Allah mengajar saya sesuatu

ALLAH mengajar saya sesuatu| "Dik,kaki mak sakit..susah berjalan. Tapi lepas adik urut kaki mak dah tak sakit. Mak dah sehat ".  Subhanallah,ampunkanlah kami ya Allah,sesungguhnya kami tidak terfikir dan mengetahui betapa sentuhan seorang anak boleh menghilangkan kesakitan yang diderita oleh Mak. Patutlah mak tidak lagi ke masjid. Maafkan adik mak kerana menyangka mak dah tewas dengan ujian Allah.

Hadis Nabi ;" Apabila seorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya,Allah taala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: " Tulislah juga untuknya amal-amal soleh yang biasa ia lakukan,"Kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu,Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan Baharu -bersih suci daripada dosanya;dan jika Tuhan mengambil nyawanya,diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya (Riwayat Anas)

Semoga kita dapat menjaga mereka yang sakit terutama ibu bapa kita dengan cara yang terbaik.Ianya sukar tetapi perlu dilakukan..

2 ulasan

setiap org pasti sygkan ibunya..semoga kita semua mendapat rahmat dan restu drp ibu dlm kehidupan seharian.

yang masih punyai ibu,, bersyukurlah...
Mama Niza


EmoticonEmoticon