Thursday, March 30, 2017

BAHAYA TINGGAL BUDAK DALAM KERETA !

BAHAYA TINGGAL BUDAK DALAM KERETA !


Dah selalu orang pesan , jangan tinggalkan anak dalam kereta dalam keadaan apapun . Tak kisah sekejap atau lama ,,, JANGAN !! Tapi banyak je yang ambik mudah kes ini,  ayat diorang " Elee.. takpela.. kejap je pun "  Hello... kemalangan boleh berlaku dalam 1 saat je okayh . jangan anggap remeh .


BAHAYA TINGGAL BUDAK DALAM KERETA ! 


Kes ni dah berlaku pun disekeliling Lisa , kakak bawa budak  pergi bungkus makanan. Ala... sekejap je , memang dah selalu bungkus makanan di kedai mamak luar rumah tu je . Ceritanya malam tu Lisa tak ikut diorang , kakak and 4budak lainnya dalam kereta . Pendekkan cerita , kakak turun dari kereta dan pergi bungkus makanan, time tu juga.. little boy (5 tahun ) ni main-main dekat seat driver . Dia jelajah la semua nak pegang , dan..... dia tarik hand break kereta.  Time tu pulak ada motor depan kereta. Bertembunglah kereta tu dengan motor . 

Nasib baik lagi si budak 10tahun laju pi depan dan letak break semula. Kalau tak..tak tau la nakjadi apa. (Minta dijauhkan .. ) . kena bayar rm100.00 kat si motosikal tu . mudahnya buat duit, calar sikit je pun motor tu . (*EH.. dah kau cuai haha kan,,, *

Pesan Lisa : 
Jangan letak budak dalam kereta , jangan tinggalkan budak dalam kereta kalau tiada orang dewasa didalamnya .  Bahaya weih , boleh jadi nyawa melayang . Sayangi nyawa anak anda. !


  1. akak sampai nak isi minyak kereta...nak bayar pun akak heret abam Qi kalau berdua dengan dia...kalau nak ke tandas pun akak heret anak masuk tandas sekali...biarlah org kata akak ni terlampau berhati...anak hilang boleh mati ooooooo....cukup sekali la ujian Allah dulu kt rumah terbuka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... risau sangat2. anak2 ni harta tak ternilai ooo. Tapi ramai ibu bapa yang masih leka

      Delete
  2. betul tu. walaupun kejap, bawak la diorang turun sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. bahaya tinggal budak ni sensosang

      Delete
  3. Memang bahaya.. kadang2 ada kes, tingkap kena pecah dan budak tu kena culik

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh tingkap pecah boleh lagi nk ganti. budak ilang.. mau menangis woo

      Delete
  4. tak berani nak tinggal2 anak dalam keta.. dalam umah pun bahaya jugak.. jangan tinggal2.. adoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula.. mesti dalam kepala ala sekejap jeee,,,

      Delete

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search