Thursday, March 30, 2017

BAHAYA TINGGAL BUDAK DALAM KERETA !


Dah selalu orang pesan , jangan tinggalkan anak dalam kereta dalam keadaan apapun . Tak kisah sekejap atau lama ,,, JANGAN !! Tapi banyak je yang ambik mudah kes ini,  ayat diorang " Elee.. takpela.. kejap je pun "  Hello... kemalangan boleh berlaku dalam 1 saat je okayh . jangan anggap remeh .


BAHAYA TINGGAL BUDAK DALAM KERETA ! 


Kes ni dah berlaku pun disekeliling Lisa , kakak bawa budak  pergi bungkus makanan. Ala... sekejap je , memang dah selalu bungkus makanan di kedai mamak luar rumah tu je . Ceritanya malam tu Lisa tak ikut diorang , kakak and 4budak lainnya dalam kereta . Pendekkan cerita , kakak turun dari kereta dan pergi bungkus makanan, time tu juga.. little boy (5 tahun ) ni main-main dekat seat driver . Dia jelajah la semua nak pegang , dan..... dia tarik hand break kereta.  Time tu pulak ada motor depan kereta. Bertembunglah kereta tu dengan motor . 

Nasib baik lagi si budak 10tahun laju pi depan dan letak break semula. Kalau tak..tak tau la nakjadi apa. (Minta dijauhkan .. ) . kena bayar rm100.00 kat si motosikal tu . mudahnya buat duit, calar sikit je pun motor tu . (*EH.. dah kau cuai haha kan,,, *

Pesan Lisa : 
Jangan letak budak dalam kereta , jangan tinggalkan budak dalam kereta kalau tiada orang dewasa didalamnya .  Bahaya weih , boleh jadi nyawa melayang . Sayangi nyawa anak anda. !


Wednesday, March 29, 2017

LAZADA Big Baby Fair Diskaun Sehingga 85 % !


Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Lazada ingin berkongsi keceriaan bersama ibu-bapa atau bakal ibu bapa sempena kempen Big Baby Fair” yang akan berlangsung dari 29 March hingga 2 April ini. Anda boleh menikmati tawaran terbaik dan harga bagi pelbagai jenis produk bayi!




Anda berpeluang menikmati diskaun sehingga 80% untuk pelbagai barangan termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi.

Antara jenama terkemuka yang para rakyat Malaysia boleh dapatkan sepanjang kempen “Big Baby Fair” termasuklah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagi.

Huggies juga menawarkan harga diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi. Menarik kan?

LAZADA Big Baby Fair

Tanpa perlu keluar dari rumah, anda boleh membeli belah barangan bayi dengan mudah di Lazada Malaysia. Ini termasuklah menawarkan kepada para pelanggan kami dengan cara pembayaran yang pelbagai.


Bukan sahaja anda akan menikmati diskaun hebat dan jualan segera daripada jenama di atas tetapi anda juga boleh mengharapkan penghantaran percuma apabila anda membeli produk terpilih!
Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah hebat dengan menyertai peraduan di social media Lazada Malaysia.

Lazada Big Baby Fair Blogger Contest


Blogger-blogger Malaysia juga berpeluang untuk memenangi Lazada Malaysia shopping voucher dengan menyertai Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. 6 Blogger bertuah berpeluang memenangi voucher membeli-belah Lazda Malaysia bernilai RM500 setiap seorang. Lazada Big Baby Fair Blogger Contest bermula pada 27 March dan akan tamat pada 2 April 2017.

Sila ke http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ untuk maklumat lanjut.


Tunggu apa lagi, inilah masanya untuk membeli-belah! Layari Lazada Big Baby Fairsekarang.



Rugi Uall's tak grab ! Lisa nak grab pun belum ada baby lagi . Hehee... Jangan lupa share ke akak , rakan dan jiran-jiran sebelah ye..! 
Monday, March 27, 2017

Monday Blue's


Biasanya aku hanya dengar orang update status Monday Blue's .  Bukan Isnin berwarna biru , tapi biru lebih kepada mood blue's gitu . Lepas cuti sabtu ahad dan nak mula kerja mesti rasa malas gilos. Hari ini aku pun takde mood nak kerja , haih banyak masalah . 

Bermula dari cpu jatuh ke kaki then tangan tersepit drawer meja. Bak pepatah dah jatuh tertimpa tangga , berlaku sekaligus . 

Kedua pulak  , PC ni nak tak nak bagi kerja sama dengan aku , sekejap elok sekejap tak elok . Tengok ja gambar atas tu , Diagnosing your PC , then Repair PC pastu on semula dengan elok . Lepas beberapa jam jadi balik time tengah ada customer pulak tu. Aduhh... spoil mood lak . Mugkin betul kot, PC lama tak sesuai guna Windows 10 . Tula.. gatal tangan nak update aritu . Tapi windows 10 memang syiok woo.. 

Training secara tiba-tiba..aduh ! bagitau la awal..boleh nak prepare . Dengan batery HP yang tinggal nyawa ikan ...Dengan kaki lebam sebab cpu jatuh pagitadi . Monday Blue's betul la... 

Petang pulak... modem wifi streamyx buat hal . Sedang guna , tiba-tiba connection lost . Try restart. Nak tau apa jadi lepas restart ?? Modem D-Link terus tak nyala. Nyala tuk connection internet tu je .Lain lampu tak da. Terpaksa guna HP untuk thetering (tak tau eja betul ke tidak ) . Nasib baik modem lama boleh pakai lagi . 

Arghh pening kepala aku . 
Me-Time. 
Off HP ... . 
Saturday, March 25, 2017

Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi BALQIS OxyWhite

Rangkaian Penjagaan Kulit ,  SAFI BALQIS OxyWhite . Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna

Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.

Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.





Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”.



Berbicara tentang kualiti produk dan keberkesanannya , “Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri



Kata beliau lagi, “Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna”.



“Bukan sekadar menggabungkan dua jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mampu menanggal solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat dengan teknologi Pelindung IR (Infra-Merah) bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap”


Menambah keceriaan dalam legasi kecantikan keluarga SAFI, SAFI berbangga untuk memperkenalkan Sarah Hildebrand, pelakon, model serta pengacara program televisyen sebagai duta SAFI BALQIS OxyWhite.“Bagi kami, Sarah merupakan epitome gadis masa kini.Beliau mempunyai personaliti yang bersahaja, namun penuh dengan kecantikan dalam setiap aspek. Raut wajah yang manis, tutur kata yang lembut, perwatakan yang ceria dan penuh jenaka tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan dalam tingkah laku. Sikapnya yang aktif dan sentiasa kelihatan segar di lapangan kerjaya, meniup nafas baharu dalam industri. Setiap gerakannya yang mempesona menjadikan Sarah individu yang paling sesuai sebagai Gadis Balqis terbaharu kami,” terang Puan Mahsuri.

Mengulas tentang kredibiliti Sarah mempromosikan SAFI BALQIS OxyWhite, Puan Mahsuri berkata, “Dengan personaliti down to earth Sarah, beliau akan membawa SAFI BALQIS untuk lebih dekat dengan pengguna, khususnya para gadis yang mengimpikan kulit wajah cerah sempurna. Dengan pengalaman sendiri beliau sebagai pengguna dan duta SAFI BALQIS OxyWhite, Sarah akan menjadi contoh, dan ‘sahabat sejati’ dalam membantu gadis-gadis seusia mencari solusi pencerahan wajah yang terbaik. Sikapnya yang mesra dan mudah didekati membawa keyakinan terhadap produk kami bagi menyampaikan mesej kecantikan kepada semua wanita”.


Alami kulit wajah yang cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiapgadis.

Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.


Berikan nafas baharu pada kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite yang berikut:

Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Untuk Kulit Wajah Normal)

1) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka

Saiz Pek : 50g/ 100g
RCP : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)

Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:
-Membersih jauh ke dalam liang pori
-Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
-Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
-Sesuai untuk semua jenis kulit

2) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Skrub
Safi Balqis OxyWhite Krim Scrub
Saiz Pek : 100g ,RM12.90 (selepas 6% GST)

Sel kulit mati dan sisa kotoran punca kulit muka kusam, kotor dan tidak bermaya. Formulasi tanpa buih diperkaya dengan butiran halus manik Aprikot bertindak:
-Menanggalkan sisa kulit mati serta bintik hitam tanpa mencalarkan kulit
-Membersih secara mendalam ke liang pori untuk menanggalkan kotoran dan sebum yang terperangkap
-Dirumus dengan pH seimbang
-Sesuai untuk semua jenis kulit


3) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1


Saiz Pek : 150ml
RCP : RM17.40 (selepas 6% GST)

Kesibukan dan jadual harian yang padat menjadi punca kulit wajah kusam dan tidak bermaya. Pembersih ini bertindak:
Membersih dengan mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori
Manik mikro dengan Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E bertindak sebagai antioksida untuk memberiperlindungan optimum pada kulit
Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit
Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka


4) SAFI BALQIS OxyWhite Esen Pencerah
Saiz Pek : 20ml
RCP : RM28.10 (selepas 6% GST)

Formulasi yang diperhebat dengan Nano Oxygen dan Nano BioWhite yang 1000X lebih efektif daripada Vitamin C bertindak:
-Mencerah dengan lebih intensif dan pantas
-Memudarkan pigmentasi secara mendalam
-Menyamaratakan tona kulit muka
-Memperbaharui kulit muka agar lebih berseri
-Mengurangkan kemerahan dan kerengsaan
-Melembut dan menghidrasi kulit

5) SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar

SAFI Balqis OxyWhite Penyegar
Saiz pek : 100ml , Price : RM10.90 (Selepas 6% GST) 

Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:
-Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
-Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
-Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol

6) SAFI BALQIS OxyWhite Krim CC SPF25PA++
SAFI Balqis OxyWhite Krim CC SPF25PA++
Saiz Pek 20 g , Price : RM21.70 (Selepas 6% GST) 

Krim ini merupakan asas solekan dengan manfaat krim pelembab bertekstur ringan dan berasaskan air yang bukan sahaja menjadikan kulit lebih mulus malah bertindak:
-Menutup cela tanpa menyumbat liang pori agar kulit bebas bernafas
-Mencerahkan kulit serta merta
-Menyemaratakan tona kulit agar cerah semulajadi
-Menyamar bekas jerawat dan bintik hitam
-Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB berbahayadengan SPF25PA++
-Melembap kulit wajah
-Mengurangkan kilap pada permukaan wajah yang berminyak


7) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR
Saiz Pek : 45g
RCP : RM 20.20 (selepas 6% GST)

Sinaran matahari dan penghawa dingin punca kulit wajah menjadi kusam, gelap dan kering. Krim pelembap siang ini bertindak:
-Menjadikan kulit 2 tona lebih cerah
-Melindungi daripada radiasi UVA & UVBdengan SPF20PA++
-Mencegah kulit jadi gelap akibat radiasi infra-merah (IR) dengan Pelindung IR
-Melindungi kulit daripada radikal bebas secara 100%
-Mencerah kulit dengan pantas dan intensif
-Menghaluskan kulit
-Menyaramatakan tona kulit


8) SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel




Saiz Pek : 45g
RCP : RM 20.20 (selepas 6% GST)


Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:
Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam

9) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15
SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15
Saiz Pek : 40g , Price : RM14.90 (Selepas 6% GST) 


Krim pencerah lengkap yang berasaskan air ini diperkaya dengan Mineral Insta-Cerah bertindak:
-Mencerahkan kulit wajah dengan ketara
-Menyamaratakan tona kulit wajah dengan ketara
-Melindungi kulit wajah daripada sinaran UV berbahaya
-Mengurangkan pembentukan bintik hitam
-Memberi lembapan berpanjangan tanpa rasa melekit
-Mengurangkan kilap pada kulit wajah yang berminyak


10) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Kecantikan
SAFI BALQIS OxyWhite Krim Kecantikan 
Saiz Pek : 16g , Price  : RM8.60 (selepas 6% GST)


Tona kulit wajah yang tidak sekata menyebabkan muka kurang menyerlah. Krim ini bertindak:
-Sebagai asas solekan untuk menutup cela dengan sempurna
-Melindungi kulit daripada sinaran UV di samping memudarkan pigmentasi
-Mengekalkan lembapan dan melembutkan kulit wajah
-Menyamaratakan tona kulit




11) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Solekan
SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih SolekanSaiz Pek : 200ml , Price : RM17.40 (selepas 6% GST)


Solekan yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyebabkan liang pori tersumbat. Pembersih solekan dengan Teknologi Micellar berasaskan air ini bertindak:
-Menanggalkan solekan serta kotoran dengan mudah dan sempurna
-Mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit dengan kandungan Bio Hialuronik
-Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif

Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Kawalan Minyak)

12) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat
SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & JerawatSaiz Pek : 50g/ 100g , PriceRM7.30/ RM12.30 (after 6% GST)

Kulit wajah yang berminyak menjadi punca pembiakan bakteria serta pembentukan sebum yang akan menghasilkan jerawat di kulit muka. Pembersih wajah khas untukkulit berminyak ini bertindak:
-Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak
-Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoranyang terkumpul di dalam liang pori kulit
-Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
-Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat


13) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 Dalam 1
SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 Dalam 1 Saiz Pek : 150ml ,Price  : RM17.40ml (selepas 6% GST)

Sisa kotoran dari udara tercemar adalah punca kulit wajah berminyak dan berjerawat. Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 ini bertindak:
-Membersih dengan mendalam untuk mengurangkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori
-Manik Mikro dengan kandungan Minyak Tea Tree dan Vitamin E membantu mengurangkan pembentukan jerawat
-Zink Mineral Mikro mengawal pembentukan sebum
-Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit
-Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka

14) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Anti Jerawat


Saiz Pek : 15g
RCP : RM11.90 (selepas 6% GST)
  
Kulit wajah yang berjerawat menyebabkan anda berasa tidak yakin dan kurang selesa. Dengan formulasi 99.9% Anti-Bakteria, krim ini bertindak:
-Sebagai rawatan intensif anti jerawat
-Menghalang pembentukan bintik hitam
-Memudarkan parut jerawat
-Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
-Meredakan kulit kemerahan dengan Lipid Enhancer semulajadi meredakan kemerahan
-AHA semula jadi mengawal jerawat punca bakteria

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI @safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia



REVIEW LISA : 
Dah seminggu Lisa try Set Skincare dari SAFI BALQIS OxyWHite ni , dan hasilnya memang lembut dan fresh kat muka . Safi Balqis ni  sesuai la untuk kulit remaja macam Lisa ni . Paling suka dengan Safi Pelembab JEL tu , wangi dan tak melekit . Korang try la...tapi pastikan pilih yang sesuai dengan kondisi kulit muka korang sama ada kering , normal atau berminyak . 



Friday, March 24, 2017

HARGA IPHONE 7 RED DI MALAYSIA

Wah.. rasanya iphone7 plus pun belum ramai orang yang pakai , harga pun belum turun lagi. Hari ini Apple mengeluarkan untuk kali pertama , iPhone berwarna merah iaitu iPhone 7 dan Iphone 7 Plus RED . Kalau boss nampak ni mesti suka . Telefon edisi khas ini hanya menawarkan dua variasi pilihan iaitu 128 GB dan 256GBB. Tiada versi 64 GB ditawarkan.Agak-agak berapa harga iPhone 7 Red di Malaysia eh ? mesti mahal...

Buy (RED). Give life 
Selama 10 tahun, perkongsian Appple dengan (RED) telah menyokong program-program HIV / AIDS yang menyediakan kaunseling, ujian, dan ubat-ubatan yang menghalang jangkitan HIV dari ibu kepada anak dalam kandungan. Setakat ini, Apple telah mengumpulkan lebih $ 130,000,000 melalui penjualan produk (RED). Kini memperkenalkan iPhone 7 (PRODUK) RED ™ Edisi Khas. Setiap pembelian membawa kita semakin hampir kepada generasi bebas AIDS. Telefon ini akan dijual ke seluruh dunia pada 24 Mac ini dan hasil jualan tersebut akan di dermakan kepada organisasi (RED) yang menyokong pencegahan AIDS dan penyelidikan. 




HARGA IPHONE 7 RED DI MALAYSIA

Telefon ini akan dijual pada harga yang sama dengan model iPhone 7 sebelum ini bermula pada harga RM3,699 dan pembeli di Malaysia boleh menempah pada tarikh yang sama.
Kepada yang berminat, boleh lihat di Apple Web Store. Pengumumman ini juga dibuat bersama pelancaran aplikasi Apple Clips yang memfokuskan kepada punyintingan video yang lebih mudah dan ringkas.







Lawa seh... rasa nak beli pulak , harga pun  boleh tahan RM3 K lebih .... tapi tak tau sempat beli ke tak , iphone jet black pun tak dapat nak Grab... heheh stock abes selalu. Kaya sungguh orang Malaysia ni kan . 
Wednesday, March 22, 2017

Buah Tangan Wajib Beli kalau Pergi Sabah


Sabah , selain dari gunung Kinabalu , tempat menarik yang patut korang lawati jika berkunjung ke Sabah ialah Kundasang . Kalau oversea tu macam NewZeland la  , di sini pula terkenal denga nama Desa Cattke Dairy Farm , Kundasang . Tempat ni sejuk , dan boleh minum susu fresh dari dari ladang lembu . wahh,,,menarik bukan ?

TEMPAT MENARIK DI KUNDASANG

Kundasang ni banyak tempat menarik untuk dilawati . korang kena tinggal lama sikit la kalau bercuti ,, baru lah rasa puas berjalan . Bagi mereka yang berada lebih dari sehari di Kundasang, boleh la pilih dan tambah destinasi untuk dilawati. Nah Lisa bagi senarai beberapa tempat yang menarik di Kundasang :-

-Kinabalu National Park  - Kundasang
-Desa Cattle Dairy Farm - Kundasang
-Tagal Fish Sg Moroli Kg Luanti - Ranau
-Poring Hot Spring - Ranau
-Rumah Terbalik - Kota Kinabalu*
-Kundasang War Memorial
-Ladang Teh Sabah
-Pasar di Pekan Kundasang
-Mesilau Nature Park
-Strawberry Mesilau Park



Sabah juga terkenal denga makanan Seafood yang fresh dan murah. Ermm..murah tu kena pandai cari tempat la  rasanya . Semakin dekat dengan laut lagi la murah . Lobster , ketam nipah . udang , sotong , ikan.. perghh.. rasa memang terbaikk la kalau dimasak fresh dari laut. Syurga makanan bagi penggemar seafood terutama ketam nipah , Lisa la tu .. hahaha. 

LOBSTER Merah , harga dalam RM 200-300 . 

Jajan apa yang best kalau pergi SABAH ?

Dah jalan-jalan mesti la kena beli buah tangan, ye dak ! Jajan ni maksudnya makanan , kira macam buah tangan berupa makanan gitu. Boleh tahan banyak juga la jajan yang boleh korang dapati di Sabah . Buah tagan wajib beli kalau pergi Sabah,  Diantaranya :-
*Amplang
*Mutiara Asli
*Ikan Bilis
*Ikan Masin
*Coconut Yogurt
*Kuih Cincin
*Buah Tarap
dan masih banyak lagi sebenarnya .




Tada,,, cantik kan.. kan.. kan..? rantai dan gelang mutiara buah tangan dari Sabah tempoh hari . Dalam cerita LEGENDS OF THE BLUE SEA tu , mutiara ni sebenarnya airmata ikan duyung . warna putih untuk air mata kesedihan dan warna pink tu pula air mata kebahagiaan. Mungkin mutiara ni airmata Sae Wa kot . haha jauhnya Lisa merepek, kalau dari Korea boleh la.. ni dari Sabah ..jauh bebenor. 

Lisa dapat satu set , dah macam Datin Rosmah pulak . Tengah bayangkan pakai kasut tinggi , pakai rantai ni , pakai gelang ni , ditambah bawa beg prada. Perghh.. dah macam adik beradik . Jadilah .. ala-ala datin gitu . 

Rantai dan gelang ni cantik , jatuh cinta gue dibuatnya . Warna ni yang pilih ummi mr. Hati Batu , dah ritu Mr Hati Batu tanya kat kita nak warna yang macam mana , mana la Lisa tahu , sebab tu suruh dia tanya Ummi  hahah betul-betul tanya pulak . Tapi okay la kan warna ni cantik sesuai dengan kulit Lisa yang putih gebus bak salji .  Pandai betul dia agak-agak panjang rantai and gelang ni , boleh ngam bila Lisa pakai . Tererrr seh, 






TIPS MEMILIH MUTIARA ASLI .
Kalau nak bezakan mana satu mutiara yang original dengan yang tiruan , korang ambek mutiara tu dan bakar. Kalau tiruan mesti meleleh dah ,,, kalau yang asli ni dia bentuk dan warna akan kekal . 

Yang ni pula jajan dari Kuching Sarawak .  dapat keychain dan pemotong kuku. Sebenarnya ada lagi satu tshit . Lupa nak keluarkan . ..  Jalan makan angin hasrus la minta tshirt . Heeeee... 


Banyak lagi sebenarnya souvenir dari beberapa buah negara ,,, wait to next artikel ya.. See you ....

Monday, March 20, 2017

CARRIE JUNIOR Refill Packs

CARRIE JUNIOR .. 
KINI DALAM PEK ISIAN SEMULA, MUDAH GUNA

Selama lebih daripada 20 tahun, CARRIE JUNIOR telah mencipta jenama yang dipercayai dalam pasaran penjagaan diri kanak-kanak yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi. Sebagai jenama yang percayai dengan inovasi, CARRIE JUNIOR sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti.

Kos sara hidup yang meningkat telah menyebabkan pengguna mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan. Namun bajet yang ketat tidak bermaksud anda perlu mengorbankan keperluan penjagaan diri, terutamanya apabila tiba masa mandi untuk si manja anda.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, CARRIE JUNIOR kini menawarkan pek isian semula, suatu pilihan penjimatan kos. Pek isian semula mudah guna, dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia, tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih.


Pek isian semula baharu ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan CARRIE JUNIOR Refill Packs, ibu bapa dapat berjimat dan menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.

CARRIE JUNIOR Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath.


Pek isian semula CARRIE JUNIOR Baby Bath 500g berharga RM8.90* (Semenanjung) dan RM 9.30* (Sabah & Sarawak) manakala CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash terdapat dalam harga RM9.90* in (Semenanjung) dan RM 10.40* (Sabah & Sarawak). Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.
*Harga termasuk GST.


Tentang CARRIE JUNIOR

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.
                        
Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Baby Bath Carrie Junior

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

Review Lisa :- Lisa memang dah lama pakai carrie junior untuk budak , turun temurun dari anak buah sorang sampailah dah ada 10 orang . Budak-budak pun tak liat kalau suruh mandi . Refill pack ni lebih jimat dan mesra alam sekita la , bayangkan pembaziran kalau setiap kali habis pakai kena beli botol baru , kira sendiri la berapa banyak $$$ wang yang kita boleh jimat jika beli refill pack sahaja. Botol lama masih boleh guna , buat apa membazir kan? :)  gunakan pilihan yang bijak  , kayh ! 




Saturday, March 18, 2017

Gangguan Network Data Celcom di Area Southern

Lama tak menaip entri , agak bz kebelakangan ini . Lebih lagi dengan kondisi tangan yang tak berapa nak sihat. Ha.. nampak tak gambar atas tu , cuba tengok..  '' NO SERVICE " , macam mana nak update blog kalau internet tak ada . Hmm.. eh eh alasan je lebih ,cakap je malas . Hahaha 

Ganguan Perkhidmatan Internet Celcom untuk region Southern .


Awalnya HP ni yang bermasalah ,  network internet ada tapi tak boleh nak gunakan data.  Lepas tu ada la dua tiga orang datang tanya hal yang sama pula. Nak tanya dalam group celcom , Hp antar repair pula.. adeh . Sebab nak tahu , Lisa call je la abang J , ooo dia bagitau memang ada ganguan untuk data celcom area southern seperti Melaka , Johor , Muar , Segamar dan lain-lain . Tengah setting tower atau pencawang celcom katanya . Biasanya 6 Jam dah ok , wait and see je la. Nasib baik guna wifi ...



Nak send pun tak delivered . Hahah patutla bergaduh tadi Lisa dengan kawan di messager fb sebab message lambat masuk. 

Ternyata ramai orang yang bergantung dengan internet sekarang ni . Zaman dah berubah .... 

UPDATE :
Gangguan sementara perkhidmatan mudah alih akan berterusan dijangka sampai bulan JUNE 2017.



Sunday, March 12, 2017

Tips Percutian Bajet


Assalamualaikum , macam mana dengan cuti sekolah kali ini ? mesti sibuk dengan percutian dan luangkan masa dengan keluarga tercinta . Cuti 1 bulan memang lama la katakan , boleh berjalan sakan cuti-cuti Malaysia ! Yeayyy.. . Jadi destinasi mana yang kalian pilih ? Cuti-cuti jugak.. tapi kena fikir juga lepas naik sekolah nanti kena kuarkan duit lagi untuk belanja sekolah anak . So... apakata korang baca beberapa tips bercuti secara jimat . Jom baca .

Tips Percutian Bajet

Untuk memudahkan dan menjimatkan percutian korang , berikut beberapa tips yang insyaallah akan berguna . 


1. Tempah Hotel  Awal .
Tempah bilik hotel awal 1bulan dari tarikh percutian atau tempah masa ada promo . Yang ini memang akan jimatkan duit poket korang la. Selain itu juga elak dari kehabisan bilik. Maklumlah kalau time cuti ni memang hotel selalunya penuh, cuti-cuti Malaysia lah katakan 😄. Nak lagi senang .. guna je aplikasi atau web untuk tempah hotel dan flight bisanya berlambak diskaun yang korang boleh dapatkan .


2. Tinggal di Homestay
Atau boleh juga kalau nak tinggal di Homestay. Homestay ni besar, ada bilik tidur ,ada TV , ada tempat BBQ , juga ada dapur haa.. nampak tak dah macam rumah sendiri . Korang boleh masak , boleh guling-guling .. ruang yang besar , boleh masak makanan sendiri sebab biasanya homestay ni ada dapur dan tong gas yang memang dah disediakan . Puas hati weii..

Sesuaikan tujuan percutian korang dengan keperluan penginapan. Jika masa percutian korang lebih banyak dihabiskan di luar, elak menginap di hotel mewah bagi mengelakkan pembaziran. Pilih bilik asrama, motel mahupun jenis bed dan breakfast adalah pilihan yang terbaik.

3.Bijak tempah tiket kapal terbang. 
Tips dari Lisa , kalau nak tempah tiket kapal terbang .. better buat time ada promo . Kadang Airasia ada promo ke destinasi tertentu dengan harga yang lumayan murah beb.. ! satu lagi tips, pilih atau buat perbandingan harga sebelum tempah . Pilih penerbangan diwaktu tak sibuk , pagi hari contohnya  .

4. Bawa Makanan sendiri . 
Ini biasa Lisa amalkan kalau bercuti , tak kisah dekat seperti Desaru , Villa Melaka , atau jauh seperti Genting Highland or Cameron ... kami sekeluarga mesti akan bawa makanan dari rumah seperti , Maggi , Roti , Kaya jem , Air mineral , jajan , atau bahan steamboat . Bukan sebab tak makan di Restoran , tapi sebab lebih jimat , mana tau tengah malam lapar atau jauh dari kedai makan , 7 Eleven . Apalagi kalau lapar diperjalanan... beli jajan di stesen minyak atau R n R mahal ooo.. air mineral pun dah beza berapa hengget dah. Pagi hari sebelum bertolak Lisak sekeluarga akan isi perut atau sarapan dirumah . Boleh kira sendiri la berapa banyak jimat .

Jika mahu, cuba elak menikmati sarapan di hotel kerana ia lebih mahal dan kadangkala kurang menyelerakan. Anda boleh keluar awal pagi dan berjalan di kawasan sekitar mencari kafe tempatan yang menghidangkan sarapan resipi tradisional dengan harga yang jauh lebih murah.

5. Kos perbelanjaan ketika bercuti . 
Maksud kos disini , berapa kos untuk masuk taman permainan , masuk muzium , bayaran untuk masuk ke tempat yang korang nak pergi tu . Untuk yang mahu berjimat, buat kajian betul-betul berapa kadar teksi, tuk-tuk atau becak untuk ke satu-satu destinasi. Jangan sampai kena ketuk.



 6. Membeli-belah
Kebanyakan lapangan terbang menawarkan kedai bebas cukai. Ambil kesempatan ini untuk membeli barangan tempatan mahupun import.
Tahukah anda, cukai yang dikenakan ketika anda berbelanja di beberapa negara lain boleh ditebus? Hanya isi beberapa borang dan tunjuk bukti pembelian bagi mendapatkan wang korang kembali. Periksa dengan kaunter pembayaran mengenai polisi pemulangan kerana ianya berbeza di setiap negara dan tertakluk pada jumlah belian tertentu.Jangan takut untuk membeli dan mencuba barangan tempatan kerana harganya lebih murah. 
Haiga-Sophia Istanbul

7. Tempat Lawatan
Pusat tumpuan pelancong tidak semestinya menarik untuk dilawati. Tambahan pula, harga barangan di kawasan sekelilingnya lebih tinggi daripada biasa. Penting untuk buat rujukan sebelum korang ke tempat percutian. Lawati tempat yaang bertepatan dengan kehendak .Jika tempat dituju just beberapa kilometer daripada tempat penginapan, apakata korang try pula untuk berjalan kaki bolehlah nikmati pemandangan sekeliling dan bergambar sepuasnya.

Tak salah untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan ataupun pemandu teksi dan bas. Kongsi pengalaman dan pengetahuan mereka. Jika korang bertuah, mereka boleh tunjukkan tempat menarik untuk dilawati dan tumpuan makanan yang lazat dengan harga yang menjimatkan!

Ambil perhatian ya… berlibur pada waktu cuti sekolah mahupun perayaan akan jadiakn percutian lebih mahal daripada hari-hari biasa.

Semoga tips ini berguna untuk korang yang bercadang nak bercuti , tanpa keluarkan kos banyak . 😁
Saturday, March 11, 2017

XPAX ' EDITION PACK ' Pantai Timur

Artikel sebelum ni Lisa dah terangkan tentang simpack celcom xpax #nokelentong . Baru tak baru juga la sebenarnya , sejak bulan 2 lepas ..ada XPAX ' EDITION PACK '  yang lebih berbaloi sebab lagi banyak benefit seperti free call dan free internet 10GB lagi banyak .  . Simcard ni orang biasanya sebut dengan xpax #nokelentong pantai timur atau simcard 1 Malaysia edisi pantai timur . Apa yang best nya ? 


Kelebihan XPAX EDITION PACK 


TOPUP / TAMBAH NILAI RM10 

FREE 10GB Internet kelajuan High Speed (Sabtu & Ahad)
FREE 60 Minit (Celcom ke Celcom)
* tarikh hidup 10 hari

TOPUP / TAMBAH NILAI RM30
FREE 10GB Internet  kelajuan High Speed (sabtu & ahad)
FREE 120 Minit (Celcom ke Celcom)
* tarikh hidup 30 hari
Untuk kelebihan lainnya masih sama dengan xpax nokelentong yang normal , Internet Data 5GB seharga RM30 dan 10GB seharga RM50 . 

Pelan internet ini hanya untuk tempoh terhad sahaja , bermula 7 February - 6 May 2017 . Selepas tempoh tu pack kembali normal seperti xpax no kelentong biasa. Tapi mana tahu kan ada tambah tempoh promo . Hehehe.. 

Pack xpax edisi pantai timur ni hanya dijual di Negeri yang berada di pantai timur seperti Kelantan , Sabah dan serawak .


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search