Ad

PELAKON TAK ADA CINTA SEPERTIMU

SINOPSIS TAK ADA CINTA SEPERTIMU

PELAKON TAK ADA CINTA SEPERTIMU

Drama Lafazkan Khalimah Cintamu dah masuk minggu akhir untuk minggu ini . Esok episod terakhir .. apa yang jadi agaknya rayyan dan Kyla eh ? Bermula minggu depan , drama adaptasi novel Tak Ada Cinta Sepertimu karya Anna Milia yang akan mengisi slot MegaDrama di Astro Ria. Senarai pelakon Tak ada Cinta Sepertimu diantaranya : Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika dan ramai lagi. Drama bersiri 16 episod ini diarahkan oleh Jamal Khan dan skrip oleh Rehal Nuharis. Akan mula bersiaran pada 12 March, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD. 16 episod je ? alaa kejap nya ..  


SENARAI PELAKON TAK ADA CINTA SEPERTIMU


Senarai pelakon yang memerankan watak dalam drama Tak Ada Cinta Sepertimu korang boleh tengok dibawah ini 

PELAKON 
WATAK
Syafiq Kyle
Hazran Widad 
Zahirah Macwilson
Athea
Nik Adam Mika
Qaleef
Fikry Kiki
Qayyum 
Ruhainies
Bella 
Fadlan Hazim
Azam 


GAMBAR PELAKON TAK ADA CINTA SEPERTIMU


LAGU TEMA / OST
Marsha Milan - Hilang

SINOPSIS TAK ADA CINTA SEPERTIMU

Permulaan hubungan Athea dan Hazran tidak pernah aman. Bermula insiden berebut penadol di kedai runcit, kereta Athea yang menghalang kereta Hazran, cermin tingkap dipecahkan anak Athea dan sehinggalah mencuri kucing Hazran dinamakan Smokey atau Lulu. Namun, Smokey jugalah yang merapatkan hubungan mereka. Hazran malah baik dengan anak Athea, Qarleef.

Keakraban Hazran dan Athea di gunakan Kamarul untuk memfitnah mereka demi merebut Bella, tunang Hazran. Kamarul, boss Bella memang menaruh hati dengan Bella sejak dulu lagi. Sekali lagi, Athea disalah erti sehingga menjauhkan hubungannya dengan Hazran dan anak-anak Athea.

Kemunculan Azam semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan mereka. Namun, sejarah berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban Athea yang bertambah. Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran. Sehinggalah ibu bapa Hazran masuk campur.

GAMBAR PELAKON




GAMBAR PELAKON TAK ADA CINTA SEPERTIMU



LAZZ SUSU KAMBING KURMA KURANG GULA

LAZZ SUSU KAMBING KURMA KURANG GULA 

Assalamualaikum ! Hye hye... siapa kat sini yang tak suka minum susu ? seep sikit. Ikutkan Lisa ni ada pengalaman sedih minum susu jenama ...tettt... masa puasa tahun lepas , beli susu dalam botol tu niat hati nak buat sahur tapi buka buka susu tu dah basi. Lisa pun main teguk je.. tak pasal-pasal muntah balik. Sejak itu mula trauma dan tak suka minum susu. Tapi.. baru-baru ini Lisa mula start minum susu semula, sebab nak kan tenaga dalam masa tempoh berdiet ni . Nampak ramai pula kawan yang minum LAZZ Susu Kambing ,,, teringin nak cuba juga . Alang-alang boleh bekalkan tenaga dan dengar cerita boleh bantu untuk diet juga.. wuihh.. terus teruja nak cuba.


LAZZ SUSU KAMBING BERIKAN TENAGA  SEMASA DIET 


Dalam bulan puasa pun dah selalu nampak iklan LAZZ susu kambing ni , dari itu la dah mula teringin nak cuba. Susu kambing dicampur dengan kurma memang dah tak dinafikan bagus untuk kesihatan . Awalnya  tertanya juga la agaknya kalau Lisa yang minum susu Lazz ni sesuai ke tidak ? lepas cuba sendiri .. baru la rasa khasiat yang sebenar . 

Yang bestnya susu ni tak manis seperti kebanyakan susu yang lainnya . Diet ini Lisa minum segelas pagi dan segelas malam sebelum tidur untuk berikan tenaga yang berpanjangan dan mengurangkan nafsu makan . Lazz susu kambing berikan tenaga berpanjangan semasa diet .


FAKTA MENARIK Lazz Susu Kambing


1.Gula Sukrosa

  • Gula ini merupakan kombinasi antara glukosa dan fruktosa, kebiasaannya dalam nisbah 50:50. Ia lebih dikenali sebagai gula pasir yang dihasilkan daripada tebu atau bit gula (sugar beets) yang ditanam di seluruh dunia.
  • Apabila sukrosa ditambah ke dalam makanan, tubuh manusia perlu memprosesnya menggunakan kedua-dua kaedah. Glukosa akan terus ditukarkan menjadi tenaga manakala fruktosa pula akan diasingkan dan dihantar ke hati untuk diproses sebagai penyimpanan lemak.
  • Yang lebih menarik, tiada kandungan gula sukrosa  Lazz Susu Kambing Asli dan ini membuktikan Lazz Susu Kambing memberi kebaikan kepada pengguna.


2. Gula Laktosa
  • Susu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus.
  • Dalam Lazz Susu Kambing adalah gula semulajadi dalam susu. Jumlah gula laktosa ialah 7.9 untuk 100 gram. 100 gram tersebut boleh digunakan untuk 5 kali bancuhan. Tak ada gula tambahan di dalam susu kambing. Ini menunjukkan Lazz Susu Kambing mengandungi kandungan gula yang rendah.


3. Vitamin C

  • Selain itu, di dalam Lazz Susu Kambing juga kaya dengan Vitamin C semulajadi di dalam susu. Seperti yang semua tahu, Vitamin C bagus untuk kulit.
  • Vitamin C d telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dalam jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang tinggi dengan Vitamin C dapat mengurangkan berat badan.
  • Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan.


  4. Vitamin E

  • Selain itu, terdapat juga Vitamin E di dalam Lazz Susu Kambing yang mempunyai pelbagai kebaikan. Antaranya ialah, mengekalkan kelembapan kulit membantu mengurangkan parut, agen pencerahan kulit, agen anti penuaan dan banyak lagi.


5. Analisis Dilakukan di UKM
  • Untuk memastikan Lazz Susu Kambing ini selamat diminum oleh orang ramai,  satu kajian telah dilakukan di UKM UNIPEQ untuk mengkaji bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan Lazz Susu Kambing ini.  Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang terdapat di dalam Lazz Susu Kambing bermanfaat kepada pengguna dan bebas dari penggunaan bahan-bahan yang membahayakan pengguna.





LAZZCAFE , KOPI PRACAMPURAN SUSU KAMBING & KURMA 


Bagi korang penggemar kopi , LAZZ hadirkan pek baru iaitu LAZZCAFE , kopi pracampuran susu kambing dan kurma . Lisa jenis suka minum kopi juga , tapi kalau kopi O pure ni pengambilan yang banyak boleh effect pada darah tinggi . LAZZCAFE ini secukup rasa la bagi Lisa , cukup rasa kopi , cukup susu dan cukup kurma . Takde la degup jantung jadi lajuu . Oh ya.. campuran Lazzcafe dan Lazz choco .. boleh menghasilkan rasa LAZZ mocha. Sedap ! fuh fuh ada kelazz ...



Lazz kurma ni sangat bergantung lada individu.. boleh kurus kalau kita disiplin. Sebab ada sesetengah orang, lidah terkena manis walaupun sikit, otak jadi triggered / ketagih nak cari benda manis.. macam tak leh tenteram.. so yang jenis tu kena avoid even lazz kurma.

Tapi ada orang, dia cool ja. Dapat lazzcafe pun, masih nafsu rilek . So bereh. Asalkan kalori in less then kalori out.


APAKATA LISA 

So far Lisa minum , Lazz Susu Kambing Kurma ini boleh diterima badan Lisa. Almaklumlah perut Lisa memang super sensitif , boleh terus beli kesan balik kalau makanan tu tak sesuai . Susu Kambing Lazz berikan tenaga yang berpanjangan dari pagi sampai ke petang , Ok la kan untuk breakfast dan diner masa diet  . Yea.. dan juga bau tak hamis macam kebanyakan susu yang lainnya . Yang paling penting susu ni kurang gula ! 

TIPS BANCUH SUSU LAZZ 

Korang boleh try bancuh dalam cawan shake yang ada penutup , masukkan air 200 ml dicampur dengan Lazz susu kambing , pastu shake. Cubalah.. rasa akan jadi lebih sedap . Kalau nak sejuk , tambahkan cube ais . 

Lazz Susu Kambing Mendapat Pengiktiran HALAL , juga MESTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa ia terjamin Selamat, Bersih, dan Sihat. 

PAKEJ COMBO LAZZ SUSU KAMBING 



Cadangan tentang pakej kombo yang korang nak beli sesuai untuk keperluan dan peringkat usia . Antaranya :

  • Set Pasangan Ikhtiar Zuriat : Lazz Cafe + Lazz Kurma
  • Set Ibu Hamil : Lazz Choco + Lazz Kurma
  • Set Diet : Lazz Asli + Lazz Kurma
  • Set Kanak-Kanak : Lazz Asli + Lazz Choco




“susu pun boleh delivery ker..?” 
Mestilah boleh ! 

Zaman serba canggih , orderpun boleh dihujung jari je .  Masuk ke www.lazzdelivery.com dan isi borang tempah serta butiran.Syarikat akan delivery secara COD atau POS secara PERCUMA ! 
* mengikut terma dan syarat

Sebarang pertanyaan korang boleh tanya  di Talian Whatsapp  atau talian hotline 1-800-88-5299 atau 06-6718550 atau 018-2777290

Website : www.lazzsusukambing.com

Instagram : LAZZ Susu Kambing

Facebook : LAZZ Susu Kambing

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN


BERSIH DAN SEGAR DI MANA SAHAJA DENGAN TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN


Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.


AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.

Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian.  Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken. 


Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.



Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN  - PERLINDUNGAN EKSTRA

Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.



TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA

Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.


HARGA TISU LEMBAB ANTIBAKTERIA AIKEN

Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenangjung)/ RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.





Tshirt Muslimah Labuh HanaTajuddin

Tshirt Muslimah Labuh HanaTajuddin

Tshirt Muslimah Labuh HanaTajuddin

Assalamualaikum ! Tanya soal baju seorang perempuan... mestinya dah berlambak dalam almari mungkin juga sampai dah tak muat . Baju kerja , blouse , kasual ,tshirt sukan , familyday , beriadah dan banyak lagi la .. nak cerita sampai esok takkan habis . Lisa pula jenis yang kurang rajin nak iron , dan lebih selesa kalau satu baju tu boleh dibawa ke perbagai tempat dan yang pasti nak labuh tutup pinggul . Sampai akhirnya jumpa dengan tshirt muslimah labuh HanaTajuddin iaitu Teelicious .  Tshirt merah yang Lisa gayakan haa..salah satu koleksi basic tee 2.0 HanaTajuddin . Cantik-cantik warna dia weih ! 




Teelecious , Tshirt Labuh Basic Tee HanaTajuddin


HanaTajuddin.. nama ni memang dah tak asing lagi bagi kaum hawa yang inginkan pakaian muslimah . Baru ini pula keluar Tshirt Labuh Basic Tee HanaTajuddin . Apa yang Lisa nampak selepas pakai , banyak kelebihan baju ini berbanding dengan tshirt labuh yang lainnya . Untuk korang yang nak cari baju yang tak perlu di Iron dan labuh ? Lisa sugest kat korang , TeeLicious

Awalnya Lisa ingat Tshirt ini tebal , mungkin akan panas kalau memakainya diluar dalam beberapa jam . Bak kata pepatah , tak kenal maka tak cinta.. dah kenal rasa jatuh cinta pula... nah.. tshirt basic Tee ini sejuk je dipakainya , mesra wudhu pula tu . Best best! Sedang beriadah tempat OOTD ni pun  rasa sejuk je baju ini , bukan apa.. Lisa ni kalau berada diluar outdoor macam ni cepat panas dan nanti muka merah-merah ..jadi tak selesa . Best baju ni ,   boleh bawa untuk berjalan , beriadah, bahkan bersukan . Susah tau jumpa baju yang melekap dibadan . Tshirt ini juga sesuai untuk dijadikan Tshirt family day 


Tshirt Muslimah Labuh HanaTajuddin

Basic Tee 2.0 HanaTajuddin ini labuh menutup pinggul


Nak pilih baju atau tshirt mesti la kena yang labuh menutup pinggul , jangan le beli baju cantik dah.. tapi singkat. Elak diperhatikan oleh mata-mata buaya darat (ehh.. ! )  . Basic Tee 2.0 HanaTajuddin ini tshirt labuh menutup pinggul . Kain yang tebal dan tak nipis lagi senang la nak pakai sebab tak perlu pakai iner baju dalam lagi ,biasanya baju sekarang ni banyak yang nipis . Satu je nak cakap.. memang best pakai baju ini. Boleh dipakai di semua event , bahkan boleh pakai juga untuk joging. Aum.. Boleh bersukan dengan selesa .  Rasa nak beli warna yang lain pula untuk bersukan , banyak warna cantik-cantik .. tergoda pula. 

Untuk korang yang tertanya dimana nak beli baju muslimah labuh ni, detail ada dibawah ini : 

HANATAJUDDIN
C-23-1 Jalan Serai Wangi L/16L,
Sek 16, Alam Avenue 2,
40200 Shah Alam, Selangor
Tel : +603-55240841
Open : Everyday / Time : 9.00am-6.00pm

Instagram: @HanaTajuddin





HARGA BASIC TEE  HANATAJUDDIN


Basic Tee Hanatajuddin diperbuat dari Ironless material ,  ruang di kawasan pinggul akan memberikan lebih banyak kelebihan  untuk bergerak bebas dan selesa pada waktu yang sama. Harga untuk sehelai baju Basic Tee HanaTajuddin ini korang boleh dapatkan hanya RM79.00 sahaja .



Tshirt Muslimah Labuh HanaTajuddin

10 pilihan warna yang berbeza ..korang boleh tengok di : KOLEKSI PILIHAN WARNA TEELICIOUS BASIC TEE HANATAJUDDIN 

Tshirt Muslimah Labuh HanaTajuddin


Berdiri , berlari , duduk , berkejaran dengan baby boy pun baju ini tak nampak kesan kedut . Selesa bukan .. bebas bergerak tanpa risau baju ada kedutan. Ye la.. kang spoil OOTD pula. 



Tshirt Muslimah Labuh HanaTajuddin

Basic Tee HanaTajuddin ini memang sesuai sangat sangat sangat untuk travel juga , dah tak perlu fikir nak cari iron nantinya . Sumbat je dalam beg.. masih boleh dipakai dengan elok .

Dari apa yang Lisa cuba...yang menarik dari baju Basic Tee HanaTajuddin diantaranya : 

  • Tak perlu digosok
  • Baju labuh menutup pinggul
  • Material baju serap peluh
  • Baju tak melekap di badan
  • Sesuai untuk aktiviti riadah dan santai
  • Sesuai dipakai ke majlis semi formal atau kasual
  • Sesuai dipakai untuk aktiviti sukaneka atau acara santai macam Family Day
  • Sesuai dipakai untuk aktiviti sukan seperti jogging , zumba





Tshirt Muslimah Labuh HanaTajuddin

Perasan tak.. bahagian kanan dan kiri bawah baju ini berbelah ? yang ini memudahkan  pergerakkan juga elak menampakkan pinggul kita.  Bahagian tangan mengecil jadi tak ternampak tangan jika kita bergerak . Satu lagi.. baju ini mesra wudhu .. walaupun kecil tangan tu tapi senang untuk dinaikkan ke siku untuk ambil air wudhu. First time rasa selesa dengan Tshirt labuh , Basic Tee 2.0 HanaTajuddin .

 SO ... macam mana tengok gaya Lisa ni ? ada chance boleh jadi model tak ? Hahaha... 

Instagram: @HanaTajuddin


Biodata Aprena Manrose


Biodata Aprena Manrose 

Lisa mula kenal semenjak muncul dalam drama bersiri popular Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin. Watak jahat dalam drama tu , tapi kali ini dia hadir dengan watak utama sebagai Afiya Alwiya dalam drama Tiada Arah Jodoh Kita gandingan bersama Shukri Yahaya.  Tertanya juga siapa Aprena Manrose ini? Jika korang nak tahu, beliau sebenarnya adalah adik kepada pelakon Octavia Manrose dan juga anak kepada Iwan Raja Dangdut. Hmm.. patutla nama mereka lebih kurang je kan ada rose rose gitu . Nak tahu lebih detail tentang  Biodata Aprena Manrose .. jom baca sampai habis ! 

Biodata Aprena Manrose

Nama Penuh: Wan Syahera Puteri Aprena Binti Wan Syahman
Nama Komersil: Aprena Manrose / Syahera Manrose
Umur: 24 (2017)
Status: Berkahwin
Asal: Malaysia
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Keluarga: Anak bongsu dari tiga adik-beradik
(Adik kepada Octavia Manrose)
Pertalian: Sepupu kepada Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose
Kerjaya: Pelakon
Instagram: @aprenamanrose

GAMBAR APRENA MANROSE 


CAMBAR APRENA MANROSE




Muffin Sedap dan Murah di Putrajaya


Muffin Sedap dan Murah di Putrajaya

Assalamualaikum ! Muffin , cupcakes atau brownies ? hah.. aku keliru . Nampak macam brownies tapi dalam cupcakes ,, eh ternyata Muffin namanya . Biasa nampak dijadikan makanan ringan di majlis -majlis atau untuk high-tea minum petang pun sedap juga. Muffin sedap Putrajaya dan kawasan sekitarnya ini murah giler weih ! 1 cup ni rm1-1.50 , tengok bungkusan hee. 

Tempahan Muffin  Sedap Putrajaya . 

Bagi korang yang akan mengadakan majlis menyambut hari kelahiran , majlis pertunangan , majlis kahwin .. pot luck office doorgift, buah tangan, minum petang dan lain² ... boleh cuba untuk buat tempahan Muffin Gebu Gebas ( Filling ) sedap di area Putrajaya atau berdekatan


Muffin Gebu Gebas (Filling)
Saiz Muffin - M / 2.5 oz
Perisa :
- Vanila (butterschocth/coklat/strawberry)
- Coklat
- Bluebbery
- Butterschocth
- Kiwi 



Harga Muffin Sedap Putrajaya  

Harga bermula dari RM 1.00 - RM 1.50 bergantung pada jenis bungkusan. Minimum order 1 box untuk 10pcs muffin gebus ini  + caj delivery . Nah untuk korang yang order 2 box ,20pcs  , Penghantaran percuma tau .. tanpa dikenakan bayaran .. terhad untuk area Putrajaya sahaja. 


Harga Caj kos penghantaran :

Area Putrajaya RM 2.00 manakala untuk kawasan luar Putrajaya RM 5.00 - RM 10.00

Korang yang rasa nak adakan majlis tapi tiada masa untuk baking tu boleh la roger-roger kayh . Untuk harga kasih sayang dan detail, boleh wasap Ina http://www.wasap.my/60172217636 jangan lupa Follow Dapur Addin di instagram.com/dapur_addin







Whatsapp :  Ina http://www.wasap.my/60172217636 
Instagram : Dapur Addin di instagram.com/dapur_addin

PROMO CELCOM XPAX Sampena CNY 2018

PROMO CELCOM XPAX Sampena CNY 2018

Assalamualaikum ! Raya Chinnese New Year dah tinggal beberapa hari lagi , dekat dengan perayaan mestinya celcom akan bagi tawaran istimewa dan menarik untuk pengguna setia celcom . Nah.. PROMO kali ini , celcom menawarkan internet 3X ganda dari kuota asal . Diantaranya , Pakej internet bulanan celcom prepaid xpax , RM 30 untuk internet sebanyak 15GB , pakej asal dapat internet 5Gb je . Wah .. menarik bukan ? PROMO CELCOM XPAX Sampena CNY 2018 Bermula dari 8 Februari 2018 sampai tarikh yang akan dibagitahu nanti . Haa.. jangan sampai terlepas peluang ini tau .. sebab limited time offer only !


Kelebihan Celcom XPAX promo CNY 2018 

Seperti yang Lisa pernah tuliskan di artikel ; Pelan Internet Celcom XPAX , menawarkan 10Gb basic internet dan juga 10GB high-speed internet setiap bulan. Kelebihan Celcom XPAX promo CNY 2018 diantaranya :

Kuota Data Internet XPAX  Mingguan :

  • RM 6 untuk 1.5 GB data internet
  • RM 10 untuk 6GB Data Internet
  • RM19 untuk 15 GB data Internet


Kuota Data Internet XPAX Bulanan

  • RM 30 untuk 15 GB Data Internet
  • RM 50 untuk 30 GB data internet
  • EM 79 untuk 45GB data Internet .


Namun bagaimanapun... kelemahan promo CNY celcom xpax  ini ialah pelanggan hanya dapat menikmati Kuota Bonus valid untuk 2 hari sahaja bagi yang melanggan pakej data internet xpax Mingguan , dan 3 Hari tempoh taman sah boleh digunakan bagi yang melanggan pakej data bulanan. Yang selalu layan streaming atau live bola dalam facebook tu boleh la kot . Kalau dapat tempoh sah kuota bonus tu sama dengan tempoh sah pakej internet yang dilanggan , kan lagi bagus.

Lirik Surat Cinta Untuk Starla - VIRGOUN


Best juga lagu ini, ternampak list no 1 trending di JOOX. Awalnya tengok short movie di twitter , lepas tu dengar lagu.. tercari-cari juga lirik lagu Surat Cinta Untuk Starla . Sedap pula didengar... hehehe.. 

Lirik Surat Cinta Untuk Starla - VIRGOUN


Ku tuliskan kenangan tentang
Caraku menemukan dirimu
Tentang apa yang membuatku mudah
Berikan hatiku padamu

Takkan habis sejuta lagu
Untuk menceritakan cantikmu
'kan teramat panjang puisi
'tuk menyuratkan cinta ini

Telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena telah ku habiskan
Sisa cintaku hanya untukmu

Aku pernah berpikir tentang
Hidupku tanpa ada dirimu
Dapatkah lebih indah dari
Yang ku jalani sampai kini



Aku selalu bermimpi tentang
Indah hari tua bersamamu
Tetap cantik rambut panjangmu
Meskipun nanti tak hitam lagi

Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
Telah aku habiskan sisa hidupku
Hanya untukmu

Dan telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena telah ku habiskan sisa cintaku
Hanya untukmu
Untukmu, hidup dan matiku

Bila musim berganti
Sampai waktu terhenti
Walau dunia membenci
Ku kan tetap di sini

Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
Telah aku habiskan sisa hidupku
Hanya untukmu

Telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena telah ku habiskan sisa cintaku
Hanya untukmu

Karena telah ku habiskan sisa cintaku
Hanya untukmu

CARA MENGESAN IPHONE HILANG



CARA MENGESAN IPHONE HILANG


Baru semalam dengar dalam berita TV yang seorang cikgu menuduh , denda seorang murid akhirnya murid itu nekad untuk bunuh diri dengan gantung diri dan akhirnya meninggal 01 Feb 2018 selepas koma selama beberapa hari. Aku tahu masih ramai lagi pengguna iPhone masih belum reti dan tak tahu menggunakan fungsi Find My iPhone. Disebabkan ramai malu bertanya dan aku tak nak jadi isu baru-baru ini berulang, anda ikut langkah-langkah cara mengesan iPhone hilang yang diberikan 

Find My iPhone – Membantu Pengguna Mengesan Kembali Peranti iOS Yang Hilang


"Find My iPhone" merupakan satu aplikasi yang ditawarkan oleh Apple dalam usaha membantu pengguna untuk mencari dan mendapatkan kembali telefon pintar dan tablet yang menggunakan perisian IOS yang hilang. Ia akan berfungsi apabila akaun apple ID didaftarkan ke iCloud. Aplikasi “Find My iPhone” ini memerlukan sambungan internet sama ada melalui WiFi ataupun talian selular untuk ia berfungsi.

CARA MENGESAN iPHONE HILANG

Apps ini biasanya memang dah ada dalam Phone during korang beli, Tapi jika tidak ada applikasi ini ,   download la di Apple Apps store.

Cara-cara penggunaan Find My iPhone.


1. Pergi ke laman icloud.com dan login menggunakan iCloud account anda. untuk di komputer kau cari laman iCloud.com


2. Pilih dan klik ‘Find iPhone’ pada menu utama dan kemudian klik pada ‘All Devices’ pada bahagian atas browser.

3. Pilih iPhone anda untuk mengetahui kedudukan semasa. Anda juga boleh zoom in untuk melihat lebih jelas dan mengetahui keberadaan iPhone tu.

4. Terdapat beberapa fungsi mode yang anda boleh guna pada aplikasi ini. Antaranya : 

  • Play sound – membuatkan handphone anda berdering kuat.
  • Lost mode – masukkan no telefon. No telefon akan terpapar pada screen iPhone anda.
  • Erase – Anda boleh memadamkan data yang ada pada handphone anda dan mode menyokong activation Locked dimana iPhone anda akan memadam dan tidak boleh diaktifkan semula melainkan memasukkan kembali kata laluan AppleID yang asal.
  • Location & Direction – membolehkan pengguna mengetahui lokasi peranti iOS anda samaada hilang, tercicir atau tersalah tempat. Ia turut hadir dengan sokongan integrasi aplikasi Maps untuk tujuan penunjuk arah jalan.

Contoh lokasi iPhone kau berada.

Oh ya Find My iPhone akan berkesan jika telefon itu masih On, kalau off tidak berkesan dan hanya akan hantar lokasi terakhir sahaja. Untuk Android anda boleh guna Android devices manager. Lepas ini tak payah tuduh-tuduh orang jika tiada bukti kalau telefon hilang, ikut langkah-langkah aku beri tu sudah.


Salman Sazali - Tech geek anda.

Pakej Celcom Percuma Smartphone Huawei NOVA 2i

Pakej Celcom Terbaru 2018 Percuma Smartphone HUAWEI NOVA 2i 


Assalamualaikum ! telefon percuma ?? Mestilah semua orang nak !  Agak lama Lisa tak berkongsi kabar gembira tentang promosi pakej  celcom  terbaru 2018 .  Tahukah anda, Pakej Celcom Terbaru 2018 menawarkan Percuma Smartphone HUAWEI NOVA 2i hanya dengan melanggan pakej celcom First Postpaid plan  . Harga Huawei Nova 2i sendiri pun dikedai dekat RM 1.2 ribu juga tau.. wahh untung ni . HUAWEI NOVA 2i Telefon Percuma dari celcom , tertakhluk pada masa promosi sahaja tau. Jangan kehabisan! 

Daftar Pakej celcom First Platinum dan dapatkan telefon percuma  HUAWEI NOVA 2i 


Syarat untuk dapatkan Huawei Nova 2i ini , korang kena daftar pakej celcom first platinum , RM 148 / month . Hanya bezanya,, kalau korang daftar di centre celcom korang kena bayar RM 900 untuk upfront payment ( rebate pada bill ).Pakej celcom yang Lisa bagitahu ini hanya bayar RM 259 - untuk pendaftaran RM159 + upfront bill bulan pertama RM100 . Jauh beza bukan, nak keluarkan RM 900 dari poket ni rasa sayang dan berat hati ni pun ye juga.. Kenapa perlu keluarkan duit lebih kalau boleh berjimat ?  . Ye dak... hanya  Bayar rm 259 masuk dalam akaun celcom yang didaftarkan itu .


BERBALOI bukan ?  Jika berminat boleh terus message facebook di  https://jom.chat/messengersaya atau whatsapp di https://jom.chat/wasapsaya

Pakej Celcom First Platinum


Sebelum ini Lisa dah pernah tulis detail Celcom First Platinum , Lisa akan tulis sekali lagi tentang kelebihan Pakej Celcom First Platinum Percuma telefon Huawei Nova 2i
  • Plan celcom rm148 sebulan dengan Data internet 60GB 
  • Percuma 100GB video walla ( tengok youtube , iflix , netflix , astro go.. etc.. )
  • Unlimited call dan sms kesemua rangkaian. 
  • Whatsapp dan wechat percuma 
  • Siap dapat percuma phone Huawei NOVA 2i ( Jimat RM 1,226 )
  • Lepastu bulan-bulan  bayar RM 148 selama 2tahun.  Sebab kontrak 2 tahun.


Kalau tengok di laman website celcom.com.my pun kena bayar RM900 upfront payment tau . Tak percaya tengok gambar bawah ini ..

Nak tahu or tanya lebih detail lagi mengenai celcom phone free  ini , boleh tengok di http://www.pakejcelcom.com/ 

Message facebook di  https://jom.chat/messengersaya 


atau whatsapp di https://jom.chat/wasapsaya

Pelan telefon percuma celcom ini halal dan certificated ! .. bukan ghost , bukan hantu.. Plan ini memang pelan pakej celcom .. tapi limited time offer je . Sebelum ini ada Free MATE 10 juga. Laju je habis.. untung yang dapat phone free tu kan . So.. cepat le daftar .. nanti tamat tempoh promosi dah tak dapat lagi pakej phone ini.

PSTTT!!! Kalau nak register unifi atau maxis fibre ke time fibre ke pon boleh roger. Tiada yuran daftar dikenakan 


Huawei NOVA 2i specification


KEY SPECS

Display ; 5.50-inch
Processor ;1.7GHz octa-core
Front Camera ; 13-megapixel
Rear Camera ; 16-megapixel
Resolution ; 1080x2160 pixels
RAM ; 4GB
OS ; Android 7.0
Storage ; 64GB
Battery Capacity ; 3340mAh









NOTA ; PAKEJ TELEFON PERCUMA CELCOM INI TERHAD PADA TEMPOH MASA YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK CELCOM SAHAJA . 


SILA DAFTAR SEBELUM KEHABISAN STOCK .... 
© all rights reserved
made with by templateszoo