Ad

Showing posts with label SPORO. Show all posts
Showing posts with label SPORO. Show all posts

CARA MERAWAT SPORO KUCING

CARA MERAWAT SPORO KUCING

Assalamualaikum , sebelum ni Lisa ada tulis tentang kucing sporo . Lepas beranak , kucing Lisa kena Sporo jangkitan dari kucing luar , bermula dari hidung bengkak.. kudis di muka.. di telinga dan kemudian merebak keseluruh badan , oleh tengok di entri sebelum ni [ KUCING AKU SAKIT SPORO ]  . Alhamdulillah.. masuk bulan  April ini ,.. Ibu Meow dah mula tunjukkan tanda-tanda nak sembuh. Happy dan seronok gila weih! tak sesia pengorbanan  jaga kucing selama ni. Lisa akan kongsikan Cara Merawat Sporo Kucing yang Lisa buat selama ini. 


UBAT UNTUK SPORO KUCING

Kucing yang kena sporo biasanya memang takda harapan untuk hidup . Ramai yang sugest untuk Put To Sleep . Sebab bukan senang nak jaga penyakit Sporo pada kucing ni ., selain itu kos mahal ( Klinik VET yang bagitau ). Selain dari ubat , korang juga perlukan kesabaran yang tinggi . Kucing Sporo biasanya akan sembuh dalam 6-8 bulan . FUH bayangkan berapa banyak kos dan tenaga untuk selamatkan kucing dari kena sporo. OK lah... panjang pula mukadimah.. Nah Lisa share ubatan dan cara merawat sporo pada kucing. 




UBAT UNTUK SPORO KUCING 

1. Inox  itraconazole
2. Sporanox
3. Liv52 Himalaya
4. Antibiotik
5. Funginox
6. PS Herbs F7

CARA MERAWAT SPORO PADA KUCING. 

1. Letak kucing dalam sangkar
Asingkan dengan kucing yang lain untuk elak menjangkit . Jangan lupa pakai GLOVE / Sarung tangan masa jaga kucing ni .,, sporo boleh menjangkit pada manusia melalui gigitan / cakar / tangan kita luka then terkena luka kucing .
Sangkar kena cuci setiap hari tau , pakai clorox untuk matikan bakteria . Pastu bawah tu alaskan dengan surat kabar, nanti senang nak bersihkan berak and kencing. Setiap kali kencing atau berak , korang kena tukar ke surat kabar yang baru . Jangan biarkan kucing pijak2.. nanti infection pula sebab tengah kena sporo kan . Lap dan spray dengan air yang dah dicampur dengan clorok . Jangan kena kucing pula ye... spray kat sangkar tadi yang kena berak atau kencing sebelum letak newspaper baru.


2. BAGI UBAT.INOX ,  Jangan memandai lak cakap kucing tu kena sporo. Apapun kalau dah nampak tanda-tanda sporo tu korang terus je check ke VET atau klinik haiwan untuk diagnosis ya . Lepas tu doctor akan putuskan sama ada sporo ke tidak. Kalau kena sporo , nanti dia akan bagi sukatan dan jenis ubat untuk kucing. Ubat apa yang sesuai.. sukatanpun kena betul.



Lisa dapat ubat dari doctor seperti antibiotik ( 1 kali pagi selepas makan ) ., inox ( separuh makan pagi dan malam ) dan lepas makan inox terus makan LIV52 untuk ubat hati . sebab ubat inox ni effect kat hati.. tak boleh main bagi jer tanpa sukatan yang betul.. dan kena makan ubat liv52 la tu tuk seimbangkan. Sebab ubat LIV52 ni susah nak didapatkan kecuali online atau butik himalaya .. Lisa gantikan dengan SHINE HEPAVITE aritu masa beli kat farmasi .




INOX - 1/2 capsule untuk kucing 3tahun tak silap. Harga Inox capsule ni RM60-80 untuk 28 capsule (sekotak) tak silap. Kalau seminggu bagi makan inox tak nampak tanda-tanda dah nak sembuh.. Lisa naikkan 1 capsule untuk percepatkan proses penyembuhan . Yang ni lepas consult dengan yang admin Page PhatCATHAUS ( Korang boleh klik dan derma untuk kucing-kucing yang sakit ... admin ni dia rescue and jaga stray cat . Mulia sungguh dia ) . Thanks sebab bagi tips and ubat untuk penyokong proses penyembuhan SPORO.  


Kalau INOX tak berkesan juga..korang boleh tukar ke SPORANOX. yang ni mahal la dari INOX . sekotak dalam 28 capsule harga dia cecah RM 268.  


TIPS BAGI MAKAN UBAT PADA KUCING : 

Korang boleh letak sedikit wetfood , lepastu letak ubat inox tadi , then bagi dia makan habis dulu . Lepas tu ambek lagi sesudu teh wetfood , letak ubat hati pula... kemudian lepas tu baru bagi makan wetfood sesuai porsi dia . Tujuannya untuk bagi ubat tu masuk dulu. Kalau korang campur nanti kucing takut dah taknak makan lagi dan kesan ubat lambat nak meresap. 
Pakai picagari pon ok.. tapi kes lisa ni kucing liat nak makan ubat. Takut kang paksa-paksa lepas tu kena cakar.. si guna cara tadi la untuk selamat . 




FUNGINOX 
Spray di bagian luka kucing sporo tadi .. harga untuk satu botol ni dalam RM 30-35 gitu difarmasi.. 15ml. so paham paham je la kalau luka banyak macam kucing Lisa ni.. sehari dua memang dah abes haha. 


PSHERBS F7 
Lisa bagi spray habis 1 botol je ,, time srpay ni memang makin lama makin teruk .. tapi..tiba2 dah mula ok . Ha... gitula .. lepas dah nampak nk ok tu Lisa stop kan spray spray . Kalau dah bagi funginox jangan spray yang F7 lak . 

Tapi Lisa bagi inox , semua ubat diatas la.. hahaa dan berkesan .








JANGAN CUCI / BERSIHKAN LUKA KUCING SPORO. 
Memang nampak kasihan dan mesti rasa sakit kalau tengok luka-luka dan kudis sambil kuarkan darah pada si meow. Jangan korang bersihkan pula. Awal dulu Lisa bagi SPIRIT / Alcohol untuk tap tap pada luka kucing tu . Memang pedih gila tapi kucing behave je.. lisa tap tap slow slow, tujuan nak matikan bakteria memang berkesan la sebab Lisa pon cuci luka dengan spirit tu . Ni langkah awal je time sebelum bawa pergi vet.. Jangan bagi IODIN / DETOL ye .. tak sesui untuk kucing. 

Jangan lupa jaga si meow elak dari kena kerumun lalat. 

BAGI MAKANAN LEMBUT 
Lisa bagi makanan sehari tiga kali. Ya kalau dah kena SPORO ni kucing biasanya takda selera nak makan . Lebih lagi lepas makan inox .. Jika lepas sebulan si Meow dah tak nak sentuh makanan dia.. kena hati-hati tu . kemungkinan dia akan survive 50:50 je . Lisa dari awal bagi dia makan wetfood Whiskas tu .. pagi petang dan malam . Sebab Lisa kerja , tak sempat la nak masak makanan . Kalau korang ada masa yang banyak.. boleh bagi kucing LABU dan AYAM Rebus dan lumatkan . 





BAGI SUPORT MORAL.


Kucing pon ada perasaan juga. Masa tengah bagi makanan tu , cakapla dengan meow.." makanlah meow.. makan sebanyaknya pon takpa.. janji cepat sembuh " Berkesan weih.. memang makan banyak gila masa sakit haritu . Dan tiap kali makan , Lisa akan cakap macam tadi tu. 

Kalau ada anak.. sekali sekala tu bagi la anak main dengan mak dia. Mak mesti nak tengok anak-anak dia. Kucing Lisa baru beranak time ni.. dalam 3 minggu lisa dah asingkan sebab si meow kena sporo lak . Tu masa luka tak teruk lagi..Lisa ada masukkan sekali anak-anak ke sangkar si IBU untuk minum susu sekejap. Sekejap 30 minit je lepastu asingkan balik. Jangan campur lama-lama kang menjangkit si anak . 

Asingkan sangkar tapi letak bersebelahan untuk si IBU boleh tengok anak-anak tadi . 





Alhamdulillah ... lepas masuk bulan kedua si IBU masih makan banyak , Lisa teruskan jaga dia. Hampir je putus asa nak Put TO SLeep kan si IBU , luka makin banyak dan tak sembuh.. Badan pun kurus gila. nampak tulang. Badan selalu berpeluh.. ramai cakap dah tak lama dah tu hidupnya , tapi tengok anak-anak masih kecil memang sebak dan tak sampai hati . Biarla Lisa jaga sampai sembuh ..atau sampai mati . Alhamdulillah nampak perubahan sedikit demi sedikit... happy gila wakk time tu . Dan sekarang tunggu sampai betul-betul pulih . 

Dekat Telinga tu buble masih ada lagi .. kena tunggu 100% baru lepas kan kot. Sekarang tangan dan kuku pon dah gatal dok kais-kais karton dalam sangkar tu . Padahal sebelum in kuku dan kaki bengkak berdarah . Ok lah tu .. dah mula nak active semula. :D


Itu je Tips dari Lisa , Cara merawat sporo pada kucing . Semoga kalian tidak berputus asa jaga kucing sakit SPORO.








Kucing Aku Sakit Sporo


Kucing Aku Sakit Sporo 

Assalamualaikum , Lately ni Lisa dah mula kurang masa untuk menulis entri dalam blog .  Bermula hujung bulan satu tak silap . Sebenarnya bukan malas , tapi tak cukup masa nak menulis . Lebih lagi sejak dapat tau yang kucing kena jangkitan Sporo. “Sporo  ringkasan bagi nama Sporotrichosis ialah  penyakit yang mudah menjangkiti haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Kebiasaannya haiwan yang terdedah kepada aktiviti luar lebih mudah dijangkiti penyakit ini menerusi kulat Sporo. Kulat tersebut akan masuk ke badan melalui mulut atau luka atau kedua-duanya dan luka tersebut tidak akan kering walaupun dirawat "  . 

Gambar sebelum kena sporo

JANGKITAN SPORO PADA KUCING 




Haritu masa kucing ni bunting aku sedar dia bersin-bersin je . Lepas sebelum beranak lagi .. ada main kejap then perasan hidung ni mancung. Lisa ingat memang kucing ni hidung mancung dari awal lagi.. rupanya penyakit . Then lepas beranak , kucing ni kena kurap kat telinga bagian kanan. Dah try gunakan apple cedar untuk  spray di kurap tu tapi masih tak elok . Lepas tu nampak kesan kudis kat beberapa bagian tubuh... sampaila part hidung dia luka . 

(kurap ditelinga teruk )
3 hari tak sembuh juga kurap tu , so i buat keputusan checkup ke Klinik Haiwan . Nak check up ke VET , tak kena masa pula.. lagipon kat tempat Lisa ni VET tuk rawatan tak buka setiap hari . Emm EMMM... . Ok , pergi klinik , minta tengok kan meow ni ( nama dia meow meow ) , lepas tu dia check .. bagitau kucing ni demam and flu  pastu kurap . Lepas tu dia check kudis , test guna microscope  , takut suspect SPORO . Dia cakap , hidung kucing macam tu sebab flu . .. OK .. Dr. bagi inject antibiotik flu and untuk kurap tu dia bagi ubat sapu. Takleh inject sebab baru lepas bagi antibiotik . Dr tu cakap , sekarang ni ramai customer tak boleh nak check secara detail sebab makan masa. Dia boleh check guna microscope je .  Lisa ok je then kemudian tunggu ubat lepas tu balik. Kat sini habis RM75 termasuk inject tadi . Dapat  ubat termasuk ubat sapu sekali. Ubat FLu , Antibiotik dan ubat demam . 

Lepas sehari Klinik tu whatsapp , bagi tau ,, kucing negative SPORO . Lisa pon happy la ye ,. tapi mereka bagitau kalau masih tak ok lagi dalam seminggu kena bawa datang untuk check up lebih detail. 
( kurap ditelinga dah sembuh tapi kudis n luka semakin membesar and keluar benjol benjol ) 


Tapi.. seminggu berlalu , tak elok juga kucing ni . Yang paling ketara hidung dah mula rongak ,, kudis pon bertambah. Untuk kurap dah elok lepas 3 hari . Hati ini macam luruh beb , ramai bagitau tu positive SPORO dah . Then masa tu raya CNY pula.. ramai klinik tutup. Lisa pergi la lepas CNY .. 2minggu after checkup pertama . Dr. tu bagitau ni SPORO ni , makin merebak . Awal dah bagitau.. suruh PTS ( Put To SLeep ) tidurkan kucing atau bahasa kasarnya matikan kucing secara paksa. Lisa cakap... nak jaga juga , takpe.. boleh rawat. 



( Hidung mula luka , sorry tak pakai glove masa ni ... sebab masih tak tau tu sporo )
Dr tu bagi tau kos mahal dan kena berbulan dalam 6-8 bulan kucing baru boleh elok . Perlu kesabaran dan juga telan kos banyak untuk rawatan . Lisa tetap dengan pendirian nak jaga juga.. then dia bagi tau yang ada juga kucing kena Sporo , ada yang boleh survive ada yang tak boleh survive kemudian mati . Dr. Cakap kalau dalam sebulan kucing dah tak de selera nak makan , better PTS kan je sebab makan ubat sporo ni effect kat hati, so kucing dah tak de nafsu makan . Lisa mengangguk paham je .. sedih dan rasa nak nangis pun ada juga. 

Langkah-langkah yang perlu dilakukan jika kucing kena SPORO 
1. Asingkan kucing , masuk dalam sangkar dan letak surat kabar sebagai alas . Jangan letak Pasir kucing ye sebab boleh sebabkan jangkitan . 
2. PAKAI GLOVE untuk handle kucing . Korang kena pakai glove ye , jangan sampai kena cakar atau gigit kucing kena SPORO ni sebab boleh menjangkit ke manusia dan boleh menyebabkan kematian. Effect pon dapat tahu lepas 2 bulan , bukan terus nampak tanda-tanda terjangkit . Awal ritu Lisa pakai glove (sarungtangan pakai buang , tapi sebab nipis... then tukar ke Glove yang tebal sikit elak kena cakar je ) walaupun kucing ni behave je tak gigit or cakar Lisa . cakar-cakar suruh jauhkan glove ada la . 
3. Jangan campur bekas makanan dan makanan dengan kucing lainnya . 
4. Cuci sangkar setiap hari dengan clorox 
5. Jangan cuci luka kucing tu , sebab nanti tak kunjung sembuh . Biarkan luka kering sendiri . 




Luka tempat lain elok , Luka kat kaki dan ekor pula .












Luka dah hampir kering 



( Tapak kaki dah luka , sebab tu kuar darah ) 



Masuk bulan kedua , dah semakin merebak luka tu .




Antara Ubat untuk Kucing Sporo 

1. INOX - Sehari setengah kapsul ,, tapi kalau dah teruk korang boleh terus bagi 1 kapsul. 
2. LIV52 HIMALAYA - makan selepas makan inox . Sebab ubat sporo ni effect ke Hati , kena jaga kalau tak nanti hati pula yang kena 


3. Antibiotik , korang boleh guna transfer factor . 
4. Funginox - Ubat spray . Lisa beli kat farmasai , botol kecik dalam rm30 . Mahal juga and tahan selama 4 hari je ,, uhuks . 
5.SPORANOX - Jika inox tak berkesan.. kawan sugest suruh tukar ke sporanox  . Boleh beli kat farmasi . Sebab ni ubat manusia , klinik haiwan takde jual . 


 Bagaimana cara merawatnya?(sumber )

  •  Pertama - Pastikan ia adalah penyakit sporo melalui pemeriksaan doktor.
  •  Kedua   - Beli ubat cuci luka dipanggil povidon atau ubat cuci luka untuk haiwan melalui doktor. ( i skip part ni sebab ramai yang bagitau takperlu cuci ) 
  •  Ketiga   - Beli kapsul Sporanox di farmasi kerana klinik haiwan tidak menjualnya. Ia adalah ubat manusia, oleh itu dosnya perlu diberi mengikut berat haiwan yang sesuai.
  •  Keempat - Asingkan kucing sporo dalam sangkar berasingan, sangkar besi yang khas untuk haiwan, bukan sangkar kayu buatan sendiri bagi memudahkan sangkar itu dicuci setiap kali kucing buang najisnya. Lapik sangkar dengan surat khabar lama, sediakan sebekas air bersih & biskut kucing. Tak perlu guna pasir kucing sebab nanti melekat pasir pada luka tersebut. Pastikan sangkar sentiasa bersih dengan campuran satu penutup dettol dengan air yang dimasukkan dalam botol spray bunga. Pancit & lap kesan najis sehingga kering bagi mengelakkan gangguan lalat. Lalat boleh menyebabkan luka berulat pula.
  • Kelima -  Pakai sarung tangan pakai buang, cuci luka dengan air suam menggunakan kapas bulat (cotton ball - beli di farmasi), kemudian sembur dengan povidon sehari sekali. Elakkan daripada kucing jilat povidon itu dengan memakaikan ia kolar khas kucing seperti gambar yang disertakan. Kapsul Sporonox diberi sehari sekali mengikut cadangan doktor haiwan. Bagi juga multi vitamin setiap hari bagi menguatkan fungsi hati haiwan & mempercepatkan proses penyembuhan. 

Sampai hari ni Genap 2 bulan kucing ni sakit sporo . Makan masih sehari 3 kali , masih kuat makan . Mungkin demi anak-anak dia kot .. Harap kamu bertahan ye kucing , Lisa pon masih berharap kamu akan sembuh dan dapat bermain dengan anak-anak nanti .


Readers... doakan kucing ni sihat dan sembuh seperti asal ye . :')
Sampai jumpat di entri seterusnya ....
© all rights reserved
made with by templateszoo