Ad

Showing posts with label travelog. Show all posts
Showing posts with label travelog. Show all posts

Bercuti Di Lexis Hibiscus Port Dickson

Bercuti Di Lexis Hibiscus Port Dickson 


Assalamualaikum ! Dah lebih setahun terperap dalam negeri sahaja, teringin juga nak makan angin keluar kawasan. Masih menunggu bila masa untuk rentas negeri dibuka semula .  Dapat staycation bercuti di Lexis Hibistus Port Dickson pon jadi la . Bertambah best kalau bercuti luangkan masa dengan family . Nak private pool, naik  heli , nak hirup udara pantai , berbasikal di malam hari dan banyak lagi . 

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Dari banyak-banyak hotel , Lexis Hibiscus PD yang paling buat aku teruja . Dah terbayangkan ada Swimming pool private dalam bilik dan tak perlu berkongsi dengan orang . Ada Sauna , Katil besar.. private pool dan macam-macam la. Heavennya ! dah terbayangkan oih. Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson menyediakan berbagai pilihan bilik , dari executive , sky pool , premium dan banyak lagi, seaview best sebab boleh swimming tengok laut sekali . 

 
Apa yang menarik minat Lisa tentang Lexis Hibiscus Port Dickson ini adalah susun atur bilik yang berbentuk bunga raya jika dilihat dari atas dan setiap bilik mempunyai kolam mandi .Itulah sebab nama Lexis Hibiscus diberi. Terdapat beberapa pilihan bilik disini iaitu Presidential Suites yang terletak di bahagian stigma, Imperial Suites (stamen), Premium Pool Villas (kelopak), Executive Pool Viilas (daun) dan Sky Pool Villas (on-shore). Sebagai informasi, Lexis Hibiscus memegang dua rekod dunia oleh Guiness World Records sebagai Most overwater villas ini a single resort dan Most swimming pools in a resort. Hebat bukan!



KEMUDAHAN DI LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Turun dari kereta  akan ada orang yang sambut dan  buka pintu kereta , tolong bawakan barang  dan ya.. semua itu percuma saja tanpa caj  , terasa ala princes la pula .  Sambil menunggu check in siap tu , korang boleh duduk rilek2 di Sofa  ada Live Band performance , ada minuman sejuk ,, dan aiskrim . Semua kemudahan itu boleh korang nikmati secara percuma je.   Best kan ?

 

Dan selepas settle urusan check-in korang bersiap je tunggu naik Buggi untuk dihantar sampai ke bilik korang . Nak berjalan kaki memang jauh lar jawapnya punyalah beribu bilik tu . Dah sampai bilik nanti beg dan barang akan diturunkan dan selamat beristirehat  menikmati keindahan bilik hotel ditepi laut .
 



Bilik dalam villa ni dipisahkan kepada tiga bahagian, yang first menempatkan katil, TV, peti ais, mini bar dan meja tulis (buka peti ais, rasa seronok sebab ada complimentary beverages!). Bahagian kedua menempatkan wardrobe, iron dengan iron board, sinki dengan cermin solek, bilik air dan shower. Takde bath tub ye kat Premium Pool Villa. Manakala bahagian ketiga adalah pool dengan steam room tadi. Kesemua bahagian ni dipisahkan oleh pintu kaca dari lantai ke siling, dengan langsir dan blinds. Jadi kalau malam, jangan risau sebab ade blinds untuk halang orang villa depan mengintai. Kahhhh!


Katil yang besar dan selesa , KING Size.. puas hati nak berguling-guling atas ni . hahaa.









panel kaca di atas lantai untuk melihat kehidupan marin di bawah
Jangan risau , kaca ni boleh tahan untuk tampung berat badan korang .Hewww.. terbayang ada shark dibawah itu ..





Kedalaman kolam ni 1.2 meter . ada pelampung sekali jadi tak perlu risau untuk budak-budak .Yang pasti korang kena pantau la.. sebab bilik dengan laut hanya dipisahkan cermin. Hati-hati ye ,,,

TEMPAT MENARIK DI LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Banyak aktiviti oleh dilakukan di dalam Lexis Hibiscus Port Dickson. Terdapat kemudahan seperti Water J Park dimana anda boleh bermain antaranya gelongsor besar setinggi 8 meter. Selain itu, jika korang sukakan sukan air, terdapat beberapa pilihan seperti jet ski, kayak dan banana boat. Pihak Lexis Hibiscus Port Dickson turut menyediakan kemudahan seperti kereta Yoyo, basikal, aktiviti memanah. Kemudahan indoor juga disediakan seperti Games Room, gimnasium, spa, pusat permainan kanak-kanak. Malah mereka turut menyediakan karaoke disini. Satu lagi aktviti yang boleh korang buat disini adalah membeli pakej menaiki helikopter untuk melihat panorama dari atas udara.

 HIBISCUS WALK 


Hibiscus Walk menawarkan 10 gerai makanan tempatan. Ada sate, nasi lemak, makanan laut, buah-buahan dan roti canai sekali gus memberi pilihan tetamu hotel mahupun pengunjung luar mencuba makanan tempatan atau makanan jalanan, selain bufet restoran kita,



Sila datang pada hujung minggu atau public holiday ye , sebab dulu masa Lisa pergi hari biasa jadi tak dapat la nak naik . Harap next boleh cuba naik ini pula . 




Bagi yang sukakan pantai , terdapat  Lexis Hibiscus pantai persendirian di sini. Malah, korang juga boleh menaiki basikal bersiar-siar sambil menikmati keindahan matahari terbenam





Dickson Dragon Cruise

Dari bilik kitorang, rupanya dekat aje lobinya kalo jalan kaki sebab dia kat hujung kelopak yang menghadap main building. Jadi, bila nak ke lobi, kitorang tak ambil buggy dah kalau setakat nak makan ke, gi naik cruise ke. Haaaaa, kat Lexis Hibiscus Port Dickson ni, uols boleh naik cruise tau! Dickson Dragon Cruise namanya.




Overall, experience bercuti di Lexis Hibiscus Port Dickson ni memang paling best dalam senarai list yang pernah pergi . Rasa tidak puas dengan hanya menginap satu malam sahaja. Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan disini. Perkara yang paling saya suka adalah saya bebas untuk mandi
kolam tanpa halangan masa kerana kolam mandi ada di dalam bilik. Jika korang mencari-cari lokasi percutian hujung minggu, Lexis Hibiscus Port Dickson boleh dimasukkan dalam senarai korang !




JOM TRAVEL ! Traveloka Saleabration 2018 dan Matta Fair Kembali Lagi

JOM TRAVEL ! Traveloka Saleabration 2018 Dan Mata Fair Kembali Lagi

Assalamualaikum  , Beberapa minggu lepas Lisa pergi bercuti ke negara jiran iaitu Indonesia. Lain seperti kebanyakan tempat wisata yang orang kunjungi seperti Bandung , Jakarta , Bali , Lombok.. kali ini Lisa memilih ke Jogjakarta. Memang Inginkan percutian lain dari yang lain orang biasa dah selalu kunjungi. Apa yang menarik disana ? Makanan , kebudayaan , dan juga tempat wisata yang menarik weih … ! . Jom rancang untuk Travel , Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018 kembali lagi . 



Persiapan awal yang perlu korang sediakan ialah tempah tiket penerbangan , Lisa masa tu buat 2 bulan sebelumnya . Lepas tempah tiket tu korang boleh buat persediaan yang lainnya seperti hotel , dan juga senarai barangan yang akan dibawa kesana  seperti : baju , kamera , passport , skincare , universal charger jangan lupa dibawa sebab lain negara lain tempat pengecasan handphone . Jangan lupa listkan tempat-tempat yang ingin korang kunjungi nanti .  Oh ya..  Traveloka Sale-abration 2018 ,  berikan tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera .  Wah .. menarik bukan ? Jangan lupa check out Traveloka Sale dan Matta Fair 2018! Pstthh : Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. Tertakluk kepada terma dan syarat



JOM TRAVEL ! Traveloka Saleabration 2018 dan Matta Fair Kembali Lagi

Ketahui Lokasi yang ingin dituju. 

Sebelum pergi ke sesuatu tempat, korang kena tahu dulu apa nama tempat tu, atau lebih senang nama kampung kat situ. Contohnya, nak pergi ke Yogyakarta. Sebelum sampai ke Airport bandara (Bandar Udara) Adisucipto, korang dah tau apa nama tempat yang korang nak pergi kat Jogja tu. Nanti bila ditanya oleh pegawai Imigresen kat situ, taklah gelabah nak menjawab. Kalau tak kena tahan, korang kena tanya macam-macam dengan pegawai kat situ. 

Senang cerita, tulis la nama-nama tempat seperti candi Prambanan, Malioboro , Taman sari , Pantai Parang Tritis , Gumuk Pasir , Rumah Hobbit  atau Gunung Kidul. Kalau hanya cakap mau ke jogja , jogja tu besar dan luas… nanti kena soal oleh Pihak imigresen disana  . Pihak imigresen mengajukan pelbagai soalan hehe .. mana-mana Imigresen pun buat macam tu .. soal siasat dan bukan senang je nak bagi masuk orang asing kedalam negara mereka . Nasib baik dah google dan Listkan tempat-tempat yang ingin dikunjugi masa di Yogjakarta atau senang disebut Jogja .

Sewa kendaraan disana . 

Kali ini Lisa pergi travel solo , sampai sana berjumpa dengan kawan yang belajar disana . Un-plan travel biasanya lebih menjadi dari pada plan pergi tapi kesudahnya tak pergi-pergi.  Kebanyakan orang akan sewa kendaraan dengan driver ( supir) disana untuk memudahkan kita bergerak ke tempat yang ingin di kunjungi . Lisa pula lebih memilih untuk menyewa kendaraan disana iaitu  motor Scoopy dan ride sendiri  . Boleh jimatkan duit poket korang dan jimat minyak juga untuk elak daripada Jem dan bazirkan masa diatas jalan . Berbekalkan phone , waze dan GPS je , Lisa explorae Jogja dan tempat wisata disana.  Amazing ! 




Hutan Pinus 

Di Hutan Pinus pengger ini , korang boleh mencium aroma getah hutan pinus . Tempat ini agak sejuk , ketika Lisa pergi pund alam 17-20 Celcious , sejuk weih ! Nasib baik ada bawah jacket . Hutan Pinus Pengger terletak di Dusun Sendangsari, Desa Terong, Kecamatan Dlingo, Kabupaten Bantul. Dari kawasan Kota Yogyakarta, tempat ini berjarak sekitar 25 km dan untuk sampai kesana memakan masa perjalanan selama 45 menit menggunakan kendaraan pribadi. 


Tiket untuk menikmati pesona Hutan Pinus Pengger cukup murah , hanya 2.5 K (IDR) per orang. Harga untuk tempat letak motor Rp2.000, tempat letak kereta Rp5.000 dan bus Rp20.000. Sedangkan jika ingin bergambar di spot-spot selfie, korang hanya perlu bagi uang seikhlasnya untuk biaya pengembangan tempat wisata ini. Murah bukan ? 

Tahun depan rasa nak pergi berjalan kemana pula ye?  Nanti nak kunjungi Matta Fair 2018 laa, tengok negara mana yang menarik dan sesuai dengan poket Lisa hahaha... Rasa nak pergi ISTANBUL la..wishlist dah lama ni , kalau tak dapat pergi ke Istanbul.. rasa nak pergi Korea pun OK juga la. Tak sabar nak tunggu Traveloka SALE ! sebab ada tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat.  No Booking Fee! Menarik kan ,,  tak perlu nak bagi booking Fee .  Tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi. Tempoh Tempahan bermula  Dari 4 September hinga 10 September 2018 , dan Tempoh Perjalanan pula untuk bila-bila masa ,  Anytime !

Jom sama-sama rancang percutian ! , mana tau nantinya Lisa juga teringin pergi ke negara yang korang nak pergi tu :D 




PAKEJ UMRAH JUARA TRAVEL TERBAIK DAN MURAH


Umrah , datang ke bandar suci Mekah ... siapa lah yang tak teringin . Lisa pun tengah kumpulkan duit untuk Umrah , insyaallah akan sampai kesana nanti . Lisa sendiri teringin nak mencari agensi yang betul-betul boleh dipercayai. Bercakap pasal umrah ni , ada cerita positive dan juga negative tentang agensi umrah ni . Jangan sampai duit dah bagi tapi ada masalah ketika menjalankan Umrah nanti . Ramai yang syorkan ambek pakej dengan syarikat Juara Travel atau nama syarikat yang sebenar ialah JUARA TRAVEL & TOURS SDN.BHD , yang dah berbelas tahun di bidang ini dah ada LESEN KHAS UMRAH juga banyak yang bagi feedback positive. Wah nak tahu lebih detail laa... macam menarik je. 


PAKEJ UMRAH JUARA TRAVEL TERBAIK DAN MURAH 

Baru beberapa hari lepas ni Lisa dan kawan ni bersembang tentang makcik dia yang kena tipu oleh agensi Umrah . Hurmm buat Lisa cuak juga la masa tu , iyelah..Lisa sendiri sedang merancang untuk pergi Umrah .. eh eh dapat berita macam tu pula . Katanya ditawarkan dengan pakej murah antara 3-4 ribu ... so tertarik dengan harga tu maka diambillah dengan agensi tu . Sampai sana.. dan siap menjalankan ibadah semua .. makcik tu tak boleh nak balik ... kira travel agensi tu tinggalkan dia seorang disana .Sedih bukan ?  huhuhu.. Jangan risau , sebab Juara Travel ini mempunyai LESEN KHAS UMRAH . ha.. ada lesen tu kiranya memang boleh dipercaya dah . PAKEJ UMRAH JUARA TRAVEL TERBAIK DAN MURAH berikan kemudahan dan benefit yang berbaloi untuk diambil. 




Untuk pengetahuan anda , Juara Travel ini telah pun telah didirikan hampir 24tahun . Dan amat berpengalaman dalam bidang pengurusan umrah selama lebih kurang 10 tahun, Juara Travel & Tours Sdn Bhd telah mengendalikan kurang lebih 30,000 jemaah sehingga kini. Jumlah ini bertambah dari hari ke hari . Khidmat pembimbing umrah dan haji bertauliah lagi berpengalaman bagi menyantuni Jemaah umrah kami sebelum, semasa dan selepas mengerjakan ibadah umrah.

Juara Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat agensi pelancongan berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (No. KPK/LN 2819) semenjak tahun 1994 dan merupakan ahli Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) dan BUMITRA MALAYSIA.


A post shared by UMRAH&HAJI/TOURS (@juarahq) on

Antara Pakej Umrah sangat menarik buat semua seperti :-
  • Pakej bermula dari RM6290
  • Pakej termasuk: Tiket penerbangan Etihad/ Oman/ Saudi/ Malaysia Airlines. (Bergantung kepada tarikh yang dipilih).
  • Penginapan hotel 3/4/5 bintang
  • Barang kelengkapan seperti beg Juara Travel 1 set ada 4 jenis (beg besar, luggage beg, beg telekung dan sling beg utk pakej selain pakej ekonomi)
  • Penyediaan kursus umrah secara berjadual sebelum berangkat
  • Mempunyai muassasah sendiri dengan mengeluarkan visa umrah
  • Mutawwif/ Pembimbing Umrah Yang Berilmu
  • Program kuliah di tanah suci
  • Jadual penerbangan yang 'CONFIRM' terbang, InsyaAllah
  • Penggunaan alat bantuan komunikasi 'RECEIVER' semasa pelaksanaan ibadah umrah yang 'PERTAMA'
  • Jarak hotel yang dekat/sederhana
  •  Mempunyai barisan staf di madinah dan makkah yang professional

Nak daftar mudah je , Boleh hubungi :
Whatsapp: www.wasap.my/60182204406 (ANIS)
Whatsapp: www.wasap.my/60179027713 (MUHAIMI)
Whatsapp: www.wasap.my/60193888710 (AFIQ)
Whatsapp: www.wasap.my/60193704551 (AINA)

💻 Emel: infojuara@gmail.com
💻 Website : www.juaratravel.com.my


A post shared by UMRAH&HAJI/TOURS (@juarahq) on




PROMOSI RAYA PAKEJ UMRAH 2018 - DISKAUN RM100 

Tahukah anda , Juara Travel sedang buat tawaran yang hebat dan menarik untuk Pakej Umrah 2018. PROMOSI RAYA PAKEJ UMRAH 2018 Juara Travel menawarkan diskaun sebanyak RM100.00 jika anda daftar pakej umrah sebelum 13 Julai 2018. Wah menarik juga ni !   Apa tunggu lagi , cepat book ye .



PSTTHH !! Jangan lupa follow media sosial Juara Travel untuk dapatkan lebih detail dan Info menarik yang lebih banyak lagi . 



FACEBOOK: https://www.facebook.com/juaratravelHQ/




A post shared by UMRAH&HAJI/TOURS (@juarahq) on

A post shared by UMRAH&HAJI/TOURS (@juarahq) on
A post shared by UMRAH&HAJI/TOURS (@juarahq) on


Semakin berkobar pula nak pergi umrah ni , menarik sungguh dan boleh dipercaya . Doakan Lisa boleh pergi ya insyaallah satu hari nanti .  Aminn.. Lisa doa untuk korang juga taw ! 


Percutian di LEXIS HIBISCUS Port Dickson


Assalamualaikum ! Salah satu dari wish list dah terpenuhi ,. yes!  dah lama Lisa sememangnya nak pergi LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON , tempat ala-ala Boracay di Philiphina tu . Private pool gitu .Lain dari yang lain kali ini Lisa bercuti di bulan ramadhan . walaupun begitu tetap ramai juga yang bercuti di Lexis Hibiscus . Teruja betul nak menaip kali ini.

Percutian di LEXIS HIBISCUS Port Dickson  Buat Aku Teruja !!


Dari banyak-banyak hotel , Lexis Hibiscus PD yang paling buat aku teruja . Dah terbayangkan ada Swimming pool private dalam bilik dan tak perlu berkongsi dengan orang . Ada Sauna , Katil besar.. private pool dan macam-macam la. Heavennya ! dah terbayangkan oih..

Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson menyediakan berbagai pilihan bilik , dari executive , sky pool , premium dan banyak lagi, Kali ini Lisa menginap di  bilik Executive  harga dalam RM1020.00 satu malam . tengok dari maps terletak di bahagian daun hibiscus ni .



KEMUDAHAN DI LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Turun dari kereta , akan ada orang yang buka pintu kereta , tolong bawakan barang  dan ya.. semua itu percuma saja tanpa caj  , terasa ala princes la pula .  Banyak kaunter pendaftaran so korang tak perlu risau menunggu lama , oh ya ..di LEXIS Hibiscus ni ada  sofa untuk tempat menunggu sementara korang nak check in , ada Live performance , ada minuman sejuk ,, dan aiskrim ..ya sama semua  diberikan secara percuma sahaja . Best kan ?



Sebelum naik Buggi (kendaraan disitu ) , kena beratur . Macammana dengan barang beg-beg besar pula ?part tu serahkan je dengan staff disitu ... hanya perlu bagitau dengan mereka number bilik korang nanti mereka akan hantar dengan selamat . So Jom kita menuju ke bilik pula 




Lisa bermalam di Executive Room Lexis Hibiscus Port Dickson , antara kemudahan yang Lisa dapat seperti :

  • Keluasan71 sqm
  • Terletak di  bahagian daun bunga raya / hibiscus
  • glass panel di lantai untuk melihat kehidupan laut dibawah.  to view the marine life below
  • 2 king beds
  • swimming pool peribadi  dan sauna di kawasan balkoni 
  • bilik air yang besar 



2 KATIL KING SIZE 



Meja yang luas dan selesa. Dibawah meja bahagian kiri dari gambar , yang berwarna putih tu dalam ialah peti ais bersaiz kecil , Setakat nak sejukkan minuman dalam tin dan menyimpan makanan tu boleh la .




Walaupun Lexis berada di tepi pantai , tapi tak menjejaskan line telephone dan juga internet . Lisa guna talian celcom , full barr 4G  (just masa di lobi hotel tu je la line bertukar ke E , sob-sob  nasib baik ada wifi percuma ) , haa kira ok la tu sebab biasanya kalau kawasan tepi pantai ni line telephone susah sikit dan ada pun tak berapa nak laju . Di Executive Room Lexis Hibiscus ni juga korang akan dapat FREE WIFI , laju juga lah . So tak menjejaskan kerja korang , almaklumlah Lisa ni kena sentiasa guna internet ... hehe 

Jom jelajah bahagian bilik mandi dan swimming pool pulak .



panel kaca di atas lantai untuk melihat kehidupan marin di bawah

Jangan risau , kaca ni boleh tahan untuk tampung berat badan korang .Hewww.. terbayang ada shark dibawah itu ..



 Bathroom Amenities

  • Shower
  • Hair dryer
  • Toiletries
  • Bathrobes


Peralatan untuk mandi memang dah biasa ada di mana-mana hotel , yang best disini disediakan sekali dengan hair-dryer dan juga tempat untuk iron baju tapi sayangnya takda iron disitu 😉 . Ha.. payung dan penimbang pun ada tau . Memang complete lah . 



Peti besi untuk simpan barang berharga .




Perempuan pantang tengok cermin , selfie kejap.. hew hewww 





 Private Swimming Pool 






Kedalaman kolam ni 1.2 meter . ada pelampung sekali jadi tak perlu risau untuk budak-budak .Yang pasti korang kena pantau la.. sebab bilik dengan laut hanya dipisahkan cermin. Hati-hati ye ,,,




Swimming pooll sea view 

Private pool di executive room ni dia tak berdepan-depan dengan bilik orang lain ,,, jadi aman la cik Lisa nak swimming disini without tudung , masih berpakaian sopan hehehe . Sebab gambar private so letak je gambar budak ni , see.. nampak tak betapa dia happy tengok laut ni . Memang release otak la..



Pemandangan di Lexis Hibiscus Port Dickson malam hari  . Ni tips untuk korang ye ,, lebih baik jalan kaki meronda-ronda disini daripada naik buggy car. Atau boleh je nak sewa basikal... ada tempat tuk sewa .




Design luar yang unik ! 
Kalau time pagi , angin kuat dan korang boleh menikmati ombak laut yang menghempas batuan tepi pantai.. ececece..  bermadah pulak . 


Oh ya Lisa dapat pakej room dengan Free sarapan  untuk 2pax / room 

Menu yang disediakan seperti : Nasi Lemak  yang dibungkus daun pisang , Nasi goreng , Daging rendang , Bihun goreng , aneka telur , Telur gulung , nuget , aneka roti ,aneka jus buah , salad , bihun sup , bubur dan banyak lagi . Ambek sedikit sudah , nanti boleh topup makan lagi . Hek hek...
Rasa untuk makanan ni 4/5 bintang. Sedap sampai menambah -nambah . opss .

Untuk sarapan ini korang boleh pilih sama ada Roselle coffee house  (yang ni kena beratur dulu ) atau masuk dalam lagi di UMI jappanese restaurant . Dua tempat ni sama je , boleh breakfast disini .




REVIEW LISA

  • Lisa sangat puas hati dengan service dan bilik disini. antaranya : 
  • Layanan / service yang mudah 
  • Check in cepat dan mudah je 
  • Staff friendly dan murah senyum 
  • Kemudahan buggi car untuk bawa kita kedalam bilik jadi tak perlu la nak berjalan kaki usung beg tu ha . 
  • Bilik  yang luas dan selesa 
  • Katil best sedap tidur weih . 
  • Private pool , korang boleh swimming sesuka hati pagi ,siang , bahkan malam pun boleh tau dan tak berkongsi dengan orang luar . 
  • Sauna dalam bilik sendiri  tak perlu kongsi dengan orang lain , korang juga boleh set temperature sesuka hati .
  • Sewa basikal untuk keliling dan bersiar-siar di Lexis .
  • Boleh naik Heli untuk tengok Lexis Hibiscus dari atas . 



Nota : .. lepas ni harapnya ada iron la dalam bilik tu , sesuai untuk kami yang nak iron tudung ni ha , tak kan nak bawa iron dari rumah . hukss.. 

Rating Lisa :-(1-5 bintang ) 

Kebersihan : 5/5 ,
bersih gila beb lexis hibiscus ni , dari mula lobi sampailah di semua sudut .


Makanan : 4.5/5
Hampir kesemua makanan disini sedap . Sayangnya ayam rendang tu dah habis awal .. harap lepas ni dapat di banyakkan lagi menu itu .

WIFI : 5/5,
Laju , dalam bilik , dalam private pooll atau dibilik sebelah pun still boleh guna . Laju weih.. walaupun ramai orang guna . 1 password wifi ni boleh digunakan disemua tempat area Lexis ini tak terhad di bilik sahaja .

Bilik : 4.5/5
Bilik luas weih , dan sayang just pada iron tu takde tapi tempat iron ada haha.

Keselesaan tidur : 5/5 
Selesa tidur sampai tak sedar dah pagi , takda ganguan bunyi bising .

Lokasi : 4.5 /5 
Senang cari , alhamdulillah tak sesat lagi hahaha.

Value : 4/5 


Korang boleh juga rasai tarikan yang special untuk naik Heli di Lexis Hibiscus ini, hanya beroperasi ketika hujung minggu dan juga cuti umum . Boleh ride dan tengok pemandangan Lexis Hibiscus dari atas . Macam best je kan ? tapi sayang time Lisa pergi tu cuaca tak mengizinkan nak naik , uhukss kecewa ! Lain kali la pergi lagi :p 



Untuk maklumat selebihnya :-

 Lexis Hibiscus Port Dickson 

Address: 12th Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan, Malaysia
Phone: +60 6-660 2626


Terimakasih Lexis Hibiscus Port Dickson , semoga Lisa ada kesempatan untuk datang sini lagi ..hehee





© all rights reserved
made with by templateszoo