Ad

Showing posts with label SUSU. Show all posts
Showing posts with label SUSU. Show all posts

TIPS Kurangkan Pedih Perut Ketika Puasa

TIPS Kurangkan  Pedih Perut Ketika Puasa 

Tak terasa  dah masuk 5 hari berpuasa , tak terasa la pula dah hampir seminggu.. bagaimana dengan puasa korang tahun ni ? semoga masih bertahan ... caiyoookkk ! Masuk bulan Puasa ni mesti ramai yang berkemungkinan akan terkena gastrik . Jangan jadikan Gastrik alasan untuk kita tak berpuasa ye . Sebenarnya Gastrik ketika puasa boleh dicegah. Kalian boleh cuba dulu 5 petua ini. 

Petua Cegah Gastrik Ketika Puasa 



BERSAHUR 
Bersahurlah menjelang waktu imsak . Elakkan bersahur malam sebelum tidur. Pastikan juga korang makan secukupnya ketika sahur.. bukan hanya minum air kosong. Anda digalakkan minum segelas susu semasa sahur. Hal ini dapat mengurangkan simptom gastrik dan ulser peptik.




Berbuka Puasa 
Ketika berbuka, makanlah dalam kuantiti yang sederhana. Elakkan makan terlalu banyak dan jarakkan pengambilan pemakanan. Contohnya korang boleh berbuka dengan buah kurma dan segelas air seterusnya solat Maghrib dahulu. Kemudian barulah makan nasi bersama lauk pauk dalam kuantiti sederhana. Selepas solat terawih pula, banyakkan makan buah-buahan yang tidak berasid, biskut oat atau roti.



MINUM AIR KOSONG
Minum air kosong secukupnya sepanjang malam di waktu Ramadhan. Ramai yang ‘terlupa’ minum air kosong sebab macam-macam jenis minuman yang menggiurkan dijual di pasar Ramadhan. Air kosong penting bagi melancarkan sistem pencernaan dan mengelakkan gastrik atau sakit perut yang dihadapi di siang hari.
Mengikut saranan KKM, korang  sepatutnya boleh mencukupkan 8 gelas air sehari dengan jadual minum air seperti berikut:

-1 gelas ketika bangun sahur
-1 gelas selepas makan sahur
-1 gelas semasa berbuka puasa
-1 gelas selepas makan
-1 gelas selepas solat maghrib
-1 gelas selepas solat isyak
-1 gelas selepas solat terawih
-1 gelas sebelum tidur

MAKANAN & MINUMAN YANG DIGALAKKAN
Banyakkan makan makanan karbohidrat kompleks atau yang berasaskan bijirin gandum, seperti beras perang, kekacang badam dan oat. Cuba gunakan teknik memanggang atau kukus untuk mengelakkan makanan bergoreng dan berminyak.
Selain air kosong, anda boleh minum susu atau smoothie buah-buahan yang tidak berasid seperti kurma dan pisang.

‘STANDBY’ & MAKAN UBAT
Jika anda diberikan ubat oleh doktor, jangan lupa mengambil ubat mengikut preskripsi doktor. Sekiranya diserang gastrik yang teruk, anda boleh mendapatkan suntikan di klinik jika perlu.


LAZZ KURMA PERSEDIAAN SEBELUM PUASA 



Pengalaman dulu pernah beli ready made susu yang dalam botol lepas tu basi walaupun masih ada seal . Ha.. tu yang jadi ragu-ragu tiap kali beli susu. Takut terminum susu basi lagi .Untuk persediaan sebelum puasa haritu , Lisa beli susu Lazz guna lazz delivery . Lazz ni tinggal klik je kemudian agen akan hantar dan baru bayar. Senang tak perlu tunggu pos. Pagi Lisa whatsapp dan lepas maghrib tu dah dapat susu tu . Tak perlu tunggu diposkan. Rush juga la sebenarnya time tu takut tak sempat nak dapat heheh nasib baik ada kemudahan lazz Delivery . 




Lisa jenis tak boleh makan pagi , jadi dah dari kecik dulu memang biasanya akan bersahur minum susu je . Susu tanpa tenusu boleh elak gastrik dan pedih perut.. Lisa minum susu kambing LAZZ Kurma . Tahun lepas dah try dan tahun ini continue je la dengan ini . Bancuh sendiri..minum time suam-suam atau ketika sejuk pon boleh . Ada sesetengah orang tak lalu minum air susu suam sebab bau hamis...berbeda dengan susu kebanyakan.. LAZZ ni tak berbau hamis dan selain itu ada banyak pilihan sesuai untuk kesukaan korang ye . Menu sihat untuk sahur favourite Lisa . Oat + campur susu lazz kurma. Boleh kenyang 9 jam huihh... 

Puasa pun tetap active la... walaupun hanya minum segelas susu je wak. Kadang kalau rajin buat smothie dengan pisang pula. Elak perut pedih semasa bulan puasa ni. Nak masak nasi memang tak dan la time pepagi .. iyela.. parents pon memang dari dulu hanya minum susu ketika sahur.. keluarga kami memang tak biasa makan pagi huhuh ... keturunan gitu.

LAZZ DELIVERY 


Klik klik dihujung jari , isi borang then nanti sampai la depan rumah korang ye, tak perlu tunggu pos .. delivery terus depan rumah atau tempat kerja korang 😄, layari www.lazzdelivery.com untuk  order...



Delivery : www.lazzdelivery.com
Senarai Nama Ejen : Agen & Pengedar
Facebook : LAZZ Susu Kambing
Instagram : @lazzsusukambinghq

Susu Fernleaf UHT Kaya Nutrisi dan Lazat !

Susu Fernleaf UHT Kaya Nutrisi dan Lazat ! 


Siapa yang suka susu kita geng ! Nah lisa bagi tutorial cara minum susu gaya terbaru, kahkah .. straw rare gitu mesti korang jeles nengoknya . Walaupun suka susu , Lisa jenis ambek kisah tentang kualiti dan nutrisi didalamnya . Bukan apa , banyak je susu diluar sana yang hanya banyak lemak tepu berbanding nutrisi yang terkandung . Salah satu susu favorite Lisa , susu FERNLEAF UHT  , kaya nutrisi, berkhasiat dan lazat  . Diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand sejak 1893. 

Susu Fernleaft Diperbuat Dengan 100% Susu dari New Zealand 

Lembu-lembu yang menghasilkan susu Fernleaf UHT ni dipelihara di New Zealand nun jauh disana .  Di New Zealand terkenal dengan tanahnya yang subur , kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikan salah satu tempat terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. Lembu tenusu ini meragut rumput secara bebas di ladang semulajadi yang penuh dengan rumput segar dan berkualiti tinggi , tanpa terkurung dalam kandang .
Hasilnya , susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan .Ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi , vitamin A dan juga vitamin D. 

Tentang FERNLEAF
Di Fernleaf , lembu tenusu adalah jiwa dalam industri tenusu dan para peladang menjaga mereka dengan penuh dedikasi . 

Tahukah anda  , bukan semua lembu tenusu diberi makan rumput . 


Kebanyakan lembu-lembu tu habiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah , dan secara tak langsung lembu tu dapatlah kandungan Vitamin D yang sihat . Oleh sebab itu , lembu tenusu Fernleaf hasilkan susu dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain yang terkurung didalam kandang . 

Lembu Tenusu Menghasilkan Susu Secara Semula Jadi 

Dengan rumput yang berkualiti tinggi , iklim yang selesa , udara dan air yang bersih , lembu tenusu Fernleaf menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Patut rasa sedap , macam ayam.. kalau ayam tu membesar dengan inject or makan dedak dengan ayam kampung ... ayam kampung lagi sedap weih . serious ! 

PAKAR TENUSU ( DAIRY EXPERT ) 


Dengan Lebih daripada 140 tahun (  sejak 1893 ) pengalaman  dalam perladangan tenusu , peladang berdedikasi amat bangga dalam kerja mereka , untuk pastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula dari air yang bersih , rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna . Mak aih lama gila tu dah lebih dari 140 , sebab good kualiti lah kan boleh bertahan lama macam ni . 

‘GOOD BALANCED FEEDING GIVE GOOD PROFIT’




100% Mmmmm .... Minum susu Fernleaf UHT memang dah tak hingat dunia la. Hahaha .. seriousy time sampai je susu ni Lisa dah sorokkan siap-siap , tamak sungguh ! hahaha..

 Susu Fernleaf UHT ni ada 3 perisa iaitu : 
  • Full cream 
  • Low Fat 
  • Coklat 

Ketiga perisa ni Lisa suka minum hahaha ,,, kalau korang tengah usaha nak diet tu boleh la minum yang Low Fat . Aumm dap dap ... ! 

Jangan risau , Susu Fernleaft UHT ada sijil halal dan penuh dengan 100% manfaat terjamin dari New Zealand . Rasai keenakan susu Fernleaf UHT yang 100% Mmmmm! Keenakannya diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand – dihasilkan oleh lembu-lembu yang dipelihara dengan rumput berkualiti tinggi.



Let’s get 100% Mmmmm together with Fernleaf UHT milk! . 



Korang boleh dapatkannya di semua pasaraya atau di kedai-kedai berhampiran anda pada harga RM5.70 bagi satu set empat pek (200ml setiap pek) dan RM6.60 bagi setiap pek 1 liter. Detail selebihnya boleh layari laman Facebook Fernleaf Malaysia  


LAZZ SUSU KAMBING KURMA KURANG GULA

LAZZ SUSU KAMBING KURMA KURANG GULA 

Assalamualaikum ! Hye hye... siapa kat sini yang tak suka minum susu ? seep sikit. Ikutkan Lisa ni ada pengalaman sedih minum susu jenama ...tettt... masa puasa tahun lepas , beli susu dalam botol tu niat hati nak buat sahur tapi buka buka susu tu dah basi. Lisa pun main teguk je.. tak pasal-pasal muntah balik. Sejak itu mula trauma dan tak suka minum susu. Tapi.. baru-baru ini Lisa mula start minum susu semula, sebab nak kan tenaga dalam masa tempoh berdiet ni . Nampak ramai pula kawan yang minum LAZZ Susu Kambing ,,, teringin nak cuba juga . Alang-alang boleh bekalkan tenaga dan dengar cerita boleh bantu untuk diet juga.. wuihh.. terus teruja nak cuba.


LAZZ SUSU KAMBING BERIKAN TENAGA  SEMASA DIET 


Dalam bulan puasa pun dah selalu nampak iklan LAZZ susu kambing ni , dari itu la dah mula teringin nak cuba. Susu kambing dicampur dengan kurma memang dah tak dinafikan bagus untuk kesihatan . Awalnya  tertanya juga la agaknya kalau Lisa yang minum susu Lazz ni sesuai ke tidak ? lepas cuba sendiri .. baru la rasa khasiat yang sebenar . 

Yang bestnya susu ni tak manis seperti kebanyakan susu yang lainnya . Diet ini Lisa minum segelas pagi dan segelas malam sebelum tidur untuk berikan tenaga yang berpanjangan dan mengurangkan nafsu makan . Lazz susu kambing berikan tenaga berpanjangan semasa diet .


FAKTA MENARIK Lazz Susu Kambing


1.Gula Sukrosa

  • Gula ini merupakan kombinasi antara glukosa dan fruktosa, kebiasaannya dalam nisbah 50:50. Ia lebih dikenali sebagai gula pasir yang dihasilkan daripada tebu atau bit gula (sugar beets) yang ditanam di seluruh dunia.
  • Apabila sukrosa ditambah ke dalam makanan, tubuh manusia perlu memprosesnya menggunakan kedua-dua kaedah. Glukosa akan terus ditukarkan menjadi tenaga manakala fruktosa pula akan diasingkan dan dihantar ke hati untuk diproses sebagai penyimpanan lemak.
  • Yang lebih menarik, tiada kandungan gula sukrosa  Lazz Susu Kambing Asli dan ini membuktikan Lazz Susu Kambing memberi kebaikan kepada pengguna.


2. Gula Laktosa
  • Susu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus.
  • Dalam Lazz Susu Kambing adalah gula semulajadi dalam susu. Jumlah gula laktosa ialah 7.9 untuk 100 gram. 100 gram tersebut boleh digunakan untuk 5 kali bancuhan. Tak ada gula tambahan di dalam susu kambing. Ini menunjukkan Lazz Susu Kambing mengandungi kandungan gula yang rendah.


3. Vitamin C

  • Selain itu, di dalam Lazz Susu Kambing juga kaya dengan Vitamin C semulajadi di dalam susu. Seperti yang semua tahu, Vitamin C bagus untuk kulit.
  • Vitamin C d telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dalam jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang tinggi dengan Vitamin C dapat mengurangkan berat badan.
  • Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan.


  4. Vitamin E

  • Selain itu, terdapat juga Vitamin E di dalam Lazz Susu Kambing yang mempunyai pelbagai kebaikan. Antaranya ialah, mengekalkan kelembapan kulit membantu mengurangkan parut, agen pencerahan kulit, agen anti penuaan dan banyak lagi.


5. Analisis Dilakukan di UKM
  • Untuk memastikan Lazz Susu Kambing ini selamat diminum oleh orang ramai,  satu kajian telah dilakukan di UKM UNIPEQ untuk mengkaji bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan Lazz Susu Kambing ini.  Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang terdapat di dalam Lazz Susu Kambing bermanfaat kepada pengguna dan bebas dari penggunaan bahan-bahan yang membahayakan pengguna.





LAZZCAFE , KOPI PRACAMPURAN SUSU KAMBING & KURMA 


Bagi korang penggemar kopi , LAZZ hadirkan pek baru iaitu LAZZCAFE , kopi pracampuran susu kambing dan kurma . Lisa jenis suka minum kopi juga , tapi kalau kopi O pure ni pengambilan yang banyak boleh effect pada darah tinggi . LAZZCAFE ini secukup rasa la bagi Lisa , cukup rasa kopi , cukup susu dan cukup kurma . Takde la degup jantung jadi lajuu . Oh ya.. campuran Lazzcafe dan Lazz choco .. boleh menghasilkan rasa LAZZ mocha. Sedap ! fuh fuh ada kelazz ...



Lazz kurma ni sangat bergantung lada individu.. boleh kurus kalau kita disiplin. Sebab ada sesetengah orang, lidah terkena manis walaupun sikit, otak jadi triggered / ketagih nak cari benda manis.. macam tak leh tenteram.. so yang jenis tu kena avoid even lazz kurma.

Tapi ada orang, dia cool ja. Dapat lazzcafe pun, masih nafsu rilek . So bereh. Asalkan kalori in less then kalori out.


APAKATA LISA 

So far Lisa minum , Lazz Susu Kambing Kurma ini boleh diterima badan Lisa. Almaklumlah perut Lisa memang super sensitif , boleh terus beli kesan balik kalau makanan tu tak sesuai . Susu Kambing Lazz berikan tenaga yang berpanjangan dari pagi sampai ke petang , Ok la kan untuk breakfast dan diner masa diet  . Yea.. dan juga bau tak hamis macam kebanyakan susu yang lainnya . Yang paling penting susu ni kurang gula ! 

TIPS BANCUH SUSU LAZZ 

Korang boleh try bancuh dalam cawan shake yang ada penutup , masukkan air 200 ml dicampur dengan Lazz susu kambing , pastu shake. Cubalah.. rasa akan jadi lebih sedap . Kalau nak sejuk , tambahkan cube ais . 

Lazz Susu Kambing Mendapat Pengiktiran HALAL , juga MESTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa ia terjamin Selamat, Bersih, dan Sihat. 

PAKEJ COMBO LAZZ SUSU KAMBING 



Cadangan tentang pakej kombo yang korang nak beli sesuai untuk keperluan dan peringkat usia . Antaranya :

  • Set Pasangan Ikhtiar Zuriat : Lazz Cafe + Lazz Kurma
  • Set Ibu Hamil : Lazz Choco + Lazz Kurma
  • Set Diet : Lazz Asli + Lazz Kurma
  • Set Kanak-Kanak : Lazz Asli + Lazz Choco




“susu pun boleh delivery ker..?” 
Mestilah boleh ! 

Zaman serba canggih , orderpun boleh dihujung jari je .  Masuk ke www.lazzdelivery.com dan isi borang tempah serta butiran.Syarikat akan delivery secara COD atau POS secara PERCUMA ! 
* mengikut terma dan syarat

Sebarang pertanyaan korang boleh tanya  di Talian Whatsapp  atau talian hotline 1-800-88-5299 atau 06-6718550 atau 018-2777290

Website : www.lazzsusukambing.com

Instagram : LAZZ Susu Kambing

Facebook : LAZZ Susu Kambing
© all rights reserved
made with by templateszoo