Ad

Showing posts with label iphone 7. Show all posts
Showing posts with label iphone 7. Show all posts

CARA MENGESAN IPHONE HILANG



CARA MENGESAN IPHONE HILANG


Baru semalam dengar dalam berita TV yang seorang cikgu menuduh , denda seorang murid akhirnya murid itu nekad untuk bunuh diri dengan gantung diri dan akhirnya meninggal 01 Feb 2018 selepas koma selama beberapa hari. Aku tahu masih ramai lagi pengguna iPhone masih belum reti dan tak tahu menggunakan fungsi Find My iPhone. Disebabkan ramai malu bertanya dan aku tak nak jadi isu baru-baru ini berulang, anda ikut langkah-langkah cara mengesan iPhone hilang yang diberikan 

Find My iPhone – Membantu Pengguna Mengesan Kembali Peranti iOS Yang Hilang


"Find My iPhone" merupakan satu aplikasi yang ditawarkan oleh Apple dalam usaha membantu pengguna untuk mencari dan mendapatkan kembali telefon pintar dan tablet yang menggunakan perisian IOS yang hilang. Ia akan berfungsi apabila akaun apple ID didaftarkan ke iCloud. Aplikasi “Find My iPhone” ini memerlukan sambungan internet sama ada melalui WiFi ataupun talian selular untuk ia berfungsi.

CARA MENGESAN iPHONE HILANG

Apps ini biasanya memang dah ada dalam Phone during korang beli, Tapi jika tidak ada applikasi ini ,   download la di Apple Apps store.

Cara-cara penggunaan Find My iPhone.


1. Pergi ke laman icloud.com dan login menggunakan iCloud account anda. untuk di komputer kau cari laman iCloud.com


2. Pilih dan klik ‘Find iPhone’ pada menu utama dan kemudian klik pada ‘All Devices’ pada bahagian atas browser.

3. Pilih iPhone anda untuk mengetahui kedudukan semasa. Anda juga boleh zoom in untuk melihat lebih jelas dan mengetahui keberadaan iPhone tu.

4. Terdapat beberapa fungsi mode yang anda boleh guna pada aplikasi ini. Antaranya : 

  • Play sound – membuatkan handphone anda berdering kuat.
  • Lost mode – masukkan no telefon. No telefon akan terpapar pada screen iPhone anda.
  • Erase – Anda boleh memadamkan data yang ada pada handphone anda dan mode menyokong activation Locked dimana iPhone anda akan memadam dan tidak boleh diaktifkan semula melainkan memasukkan kembali kata laluan AppleID yang asal.
  • Location & Direction – membolehkan pengguna mengetahui lokasi peranti iOS anda samaada hilang, tercicir atau tersalah tempat. Ia turut hadir dengan sokongan integrasi aplikasi Maps untuk tujuan penunjuk arah jalan.

Contoh lokasi iPhone kau berada.

Oh ya Find My iPhone akan berkesan jika telefon itu masih On, kalau off tidak berkesan dan hanya akan hantar lokasi terakhir sahaja. Untuk Android anda boleh guna Android devices manager. Lepas ini tak payah tuduh-tuduh orang jika tiada bukti kalau telefon hilang, ikut langkah-langkah aku beri tu sudah.


Salman Sazali - Tech geek anda.

Kelebihan IOS 11

Kelebihan Software IOS 11 


Hye.. korang yang Apple user tu dah update software ke IOS 11 belum ? Kalau belum.. meh laju-laju update phone korang tu . Untuk update software ni perlukan 2.04Gb Storage ye.. jadi kalau dah rasa nak penuh tu boleh la transfer data tu dulu , kang separuh jalan update tiba-tiba tersekat pula.  Banyak features baru pada iPhone dan iPad termasuklah App Store yang baru , Siri baru, dan banyak lagi . Salah satu yang Lisa suka ialah short cut paparan mobile data pada screen yang memudahkan korang untuk off dan on data . Kali ini pula Lisa akan review tentang kelebihan yang ada pada IOS 11. 





Kelebihan IOS 11 

Rasanya hari ini tak ramai lagi yang update ke IOS 11 , biasanya memang orang lebih rela menunggu sampai stabil baru la update sofware . Mana tau akan jadi hang , crash atau timbul masalah yang lainnya . Ok .. Lisa dah update dah , so far memang tak de masalah dan lagi . Ok la... banyak pula membebel , Meh lisa kongsikan Kelebihan IOS 11 .

1. Phone lebih smooth dan laju  , ye betul... lagi laju dan smooth  semenjak dah tukar ke IOS 11 . 


2. Features baru  FILE APP
FILE  , Korang boleh simpan data, gambar , document  dan letak dalam satu FILE. Baik dari Icloud atau dari third party seperti Google Drive dan lainnya . 




3. Take Control Nampak tak paparan Take Control ini dah lain dari yang sebelum ini. IOS 11 dah customiz kan Control Center dengan yang lebihmudah digunakan ke favorite control. Gunakan 3D Touch untuk access control . 

Untuk addd atau remove favorite control , korang boleh pergi Settings > Control Center > Customize Control .

Short cut paparan multitasking Network Carier atau mobile data internet . 
Bagi Lisa mudah la untuk Lisa nak On / OFF  mobile data ini. Macam ritu pergi holiday , nak jimat batrey punya pasal Lisa kena on - Off mobile data. Kena masuk setting dulu baru boleh on off , haihh leceh . Sekarang lebih mudah ! awalnya Lisa ingat tu logo HOTSPOT , eh .. mobile data rupanya . ..patut tak naik 4G haha.




4. PENCIL . 
Nampak tak yang terpapar dibawah tu .  ada pencil oih... memudahkan kita wat kerja. So lepas ni nak sign agrement tak perlu la buka PC baru sign . Best best... nk conteng-conteng pun tak perlu guna PICSArt lagi . Mudah kerja kita.. 😋

Oh ya.. lepas screen shoot ni , gambar tadi akan muncul minimal di hujung kiri screen phone. Senang la kalau nak tengok atau terus edit gambar tu tanpa buka galery phone . 




 5. Munculnya Features Screen Recording . 
Setahu Lisa , baru phone SONY je yang sediakan kemudahan untuk record screen phone tanpa install apps . Sekarang iPhone IOS 11 ini dah boleh nak record screen , lagi best ! 



6. FUN LIVE PHOTO EFFECTS 
Di IOS 11 ini korang boleh swipe up LIVE Photo untuk pilih effect seperti Loop atau Bounce . Wahh. kena cuba nanti ..

7. Stay Focused On The Road .
Macam korang tengah drive tu , yang ni boleh jaga agar korang focus drive je dan tak kan dapat notification dan text yang mengganggu. Pergi dekat Setting > Do Not Distrub . Siap . Sesetengah orang suka sangat main phone ketika drive kan ? Bahaya cik non aih.. jangan buat gitu kayh. Sayangi keselamatan diri dan nyawa orang lain juga. 


Terms and Conditions 
T&C ini korang kalau rajin . baca la.. siap BOLD TU !!! ha.. mesti ada yang penting ... kalau rasa dah paham , tick agree dan kemudian start untuk upload software ke IOS 11 . Pastikan Internet WIFI laju dan tak terputus nantinya . 




REVIEW IOS 11 
Pendapat pribadi Lisa , IOS 11 lebih best dan smooth . Senang nak buat kerja dan banyak memudahan , features baru dan banyak lagi . So Far OK .. so korang dah boleh update phone atau iPad korang ke IOS 11. Banyak lagi sebenarnya kelebihan yang lain.. dalam ni ulasan sedikit je la dari Lisa. Korang download dan explore kayh ! 

Nantikan next artikel tentang cara buat screen recording di iPhone .

Bye... see u next artikel.. 

Harga i-Phone 8 di Malaysia


Harga i-Phone 8 di Malaysia

Tik tok tik tok tak terasa dah tinggal beberapa minggu lagi iphone akan keluarkan series yang ke 8 . Selepas keluar iPhone 7 dan 7 Plus , terus keluarkan iPhone 8 tanpa keluar 7 s seperti iphone series  6 sebelum ini . Apa yang menarik dari i-Phone 8 ini  ? Harga iphone 8 mesti mahal gila kan . Tak sabar rasanya nak tengok feedback. Nak beli ke tidak tu kena tengok feedback dulu la , setakat ni i-phone tak pernah mengecewakan lagi seperti jenama HP lainya yang kena return back ke kilang semula hehehe.

Kelebihan i-Phone 8


Apa yang best dari i-Phone 8 ni ?  sedikit banyak korang boleh tengok video dibawah ini . Dari apa yang Lisa nampak kelebihan iphone 8
  • Tiada lagi button home , 
  • 3D Facial Recognition , ni ganti dari touch ID 
  • Permukaan depan dan belakang semua dari glass. 
  • Wireless charger  , untuk kali pertama i-Phone keluar version macam ni . 
Wow.. macam menarik bukan? 

Lisa tak berapa suka dengan wireless earphone , rasa tak best je . mahal pula harga kalau rosak ke hilang , lepas tu  iphone 8 semua glass bahagian depan belakang ,..dah la lisa ni agak cuai . Tidak sampai la i-Phone Jatuh Lagi  . Tapi.. kalau ada orang nak belanja seketul iphone 8 , Lisa terima dengan senang hati hahahaha 



Gambar i-Phone 8 















i-Phone jatuh lagi ?


Iphone Jatuh Lagi ?

 Retak seribu... cintaku... bila mengenangkan..segalanya .. Ehh ternyanyi la pulak . Hurm.. sebak ada ,sedih pun ada.. tak sampai sebulan oih pakai Handphone ni . Tapi apa dah jadi ? macam biasalah.. pecah oih . Kalau korang ingat lagi , Lisa pernah tulis gak .. Iphone masuk dalam Jamban , phew. Haritu terhentak meja je pun.. kena screen tu pastu pecah. Then tadii.. tadi... pecah lagi . Ni lah sebabnya Mr Hati Batu tak nak dah belikan aku screen protector yang full cover . Sebab memang dah tau konfem tak bertahan lama mesti dah pecah lagi . Kali ke lima puluh sembilan kot beli screen protector. Phewww... 

Pilih Screen Protector glass full cover untuk selamat !

Mr hati batu memang dah bagi extra screen protector haritu , tapi yang tak full cover siap casing spigen ohh. . Hurm.. aku dah tahu mesti akan jatuh HP tu , jadi aku minta dia belikan full cover . Dia taknak..pastu membebel la pot pet pot pet.. pakai cover spigen jatuh tak jadi apa la. Haih.. Phone ni bukan jatuh dari bermeter2.. nk letak atas meja pastu jatuh kat atas meja tu je pun boleh crash . Beli mahal oih screen protector tu , tapi tu la sama je crash juga. Sebab si-Dia taknak belikan , aku beli la sendiri .

Malas sebenarnya bukan takde duit hahaha. So Lisa lebih rasa selamat pakai screen protector glass yang full cover sebab nanti jatuh tak kena LCD screen iphone tu. Nangis kang.... huhu... Terbayangkan boss pakai iphone tempoh hari , lepas tu pakai screen protector yang tak full cover , then jatuh. Ya... screen tu pecah oih... sampai sekarang tak elok lagi !


Macam mana boleh jatuh ? sebab tadi pergi tandas .. then time cangkung nak buka paip air tu tiba-tiba Hp jatuh . sedih bebbbb ! kalau cakap dengan mr Hati batu mesti kena bebel huhuhuhu


Kena beli screen protector baru la ni , agak sakit dan sedih juga la tengok HP cacat ni . Huhuhu 

HARGA IPHONE 7 RED DI MALAYSIA

Wah.. rasanya iphone7 plus pun belum ramai orang yang pakai , harga pun belum turun lagi. Hari ini Apple mengeluarkan untuk kali pertama , iPhone berwarna merah iaitu iPhone 7 dan Iphone 7 Plus RED . Kalau boss nampak ni mesti suka . Telefon edisi khas ini hanya menawarkan dua variasi pilihan iaitu 128 GB dan 256GBB. Tiada versi 64 GB ditawarkan.Agak-agak berapa harga iPhone 7 Red di Malaysia eh ? mesti mahal...

Buy (RED). Give life 
Selama 10 tahun, perkongsian Appple dengan (RED) telah menyokong program-program HIV / AIDS yang menyediakan kaunseling, ujian, dan ubat-ubatan yang menghalang jangkitan HIV dari ibu kepada anak dalam kandungan. Setakat ini, Apple telah mengumpulkan lebih $ 130,000,000 melalui penjualan produk (RED). Kini memperkenalkan iPhone 7 (PRODUK) RED ™ Edisi Khas. Setiap pembelian membawa kita semakin hampir kepada generasi bebas AIDS. Telefon ini akan dijual ke seluruh dunia pada 24 Mac ini dan hasil jualan tersebut akan di dermakan kepada organisasi (RED) yang menyokong pencegahan AIDS dan penyelidikan. 




HARGA IPHONE 7 RED DI MALAYSIA

Telefon ini akan dijual pada harga yang sama dengan model iPhone 7 sebelum ini bermula pada harga RM3,699 dan pembeli di Malaysia boleh menempah pada tarikh yang sama.
Kepada yang berminat, boleh lihat di Apple Web Store. Pengumumman ini juga dibuat bersama pelancaran aplikasi Apple Clips yang memfokuskan kepada punyintingan video yang lebih mudah dan ringkas.







Lawa seh... rasa nak beli pulak , harga pun  boleh tahan RM3 K lebih .... tapi tak tau sempat beli ke tak , iphone jet black pun tak dapat nak Grab... heheh stock abes selalu. Kaya sungguh orang Malaysia ni kan . 

Harga iPhone 7 dan iPhone 7 Plus di Malaysia


Hari ini 14 Oktober 2016 , iPhone7 series dilancarkan di Malaysia .  Boleh tahan la harga dia  paling rendah pun dijual harga RM 3,199 untuk Iphone 7 , 32GB. Fikir balik... sama je dengan harga iPhone sebelum-sebelum ini . Takde la mahal sangat untuk jenis orang yang berduit .  Aku ? hahaha tunggu orang bagi hadiah baru dapat pakai la .Walaupun hari ini official launch di Malaysia , tapi hakikatnya  iPhone 7 ini pula dah berada di tangan Lisa sejak beberapa minggu lepas.,, hehe beli di Singapore sebab dekat je , time tu dalam harga $ 1284 Singapore Dollar. Entri ni sambungan dari cerita sebelum ini , di Best ke iPhone 7 ? Kali ni Lisa akan review  harga iPhone 7 dan 7 plus pula .


Harga i-Phone 7 dan i-Phone 7 Plus di Malaysia 

iPhone 7 hadir dengan 5 pilihan warna yang berlainan , Jet black , Black , Silver , Gold , dan Rose Gold . Jet Black limited edition dengan pengeluaran hanya berapa ratus saja , untuk Jet Black hanya ada 2 pilihan iaitu 128 GB dan 256 GB . Besar iPhone 7 ialah  4.7 Inch , tengok depan sama lebih kurang macam iPhone 6 atau 6 s , bezanya kalau tengok betul-betul kamera tu agak besar sikit . Proses penghantaran 1-3 minggu . 

HARGA iPhone 7 di Malaysia

Colour 32GB128GB256GB
Jet Black Not Avaiable RM 3,699RM 4,199
Black RM3,199RM 3,699RM 4,199
Silver RM3,199RM 3,699RM 4,199
GoldRM3,199RM 3,699RM 4,199
Rose Gold RM3,199RM 3,699RM 4,199





iPhone 7 Plus pula punya kelebihan dari kamera , 12 MP . Kamera belakang ada 2 buah kamera .. wahh first time dalam iPhone series . Besar untuk iPhone 7 plus , 5.5 Inch . Harga yang ditawarkan pun cukup woww.. hahaah paling rendah dijual dengan harga RM 3,799.00 . Penghantaran 3-4 minggu .

Harga iPhone 7 Plus di Malaysia 


Colour 32GB128GB256GB
Jet Black Not Avaiable RM 4,299RM 4,799
Black RM 3,799RM 4,299RM 4,799
Silver RM 3,799RM 4,299RM 4,799
GoldRM 3,799RM 4,299RM 4,799
Rose Gold RM 3,799RM 4,299RM 4,799



Dengar cerita syarikat telco Digi , Maxis , Celcom dah keluarkan pakej sign up dengan iPhone7 and iPhone7 Plus. Nanti Lisa usha dan kongsikan kepada korang ye . Harga iPhone dah tau ..selamat beratur ya ... hehee apapun model Handphone , guna dan beli ikut keperluan masing-masing ... tepuk dada tanya poket . Jangan jadi papa kedana hanya sebab beli phone je ,,
© all rights reserved
made with by templateszoo