Ad

Showing posts with label jerawat. Show all posts
Showing posts with label jerawat. Show all posts

Bebas Jerawat Dalam Dua Minggu - Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment

Kulit Bebas Jerawat Dalam Dua Minggu - Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment


Tinggal di negara Asia ni dengan cuaca yang panas kadang hujan ni ,  tak lari dari tumbuh jerawat baik dekat muka atau badan . Jerawat ? walaupun seketul dua , kalau tumbuh di muka boleh hilangkan mood si tuan badan dan menyebabkan kemurungan woo.. !  . Lisa lah tu salah satunya . Walaupun bukan jenis kulit berminyak , kalau dah tiba masa bendera merah wanita tiap bulan ni kadang memang akan tumbuh jerawat. Hormon la katakan.. ada kawan sugestkan pakai Eucerin ,So apalagi.. Lisa nak cuba  juga kulit bebas jerawat dalam dua minggu dengan Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment


Eucerin Proacne Solution A.I Clearing Treatment 

Kebanyakan kalau berdepan dengan jerawat ni , korang mesti tak sabar nak cari produk untuk hilangkan jerawat  dengan masa yang singkat . Tangan gatal nak sentuh-sentuh pastu nak picit keluarkan jerawat tu .kan kan... nanti boleh berbekas tau ! 



Tahukah Anda , sesetengah produk boleh menjadikan kulit kering dan mengakibatkan kerengsaan . Lisa sendiri pun pernah rasa sebelum ini , kulit menggelupas dan kering .. Tak best rasa! Dah la duduk dalam aircond ... huhu. Nasib baik dikenalkan dengan  Eucerin , salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai diseluruh dunia yang menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saha menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin Proacne Solution A.I Clearing Treatment . 


Lisa ingat hanya untuk jerawat je , Eucerin boleh juga digunakan untuk pelembab. WOW ! boleh try juga ni... mungkin korang yang nk travel keluar negara dengan cuaca yang berlainan dari disini .



KELEBIHAN EUCERIN ProACNE Solution A.I Clearing Treatment 


Nak pakai produk mesti nak tahu juga apa kelebihannya juga kan...?  . Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat  ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit.  
Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon* dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. 



Diformulasikan khusus dengan bahan aktif yang terbukti berkesan untuk mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada :

Sepuluh peratus  Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu  AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati;
Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah;
Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.






CARA PEMAKAIAN : 

  • Sapukan pada kulit wajah yang telah dibersikan . Kena cuci muka dulu tau sebelum pakai Eucerin Pro Acne ini . Untuk kulit yang sedang hadapi masalah jerawat , sapukan pagi dan petang . Elakkan dari terkena sinar matahari secara langsung ye . 


Apabila korang gunakan sebagai sebahagian daripada regim lengkap penjagaan kulit pada waktu malam**, sapukan diwajah ketika malam sebelum tidur .  Testimoni dari pengguna ni bagitau lah , yang mereka dapat perubahan selepas dua minggu dan dalam masa lapan minggu, kulit wajah menjadi lebih mulus. Wah.. yang ini kena try lagi sampai lapan minggu ini . Nak kulit mulus , falwes dan gebu ... sapa tak nak ! 

Sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak.***


CABARAN BEBAS-JERAWAT EUCERIN 14 HARI ! 


Teruja nak pakai ? OfCoz la...  Sebabkan feedback testimoni dan review pengguna tu ramai yang bagi keputusan yang menberangsangkan ini  , Pengguna di Malaysia boleh mencuba pelembap terbaru untuk kulit berjerawat ini dalam Cabaran Bebas-Jerawat  Eucerin® 14 Hari melalui dua langkah mudah:
Langkah Pertama: Ambil gambar kulit anda pada Hari Pertama dan Hari Ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari
Langkah Kedua: Poskan gambar “sebelum dan selepas” anda dan kongsi pengalaman anda menggunakan produk ini di halaman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE

Pemenang berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin® bernilai RM5,000, manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang produk Eucerin® bernilai RM2,000. Lima Pemenang Bertuah pula akan memenangi produk bernilai RM1,000 setiap seorang.

*t&c applicable

REVIEW LISA 


Memula dapat produk , teruja weih nak cuba produk baru ini . Lisa pun try juga buat cabaran tu 14DAYS ACNE CLEAR CHALLENGE WITH EUCERIN . Dah alang- alang tumbuh seketul dua jerawat di wajah , Lisa sahut la cabaran tu sekali kan . Nak tengok menjadi ke tidak . Dan korang boleh tengok sendiri gambar before dan after dibawah ini. Memang berkesan weih . Aumm  Lepas 14hari pakai Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment  ,jerawat dah ilang.. dah flowes . Suka dengan ni sebab dia melembabkan kulit muka ( moisturizer for oily jugak) . Recommended sangat untuk korang ! Lebih lebih kulit berminyak dan rawan jerawat tu. Cubalah !





Rujuk gambar sebelum dan selepas .. nampak kan perbezaanya .
Apa yang Lisa suka dari Eucerin ni , ianya tak pedih kat muka , tak menggelupas dan juga wangi ( tak bau ubat ) . 
Sharing is caring, using Eucerin® ProACNE A.I Clearing Treatment ☺
- moisturizer for acne-prone skin
- moisturizer for oily
- acne-prone skin
- anti acne moisturizer



Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE**** yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang. Dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62.  Produk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui. 


Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®,
 sila layari :- 
website :  www.eucerin.my atau 


NOTA :
* Jerawat komedon merujuk kepada bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil (papul) yang biasanya terdapat di dahi dan dagu pengguna yang mengalami masalah jerawat.
**Kulit berjerawat dipengaruhi oleh gaya hidup, faktor hormon dan keturunan, oleh itu penjagaan tambahan mungkin diperlukan untuk membantu mengurangkan komedon atau masalah jerawat, di samping amalan regimen penjagaan wajah yang betul. Untuk kes yang teruk, pengguna disarankan untuk mendapatkan rawatan daripada ahli dermatologi.
***Berdasarkan ujian yang dijalankan di Thailand dengan dua Sel yang terdiri daripada 80 peserta setiap satu
**** Eucerin® ProACNE dahulunya dikenali sebagai Eucerin® DermoPURIFYER 

Jangan lupa untuk cuba ! GOOD LUCK ! :-* Untuk info , term dan condition contest tu korang boleh baca di facebook Eucerin ,  Link diatas  kayh. 

Cara Hilangkan Jerawat

Cara Hilangkan Jerawat | Ada kawan-kawan yang ada masalah kesan parut berlubang dipipi disebabkan oleh masalah jeragat yang teruk?Kesan jeragat,kulit kusam dan masalah kulit muka yang gelap? Saya ada treatment herba asli semula jadi yang sudah mendapat kelulusan KKM yang ternyata boleh menghilangkan masalah-masalah diatas dalam masa 7hari sahaja. 

Memperkenalkan Krim Herba Kemboja yang kini sedang dicari-cari oleh ramai orang kerana krim ini sungguh berkesan untuk hilangkan kesan jerawat,kesan parut dan menyerikan wajah yang kusam . 
Saya sendiri pun juga menggunakan krim ini. Dan terbukti memang kesan cacar masa kecil kini sudah berangsur pudar. Siapa yang tak nak cantik kan ? 

Cara penggunaan : -Sapukan sedikit Krim Herba Kemboja pada wajah, sebelum tidur ketika malam hari.

Bahan-bahan kandungan Krim herba Kemboja : ramuan ekstrak pati soya, pegaga, manjakani, aloevera, vitamin A dan E, kolagen 
 Klik DISINI untuk hasil testimoni pengguna. 

Jom serlahkan  kejelitaan wajah kalian hanya dengan Krim Herba Kemboja,Krim yang tidak menggunakan bahan kimia. 

Untuk pembelian boleh sms/whatsapp di 0199009213

Hilangkan Parut Jerawat Dan Naikkan Seri Wajah

Hilangkan Parut Jerawat Dan Naikkan Seri Wajah Pengantin | Bagi kalian anak gadis yang bakal melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lagi , Lisa ingin mengkongsikan tips atau petua untuk menaikkan seri wajah pengantin kalian, tak perlu mahal dan tak susah. Wah.. macam best je kan ,kaum hawa dengan kecantikan tak akan terpisahkan. Hehe..
Ada photographer bagitahu , walau cantik macam mana pon MUA tu solek wajah kita,kalau muka kita kering, berjeragat, photographer still tak boleh edit untuk buat muka kita nampak flawless.
 Berikut petua-petua yang Lisa ingin kongsi kan :


4 BULAN SEBELUM MAJLIS  PERNIKAHAN

Bahan yang diperlukan :
* 1@2 Buah tomato , Hiris tipis-tipis
* 1 sudu Gula
* 1 sudu madu

Caranya :
:  Lumatkan tomato dan campur dengan semua bahan sampai melekit. Sapu pada muka dan Biarkan kering . Selepas kering, basuh dan bilas. Lakukan setiap malam sebelum tidur .

Tomato : berfungsi untuk agen antioksida yang mampu membuat muka kita nampak awet muda dan macam Lisa (*ehh _ perasan ) dan hilangkan parut jerawat .
Gula : natural exfoliator , yang mampu berfungsi untuk menanggalkan semua kotoran pada muka. Dan  tak akan buat liang tersumbat dan akan balance muka kita berminyak especially utk combination skin.
Madu : berfungsi untuk menghaluskan kulit.

Kalau tak mampu buat setiap malam ,boleh amalkan 3 atau 4 kali seminggu. Dan 1 bulan sekali lakukan facial muka di mana-mana spa yang kalian rasa sesuai dengan Baget poket kalian.

2 MINGGU SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN 

Time ni kalian dah boleh stop lakukan cara-cara diatas, dan mula start a new beauty regime . Letak Mask kat muka , agar muka kalian jadi lembab tak kering . Lepas tu guna Brightening Mask , seminggu sekali cukup la.. nanti kalau kalian guna setiap malam.. Kulit kalian berubah mengelupas dan kering. Hohoho mesti tak nak kan. Mask ni kalian boleh guna  jenama yang sesuai dengan kulit kalian. Dengan ini nanti wajah kalian akan mula naik Seri 

2 HARI SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN 

Malam sebelum tidur, cuci muka seperti biasa . Kemudian bilas dengan air batu. Kenapa ? untuk bantu liang muka mengecil dan membantu aliran darah mengalir diwajah. Kalau rajin , rendam tuala dalam air batu dan tutup wajah kalian , biarkan selama 15minute. Jangan lama-lama.. nanti tidur tak bangun pulak. hehe

THE MORNING OF THE DAY 
Bilas muka dengan air batu satu jam sebelum disolek , ini berguna untuk segarkan wajah dan juga kejutkan muka kalian sebab mamai. Pasti nerves malam sampai susah nak tidur kan ?

Oh lupa,, kalau susah nak tidur , kalian buatlah solat sunat 2 rakaat. Insyaallah tidurpon lelap dan keesokan harinya ketika bersanding nampak tenang , ayu, dan sopan gitu.

Usaha ya sayang .. U Can DO IT  .




Tips Mudah Cara Atasi Jerawat

 Tips Mudah  Cara Atasi Jerawat | Kalian yang mempunyai jerawat mesti pening cari banyak cara dan ubat untuk atasi jerawat tapi tak hilang-hilang jugak .  Betul tak ? Hari ni Lisa nak bagi tau kat kalian tips atasi jerawat yang memang Lisa selalu amalkan bila ada jerawat comel datang singgah ke muka yang baby face ni .Err..mohon jangan muntah ! haha

-Spirit 
Boleh diperolehi di Farmasi terdekat . Tak mahal , hanya rm10 sahaja untuk saiz botol besar.Ambil kapas , basahkan sedikit dengan spirit ,sapu ditempat yang ada jerawat. Mula-mula kalian akan terasa pedih ,sebab jerawat tu . Nanti lama-lama ok dah .

-Methylated Spirit
Sejenis spirit juga, mengandungi alkohol 95% . Kegunaan hanya untuk luar sahaja. Biasa digunakan untuk cuci luka luar. Sapu dengan kapas sahaja. senang bukan ?harga pon murah je rm6.75





-BD alcohol swap
Yang ni senang je , macam sejenis tissue basah. Koyak bagian tepi, kemudian sapu di jerawat itu. Harga murah je rm1.45 ,untuk 10pcs dalam satu packet.

Kalian boleh guna cara ini ketika ada jerawat , kalau tak da jerawat takyah menggedik nak pakai. Nanti kulit u all's kering . Sehari sampai 2 hari guna memang dah kering dah jerawat. Bergantung dengan jerawat kalian itu macam mana. Sapu ketika malam sebelum tidur.

Dah itu sahaja tips dari saya , selamat mencuba !


© all rights reserved
made with by templateszoo