Sunday, April 28, 2019

CARA MERAWAT SPORO KUCING

CARA MERAWAT SPORO KUCING

CARA MERAWAT SPORO KUCING

Assalamualaikum , sebelum ni Lisa ada tulis tentang kucing sporo . Lepas beranak , kucing Lisa kena Sporo jangkitan dari kucing luar , bermula dari hidung bengkak.. kudis di muka.. di telinga dan kemudian merebak keseluruh badan , oleh tengok di entri sebelum ni [ KUCING AKU SAKIT SPORO ]  . Alhamdulillah.. masuk bulan  April ini ,.. Ibu Meow dah mula tunjukkan tanda-tanda nak sembuh. Happy dan seronok gila weih! tak sesia pengorbanan  jaga kucing selama ni. Lisa akan kongsikan Cara Merawat Sporo Kucing yang Lisa buat selama ini. 


UBAT UNTUK SPORO KUCING

Kucing yang kena sporo biasanya memang takda harapan untuk hidup . Ramai yang sugest untuk Put To Sleep . Sebab bukan senang nak jaga penyakit Sporo pada kucing ni ., selain itu kos mahal ( Klinik VET yang bagitau ). Selain dari ubat , korang juga perlukan kesabaran yang tinggi . Kucing Sporo biasanya akan sembuh dalam 6-8 bulan . FUH bayangkan berapa banyak kos dan tenaga untuk selamatkan kucing dari kena sporo. OK lah... panjang pula mukadimah.. Nah Lisa share ubatan dan cara merawat sporo pada kucing. 




UBAT UNTUK SPORO KUCING 

1. Inox  itraconazole
2. Sporanox
3. Liv52 Himalaya
4. Antibiotik
5. Funginox
6. PS Herbs F7

CARA MERAWAT SPORO PADA KUCING. 

1. Letak kucing dalam sangkar
Asingkan dengan kucing yang lain untuk elak menjangkit . Jangan lupa pakai GLOVE / Sarung tangan masa jaga kucing ni .,, sporo boleh menjangkit pada manusia melalui gigitan / cakar / tangan kita luka then terkena luka kucing .
Sangkar kena cuci setiap hari tau , pakai clorox untuk matikan bakteria . Pastu bawah tu alaskan dengan surat kabar, nanti senang nak bersihkan berak and kencing. Setiap kali kencing atau berak , korang kena tukar ke surat kabar yang baru . Jangan biarkan kucing pijak2.. nanti infection pula sebab tengah kena sporo kan . Lap dan spray dengan air yang dah dicampur dengan clorok . Jangan kena kucing pula ye... spray kat sangkar tadi yang kena berak atau kencing sebelum letak newspaper baru.


2. BAGI UBAT.INOX ,  Jangan memandai lak cakap kucing tu kena sporo. Apapun kalau dah nampak tanda-tanda sporo tu korang terus je check ke VET atau klinik haiwan untuk diagnosis ya . Lepas tu doctor akan putuskan sama ada sporo ke tidak. Kalau kena sporo , nanti dia akan bagi sukatan dan jenis ubat untuk kucing. Ubat apa yang sesuai.. sukatanpun kena betul.



Lisa dapat ubat dari doctor seperti antibiotik ( 1 kali pagi selepas makan ) ., inox ( separuh makan pagi dan malam ) dan lepas makan inox terus makan LIV52 untuk ubat hati . sebab ubat inox ni effect kat hati.. tak boleh main bagi jer tanpa sukatan yang betul.. dan kena makan ubat liv52 la tu tuk seimbangkan. Sebab ubat LIV52 ni susah nak didapatkan kecuali online atau butik himalaya .. Lisa gantikan dengan SHINE HEPAVITE aritu masa beli kat farmasi .




INOX - 1/2 capsule untuk kucing 3tahun tak silap. Harga Inox capsule ni RM60-80 untuk 28 capsule (sekotak) tak silap. Kalau seminggu bagi makan inox tak nampak tanda-tanda dah nak sembuh.. Lisa naikkan 1 capsule untuk percepatkan proses penyembuhan . Yang ni lepas consult dengan yang admin Page PhatCATHAUS ( Korang boleh klik dan derma untuk kucing-kucing yang sakit ... admin ni dia rescue and jaga stray cat . Mulia sungguh dia ) . Thanks sebab bagi tips and ubat untuk penyokong proses penyembuhan SPORO.  


Kalau INOX tak berkesan juga..korang boleh tukar ke SPORANOX. yang ni mahal la dari INOX . sekotak dalam 28 capsule harga dia cecah RM 268.  


TIPS BAGI MAKAN UBAT PADA KUCING : 

Korang boleh letak sedikit wetfood , lepastu letak ubat inox tadi , then bagi dia makan habis dulu . Lepas tu ambek lagi sesudu teh wetfood , letak ubat hati pula... kemudian lepas tu baru bagi makan wetfood sesuai porsi dia . Tujuannya untuk bagi ubat tu masuk dulu. Kalau korang campur nanti kucing takut dah taknak makan lagi dan kesan ubat lambat nak meresap. 
Pakai picagari pon ok.. tapi kes lisa ni kucing liat nak makan ubat. Takut kang paksa-paksa lepas tu kena cakar.. si guna cara tadi la untuk selamat . 




FUNGINOX 
Spray di bagian luka kucing sporo tadi .. harga untuk satu botol ni dalam RM 30-35 gitu difarmasi.. 15ml. so paham paham je la kalau luka banyak macam kucing Lisa ni.. sehari dua memang dah abes haha. 


PSHERBS F7 
Lisa bagi spray habis 1 botol je ,, time srpay ni memang makin lama makin teruk .. tapi..tiba2 dah mula ok . Ha... gitula .. lepas dah nampak nk ok tu Lisa stop kan spray spray . Kalau dah bagi funginox jangan spray yang F7 lak . 

Tapi Lisa bagi inox , semua ubat diatas la.. hahaa dan berkesan .








JANGAN CUCI / BERSIHKAN LUKA KUCING SPORO. 
Memang nampak kasihan dan mesti rasa sakit kalau tengok luka-luka dan kudis sambil kuarkan darah pada si meow. Jangan korang bersihkan pula. Awal dulu Lisa bagi SPIRIT / Alcohol untuk tap tap pada luka kucing tu . Memang pedih gila tapi kucing behave je.. lisa tap tap slow slow, tujuan nak matikan bakteria memang berkesan la sebab Lisa pon cuci luka dengan spirit tu . Ni langkah awal je time sebelum bawa pergi vet.. Jangan bagi IODIN / DETOL ye .. tak sesui untuk kucing. 

Jangan lupa jaga si meow elak dari kena kerumun lalat. 

BAGI MAKANAN LEMBUT 
Lisa bagi makanan sehari tiga kali. Ya kalau dah kena SPORO ni kucing biasanya takda selera nak makan . Lebih lagi lepas makan inox .. Jika lepas sebulan si Meow dah tak nak sentuh makanan dia.. kena hati-hati tu . kemungkinan dia akan survive 50:50 je . Lisa dari awal bagi dia makan wetfood Whiskas tu .. pagi petang dan malam . Sebab Lisa kerja , tak sempat la nak masak makanan . Kalau korang ada masa yang banyak.. boleh bagi kucing LABU dan AYAM Rebus dan lumatkan . 





BAGI SUPORT MORAL.


Kucing pon ada perasaan juga. Masa tengah bagi makanan tu , cakapla dengan meow.." makanlah meow.. makan sebanyaknya pon takpa.. janji cepat sembuh " Berkesan weih.. memang makan banyak gila masa sakit haritu . Dan tiap kali makan , Lisa akan cakap macam tadi tu. 

Kalau ada anak.. sekali sekala tu bagi la anak main dengan mak dia. Mak mesti nak tengok anak-anak dia. Kucing Lisa baru beranak time ni.. dalam 3 minggu lisa dah asingkan sebab si meow kena sporo lak . Tu masa luka tak teruk lagi..Lisa ada masukkan sekali anak-anak ke sangkar si IBU untuk minum susu sekejap. Sekejap 30 minit je lepastu asingkan balik. Jangan campur lama-lama kang menjangkit si anak . 

Asingkan sangkar tapi letak bersebelahan untuk si IBU boleh tengok anak-anak tadi . 





Alhamdulillah ... lepas masuk bulan kedua si IBU masih makan banyak , Lisa teruskan jaga dia. Hampir je putus asa nak Put TO SLeep kan si IBU , luka makin banyak dan tak sembuh.. Badan pun kurus gila. nampak tulang. Badan selalu berpeluh.. ramai cakap dah tak lama dah tu hidupnya , tapi tengok anak-anak masih kecil memang sebak dan tak sampai hati . Biarla Lisa jaga sampai sembuh ..atau sampai mati . Alhamdulillah nampak perubahan sedikit demi sedikit... happy gila wakk time tu . Dan sekarang tunggu sampai betul-betul pulih . 

Dekat Telinga tu buble masih ada lagi .. kena tunggu 100% baru lepas kan kot. Sekarang tangan dan kuku pon dah gatal dok kais-kais karton dalam sangkar tu . Padahal sebelum in kuku dan kaki bengkak berdarah . Ok lah tu .. dah mula nak active semula. :D


Itu je Tips dari Lisa , Cara merawat sporo pada kucing . Semoga kalian tidak berputus asa jaga kucing sakit SPORO.








  1. alhamdulillah dah makin banyak perubahan positif, semoga kembali sihat dan sembuh. aamiin aamiin

    ReplyDelete
  2. bgus lisa..jaga kucing ni sampai elok..moga murah rezeki lisa

    ReplyDelete

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search