Ad

Jimat Bateri iPhone selepas Update iOS 9.3.4

Jimat Bateri iPhone selepas Update iOS 9.3.4

 Sejak kes android Marshmallow yang tak stabil tempoh hari , Lisa takut pula nak update software ke iOS 9.3.4 . Ya.. memang lain produk antara Apple dan Android . Tapi itu la.. biasa kalau awal-awal lagi ni memang tak berani nak update . Takut  jadi jem , drain bateri, hang , crash dan macam-macam lagi . Setakat ini memang iPhone Lisa ni tak pernah buat hal , terbaca dalam group Apple User je . Bagaimana pula dengan iOS terbaru ni ? Alhamdulillah... setakat ni impak positif je yang Lisa rasa lepas update software ke iOS 9.3.4 . Bateri tak cepat drain , itu je la takat ni yang untung .. efek lain tak try godeh lagi . Oh ya.,.biasanya untuk whatsapp, akan tunjukkan nickname dari sapa whatsapp tu . Nick name tau , bukan nama contact yang kita simpan dalam phone . . nah untuk iOS yang terbaru pula.. takde dah nick name yang kuar dalam screen tu .




Smooth je lepas update ke iOS 9.3.4 , dah boleh jimat bateri. Hahahaha.. berapa minggu lagi dah keluar iPhone 7 , series yang ke 10 keluaran iPhone. Nak tukar tak ye.. nak tukar tak ye .? macam la banyak sangat duit tu nak tukar. Tapi kalau dapat free apa salahnya kan ..?  Hadiah birthday ke... huihh berangan je.

Kalian dah update ke iOS 9.3.4 ke ? Kalau belum .. tak perlu risau untuk update ya . Tapi pastikan memory tu tak penuh la.. nanti sangkut kat logo Apple lak susah . Hehehe.. Selamat mencuba !! 
1
( Hide )
  1. Haa siqah pun takut nak update awal sebab takut crash. Lisa cakap okay, so dalam masa terdekat siqah akan update =)

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo