Ad

Pelakon Kamar Kamariah

Senarai Pelakon Kamar Kamariah

PELAKON KAMAR KAMARIAH

Dah lama tak update pasal Drama Akasia , nah.. drama ni memang Lisa tunggu kemunculannya sebab nampak sedutan Nabila Huda kena dera.. Haa kena dera tapi dalam drama je la hihihi. Drama Kamar Kamariah yang mengisi slot Akasia di setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7 malam di TV3.  Senarai Pelakon Kamar Kamaridah diantaranya :  Fizz Fairuz, Nabila Huda, Syafie Naswip, Aidil Aziz dan ramai lagi. 


WATAK PELAKON


PELAKONWATAK
Fizz Fairuz Murad
Nabila Huda Kamariah
Tasha Shilla Sally
Syafie Naswip Qhalif
Riena Diana Ratna
Aidil Aziz Hisyam
Engku Faridah Hafsah
Shuhanty Hanafiah Sarah
Zetty Shahibullah Maimun
Ismail Yaacob Pak Jalil
Rose Aida Ummu Jannah
Mohamad Sobri Hussain Ustaz Kahiril
Halimah Naim Kak Peah
Syaza Irwinie Shila
Faiz Katek Ronny
Shyrim Razman
Najwa Jaafar Maria
Nurzahra Aisyah Baby Qhalif
Maleq Fadhal Qhalif
Shaiful Aqhil Qayyum
Halmy Hamizan Qayyum
Sharifah Nabila Qistina

LAGU TEMA / OST

Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza
Misteri - Ernie Zakri
Hatiku Milikmu - Siti Nordiana
Kisah Antara Kita - One Avenue Band

SINOPSIS KAMAR KAMARIAH

Mengisahkan kehidupan suami isteri bahagia pada pandangan orang lain. Namun isterinya derita sepanjang kehidupan bersama suami. Kekejaman dan kezaliman Murad kepada isterinya, Kamariah tidak pernah diketahui orang sekeliling. Dalam naskhah ini juga, menghimpunkan kesabaran isteri yang diduga dengan kezaliman suami. Saban hari dipukul dan disepak teranjang, namun dia masih bertahan.

Kamariah wanita dianiaya sejak muda lagi. Kamariah diperkosa oleh lelaki mabuk yang tidak mengaku perbuatannya. Kamariah menganggap kejadian itu balasan tuhan atas pekara maksiat yang dilakukannya. Kamariah berkahwin dengan Murad.

Murad merupakan seorang lelaki alim dan berhati mulia disisi pandangan orang kampung. Namun sebaliknya Murad berselindung menjalankan perniagaan kelab malam. Dia perlu berkahwin dengan Kamariah atas pilihan ibunya. Konflik bertambah apabila Murad mengetahui kisah silam Kamariah dan Kamariah melahirkan anak yang dianggap bukan darah dagingnya. Keadaan itu menyebabkan Murad menjadi baran dan mendera Kamariah.

Kamariah terpaksa merahsiakan yang dia menjadi mangsa deraan Murad  kerana Kamariah sentiasa bimbang Murad akan membunuh anaknya. Didepan keluarga, Murad melayan Kamariah dengan penuh kasih sayang.

GAMBAR PELAKON







Drama Kamar Kamariah ada 13 Episod je .. ala kejapnye! Jangan lepaskan tonton ye.. boleh tengok di youtube kalau korang terlepas episod awal ritu :D 
0

No comments

Post a Comment

both
© all rights reserved
made with by templateszoo