Ad

Showing posts with label SYAFIQ KYLE. Show all posts
Showing posts with label SYAFIQ KYLE. Show all posts

PELAKON DRAMA NUR TV3

EPISOD AKHIR NUR TV3

PELAKON DRAMA NUR TV3

Drama NUR [ TV3] menjadi perbualan hangat di media sosial Ditayangkan mengisi slot Samarinda bermula dari 14 MEI 2018,  Isnin-Khamis, 10:00 malam. Menampilkan gandingan antara Syafiq Kyle dan Amyra Rosli . PELAKON NUR -tv3 diantaranya : Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani, Mathni Razak, Jijie Zainal . Memainkan emosi sungguh drama ini. Jangan lupa saksikan EPISOD AKHIR NUR tau malam ini , Bagi korang yang dah terlepas tengok boleh tengok semula di tonton.com.my 

SENARAI PELAKON DRAMA NUR TV3


PELAKONWATAK
Amyra Rosli Nur
Syafiq Kyle Adam
Riena Diana Dr Qhadeeja
Datuk Jalaludin Hassan Datuk Ayah Haji Mukhsin
Fatimah Abu Bakar Datin Ibu Hajah Musalmah
Azhan Rani Ustaz Syed Hamadi
Noorkhiriah Aishah
Raja Muhd Atiqullah Amirul
Zaidi Omar Datuk Tajuddin
Laila Nasir Mona
Elmy Moin Marzuki
Mathni Razak Dr Mukhriz
Kuna Muzani Datin Orkid
Jijie Zainal Jojo

LAGU TEMA / OST 

Tak Pernah Hilang - Amylea dan Kaer
Gantikan Diriku - Idayu
Video → LINK


SINOPSIS NUR (TV3)

Mengisahkan Adam (Syafiq Kyle), anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam merupakan satu-satunya anak lelaki kepada Datuk Ayah dan amat terkenal di media sosial dengan kekacakannya. Setelah Adam kembali dari menyambung pelajarannya di timur tengah dalam jurusan Usuluddin, Adam bakal menggantikan tempat ayahnya dalam bidang dakwah. Demi merealisasikan cita-citanya itu, Adam mendapat bantuan kakaknya, Siti Aishah (Noorkhiriah) yang menjadi pengurusnya.

Dengan bantuan Siti Aisyah, pelbagai program televisyen mengundang Adam sebagai tetamu jemputan. Namun sebelum Adam mengorak langkah ke dunia selebriti, Adam mula mencari pengalaman dengan berdakwah di masjid ayahnya. Ketika sesi dakwah dan ceramah Ustaz Adam, Ustaz Adam sentiasa membuka peluang makmum bertanyakan soalan kepadanya. Walau bagaimanapun, Ustaz Adam sentiasa menerima soalan-soalan yang sedikit “lain daripada yang lain” oleh seseorang yang tidak dikenali.

Pada suatu hari, ketika Ustaz Adam hendak keluar dari masjid, dia bertembung dengan seorang wanita yang sedang menulis sesuatu. Adam mula menyapa lembut wanita itu tetapi wanita itu terus melarikan diri dan meninggalkan sekeping kertas yang mengandungi beberapa soalan yang tidak lengkap.

Pada saat itu, Ustaz Adam mengetahui bahawa wanita yang selalu memberikan soalan-soalan sukar kepadanya adalah Nur (Amyra Rosli), seorang pelacur yang ingin mendekatkan diri dengan agama Allah SWT.

Setelah beberapa kali bersemuka, mereka mula jatuh cinta. Namun, perkenalan dan hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Ustaz Adam dan cemuhan masyarakat. Adakah mereka mampu untuk mengharungi ujian dan dugaan ini? Apakah pengakhiran kehidupan Nur bersama Adam?

GAMBAR PELAKON


PELAKON DRAMA NUR TV3


Jangan lupa saksikan malam ini episod Last tauuuu.... jam 10 malam . 

PELAKON TAK ADA CINTA SEPERTIMU

SINOPSIS TAK ADA CINTA SEPERTIMU

PELAKON TAK ADA CINTA SEPERTIMU

Drama Lafazkan Khalimah Cintamu dah masuk minggu akhir untuk minggu ini . Esok episod terakhir .. apa yang jadi agaknya rayyan dan Kyla eh ? Bermula minggu depan , drama adaptasi novel Tak Ada Cinta Sepertimu karya Anna Milia yang akan mengisi slot MegaDrama di Astro Ria. Senarai pelakon Tak ada Cinta Sepertimu diantaranya : Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika dan ramai lagi. Drama bersiri 16 episod ini diarahkan oleh Jamal Khan dan skrip oleh Rehal Nuharis. Akan mula bersiaran pada 12 March, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD. 16 episod je ? alaa kejap nya ..  


SENARAI PELAKON TAK ADA CINTA SEPERTIMU


Senarai pelakon yang memerankan watak dalam drama Tak Ada Cinta Sepertimu korang boleh tengok dibawah ini 

PELAKON 
WATAK
Syafiq Kyle
Hazran Widad 
Zahirah Macwilson
Athea
Nik Adam Mika
Qaleef
Fikry Kiki
Qayyum 
Ruhainies
Bella 
Fadlan Hazim
Azam 


GAMBAR PELAKON TAK ADA CINTA SEPERTIMU


LAGU TEMA / OST
Marsha Milan - Hilang

SINOPSIS TAK ADA CINTA SEPERTIMU

Permulaan hubungan Athea dan Hazran tidak pernah aman. Bermula insiden berebut penadol di kedai runcit, kereta Athea yang menghalang kereta Hazran, cermin tingkap dipecahkan anak Athea dan sehinggalah mencuri kucing Hazran dinamakan Smokey atau Lulu. Namun, Smokey jugalah yang merapatkan hubungan mereka. Hazran malah baik dengan anak Athea, Qarleef.

Keakraban Hazran dan Athea di gunakan Kamarul untuk memfitnah mereka demi merebut Bella, tunang Hazran. Kamarul, boss Bella memang menaruh hati dengan Bella sejak dulu lagi. Sekali lagi, Athea disalah erti sehingga menjauhkan hubungannya dengan Hazran dan anak-anak Athea.

Kemunculan Azam semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan mereka. Namun, sejarah berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban Athea yang bertambah. Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran. Sehinggalah ibu bapa Hazran masuk campur.

GAMBAR PELAKON




GAMBAR PELAKON TAK ADA CINTA SEPERTIMU



© all rights reserved
made with by templateszoo