Tuesday, March 19, 2019

Kucing Aku Sakit Sporo


Kucing Aku Sakit Sporo 

Assalamualaikum , Lately ni Lisa dah mula kurang masa untuk menulis entri dalam blog .  Bermula hujung bulan satu tak silap . Sebenarnya bukan malas , tapi tak cukup masa nak menulis . Lebih lagi sejak dapat tau yang kucing kena jangkitan Sporo. “Sporo  ringkasan bagi nama Sporotrichosis ialah  penyakit yang mudah menjangkiti haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Kebiasaannya haiwan yang terdedah kepada aktiviti luar lebih mudah dijangkiti penyakit ini menerusi kulat Sporo. Kulat tersebut akan masuk ke badan melalui mulut atau luka atau kedua-duanya dan luka tersebut tidak akan kering walaupun dirawat "  . 

Gambar sebelum kena sporo

JANGKITAN SPORO PADA KUCING 




Haritu masa kucing ni bunting aku sedar dia bersin-bersin je . Lepas sebelum beranak lagi .. ada main kejap then perasan hidung ni mancung. Lisa ingat memang kucing ni hidung mancung dari awal lagi.. rupanya penyakit . Then lepas beranak , kucing ni kena kurap kat telinga bagian kanan. Dah try gunakan apple cedar untuk  spray di kurap tu tapi masih tak elok . Lepas tu nampak kesan kudis kat beberapa bagian tubuh... sampaila part hidung dia luka . 

(kurap ditelinga teruk )
3 hari tak sembuh juga kurap tu , so i buat keputusan checkup ke Klinik Haiwan . Nak check up ke VET , tak kena masa pula.. lagipon kat tempat Lisa ni VET tuk rawatan tak buka setiap hari . Emm EMMM... . Ok , pergi klinik , minta tengok kan meow ni ( nama dia meow meow ) , lepas tu dia check .. bagitau kucing ni demam and flu  pastu kurap . Lepas tu dia check kudis , test guna microscope  , takut suspect SPORO . Dia cakap , hidung kucing macam tu sebab flu . .. OK .. Dr. bagi inject antibiotik flu and untuk kurap tu dia bagi ubat sapu. Takleh inject sebab baru lepas bagi antibiotik . Dr tu cakap , sekarang ni ramai customer tak boleh nak check secara detail sebab makan masa. Dia boleh check guna microscope je .  Lisa ok je then kemudian tunggu ubat lepas tu balik. Kat sini habis RM75 termasuk inject tadi . Dapat  ubat termasuk ubat sapu sekali. Ubat FLu , Antibiotik dan ubat demam . 

Lepas sehari Klinik tu whatsapp , bagi tau ,, kucing negative SPORO . Lisa pon happy la ye ,. tapi mereka bagitau kalau masih tak ok lagi dalam seminggu kena bawa datang untuk check up lebih detail. 
( kurap ditelinga dah sembuh tapi kudis n luka semakin membesar and keluar benjol benjol ) 


Tapi.. seminggu berlalu , tak elok juga kucing ni . Yang paling ketara hidung dah mula rongak ,, kudis pon bertambah. Untuk kurap dah elok lepas 3 hari . Hati ini macam luruh beb , ramai bagitau tu positive SPORO dah . Then masa tu raya CNY pula.. ramai klinik tutup. Lisa pergi la lepas CNY .. 2minggu after checkup pertama . Dr. tu bagitau ni SPORO ni , makin merebak . Awal dah bagitau.. suruh PTS ( Put To SLeep ) tidurkan kucing atau bahasa kasarnya matikan kucing secara paksa. Lisa cakap... nak jaga juga , takpe.. boleh rawat. 



( Hidung mula luka , sorry tak pakai glove masa ni ... sebab masih tak tau tu sporo )
Dr tu bagi tau kos mahal dan kena berbulan dalam 6-8 bulan kucing baru boleh elok . Perlu kesabaran dan juga telan kos banyak untuk rawatan . Lisa tetap dengan pendirian nak jaga juga.. then dia bagi tau yang ada juga kucing kena Sporo , ada yang boleh survive ada yang tak boleh survive kemudian mati . Dr. Cakap kalau dalam sebulan kucing dah tak de selera nak makan , better PTS kan je sebab makan ubat sporo ni effect kat hati, so kucing dah tak de nafsu makan . Lisa mengangguk paham je .. sedih dan rasa nak nangis pun ada juga. 

Langkah-langkah yang perlu dilakukan jika kucing kena SPORO 
1. Asingkan kucing , masuk dalam sangkar dan letak surat kabar sebagai alas . Jangan letak Pasir kucing ye sebab boleh sebabkan jangkitan . 
2. PAKAI GLOVE untuk handle kucing . Korang kena pakai glove ye , jangan sampai kena cakar atau gigit kucing kena SPORO ni sebab boleh menjangkit ke manusia dan boleh menyebabkan kematian. Effect pon dapat tahu lepas 2 bulan , bukan terus nampak tanda-tanda terjangkit . Awal ritu Lisa pakai glove (sarungtangan pakai buang , tapi sebab nipis... then tukar ke Glove yang tebal sikit elak kena cakar je ) walaupun kucing ni behave je tak gigit or cakar Lisa . cakar-cakar suruh jauhkan glove ada la . 
3. Jangan campur bekas makanan dan makanan dengan kucing lainnya . 
4. Cuci sangkar setiap hari dengan clorox 
5. Jangan cuci luka kucing tu , sebab nanti tak kunjung sembuh . Biarkan luka kering sendiri . 




Luka tempat lain elok , Luka kat kaki dan ekor pula .












Luka dah hampir kering 



( Tapak kaki dah luka , sebab tu kuar darah ) 



Masuk bulan kedua , dah semakin merebak luka tu .




Antara Ubat untuk Kucing Sporo 

1. INOX - Sehari setengah kapsul ,, tapi kalau dah teruk korang boleh terus bagi 1 kapsul. 
2. LIV52 HIMALAYA - makan selepas makan inox . Sebab ubat sporo ni effect ke Hati , kena jaga kalau tak nanti hati pula yang kena 


3. Antibiotik , korang boleh guna transfer factor . 
4. Funginox - Ubat spray . Lisa beli kat farmasai , botol kecik dalam rm30 . Mahal juga and tahan selama 4 hari je ,, uhuks . 
5.SPORANOX - Jika inox tak berkesan.. kawan sugest suruh tukar ke sporanox  . Boleh beli kat farmasi . Sebab ni ubat manusia , klinik haiwan takde jual . 


 Bagaimana cara merawatnya?(sumber )

  •  Pertama - Pastikan ia adalah penyakit sporo melalui pemeriksaan doktor.
  •  Kedua   - Beli ubat cuci luka dipanggil povidon atau ubat cuci luka untuk haiwan melalui doktor. ( i skip part ni sebab ramai yang bagitau takperlu cuci ) 
  •  Ketiga   - Beli kapsul Sporanox di farmasi kerana klinik haiwan tidak menjualnya. Ia adalah ubat manusia, oleh itu dosnya perlu diberi mengikut berat haiwan yang sesuai.
  •  Keempat - Asingkan kucing sporo dalam sangkar berasingan, sangkar besi yang khas untuk haiwan, bukan sangkar kayu buatan sendiri bagi memudahkan sangkar itu dicuci setiap kali kucing buang najisnya. Lapik sangkar dengan surat khabar lama, sediakan sebekas air bersih & biskut kucing. Tak perlu guna pasir kucing sebab nanti melekat pasir pada luka tersebut. Pastikan sangkar sentiasa bersih dengan campuran satu penutup dettol dengan air yang dimasukkan dalam botol spray bunga. Pancit & lap kesan najis sehingga kering bagi mengelakkan gangguan lalat. Lalat boleh menyebabkan luka berulat pula.
  • Kelima -  Pakai sarung tangan pakai buang, cuci luka dengan air suam menggunakan kapas bulat (cotton ball - beli di farmasi), kemudian sembur dengan povidon sehari sekali. Elakkan daripada kucing jilat povidon itu dengan memakaikan ia kolar khas kucing seperti gambar yang disertakan. Kapsul Sporonox diberi sehari sekali mengikut cadangan doktor haiwan. Bagi juga multi vitamin setiap hari bagi menguatkan fungsi hati haiwan & mempercepatkan proses penyembuhan. 

Sampai hari ni Genap 2 bulan kucing ni sakit sporo . Makan masih sehari 3 kali , masih kuat makan . Mungkin demi anak-anak dia kot .. Harap kamu bertahan ye kucing , Lisa pon masih berharap kamu akan sembuh dan dapat bermain dengan anak-anak nanti .


Readers... doakan kucing ni sihat dan sembuh seperti asal ye . :')
Sampai jumpat di entri seterusnya ....
Wednesday, March 13, 2019

PELAKON ASALKAN DIA BAHAGIA

PELAKON ASALKAN DIA BAHAGIA

Rasanya Lisa dah lama tak tengok Shukri yahaya , ayda jebat berlakon .. Kali ni mereka digandingkan dalam drama adaptasi novel Asalkan Dia Bahagia karya Hani Fazuha yang ditayangkan mengisi slot Akasia TV3. . PELAKON ASALKAN DIA BAHAGIA diantaranya : Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor Drama 28 episod arahan Jamal Khan, terbitan Zamriez Golden Picture. Akan menemui penonton bermula 8 Mac 2019, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3. 

Watak Pelakon Asalkan Dia Bahagia 



PELAKON WATAK
Ayda Jebat Adira Imani
Shukri Yahaya Haris Aryan
Nadiyah Shahab Afida
Idris Khan Ikmal
Marisa Yasmin Datin Maria
Esma DainalDato Hijaz
Fatin Afeefa Anna
Bella Dowanna Nina
Syazuwan Hassan Azrin
Safura Puan Zarina 

LAGU TEMA 
Mada Ada Hati - Ayda Jebat
Mencintaimu - Aepul Roza

SINOPSIS ASALKAN DIA BAHAGIA

Kisah Adira Imani, disebabkan dia anak yang dikutip jadi dengan rasa rendah diri dia relakan sahaja untuk dijodohkan dengan Haris Aryan yang juga kenalan abangnya Ikmal Reza. Sebenarnya abang Ikmal sudah lama sukakan Adira dan memasang niat untuk melamarnya bila Adira telah tamat belajar. Namun sebaliknya berlaku bila mama jodohkan dengan Haris dan perkahwinan tersebut dipercepatkan.

Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris. Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.

GAMBAR PELAKON





Monday, March 11, 2019

5 Serum Terbaik Rawat Jerawat-DR BEAU PURE NATURE SKIN OIL

5 Serum Terbaik Rawat Jerawat - DR. BEAU PURE NATURE SKIN OIL

Assalamualaikum !!  Musim panas dan terik macam ni tak leh nak lari dari kulit kusam atau pun jerawat. Lisa pula dah mula rasa kusam dan ritu tersalah pilih makeup jadi tumbuhlah seketul dua jerawat dekat pipi ni ha! Sedikit banyak dah kurangkan rasa keyakinan diri ni sebab asyik kena tegur dari orang je . Baru ni Lisa  rawat jerawat dengan gunakan serum Dr.Beau -Pure Natural Skin Oil , salah satu dari 5 Serum Terbaik Rawat Jerawat .



DR.BEAU - PURE NATURAL SKIN OIL 

Tahukah anda , Sebenarnya Pemakaian serum sememangnya sangat bagus untuk kulit muka , caranya perlu dipakai selepas membersihkan muka dengan toner, dan diakhiri dengan moisturiser. Serum baik untuk meningkatkan proses regenerasi kulit, membuang sel-sel kulit mati, mencerahkan kulit serta menjadikan kulit muka lebih halus, lembut dan banyak lagi.

First sebelum nak cuba produk mestila Lisa baca kandungan dalam produk .  Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil dirumus khas dari sumber Vitamin E bahan herba semulajadi dan sesuai untuk semua jenis kulit serta memenuhi keperluan kulit wanita Asia. Terpandang Rosehip Oil , bagi yang belum tahu ... Rosehip Oil memang berkesan untuk rawat kulit tau , Lisa pernah gunakan untuk kesan parut sebab luka .

Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil adalah antara serum untuk kulit berjerawat & berjeragat yang popular di Malaysia yang merupakan produk tempatan keluaran syarikat Teja Herbs. Kandungan serum ini terdiri daripada bahan-bahan penting seperti:

  • Vitamin E mempunyai pelbagai manfaat untuk merawat kulit.
  • Rosehip Oil bertindak untuk melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
  • Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
  • Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
  • Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
  • Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
  • Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.

DR BEAU Pure Natural Skin Oil Serum Untuk Kulit Berjerawat & Berjeragat


Yang best dari Dr.BEAU , serum ni zero merkuri , dari bahan natural, 100% bahan organik , semula jadi dan tiada unsur penggelupasan tau .  Bau best dan wangi gitu !

Kelebihan VITAMIN DrBEAU
🍊Perlindungan daripada sinar UV
🍊 Tona kulit menjadi lebih sekata
🍊 Menggantikan tisu yang rosak dan daki lama
🍊 Mencerahkan kulit secara semulajadi
🍊Membantu masalah kulit sensitif seperti eczema
🍊 Mengatasi masalah jerawat
🍊 Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan
🍊 Kulit lebih glowing dan berseri
🌻 Memudarkan parut
🌻 Manggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
🌻 Mengatasi masalah whitehead dan blackhead
🌻 Membantu mengurangkan eyebag, strechmark
🌻Mengawal masalah kulit berminyak dan kulit kering
🌻Mengatasi masalah jeragat
🌻melambatkan proses penuaan
🌻Menutup liang pori yg terbuka



Sebelum tidur Lisa akan sapu serum DR. BEAU ni ,  efect lebih berkesan ketika tidur sebab masa tu wajah sedang berehat dari activity . Ianya lebih cepat meresap dan melakukan kerja untuk rawat masalah pada kulit wajah .

Cara Penggunaan :
Ambil beberapa titis dan kemudian sapu pada kulit wajah dan leher dengan gerakan membulat . Dua kali setiap hari.siang dan malam atau bila bila masa selepas mencuci muka. Ikut masalah kulit yang korang hadapi la , boleh juga digunakan setiap kali lepas membersihkan muka .

NOTA : Produk Natural kadang boleh juga menyebabkan alergic pada sesetengah orang . Jika alergic berlaku , hentikan penggunaan dan segera kunjungi doctor.





TESTIMONI PENGGUNA DR. BEAU SERUM





TUTORIAL CARA GUNA SERUM DR BEAU 




Untuk mendapatkan hasil terbaik buat kulit wajah anda, penggunaan serum yang betul haruslah diaplikasikan melalui langkah-langkah yang tepat;

  1. Bersihkan kulit wajah anda terlebih dahulu dengan pembersih muka.
  2. Titiskan secukupnya ke atas jari dan kemudian tepuk secara perlahan pada kulit wajah.
  3. Jika korang mempunyai masalah kulit sensitif, selepas mencuci muka, tunggu selama 10-15 minit sebelum memakai serum kerana waktu itu kulit menjadi lebih relax.
  4. Pakai serum dahulu sebelum memakai pelembap.  

Tips penting : tunggu sehingga 2-3 minit untuk anda merasakan samada serum yang digunakan sesuai atau tidak dengan kulit wajah. Jika korang merasakan ianya melekit, iritasi dan berminyak, ini bermakna serum itu tidak sesuai untuk kulit wajah anda. Disinilah pentingnya untuk anda mengenalpasti kulit wajah terlebih dahulu.     

REVIEW LISA :
Lepas penggunaan dekat beberapa minggu ni , Kulit pon jadi rasa lembut je .Jerawat dah nak pudar dan yang pasti kulit dah tak kusam weih . Baru lah muncul rasa keyakinan diritu seolah-olah lahir kembali . Cewahh overnyaaa...!
Lisa memang titik beratkan pada penjagaan kulit, ialah tak kan nak tunggu dah tua atau bermasalah teruk baru nak terhegeh-hegeh nak rawat kan . Apalagi kerja menghadap orang hari-hari ..mestila kena sentiasa cantik gitu ( eh terperasan lak haku.. ) . Ini juga salah satu rahsia Lisa nampak kekal awet muda .. hikss 

Untuk Info selebihnya korang boleh terus lawati :
Facebook: Dr Beau Malaysia
Instagram: drbeau_official
No telefon: 0169633443 
Wednesday, March 6, 2019

Rutin Skincare Harian - Pelembab Muka dan CC Cream

Rutin Skincare Harian - Pelembab Muka dan CC Cream 

Assalamualaikum  ! Cuaca panas buatkan kulit muka jadi kering dan juga boleh jadi sunburn kalau tak jaga dengan betul-betul . Penjagaan kulit wajah penting ya dalam rutin harian bukan untuk cantik sekarang ni je , juga nak elakkan tua sebelum usia . Rutin harian Lisa gunakan pelembab muda dan CC Cream . Teruja pula nak share dengan korang pengalaman Lisa menggunakan skincare terbaru ni , Aqua Whitening Cream dan juga New packing Gold Nano CC Cream ... kedua produk ni dari Hansaegee Nature . Jom baca sampai habis !



Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature .

Sebenarnya Lisa dah lama teringin nak cuba Aqua Whitening Cream ni , lepas tengok review kawan ramai yang cakap best produk ni sebab water drop based m, dan produk ni memang HOT'S  . Tergoda pula kita nak cuba . AQUA WHITENING CREAM ,ialah moisturizer atau pelembab . Pelembab ni boleh memulihkan  kerosakan kulit akibat sunburn dan kemerahan pada kulit dengan baik . Melembabkan kulit secara mendalam dengan water drop . AQUA Whitening Cream ni sesuai untuk semua jenis kulit ! All skin type, Oily skin / Dry skin / Combination skin

Krim pelembab ni mempunyai kesan water Drop tau . Selepas letakkan cream dan buat gerakan urutan , titisan air akan kelihatan terbentuk dengan segera pada kulit kita dalam beberapa saat je . pelembap tu  sepenuhnya diserap kulit sampai kelapisan dalam .  Sangat menyegarkan, dan tiada perasaan melekit , sesuai sangat dengan cuaca panas sekarang ni ha .. rasa sejuk je kalau pakai diwajah ...



WATER DROP MOISTURIZER 


Magical Hydrating effect . WATER DROP akan 
Menyegarkan kulit - Kulit berasa sejuk & lembut. Bahan-bahan pelembap berubah menjadi bentuk Air Drop dengan serta-merta, memberi kesan memberikan kelembapan pada kulit & tanpa rasa melekit . 
kelembapan yang tinggi kepada kulit sepanjang hari. Juga berfungsi untuk kawalan lebihan minyak / sebum.


Oleh kerana ekstrak Herbal, ia melegakan kulit, dan tingkatkan pelembab ini sampai menembusi jauh ke dalam kulit. Cream ni juga mengekalkan kelembapan untuk membentuk kulit yang kukuh.




KANDUNGAN AQUA WHITENING CREAM

🌼 "Minyak Benih Camellia Japonica" -

  • Non-comedogenic, tidak menghalang  liang kulit, tidak menyebabkan jerawat
  • Membaiki kerosakan kulit seperti Drynes & Sun Burn .
  • Menyimpan kelembapan sampai meresap kedalam lapisan kulit .  

🌼 Niacinamide, memberikan tona kulit yang cerah, bersih dan anjal.
* Juga dikenali sebagai vitamin B3, yang berfungsi untuk menghalang penuaan kulit,
* Membaiki penampilan akibat liang pori yang membesar , nada kulit tidak sekata
* Memperbaiki garis-garis halus, kusam, dan permukaan kulit yang melemah.

Kesan Whitening & Moisturizing ditambah pula  dengan ekstrak herba yang memberikan menembusi sampai kedalam lapisan kulit  , menormalkan tahap kelembapan dalam kulit dan membuat kulit yang lebih cerah dan anjal . .

Kelebihan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature : 

- Mencerahkan tona kulit muka akibat sunburn &  dryness damage skin .
- Melembabkan kulit wajah sampai ke dalam lapisan kulit .
- Memperbaiki garis-garis halus , kusam dan permukaan kulit yang melemah juga kulit mati .
- Menghalang penuaan Kulit
- Mengecilkan liang pori yang membesar .



CARA PENGGUNAAN : 
🌸 Cara yang betul untuk menggunakan Aqua Whitening Cream, selepas korang sapu cream pada wajah, Urut wajah  & "tepuk " muka anda perlahan-lahan dengan tangan, maka Water Drop akan muncul serta-merta, ia sangat lembap, dan membasahi kulit wajah korang , dan mudah diserap ke dalam kulit, sehingga ia menyerap sepenuhnya ke kulit.



REVIEW LISA - AQUA Whitening Cream .
Lepas penggunaan beberapa minggu ni ...kulit wajah sentiasa terjaga kelembapan, rasa lembut ,anjal dan tak kering .  memang BEST lah ! Biasanya Lisa akan gunakan tuk skincare rutin harian seperti pagi , sapu sebelum memakai Nano Gold CC Cream Hansaegee Nature . Dan Malam hari , sapu pada wajah sebelum tidur .Lepas gunakan pelembab muka Aqua Whitenig Cream ni kulit wajah rasa sejuk terhidrate dan lembut jee.. rasa nak pegang selalu wajah ni . Result pemakaian bergantung pada kulit wajah memasing ya . Nah korang kena rasai sendiri tau ! 

Masa korang sapukan Aqua Whitening  , korang akan rasa sejuk diwajah. Best weih sejuk sejuk gitu ,. lagi-lagi dalam cuaca panas macam sekarang ni . 

Start ratakan ke seluruh wajah dan korang akan nampak effect yang cream ni meresap kedalam lapisan kulit dan mula la nampak water drop . Rasa macam lepas cuci muka gitu . Best . ! rasa nak continue guna lepas ni . Lisa biasanya akan gunakan pagi hari sebelum sapukan Gold Nano CC Cream , dan malam hari sebagai pelembab wajah sebelum tidur. 




Tadaa... nampak glowing dan rasa moist gitu . Lisa biasakan gunakan pelembab muka sebelum tidur atau dipagi hari untuk jaga kelembapan kulit wajah agar tak kering dan membuat kulit nampak kusam tak bermaya . Nak tidurpun kena cantik gitu ...



GOLD NANO CC CREAM WAJAH BARU 2019

Kini packing GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE berwajah baru  ,  lebih banyak kandungan isi didalamnya iaitu 50 ml , packing sebelum ini 35ml dan dengan sun protection SPF50 PA++ , Packing lama Gold Nano CC Cream sebelum ni SPF 35 PA++ . Lebih banyak isi dan lebih tinggi SPF .Untuk detail selebihnya Lisa dah tulis dalam artikel sebelum ini , korang boleh baca di : Hansaege Nature Gold Nano CC Cream 

OLD PACKING GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE 


Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni akan meratakan tone warna kulit korang . Tak perlu risau terlalu terang dari warna kulit sebenar.  CC Cream yang lebih ringan dari alas bedak , Gold Nano CC Cream ni memiliki tekstur krim lebih lembut yang sangat ringan dan halus , yang akan membantu korang untuk meratakan tona wajah yang tak sekata. 


Cara Penggunaan .
Pump keluar secukupnya dan kemudian tap tap kan di wajah .
Ratakan dengan menggunakan jari sahaja .

Senang je bukan ?







Nah Lisa bagi tutorial vlog rutin harian penjagaan kulit dengan Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature  .


A post shared by Lisa Ciksepet (@mawar_biru89) on







 ♥️Aqua Whitening Cream Sebagai moisturiser , kandungan water base dia memang BEST , juga berkesan tuk merawat sunburn tau ! Muka pon nampak fresh. 
Berat isi  : 50ml 
Harga : RM148.30  
Kelebihan : Whitening & Moisturizer 

Something best about this cream , its water Drop Cream Based. U must try it !!



 ♥️Gold Nano CC Cream kini hadir dengan packing baru tau 😱. Lebih banyak iaitu 50ml dan juga SPF 50+ PA+++ 
Berat isi : 50ml
Harga : RM128.00

Kelebihan : All in One day Cream , meratakan tona wajah dan cerah semula jadi . 





Itu sahaja perkongsian dari Lisa kali ini ... harap bermanfaat untuk korang ya  !


Untuk pembelian Produk penjagaan kulit Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream , boleh korang dapatkan di detail bawah ini.  

. Detail selebihnya ada dibawah ini .  
Hansaegee Nature 






Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search