Tips Mudah Cara Atasi Jerawat

 Tips Mudah  Cara Atasi Jerawat | Kalian yang mempunyai jerawat mesti pening cari banyak cara dan ubat untuk atasi jerawat tapi tak hilang-hilang jugak .  Betul tak ? Hari ni Lisa nak bagi tau kat kalian tips atasi jerawat yang memang Lisa selalu amalkan bila ada jerawat comel datang singgah ke muka yang baby face ni .Err..mohon jangan muntah ! haha

-Spirit 
Boleh diperolehi di Farmasi terdekat . Tak mahal , hanya rm10 sahaja untuk saiz botol besar.Ambil kapas , basahkan sedikit dengan spirit ,sapu ditempat yang ada jerawat. Mula-mula kalian akan terasa pedih ,sebab jerawat tu . Nanti lama-lama ok dah .

-Methylated Spirit
Sejenis spirit juga, mengandungi alkohol 95% . Kegunaan hanya untuk luar sahaja. Biasa digunakan untuk cuci luka luar. Sapu dengan kapas sahaja. senang bukan ?harga pon murah je rm6.75





-BD alcohol swap
Yang ni senang je , macam sejenis tissue basah. Koyak bagian tepi, kemudian sapu di jerawat itu. Harga murah je rm1.45 ,untuk 10pcs dalam satu packet.

Kalian boleh guna cara ini ketika ada jerawat , kalau tak da jerawat takyah menggedik nak pakai. Nanti kulit u all's kering . Sehari sampai 2 hari guna memang dah kering dah jerawat. Bergantung dengan jerawat kalian itu macam mana. Sapu ketika malam sebelum tidur.

Dah itu sahaja tips dari saya , selamat mencuba !


7 ulasan

Boleh digunakan sebagai antiseptik untuk bebas dari kuman. Selalu luka mengunakannya cuma ketip bibir tahan kepedihan.

memang ini untuk antiseptik kuman.. hehe tapi kalau beli spirit yg salanim (kalau tak silap nama tu ) kadar alkohol rendah tak pedih

mesti pedih tu kan Lisa, kalau kulit sensetif susah la... kulit nipis mcm kulit bawang. hurmm boleh ke?

Mula mula pedih.. klau kulit sensstif leh try swap tu sbb kdar alchol rendah..

kak mia guna bd alcohol swab... tu yang mudah..

Blogwaking ke blog awak. Visit blog
saya pula.. http://atrix96.blogspot.com

x pernah try lagi cara2 nie..boleh jgk suggest kt kawan2 yg ada masalah jerawat ni kan :)


EmoticonEmoticon