penjara. wahh seram dengarnya . 




Bye... I LOVE YOU 3000 TIME !  
Sunday, April 21, 2019

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI 

Lisa tak berapa berani nak makan mangga muda ni , sebab jenis yang takut masam and takut gigi ngilu . Tapi sejak pakai sensodyne ni dah berani try makan manis , masam ( eh teriklan pulak ) . Dah bertahun rasanya Jeruk Manga Asam Boi ni menghantui rakyat Malaysia , kalini Lisa cuba try rasa dan ... sedap weih. Tak la masam macam yang Lisa bayangkan selama ni . Rasa Masam, manis dan pedas... ok la cun ! Sebelum ni Lisa ada share RESEPI JERUK RAMBUTAN ASAM BOI , kali ni nak share Resepi Jeruk Mangga Asam Boi pula.. semudah ABC jerr.

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI RANGUP & MUDAH


Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuatnya.
Bahan-bahan

4 biji mangga
1 sudu teh kapur makan / Garam kasar
10 Sudu Besar Gula 
1 Packet Asam boi
Cilipadi ikut suka nak pedas mana

CARA-CARA
1. KUPAS MANGGA
Mula-mula basuh dan buang kulit mangga macam biasa. Hiris panjang-panjang tapi jangan nipis sangat sebab nanti tak rangup pula.
 RENDAM
Seterusnya kita rendamkan mangga dengan air yang dibancuh dengan 1 sudu teh kapur makan. Biarkan 1 jam.Tujuan merendam dengan air kapur ni untuk bagi mangga tu rangup.
Kalau yang tak ada kapur dekat rumah boleh gantikan dengan garam kasar segenggam atau cuka.
CUCI
Lepas sejam, cuci semula mangga tadi bersih-bersih. Lepas tu toskan dan bolehlah masukkan ke dalam balang.

2.Masukkan gula kemudian gaul rata .

3.Selepas itu masukkan asam boi dan cili padi , gaul rata lagi.

4.Akhir serkali taburkan asam dan limau kasturi , simpan dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum dinikmati . Simpan dalam peti ais semalaman baru sedap makan sejuk-sejuk. Bahan-bahan tadi pun dah bersatu dan lagi kaww rasa jeruk mangga tu.


Haa… Kan ke senang sangat nak buat jeruk mangga asam boi ni. Yang suka pedas, bubuhlah cili tu lebih sikit. Baru power!

Selamat mencuba.
Saturday, April 20, 2019

Pelakon Kamar Kamariah


PELAKON KAMAR KAMARIAH

Dah lama tak update pasal Drama Akasia , nah.. drama ni memang Lisa tunggu kemunculannya sebab nampak sedutan Nabila Huda kena dera.. Haa kena dera tapi dalam drama je la hihihi. Drama Kamar Kamariah yang mengisi slot Akasia di setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7 malam di TV3.  Senarai Pelakon Kamar Kamaridah diantaranya :  Fizz Fairuz, Nabila Huda, Syafie Naswip, Aidil Aziz dan ramai lagi. 


WATAK PELAKON


PELAKONWATAK
Fizz Fairuz Murad
Nabila Huda Kamariah
Tasha Shilla Sally
Syafie Naswip Qhalif
Riena Diana Ratna
Aidil Aziz Hisyam
Engku Faridah Hafsah
Shuhanty Hanafiah Sarah
Zetty Shahibullah Maimun
Ismail Yaacob Pak Jalil
Rose Aida Ummu Jannah
Mohamad Sobri Hussain Ustaz Kahiril
Halimah Naim Kak Peah
Syaza Irwinie Shila
Faiz Katek Ronny
Shyrim Razman
Najwa Jaafar Maria
Nurzahra Aisyah Baby Qhalif
Maleq Fadhal Qhalif
Shaiful Aqhil Qayyum
Halmy Hamizan Qayyum
Sharifah Nabila Qistina

LAGU TEMA / OST

Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza
Misteri - Ernie Zakri
Hatiku Milikmu - Siti Nordiana
Kisah Antara Kita - One Avenue Band

SINOPSIS KAMAR KAMARIAH

Mengisahkan kehidupan suami isteri bahagia pada pandangan orang lain. Namun isterinya derita sepanjang kehidupan bersama suami. Kekejaman dan kezaliman Murad kepada isterinya, Kamariah tidak pernah diketahui orang sekeliling. Dalam naskhah ini juga, menghimpunkan kesabaran isteri yang diduga dengan kezaliman suami. Saban hari dipukul dan disepak teranjang, namun dia masih bertahan.

Kamariah wanita dianiaya sejak muda lagi. Kamariah diperkosa oleh lelaki mabuk yang tidak mengaku perbuatannya. Kamariah menganggap kejadian itu balasan tuhan atas pekara maksiat yang dilakukannya. Kamariah berkahwin dengan Murad.

Murad merupakan seorang lelaki alim dan berhati mulia disisi pandangan orang kampung. Namun sebaliknya Murad berselindung menjalankan perniagaan kelab malam. Dia perlu berkahwin dengan Kamariah atas pilihan ibunya. Konflik bertambah apabila Murad mengetahui kisah silam Kamariah dan Kamariah melahirkan anak yang dianggap bukan darah dagingnya. Keadaan itu menyebabkan Murad menjadi baran dan mendera Kamariah.

Kamariah terpaksa merahsiakan yang dia menjadi mangsa deraan Murad  kerana Kamariah sentiasa bimbang Murad akan membunuh anaknya. Didepan keluarga, Murad melayan Kamariah dengan penuh kasih sayang.

GAMBAR PELAKON







Drama Kamar Kamariah ada 13 Episod je .. ala kejapnye! Jangan lepaskan tonton ye.. boleh tengok di youtube kalau korang terlepas episod awal ritu :D 

OHFREEFOOD , Aplikasi Berkongsi Makanan Percuma

OHFREEFOOD , Aplikasi Berkongsi Makanan Percuma !

Tinggal beberapa minggu lagi dah nak masuk bulan ramadhan . Biasanya kan.. time puasa ni la terdapat pembaziran makanan .. Beli banyak-banyak lepas tu makan tak habis.. akhirnya basi dan dibuang ke tongsampah . Nak bagi dengan orang , tak tahu nak bagi dengan siapa kan lebih elok kalau berkongsi . Tak tau nak kongsi dengan siapa ? Nah .. apa kata korang install Apps OHFREEFOOD dalam phone korang. Aplikasi untuk berkongsi makanan , atau korang pun boleh request dan dapatkan makanan percuma di apps tu . Menarik bukan ?


MAKANAN PERCUMA DENGAN DOWNLOAD APPS OHFREEFOOD

 OHFREEFOOD ni diwujudkan pertama kali oleh pengasas apps ni iaitu encik Irwan Hisham untuk elak pembaziran makanan . Bukan hanya boleh berkongsi makanan , tapi juga boleh request makanan . Contohnya Masak banyak dan makanan terlebih .. boleh korang upload gambar dalam apps tu dan nanti bagi dekat orang yang request . Mungkin ada jiran kita yang tak sempat nak masak , atau ada orang lain yang lapar.. haa boleh la kita berkongsi rezeki. Atau .. harini terlupa tak bawa duit makan , lepas tu hanya perlu buka apps OhFreeFood dan tengok dalam tu ada orang post makanan untuk dikongsi . Korang hanya perlu request dan pickup makanan tu secara percuma je .Ye wakk percuma jerr...

Selain dari makanan yang dah dimasak , korang juga boleh berkongsi makanan yang belum dimasak seperti Sardin , Beras , Tepung , Biskut ... haa gitu la yang penting makanan yang masih elok untuk dimakan .  Nak bagi makanan tu bukanlah makanan sisa yang kita dah makan ye , kalau rasa tak boleh habis.. asingkan dan bungkus asing dan Kongsi dengan orang lain .



Nampak tak Avaiable Free Food , yang tu korang boleh request. Tapi kena tengok juga la lokasi ada kat mana .. kang korang di kedah tapi owner duduk Johor.. nah jauhhh weih. Kalau area tempat Meetup or Pickup tu dekat dengan tempat korang , yang tu lelaju la korang request dan tunggu di approve ya . Lepas tu chit chat la nak ambek jam berapa dan detail-detail semua . 



Cara Guna Apps Oh Free FOOD

1. Download Apps OHFREEFOOD di AppsStore atau di GooglePlay https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ohfreefood.app&hl=en ]

2. Login dengan akaun Facebook atau email korang. Dan SIAP !

Korang dah boleh explore la dalam apps tu , ada makanan apa yang boleh dishare , Share makanan , request makanan dan banyak lagi . :D

Lisa pon dah try , Seronok berkongsi makanan ni . Aritu share biskut ... harini share KFC pula sebab Lisa memang tak makan KFC .Tadi dapat bauchar dan ada lebihan KFC ,, jadi reedem la. Nah dari membazir..tak termakan, baik bagi kat orang lain kan :D 


Jangan lupa letak lah serba sedikit detail tentang makanan yang korang sumbangkan seperti kuantiti, jenis makanan, lokasi pengambilan dan penyerahan dan masa. Ini bertujuan memudahkan mereka mendapatkan info di mana lokasi makanan yang kita sumbangkan.

Tada.. indahnya berkongsi .. Heeee 


Untuk maklumat lanjut mengenai OhFreeFood ini, korang boleh baca selebihnya di  :-

Facebook : OhFreeFood
Instagram : OhFreeFood
Website : www.ohfreefood.com
Wednesday, April 10, 2019

WATER FULL GREEN BAMBOO & SKIN RELIEF CALMING CREAM ALTHEA [ REVIEW]

WATER FULL GREEN BAMBOO & SKIN RELIEF CALMING CREAM ALTHEA [ REVIEW] 


Annyeonghaseyo ! Cuaca panas buat kulit jadi kering kan.. jangan lupa pakai moisturiser tau . Stay COOL & Calm by Althea untuk musim kali ini. Yes.. Althea keluarkan produk terbaru untuk menjaga kulit wajah kita tetap sejuk dan juga terhidrate dengan Water Green Bamboo Pads dan Skin Relief. Lisa dah cuba sendiri.. dah nak habis pun hahaha.. memang best gila... sejuk dan juga wangi ! korang boleh dapatkan di ALTHEA.KR 

WATER GREEN BAMBOO PADS

Rasanya ini kali pertama Lisa pakai toner dalam bentuk pads. Water Green Bamboo Pads salah satu Collection terbaru dari althea . Biasanya untuk apply toner kena sediakan kapas tuang dan kemudian  tepek kat muka. Dengan WATER GREEN BAMBOO Pads , lebih senang lah kerja Lisa .
Terbaru dari Koleksi Althea, Pad Bamboo Green Waterful berfungsi sebagai pad toner atau pad masker untuk sediakan penghidratan pada kulit dengan segera sebelum apply makeup  .  Mengandungi ramuan yang dibuat dengan bahan gred hijau EWG untuk memastikan kulit tetap sihat dan berseri. Sesuai untuk korang yang mencari produk penjagaan kulit yang lembut yang menghidrat dan prepare kulit sebelum memakai makeup..

CARA PENGGUNAAN 

 1. Sebagai pad toner
Selepas membersihkan kulit, Sapu pad toner tadi diseluruh kulit anda bermula dari wajah bagian tengah dan gerakkan keluar . Tepuk-tepuk kulit dengan lembut dengan telapak tangan Anda sampai produk terserap dengan baik
 2. Sebagai pad masker : Untuk tingkatkan kelembapan kulit atau penghidratan, letakkan pad ke kawasan wajah dan biarkan kulit anda menyerap produk selama 10-15 minit sebelum tnagalkan pad. lepas dikeluarkan, tepuk perlahan-lahan produk yang tinggal ke kulit korang.


Bahan dan khasiat
 ● Ekstrak buluh kaya dengan mineral dan asid amino untuk menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk memberikan penghidratan dos yang pekat.
 ● Ekstrak Willow dan Centella Asiatica membantu mengekalkan kulit licin dan segar untuk solekan yang smooth. 




Detail selebihnya boleh klik disini : Water Green Bamboo


SKIN RELIEF CALMING CREAM

Althea Collection Skin Relief Calming Cream  adalah krim muka yang menenangkan untuk menghidrat dan memulihkan  kulit dari kerosakan yang disebabkan oleh iritasi dan pencemaran dari luar yang berbahaya. Lisa biasanya pakai siang ataupun malam , ya.. malam best.. muka boleh relaxtantion dengan krim ni . Antara kelebihan dan fungsi Skin Relief Calming Cream seperti :-
● Menenangkan kulit yang sensitif dan kurangkan kerosakan kulit to reveal revitalized skin.
● Sesuai untuk kulit yang kering dan teriritasi, atau mereka yang mencari krim muka yang tidak melekit dan menghidratkan.


CARA PENGGUNAAN :

Setelah membersihkan dan pakai toner pada wajah, sapukan secara merata dan tepuk  perlahan-lahan krim ke kulit korang sehingga ia diserap sepenuhnya.


Bahan dan Khasiat
● SEA WATER dikemas dengan mineral semulajadi yang mengandungi sifat anti-penuaan untuk berseri dan bersinar.
● Panthenol, menyerap ke dalam kulit, menjadikannya terhidrasi dan tenang sambil menguatkan penghalang kulit.
● Ekstrak Centella Asiatica mengandungi sifat yang menenangkan semasa membantu memperbaiki kulit daripada kerengsaan.
● Campuran shea butter dan lesitin hidrogenasi untuk membantu menyuburkan kulit dan membentuk pelindung kelembapan .


Detail selebihnya baca disini : SKIN RELIEF CALMING CREAM ALTHEA

REVIEW LISA :
Kali pertama menggunakan Waterful Green Bamboo Pad memang dah jatuh cinta lah ! sesuai sangat untuk yang malas tuang toner ke kapas ataupun malas nak pakai  mask besar tu haaa sebab biasanya melekit. Yang ni leh jadikan toner dan leh jadikan sebagai mask . two in one gitu..  jimat masa la juga. Rasa fresh di kulit time pakai and yang pasti tak melekit. tu i loike it !!

Lepas tu korang apply Skin Relief Calming Cream pula.  tadaaa ... korang boleh rasakan kulit muka yang terhidrate selepas seharian dalam cuaca panas. hekhek.. boleh tido dengan lena gitu .

Korang jangan lupa try dan dapatkan hanya di althea.kr

Sunday, April 7, 2019

Cetaphil Gentle Skin Cleanser Review

Cetaphil - Gentle Skin Cleanser Review 

Assalamualaikum ! Bukan semua orang punyai kelebihan kulit yang combinasi ni . Ya ... kelebihan yang memeningkan kepala juga sebenarnya ,,, lebih lagi dalam pemilihan cleanser atau pencuci muka . Nak cari yang oily nanti takut pula jadi bertambah berminyak .. nak pilih yang dry  pula, Lisa baca tips-tips dari twitter ramai yang pakai Cetaphil . Ha.. mesti korang pun dah biasa dengar jenama ni kan ? baca sampai habis Cetaphil Gentle Skin Cleanser Review dari Lisa .

Pengalaman Pertama Pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser 

Ini pengalaman pertama kali mencuba pakai cleanser Cetaphil Gentle Skin Cleanser  . Oh ya.. jenis kulit Lisa ialah sensitive pun ye juga , sebab kadang oily kadang kering kadang berjerawat kalau tak kena dengan produk tu . Bermula dari review kawan-kawan , jadi teringin juga pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Memula pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni , . Awalnya rasa macam tertanya juga la ... kenapa takde buih... sebab dah biasa gunakan cleanser yang ada foam , bersih ke ? betul berkesan ke ? Dan banyak lagi soalan dalam fikiran .



Bak kata pepatah , tak cuba tak tahu. Dah cuba... jatuh cinta pulak dengan Cetaphil GSC ni . Rasa macam WOW gitu dekat kulit, shoap-free, fragnance -Free , Lagi satu tak berbuih . Ni yang Lisa suka ni ha. Best... rasa macam kulit lebih sihat dan tak kering .  Mesti ramai lagi yang tak tau kan , semakin banyak sabun berbuih semakin mengeringkan kulit kita . 


Kelebihan Cetaphil Gentle Skin Cleanser 

Cetaphil Gentle Skin Cleanser adalah formula yang ringan dan non-iritation , yang melegakan kulit semasa ia dibersihkan. Malah, ia cukup lembut untuk kulit lembut bayi. Direka dengan khusus untuk bekerja untuk semua jenis kulit, ia adalah cara yang mudah, namun sangat berkesan untuk menjaga kulit korang . Seriusly Lisa dah try dekat muka Lisa setiap pagi dan malam sebelum tidur , dan kni kulit wajah lebih rasa lembut dan lembab  , AMAZING !!
Kelebihan Cetaphil Gentle Skin Cleanser :
  • Mengurangi kadar minyak di wajah 
  • Menjaga kebersihan kulit wajah secara menyeluruh 
  • Mencegah penyumbatan pori-pori
  • Melembabkan dan menjaga kandungan air kulit wajah
  • Mengurangi & Mencegah Jerawat di wajah 
  • Mengecilkan liang pori . 
  • Membersihkan tanpa mengeringkan kulit wajah.



Apa yang menarik dari Cetaphil Gentle Skin Cleanser  : 

  • As gentle as it gets - menenangkan dan membersihkan, menjadikan kulit licin dan lembut
  • Ringan, formula bebas sabun membersihkan tanpa irritasi - ia tak akan menghalang kulit minyak pelindung semulajadi atau emolien
  • Melembap tanpa meninggalkan residu yang boleh menyumbat liang pori. - Ia sesuai untuk digunakan dalam mencuci solekan ringan, dan pembersih ini bersifat tidak comedogenic supaya ia tidak menyumbat liang-liang roma. 

Wash your face,  don't use the very soapy one. its not good for the skin. i wash mine twice a day, do not wash it too often either.

 
Tahukah anda ; Jerawat keluar di banyak bahagian muka, dari dagu, dahi hingga dalam telinga. Semua ini disebabkan oleh liang roma tersumbat.

Pencuci muka Cetaphil Gentle Skin Cleanser mempunyai pH seimbang, jadi ia tidak memedihkan mata & juga membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Produk ini dikatakan sesuai digunakan untuk kulit :
  • Normal
  • Sensitif
  • Kering & sangat kering
  • Kulit bayi 
  • Mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat batu, ekzema, & psoriasis. 

Cara menggunakan Cleanser cetaphil gentle Skin cleanser.



  • Dengan air - Sapukan pencuci ini pada kulit muka yang lembap terutama kawasan yang selalu naik jerawat seperti di dagu. Gosokkan perlahan dan bilas. 


  • Tanpa air  : Sapukan pada kulit dan urut perlahan kemudian bersihkan dengan kapas



Langkah 1 : Sapukan Cetaphil Gentle Skin Cleanser pada kulit atau makeup 


Langkah 2 : Urut secara perlahan-lahan sapuan Cetaphil Gentle Skin Cleanser tadi  sampai la makeup tadi tertanggal . 


Langkah 3 . Sapu dengan kapas untuk bersihkan kotoran sisa makeup tadi . dan Siap !



REVIEW LISA Semingu Pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser.

Seminggu pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni  dah nampak perubahan pada kulit wajah , wajah dah rasa moist je tak kering seperti sebelum ni , kulit  tak berminyak, jerawat pun dah kecut perut nak datang . Hahah.. Dah tak perlu risau dan pening nak cari cleanser lain , . Dulu sebelum ni kulit kalau kering akan jadi betul betul kering.. kalau tiba masa berminyak. jadi berminyak teruk sampai kurang confident . Sebab kulit yang sensitif agak susah untuk cari cleanser yang sesuai . Korang cubalah ! boleh dapatkan di mana-mana drugstore terdekat atau kedai e-comerse macam Shopee dan Lazada




PSTHHH : 
99% of user agreed that cetaphil Gentle Skin Cleanser , Gently cleans and moisturizes , without stripping skins natural alls for all skin tyres . <3

Wednesday, April 3, 2019

SURYA APPLE CIDER VINEGAR Bantu Melegakan Perut Kembung

SURYA APPLE CIDER VINEGAR ( ACV ) Bantu Melegakan Perut Kembung

Masalah perut kembung ni semua orang pernah mengalaminya , tak kisah orang tua , dewasa atau kanak-kanak bahkan baby pon boleh kena juga . Perut kembung juga sentiasa disalahfahamkan mengandung. Nak jadikan cerita , semalam Lisa pon kena juga Perut Kembung ni lepas minum air ber-gas , dah bertahun tak minum air gas . . Nah.. tengah malam buta dah meragam pula perut ini , perut kembung sebab masuk angin  . Memang seksa hoih kalau perut kembung .., kadang sampai nangis . Rasa nak muntah tapi perut kosong takde yang nak dimuntahkan. Pernah terbaca Surya APPLE CIDER VINEGAR Bantu Melegakan Perut Kembung
 , jadi Lisa cuba sendiri , baru tahu berkesan ke tidak .

Tanda dan Gejala Perut Kembung 

Kembung perut yang berlebihan boleh diikuti oleh gejala lain yang disebabkan gas isi perut.
  • Sendawa
  • Kembung – perut anda terasa sangat penuh dan rasa untuk sendawa je sepanjang masa . 
  • Perut meragam-  isi perut rasa macam bergerak ke depan dan belakang. Boleh berlaku apabila biasa berlaku kalau Lisa lapar tak makan nasi , perut kosong .. dan kadang sampai rasa berdebar debar.

    Sangat tak selesa , dan seksa . Nak tidur pun tak senang.. rasa nak muntah , perut meragam.. stress weih ! 
Nasib la tempoh hari memang dah beli dan letak di Peti Sejuk kat rumah , berguna juga masa sakit kembung perut ni. Ialah sebab Lisa pon sebenarnya selalu juga kena perut kembung macam ni kalau lambat makan atau sehari tu tak makan nasi . Baru tergerak hati nak cuba sendiri ..hihihi. almaklumlah kebiasaannya Vinegar ni rasa dia perit dan tak boleh nak masuk tekak.. tapi Apple Cider Vinegar ni lain, sebab ada campuran honey juga. Rasa apple masam masam dan ada manis dari honey tadi . 



SURYA APPLE CIDER VINEGAR 

Surya Apple Cider Vinegar (ACV) merupakan Cuka Epal yang mempunyai banyak khasiat dan manfaat yang telah dikeluarkan oleh Surya Malaysia. Surya telah memperkenalkan cara lain untuk menikmati minuman yang lebih sihat melalui penggunaan cuka epal dengan menambah kebaikan madu asli ke dalam produknya. Penghasilan formulasi ini adalah untuk mengubahkan perspektif penggunaan cuka epal dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama mereka yang amat mementingkan kesihatan dan mahu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. 


Kandungan Bahan Surya Apple Cider Vinegar (ACV)


Cuka epal ini diperbuat daripada buah epal segar. Ia mengandungi mineral seperti potasium, kloride, kalsium, sodium, magnesium dan fosforus, juga mineral seperti fluorin, tembaga, vitamin A, C, E, B1 dan B2.. Antara Kandungan dalam Surya ACV adalah Air, Madu Asli, Jus Epal Pekat, Cuka dan Perasa Epal. Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi.

Yang Menarik dari Surya Apple Cider Vinegar  : 
  • HALAL Certified
  • New Taste
  • High Quality
  • No Preservatives
  • 100% Natural Honey
  • HACCP Certified





Cara Hidangan Surya Apple Cider Vinegar (ACV)


Campurkan 30ml atau 2x sudu besar Apple Cider Vinegar dengan 180ml air dan minum selepas makan.

Jujur nya Lisa ni memang agak susah sikit kalau suruh minum ubat berbentuk syrap , apalagi cuka epal . Dulu pernah cuba minum tapi termuntah balik.. lah salah cara minum rupanya ,.,. kena campur air baru la tak perit. Dan jangan lupa sebelum minum ni korang kena makan dulu ye . 



Di Mana Boleh Dapatkan Surya Apple Cider Vinegar (ACV) ?


Surya ACV ni boleh didapati di semua cawangan Watsons , butik Himalaya dan Farmasi-farmasi yang berdekatan . 

Nak jimat ? Meh korang boleh beli Online je ... jimat dan tak perlu susah-susah nak keluar  dari rumah . Hanya perlu buat pembelian di LAZADA.COM.MY  untuk setiap pembelian diatas RM35. Wah murah bukan ? Jimat masa ,, jimat tenaga.. jimat duit juga! 



Untuk Info yang selebihnya korang boleh terus layari : 

FACEBOOK:


INSTAGRAM:




Dah separuh botol Lisa minum , Hujan dan sibuk berkerja memang selalu wat perut Lisa kembung  ... Nanti nak beli lagi la.. taknak terlepas harga promo , boleh la letak kat tempat kerja dan rumah . 

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search