Beli Tomyam Free Nasi Goreng?

Beli Tomyam Free Nasi Goreng ?| Tadi Lisa pergi satu kedai makan untuk makan malam. Macam biasa lah Lisa order Tomyam,Nasi Putih ,teh Ais .. memang heaven la kalau makan tu sebab memang kesukaan Lisa. 
Makanan datang , dan Lisa makan la dengan penuh selera. Sedap woo tomyam akak tu. Dia atau family dia ada keturunan Thailand,sebab tu makanan dikedai makan tu memang sedap! 
Ada udang ,ayam,sotong ,sayur.. hehehe. Dan ketika makanan dah nak makan habis.. Lisa order nasi goreng ayam ,bungkus. Siap makan,siap juga nasi goreng bungkus itu. Lisa pergi counter untuk bayar  
Tanya.. berapa rm,abang tu cakap rm8.10 ,bayar je rm8.00 . Murah kan ? Saya nak cepat,lepas tu hulur la duit rm 20.00 dah beredar dari kedai makan itu. 
Sesampai ditempat kerja. Macam ada yang tak kena ja.Fikir dan kemudian kira-kira,rupanya abang tu tak kira nasi goreng yang bungkus tu. Lisa patah balik kekedai makan tu. 
Akak ; "lah..kenapa patah balik lagi?ada yang tertinggal ke dik? "
Saya ; " tak ada lah kak.. nak tanya kat abang ni ha,nasi goreng tadi dah kira ke belum. Macam belum kira je. "
Abang ; " eh ada bungkus nasi goreng ke dik? "
Saya ;" ada.. tadi order dengan akak . Tu lah..Lisa fikir macam ada yang tak kena je. Kan betul nasi tu tak kira lagi. Hehehe .nah duit untuk bayar nasi goreng tu " 
Akak ;" lah.. susah susah antar.. bagi esok kan boleh. Macam lah tak kenal kan "
Saya ; "eh..makanan yang nak dimakan mana boleh hutang kak, . Dah malam kak.. gerak dulu. Assalamualaikum "

Lisa pon berlalu dari situ. Kenapa saya patah balik hanya untuk bayar makanan tu? Yelah..mereka berniaga. Untung baru seberapa ja. Tengok tadi pon kurang orang je malam ini. Sebab tu patah balik,tak man nak free macam tu je ?. Tak baik ambil hak orang. Lagi satu, mak pesan ...makan jangan berhutang . Dan jangan tangguhkan hutang. Makanan itu untuk dimakan,jangan pulak jadi daging yang haram didalam tubuh kita sebab makan makanan tak bayar lebih kurang mencuri. 

1 ulasan:

yup betul tu..kene bayar balik kalau tak makanan yang kita makan takut haram


EmoticonEmoticon