Ad

Showing posts with label IPHONE 6. Show all posts
Showing posts with label IPHONE 6. Show all posts

CARA MENGESAN IPHONE HILANG



CARA MENGESAN IPHONE HILANG


Baru semalam dengar dalam berita TV yang seorang cikgu menuduh , denda seorang murid akhirnya murid itu nekad untuk bunuh diri dengan gantung diri dan akhirnya meninggal 01 Feb 2018 selepas koma selama beberapa hari. Aku tahu masih ramai lagi pengguna iPhone masih belum reti dan tak tahu menggunakan fungsi Find My iPhone. Disebabkan ramai malu bertanya dan aku tak nak jadi isu baru-baru ini berulang, anda ikut langkah-langkah cara mengesan iPhone hilang yang diberikan 

Find My iPhone – Membantu Pengguna Mengesan Kembali Peranti iOS Yang Hilang


"Find My iPhone" merupakan satu aplikasi yang ditawarkan oleh Apple dalam usaha membantu pengguna untuk mencari dan mendapatkan kembali telefon pintar dan tablet yang menggunakan perisian IOS yang hilang. Ia akan berfungsi apabila akaun apple ID didaftarkan ke iCloud. Aplikasi “Find My iPhone” ini memerlukan sambungan internet sama ada melalui WiFi ataupun talian selular untuk ia berfungsi.

CARA MENGESAN iPHONE HILANG

Apps ini biasanya memang dah ada dalam Phone during korang beli, Tapi jika tidak ada applikasi ini ,   download la di Apple Apps store.

Cara-cara penggunaan Find My iPhone.


1. Pergi ke laman icloud.com dan login menggunakan iCloud account anda. untuk di komputer kau cari laman iCloud.com


2. Pilih dan klik ‘Find iPhone’ pada menu utama dan kemudian klik pada ‘All Devices’ pada bahagian atas browser.

3. Pilih iPhone anda untuk mengetahui kedudukan semasa. Anda juga boleh zoom in untuk melihat lebih jelas dan mengetahui keberadaan iPhone tu.

4. Terdapat beberapa fungsi mode yang anda boleh guna pada aplikasi ini. Antaranya : 

  • Play sound – membuatkan handphone anda berdering kuat.
  • Lost mode – masukkan no telefon. No telefon akan terpapar pada screen iPhone anda.
  • Erase – Anda boleh memadamkan data yang ada pada handphone anda dan mode menyokong activation Locked dimana iPhone anda akan memadam dan tidak boleh diaktifkan semula melainkan memasukkan kembali kata laluan AppleID yang asal.
  • Location & Direction – membolehkan pengguna mengetahui lokasi peranti iOS anda samaada hilang, tercicir atau tersalah tempat. Ia turut hadir dengan sokongan integrasi aplikasi Maps untuk tujuan penunjuk arah jalan.

Contoh lokasi iPhone kau berada.

Oh ya Find My iPhone akan berkesan jika telefon itu masih On, kalau off tidak berkesan dan hanya akan hantar lokasi terakhir sahaja. Untuk Android anda boleh guna Android devices manager. Lepas ini tak payah tuduh-tuduh orang jika tiada bukti kalau telefon hilang, ikut langkah-langkah aku beri tu sudah.


Salman Sazali - Tech geek anda.

Kelebihan IOS 11

Kelebihan Software IOS 11 


Hye.. korang yang Apple user tu dah update software ke IOS 11 belum ? Kalau belum.. meh laju-laju update phone korang tu . Untuk update software ni perlukan 2.04Gb Storage ye.. jadi kalau dah rasa nak penuh tu boleh la transfer data tu dulu , kang separuh jalan update tiba-tiba tersekat pula.  Banyak features baru pada iPhone dan iPad termasuklah App Store yang baru , Siri baru, dan banyak lagi . Salah satu yang Lisa suka ialah short cut paparan mobile data pada screen yang memudahkan korang untuk off dan on data . Kali ini pula Lisa akan review tentang kelebihan yang ada pada IOS 11. 





Kelebihan IOS 11 

Rasanya hari ini tak ramai lagi yang update ke IOS 11 , biasanya memang orang lebih rela menunggu sampai stabil baru la update sofware . Mana tau akan jadi hang , crash atau timbul masalah yang lainnya . Ok .. Lisa dah update dah , so far memang tak de masalah dan lagi . Ok la... banyak pula membebel , Meh lisa kongsikan Kelebihan IOS 11 .

1. Phone lebih smooth dan laju  , ye betul... lagi laju dan smooth  semenjak dah tukar ke IOS 11 . 


2. Features baru  FILE APP
FILE  , Korang boleh simpan data, gambar , document  dan letak dalam satu FILE. Baik dari Icloud atau dari third party seperti Google Drive dan lainnya . 




3. Take Control Nampak tak paparan Take Control ini dah lain dari yang sebelum ini. IOS 11 dah customiz kan Control Center dengan yang lebihmudah digunakan ke favorite control. Gunakan 3D Touch untuk access control . 

Untuk addd atau remove favorite control , korang boleh pergi Settings > Control Center > Customize Control .

Short cut paparan multitasking Network Carier atau mobile data internet . 
Bagi Lisa mudah la untuk Lisa nak On / OFF  mobile data ini. Macam ritu pergi holiday , nak jimat batrey punya pasal Lisa kena on - Off mobile data. Kena masuk setting dulu baru boleh on off , haihh leceh . Sekarang lebih mudah ! awalnya Lisa ingat tu logo HOTSPOT , eh .. mobile data rupanya . ..patut tak naik 4G haha.




4. PENCIL . 
Nampak tak yang terpapar dibawah tu .  ada pencil oih... memudahkan kita wat kerja. So lepas ni nak sign agrement tak perlu la buka PC baru sign . Best best... nk conteng-conteng pun tak perlu guna PICSArt lagi . Mudah kerja kita.. 😋

Oh ya.. lepas screen shoot ni , gambar tadi akan muncul minimal di hujung kiri screen phone. Senang la kalau nak tengok atau terus edit gambar tu tanpa buka galery phone . 




 5. Munculnya Features Screen Recording . 
Setahu Lisa , baru phone SONY je yang sediakan kemudahan untuk record screen phone tanpa install apps . Sekarang iPhone IOS 11 ini dah boleh nak record screen , lagi best ! 



6. FUN LIVE PHOTO EFFECTS 
Di IOS 11 ini korang boleh swipe up LIVE Photo untuk pilih effect seperti Loop atau Bounce . Wahh. kena cuba nanti ..

7. Stay Focused On The Road .
Macam korang tengah drive tu , yang ni boleh jaga agar korang focus drive je dan tak kan dapat notification dan text yang mengganggu. Pergi dekat Setting > Do Not Distrub . Siap . Sesetengah orang suka sangat main phone ketika drive kan ? Bahaya cik non aih.. jangan buat gitu kayh. Sayangi keselamatan diri dan nyawa orang lain juga. 


Terms and Conditions 
T&C ini korang kalau rajin . baca la.. siap BOLD TU !!! ha.. mesti ada yang penting ... kalau rasa dah paham , tick agree dan kemudian start untuk upload software ke IOS 11 . Pastikan Internet WIFI laju dan tak terputus nantinya . 




REVIEW IOS 11 
Pendapat pribadi Lisa , IOS 11 lebih best dan smooth . Senang nak buat kerja dan banyak memudahan , features baru dan banyak lagi . So Far OK .. so korang dah boleh update phone atau iPad korang ke IOS 11. Banyak lagi sebenarnya kelebihan yang lain.. dalam ni ulasan sedikit je la dari Lisa. Korang download dan explore kayh ! 

Nantikan next artikel tentang cara buat screen recording di iPhone .

Bye... see u next artikel.. 

Harga i-Phone 8 di Malaysia


Harga i-Phone 8 di Malaysia

Tik tok tik tok tak terasa dah tinggal beberapa minggu lagi iphone akan keluarkan series yang ke 8 . Selepas keluar iPhone 7 dan 7 Plus , terus keluarkan iPhone 8 tanpa keluar 7 s seperti iphone series  6 sebelum ini . Apa yang menarik dari i-Phone 8 ini  ? Harga iphone 8 mesti mahal gila kan . Tak sabar rasanya nak tengok feedback. Nak beli ke tidak tu kena tengok feedback dulu la , setakat ni i-phone tak pernah mengecewakan lagi seperti jenama HP lainya yang kena return back ke kilang semula hehehe.

Kelebihan i-Phone 8


Apa yang best dari i-Phone 8 ni ?  sedikit banyak korang boleh tengok video dibawah ini . Dari apa yang Lisa nampak kelebihan iphone 8
  • Tiada lagi button home , 
  • 3D Facial Recognition , ni ganti dari touch ID 
  • Permukaan depan dan belakang semua dari glass. 
  • Wireless charger  , untuk kali pertama i-Phone keluar version macam ni . 
Wow.. macam menarik bukan? 

Lisa tak berapa suka dengan wireless earphone , rasa tak best je . mahal pula harga kalau rosak ke hilang , lepas tu  iphone 8 semua glass bahagian depan belakang ,..dah la lisa ni agak cuai . Tidak sampai la i-Phone Jatuh Lagi  . Tapi.. kalau ada orang nak belanja seketul iphone 8 , Lisa terima dengan senang hati hahahaha 



Gambar i-Phone 8 















i-Phone jatuh lagi ?


Iphone Jatuh Lagi ?

 Retak seribu... cintaku... bila mengenangkan..segalanya .. Ehh ternyanyi la pulak . Hurm.. sebak ada ,sedih pun ada.. tak sampai sebulan oih pakai Handphone ni . Tapi apa dah jadi ? macam biasalah.. pecah oih . Kalau korang ingat lagi , Lisa pernah tulis gak .. Iphone masuk dalam Jamban , phew. Haritu terhentak meja je pun.. kena screen tu pastu pecah. Then tadii.. tadi... pecah lagi . Ni lah sebabnya Mr Hati Batu tak nak dah belikan aku screen protector yang full cover . Sebab memang dah tau konfem tak bertahan lama mesti dah pecah lagi . Kali ke lima puluh sembilan kot beli screen protector. Phewww... 

Pilih Screen Protector glass full cover untuk selamat !

Mr hati batu memang dah bagi extra screen protector haritu , tapi yang tak full cover siap casing spigen ohh. . Hurm.. aku dah tahu mesti akan jatuh HP tu , jadi aku minta dia belikan full cover . Dia taknak..pastu membebel la pot pet pot pet.. pakai cover spigen jatuh tak jadi apa la. Haih.. Phone ni bukan jatuh dari bermeter2.. nk letak atas meja pastu jatuh kat atas meja tu je pun boleh crash . Beli mahal oih screen protector tu , tapi tu la sama je crash juga. Sebab si-Dia taknak belikan , aku beli la sendiri .

Malas sebenarnya bukan takde duit hahaha. So Lisa lebih rasa selamat pakai screen protector glass yang full cover sebab nanti jatuh tak kena LCD screen iphone tu. Nangis kang.... huhu... Terbayangkan boss pakai iphone tempoh hari , lepas tu pakai screen protector yang tak full cover , then jatuh. Ya... screen tu pecah oih... sampai sekarang tak elok lagi !


Macam mana boleh jatuh ? sebab tadi pergi tandas .. then time cangkung nak buka paip air tu tiba-tiba Hp jatuh . sedih bebbbb ! kalau cakap dengan mr Hati batu mesti kena bebel huhuhuhu


Kena beli screen protector baru la ni , agak sakit dan sedih juga la tengok HP cacat ni . Huhuhu 

Jimat Bateri iPhone selepas Update iOS 9.3.4


 Sejak kes android Marshmallow yang tak stabil tempoh hari , Lisa takut pula nak update software ke iOS 9.3.4 . Ya.. memang lain produk antara Apple dan Android . Tapi itu la.. biasa kalau awal-awal lagi ni memang tak berani nak update . Takut  jadi jem , drain bateri, hang , crash dan macam-macam lagi . Setakat ini memang iPhone Lisa ni tak pernah buat hal , terbaca dalam group Apple User je . Bagaimana pula dengan iOS terbaru ni ? Alhamdulillah... setakat ni impak positif je yang Lisa rasa lepas update software ke iOS 9.3.4 . Bateri tak cepat drain , itu je la takat ni yang untung .. efek lain tak try godeh lagi . Oh ya.,.biasanya untuk whatsapp, akan tunjukkan nickname dari sapa whatsapp tu . Nick name tau , bukan nama contact yang kita simpan dalam phone . . nah untuk iOS yang terbaru pula.. takde dah nick name yang kuar dalam screen tu .




Smooth je lepas update ke iOS 9.3.4 , dah boleh jimat bateri. Hahahaha.. berapa minggu lagi dah keluar iPhone 7 , series yang ke 10 keluaran iPhone. Nak tukar tak ye.. nak tukar tak ye .? macam la banyak sangat duit tu nak tukar. Tapi kalau dapat free apa salahnya kan ..?  Hadiah birthday ke... huihh berangan je.

Kalian dah update ke iOS 9.3.4 ke ? Kalau belum .. tak perlu risau untuk update ya . Tapi pastikan memory tu tak penuh la.. nanti sangkut kat logo Apple lak susah . Hehehe.. Selamat mencuba !! 

Cara Atasi Masalah Whatsapp Iphone



 Semalam nampak di facebook Apple User Group , ramai pula bagitau whatsapp iPhone jadi problem . Hang dan keluar skrin putih kosong je . Lisa fikir mungkin whatsapp tak update kot . tak pun sebab memory phone penuh . So buat don't know je la ... lepastu petang semalam Lisa pula yang kena. Adeh .. risau ? mesti korang akan risau .. manatahu dalam whatsapp ada message penting dari pejabat atau data customer . Lisa tak risau sangat sebab iPhone tu guna tuk number lain, dan dalam whatsapp tak da apa yang penting pun . Petang semalam whatsapp dah ok semula... selepas tunggu beberapa jam sebab otak jammed. Nasib la dah tahu cara nak dapatkan whatsapp dan data dalam tu semula .  Dibawah ini Lisa akan kongsi cara atasi masalah whatsapp hang di iPhone 

 



Cara atau Tips ini atasi Whatsapp hang pengguna iPhone . 

Dari info iphone user yang lain Lisa gabungkan dan akan share ke kalian . Semoga Cara atau Tips ini berguna untuk atasi Whatsapp hang dan problem skrin putih bagi pengguna iPhone . Caranya : 
1. Masuk setting phone  , kemudian scroll kebawah dan pilih whatsapp . Tutup access dalam whatsapp tu seperti contacts , photos , microphone ,camera , dan backgroup app refresh .  Try masuk semula whatsapp , tada.. dah siap.. backuplah data-data yang penting dan masukkan dalam icould . 

2. Kalau cara tu tak berkesan ... kalian boleh delete whatsapp dan kemudian install semula .Tapi nanti data dan message yang korang tak backup tu akan hilang . Untuk group kekal ada lagi , untuk chat personal je la memang tak boleh nak dapat semula . kecuali kalian backup .  Atau kalian boleh guna cara ini , 

Fix WhatsApp putih, crash etc 

1. Disable segala berkaitan dengan WhatsApp:
- Setting > skrol ke bawah sekali (iOS 8 ke atas je ada) > WhatsApp > Off untuk Contacs, Photos, Microphone & Camera
⠀
2. Pastu disable Notifications sekali:
- Setting > skrol ke bawah sekali (iOS 8 ke atas je ada) & WhatsApp >Notifications & Allow Notifications & Off
⠀
3. Off iPhone selama/lebih kurang 1 minit pastu On balik.
⠀
4. Connect ke wifi/data atau connection internet yang laju.

5. Buka app WhatsApp, keluar ke homescreen (jangan kill WhatsApp di multitasking/app switcher) dan pergi semula step 1 2, On balik semua semula.
⠀
6. Buka balik WhatsApp dan tengok macam mana.
⠀
Tutorial buat backup: https://www.youtube.com/watch?v=rIVrp0SQFzA
(nak Restore Backup ada di sebelah Backup Now tu)
⠀
FB: https://www.facebook.com/WhatsApp
Twitter: https://twitter.com/whatsapp
Email: support@whatsapp.com
App Store: Search WhatsApp &  tab Reviews & Write a Review
⠀
Masalah ni bukan berkaitan dengan iOS tapi masalah WhatsApp sendiri... jangan gelak sangat... huhu ..terkena baru padan muka ..

Jangan lupa upgrade IOS ke 9.3.2 dan jangan lupa update version whatsapp. 

Selamat mencuba ..









Harga iPhone SE

Harga iPhone SE || Tahun lepas dah keluar Iphone model iPhone 6  , iPhone 6 plus , iPhone 6S , iPhone 6S Plus , lepas tu ada dengar and trial iPhone 7 bakal keluar kan ? tup-tup harini dah keluar jenama iPhone yang tak pernah dengar pun sebelum ini. iPhone SE , perpaduan antara iPhone 5s dan iPhone 6s . 

Harga dan Detail Kelebihan iPhone SE : 


iPhone SE ada 4 colour colour baru rose gold ..starting dengan harga $399 RM 1600 for 16GB dan $499 rm2049 for 64GB 

Detail kelebihan iPhone SE : 

*Bahagian tepi yang berkilat digantikan dengan kaca melengkung seperti iPhone 6 dan 6s
*8 megapixel kamera belakang dan 1.2 megapixel sistem camera depan dari iPhone 6
*Memiliki panorama  jauh lebih besar dan autofocus untuk rakaman
 video A8 dan M8 cip dari iPhone 6
*Didapati dalam warna Silver, Space gray, Gold dan Rose gold sama seperti iPhone 6



Tarikh penjualan atau Release Date iPhone SE pada 31 March 2016 , sedangkan untuk Preorder bermula hari ini 21 Mac 2016. 








OK la ni kan , screen comel tak besar. Mesti kalian peminat iPhone lebih suka screen kecil sebab ringan dan senang genggam di tangan .  Teringin pula nak ada iphone SE , kalian nak juga ? cepat simpan duit sebelum phone ni sampai ke Malaysia . Hehe


A first look at the new iPhone SE and smaller iPad Pro!
Posted by Mashable on Monday, 21 March 2016

iPhone 6 Gold Untuk Dijual

IPhone 6 Gold Untuk Dijual || iPhone sekarang dah keluar s series. Dan baru 2 bulan lebih iPhone 6 Gold kaler ni jadi milik Lisa. Punyalah kumpul duit antara nak beli ke tak nak beli ,sampai akhirnya my Mr Hati Batu cakap nak swap iPhone 6 plus gold 64gb dengan iPhone 6 Gold 64 Gb. Yela gegadis kan suka bawa handbag ( perli Lisa lahtu ) so kalau Hp besar tak jadi masalah. Masuk je dalam handbag,lain la kalau lelaki.. hp besar masuk dalam poket .. fuhhh tak selesa woo. Setelah dipujuk rayu then akhirnya Lisa terpikat gak  nak beli iPhone tu bg kat dia and dia bg Lisa iPhone 6 Plus . Beli dalam rm3200 la jugak iPhone 6  Gold kaler yang memang limited kuantiti. 

Tapi sayangnya IOS tak leh suport kerja si dia. Sebab tu dia pulang balik then beli Hp baru -Android coz mudah tuk wat kerja. Jadi Lisa dah ada 2 iPhone le... haha nak buat apa banyak banyak.. apalagi ,jual lah kan. Dia cakap suruh jual.. jual je lah. 
Iphone 6 ni lagi slim dan comel je kat tangan. HP ni guna dalam 3 minggu macam tu je la, lebihnya terbiar dalam kotak . Dah tak cukup tangan nak pakai. 

Harga ; RM2600
Model; IPhone 6
kaler ; Gold (limited edition)  
Memory ; 64GB 
Conditions ; 9.8/10 sikit calar pon takde.
My set ori warranty by Apple. 
Cod ; Kluang, Batupahat, Airhitam (johor)
Korang boleh whatsapp /message no 0199009213 kalau nak beli ya. 
Kondisi cun macam Lisa...  Nah Lisa bagi gambar . 








Harga IPhone 6 Dan 6Plus DI Malaysia

Harga IPhone 6 dan 6 PLus Di Malaysia  | Maxis dan Digi telah mendedahkan harga yang akan keluar untuk IPhone6  dan 6 Plus RM 659.00 untuk Maxis ,manakala Digi menawarkan RM 557 . 

Maxis menawarkannya IPhone 6dan 6 PLus pada pelan :
~ MaxisOne (RM158/month ), 
~IValue Simple  (RM50/Month ) ,
~IValue 1 (RM100/Month ),
 ~IValue 2 (RM 155/Month ),dan 
  ~IValue 3 (rm250/Month ) .

Manakala Digi pula Menawarkan dengan pelan : 
~DG SmartPlan 50 (rm50/Month )
~DG SmartPlan 78 (rm78/Month )
~DG SmartPlan 108 (rm108/Month) dan
~DG SmartPlan 148 (rm148/Month ).

Untuk pelan Celcom tunggu 06 Nov 2014 ,  Pengguna boleh menempah  Iphone 6 dan IPhone 6 Plus pada syarikat berkenaan bermula hari ini sampai 5 Nov 2014. Dan memperoleh atau dihantar paling awal 6 Nov 2014 ketangan pelanggan. Kedua IPhone 6 dan Plus ini dilengkapi dengan retina HD baru, Resolusi IPhone 6 1334x 750 , senipis 6.8mm sedangkan IPhone 6 PLus 1920x1080. dan mempunyai reka bentuk senipis 7.1 mm.
Butang kuasa terletak di bahagian kanan telefon memudahkan untuk capaian menggunakan sebelah tangan sahaja ,kerana penambahan saiz screen .

Berikut Harga IPhone 6 dan IPhone 6 PLus di Malaysia.
IPhone 6 
-16GB  : RM2,399
-64GB : RM 2,749
-128GB : RM 3,149 

IPhone 6 PLus 
-16GB  : RM2,749
-64GB : RM 3,149
-128GB : RM 3,549



Celcom Launch IPhone 6

Celcom Launch IPhone 6  | Kabar gembira untuk rakyat malaysia bagi peminat handphone jenama IPhone keluaran dari produk Apple yang terbaru . IPhone 6 akan berada dipasaran celcom bermula 6 November 2014. Baik Iphone 6 atau IPhone Plus boleh anda tengok DISINI untuk pre-order.

Kalian akan diberi pilihan untuk memilih jenama IPhone 6 atau iPhone 6 PLus dan juga berapa GB device yang kalian nak sesuai dengan pilihan yang ada. 

IPhone 6 mempunyai sistem operasi IOS 8 -IOS  8.1 , Mempunyai berat 129gram  dan besar 
                                                                    138.1 x 67 x 6.9 mm (5.44 x 2.64 x 0.27 in)
 Bagi kalian peminat Iphone boleh simpan duit lah, nanti 6 November dah boleh berkunjung kemana-mana cawangan Celcom dan  Apple untuk melihat secara Live rupa dan bentuk IPhone 6 ni.
Lisa memang tak minat sebab tak pandai guna ,tapi kalau kalian nak hadiahkan untuk hadiah hari jadi lisa bulan depan boleh juga. Lisa terima dengan penuh kerelaan. Hehe. 

© all rights reserved
made with by templateszoo