Ad

Showing posts with label produk kecantikan terbaik. Show all posts
Showing posts with label produk kecantikan terbaik. Show all posts

CRYSTAL SKIN Rish Beauty Untuk Penjagaan Kulit

CRYSTAL SKIN Rish Beauty Untuk Penjagaan Kulit 


Assalamualaikum ! yuhu lama tak menulis tentang penjagaan kulit. Siapa yang tidak sukakan kulit yang cantik, berseri, bersinar dan tanpa jerawat? Boleh dikatakan ia adalah impian setiap wanita untuk mempunyai kulit yang halus dan mulus tanpa cela . Kali ni Lisa akan kongsikan review lisa tentang CRYSTAL SKIN Rish Beauty Untuk Penjagaan Kulit. 

CRYSTAL SKIN Rish Beauty 

Gaya hidup dan nutrisi yang seimbang turut berperan dalam menjaga kesehatan kulit. Namun,terkadang asupan yang berasal dari makanan saja tidak cukup untuk mencukupi keperluan kita

CRYSTAL SKIN  adalah makanan suplemen yang sarat dengan khasiat-khasiat semula jadi yang diperolehi daripada Tomato Kristal, Habbatus Sauda, Vitamin C, Collagen, Ekstrak Biji Anggur dan Jus Blackcurrant untuk menjadikan kulit anda kelihatan lebih menawan. Ia terbukti dapat mencantikkan dan merawat kulit dari luar dan dalam . Bukan semua orang mampu nak mengawal pemakanan untuk dapatkan nutrisi yang berkecukupan , CRYSTAL SKIN ni memudahkan la.. senang je nak konsume , tinggal bancuh dengan air dah settle.. 

Kandungan  Crystal Skin by Rish Beauty HQ

Tomato Kristal – Anti oksidan terkuat, mengurangkan jeragat dan melindungi dari kerosakan sinar matahari
Habbatus Sauda – Anti radang, kurangkan jerawat dan membunuh kuman
Vitamin C – Melundungi sel dan menjaga kulit agar sihat
Collagen – menambah keanjalan kulit dan mencegah kedutan
Estrak Biji Anggur – Anti oksidan, membunuh kuman dan membantu penyembuhan luka
Jus Blackcurrant – Anti oksidan dan menguatkan sistem pertahanan badan.



CARA PENGAMBILAN  : 
Campurkan 1 sachet Crystal Skin kedalam 150ml air , diminum sebelum sarapan pagi . Rasa masam masam manis ,, Lisa lebih suka untuk tambahkan dengan air sejuk .



 
Produk ini dijamin selamat dan tiada kesan sampingan kerana kandungannya adalah bahan semulajadi dan telah diuji secara klinikal. Bahan-bahan ini juga terkenal untuk khasiatnya dan dikawal selia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) . Juga terdapat sijil ISO , MACCP , dan GMP . 



Untuk memastikan hasil yang terbaik bila mengambil Crystal Skin :-
1. Elakkan minuman yang berkafein,beralkokol dan berkarbonat untuk mendapat keberkesan yang lebih baik.
2. Minum 2 -3 liter air putih setiap hari utk mempercepatkan proses keberkesanan Crystal Skin.
3. Amalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, menjaga pemakanan, mengurangkan makanan berminyak dan bersenam dengan kerap.





REVIEW LISA :-
Rasa yang manis manis masam boleh diterima lagi oleh Lisa , tak muak seperti cecair sirap kebanyakan . Satu hari satu sachet je ... mudah penyajian . Tips untuk kalian :- boleh beli combo untuk dapatkan harga yang lebih jimat . Kesemua bahan Crystal Skin adalah gred AAA, kilang berstatus Halal dan juga mempunyai akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) dan ISO 22000.




HARGA CRYSTAL SKIN RISH BEAUTY 


Untuk pembelian Crystal Skin, boleh dapatkan di website rasmi Rish Beauty ataupun di platform
Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, contest-contest menarik seperti Lucky Draw dan promosi
terkini, boleh hubungi pihak Rish Beauty ataupun follow Rish Beauty di laman sosial media Rish Beauty. 


Tel : +60-11-62000032

5 Serum Terbaik Rawat Jerawat-DR BEAU PURE NATURE SKIN OIL

5 Serum Terbaik Rawat Jerawat - DR. BEAU PURE NATURE SKIN OIL

Assalamualaikum !!  Musim panas dan terik macam ni tak leh nak lari dari kulit kusam atau pun jerawat. Lisa pula dah mula rasa kusam dan ritu tersalah pilih makeup jadi tumbuhlah seketul dua jerawat dekat pipi ni ha! Sedikit banyak dah kurangkan rasa keyakinan diri ni sebab asyik kena tegur dari orang je . Baru ni Lisa  rawat jerawat dengan gunakan serum Dr.Beau -Pure Natural Skin Oil , salah satu dari 5 Serum Terbaik Rawat Jerawat .



DR.BEAU - PURE NATURAL SKIN OIL 

Tahukah anda , Sebenarnya Pemakaian serum sememangnya sangat bagus untuk kulit muka , caranya perlu dipakai selepas membersihkan muka dengan toner, dan diakhiri dengan moisturiser. Serum baik untuk meningkatkan proses regenerasi kulit, membuang sel-sel kulit mati, mencerahkan kulit serta menjadikan kulit muka lebih halus, lembut dan banyak lagi.

First sebelum nak cuba produk mestila Lisa baca kandungan dalam produk .  Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil dirumus khas dari sumber Vitamin E bahan herba semulajadi dan sesuai untuk semua jenis kulit serta memenuhi keperluan kulit wanita Asia. Terpandang Rosehip Oil , bagi yang belum tahu ... Rosehip Oil memang berkesan untuk rawat kulit tau , Lisa pernah gunakan untuk kesan parut sebab luka .

Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil adalah antara serum untuk kulit berjerawat & berjeragat yang popular di Malaysia yang merupakan produk tempatan keluaran syarikat Teja Herbs. Kandungan serum ini terdiri daripada bahan-bahan penting seperti:

  • Vitamin E mempunyai pelbagai manfaat untuk merawat kulit.
  • Rosehip Oil bertindak untuk melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
  • Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
  • Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
  • Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
  • Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
  • Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.

DR BEAU Pure Natural Skin Oil Serum Untuk Kulit Berjerawat & Berjeragat


Yang best dari Dr.BEAU , serum ni zero merkuri , dari bahan natural, 100% bahan organik , semula jadi dan tiada unsur penggelupasan tau .  Bau best dan wangi gitu !

Kelebihan VITAMIN DrBEAU
🍊Perlindungan daripada sinar UV
🍊 Tona kulit menjadi lebih sekata
🍊 Menggantikan tisu yang rosak dan daki lama
🍊 Mencerahkan kulit secara semulajadi
🍊Membantu masalah kulit sensitif seperti eczema
🍊 Mengatasi masalah jerawat
🍊 Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan
🍊 Kulit lebih glowing dan berseri
🌻 Memudarkan parut
🌻 Manggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
🌻 Mengatasi masalah whitehead dan blackhead
🌻 Membantu mengurangkan eyebag, strechmark
🌻Mengawal masalah kulit berminyak dan kulit kering
🌻Mengatasi masalah jeragat
🌻melambatkan proses penuaan
🌻Menutup liang pori yg terbuka



Sebelum tidur Lisa akan sapu serum DR. BEAU ni ,  efect lebih berkesan ketika tidur sebab masa tu wajah sedang berehat dari activity . Ianya lebih cepat meresap dan melakukan kerja untuk rawat masalah pada kulit wajah .

Cara Penggunaan :
Ambil beberapa titis dan kemudian sapu pada kulit wajah dan leher dengan gerakan membulat . Dua kali setiap hari.siang dan malam atau bila bila masa selepas mencuci muka. Ikut masalah kulit yang korang hadapi la , boleh juga digunakan setiap kali lepas membersihkan muka .

NOTA : Produk Natural kadang boleh juga menyebabkan alergic pada sesetengah orang . Jika alergic berlaku , hentikan penggunaan dan segera kunjungi doctor.





TESTIMONI PENGGUNA DR. BEAU SERUM





TUTORIAL CARA GUNA SERUM DR BEAU 




Untuk mendapatkan hasil terbaik buat kulit wajah anda, penggunaan serum yang betul haruslah diaplikasikan melalui langkah-langkah yang tepat;

  1. Bersihkan kulit wajah anda terlebih dahulu dengan pembersih muka.
  2. Titiskan secukupnya ke atas jari dan kemudian tepuk secara perlahan pada kulit wajah.
  3. Jika korang mempunyai masalah kulit sensitif, selepas mencuci muka, tunggu selama 10-15 minit sebelum memakai serum kerana waktu itu kulit menjadi lebih relax.
  4. Pakai serum dahulu sebelum memakai pelembap.  

Tips penting : tunggu sehingga 2-3 minit untuk anda merasakan samada serum yang digunakan sesuai atau tidak dengan kulit wajah. Jika korang merasakan ianya melekit, iritasi dan berminyak, ini bermakna serum itu tidak sesuai untuk kulit wajah anda. Disinilah pentingnya untuk anda mengenalpasti kulit wajah terlebih dahulu.     

REVIEW LISA :
Lepas penggunaan dekat beberapa minggu ni , Kulit pon jadi rasa lembut je .Jerawat dah nak pudar dan yang pasti kulit dah tak kusam weih . Baru lah muncul rasa keyakinan diritu seolah-olah lahir kembali . Cewahh overnyaaa...!
Lisa memang titik beratkan pada penjagaan kulit, ialah tak kan nak tunggu dah tua atau bermasalah teruk baru nak terhegeh-hegeh nak rawat kan . Apalagi kerja menghadap orang hari-hari ..mestila kena sentiasa cantik gitu ( eh terperasan lak haku.. ) . Ini juga salah satu rahsia Lisa nampak kekal awet muda .. hikss 

Untuk Info selebihnya korang boleh terus lawati :
Facebook: Dr Beau Malaysia
Instagram: drbeau_official
No telefon: 0169633443 

Kembali Pesona Dengan Set Kecantikan VOQQ

Kembali Pesona Dengan Set Kecantikan VOQQ 

Pejam celik seminggu lagi dah nak puasa ,lepas tu Raya pula.. Agaknya apa mesti semua nak tampil vogue kan masa raya. Selain persiapan untuk beribadah , Lisa pula dah buat persiapan untuk nampak cantik dari sekarang iaitu dengan try pakai produk dari Voqq , Voqq  anti aging cream dan Voqq Facial Wash . Nampak baru lagi ditelinga Lisa , dengar cerita best je produk ni. Tak cuba tak tahu kan ? 



VOQQ FACIAL WASH (Tomatoes +Oats Extract )

Diperbuat dengan ekstak tomato dan oats yang sememangnya bagus untuk kulit muka . Tomato Facial Wash ini merupakan produk mencantikkan kulit yang terbaik dengan sumber nutrisi lycopene yang membantu dalam pemulihan kulit . Kajian membuktikan bahawa yang memakai DS Tomato Facial Wash berterusan selama 2-3 bulan mampu mengurangkan kerosakan kulit akibat sianarn radiasi matahari sebanyak 30% . Selain itu membantu menghapuskan garis-garis halus dan kedutan dan melindungi kulit anda dari unsur-unsur berbahaya seperti radikal bebas dan sianaran UV . Wah banyak juga ye kelebihan facial wash atau pencuci muka ni . 



KelebihanVoqq Facial Wash

Diekstrak dari tomato yang kaya dengan sumber lycopene, yang membantu kondisi kulit  untuk kekal muda dan anjal seperti kulit bayi. Malah lycopene membantu melindungi kulit daripada sinaran UV.
Membantu melambatkan proses penuaan dan kedutan pada wajah.
Membantu mencerah dan menyerikan kulit kusam.
Dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah
Diadun bersama oat untuk membantu menormalkan pH kulit sehingga dapat meredakan gatal atau rasa tidak nyaman pada kulit.
Membantu menyerap kelebihan minyak, menghilangkan bakteria pada wajah, serta membantu pengelupasan kulit mati. 
Merupakan pelembab alami yang dapat menenangkan kulit sensitif dan kering,membantu menjaga kelembaban almi kulit, sekaligus memiliki efek anti-oksidan.

FACIAL WASH VOQQ 

Cara Pengambilan :
Gunakan waktu pagi dan malam sebelum tidur . Caranya :- Basuh muka dengan air suam dan urut perlahan-lahan keseluruh muka dan leher , bilas hingga bersih. Rasa sejuk dan fresh mint gitu , macam kena ais . 

Kandungan : Aqua ,sodium Laureth ,glycerin,tetrasodium EDTA ,dan banyak lagi.. rujuk gambar dibawah . 

HARGA Voqq Facial Wash 
Untuk pencuci muka Voqq 50ml ni korang boleh dapatkan dengan harga RM75 untuk semenanjung dan RM85 untuk Sabah dan Serawak . 


VOQQ ANTI AGING CREAM 

Dah pakai pencuci muka mestila kena pakai Krim untuk anti penuaan . Semakin hari semakin bertambah usia korang , ye dak ? Ha semakin tua ni bertambahla pulak kedut kat muka . Ehem,,, tak caye ? pi tengok cermin cepattt takpon guna kanta pembesar.. Hihi. Sebab tu la mulai sekarang kena pakai anti aging cream . Apa kata korang cuba Voqq Anti Aging Cream ni , Yang merupakan produk mencantikkan kulit yang terbaik dan merupakan rumusan botani semulajadi untuk menghaluskan kulit serta menghilangkan jeragat dan jerawat . Ia juga boleh melindungi kulit daripada cahaya matahari. Woahh.. kena try ni . Lisa memang dah seminggu ni sedang gunakan produk ini. Bolehla berkurangan sedikit demi sedikit... Ehem no wonder la muka Lisa lagi muda dari usia sebenar. (Perasan nohh ) 



KelebihanVoqq Anti Aging Cream

Voqqq juga membantu membebaskan kulit anda dari 10 bahan tambahan yang boleh menyebabkan kekeringan dan kekejangan kulit seperti Surfaktan, silikon, paraben, denatured alkohol, minyak mineral, pigmentiruan, bahan mentah haiwan, benzophenone, TEA, sulfat)
KrimVoqq yang dibentuk seperti natto mengambil dua kali jumlah  masa untuk dicampurkan berbanding krim biasa, ini membolehkan ianya membezakan rupa dan menghasilkan texture sepertinatto.
Voqq adalah krim formula buatan tangan yang bebas daripada surfaktan dan silikon, membolehkan ianya menyerap dengan lebih baik kedalam kulit berbanding dengan krim-krim lain. 
Proses Penguraiansemulajadimenggunakanminyakdanmentegauntukmengelakkankeregangandanmengekalkankelembapan dan kelembutan krim.
Voqq mampu menyerap kedalam kulit dengan lebih baik dan meningkatkan kesan kulit putih dalam masa yang begitu singkat.
Semasa penghasilan Voqq teknologi vakum digunakan untuk menyedut udara yang boleh bercampur masuk kedalam krim semasa proses pembuatan untuk lebih menghasilkan tekstur seperti natto.

VOQQ ANTI AGING CREAM

Cara Pengambilan : Sapukan ke seluruh muka dua kali sehari , pagi dan malam . 


Kandungan :- Aqua ,carbomer, Glycerin ,Cetearyl ,Propyiparaben dan banyak lagi , Korang boleh rujuk kat gambar dibawah ini ye.


Harga Voqq Anti Aging Cream 

Untuk Anti Aging Cream 20gram ini pula boleh korang dapatkan dengan harga RM70 untuk semenanjung dan RM80 untuk Sabah dan Serawak.

Kedua produk dari VOOQ ni ada KKM tau , jangan risau... korang boleh check dengan number pendaftaran :

KKM NOT : NOT170404302K

REVIEW LISA : 

Seminggu pakai set pencuci muka dan krim anti penuaan dari Voqq ni terasa la juga perbedaannya . Garis halus dah semakin pudar . Yang paling Lisa suka sebab tak berminyak dan tak melekit untuk krim anti penuaan tu , manakala Pencuci Muka Voqq rasa sejuk dan fresh lepas pakai . Alaarr.. macam letak colgate kat muka , sejuk sejuk mint gitu . Semakin plowes dan gojes la nanti . Tak sabar nak beraya pula.. hikhikk 

Untuk permudahkan korang , berikut ialah senarai agent VOQQ yang sah .




Untuk info produk selebihnya korang boleh dapatkan di :

Hotline : 019-612 8164




Koreal Cosmetics, Smoothie Foundation Untuk Kulit

Assalamualaikum ! selamat pagi ualls.. , perempuan dan makeup memang tak boleh dipisahkan . Jangan cakap korang tak makeup ye , pakai bedak dan calit lipstik tu pun dah kira makeup tau . Kali ini Lisa akan tulis mengenai foundation .  Baru-baru ini foundation Lisa dah nak habis pula, rasa nak tukar dengan brand lain , kebetulan juga ada kawan tu syor kan pakai koreal comestic foundation , dengar cerita tak melekit dan smooth je ..kena cuba ni . 

Foundation Koreal Cosmetics 


Ni lah yang Lisa cakap tadi , foundation Koreal Cosmetics . Memula terima parcel ni , wahh teruja la juga sebab bentuk packing dia lain dari yang lain . Unik bukan ? suka sangat botol macam ni sebab tak senang pecah kalau jatuh , ahakss Lisa ni cuai sikit suka jatuhkan barang makeup . Pernah ritu baru beli moisturizer , mahal la juga dalam rm200 pastu jatuh dan pecah . Menangis tepi bucu katil sebab belum pakai lagi . Huwaa.. sayang gila beb. Back to foundation ni , komen pertama Lisa ,, yes i like it packing dia ! menarik . 


Foundation ini cair dan smooth , picit sikit je dah boleh cover satu muka dan leher. YES! korang boleh berjimat weih , tak perlu picit banyak-banyak . Warna dia nampak terang , then bila apply kat muka nanti dia akan nampak natural tak la putih melepak sangat seperti makeup opera cina tu . Jangan risau kayh ! 


Cara pakai Koreal Cosmetics Foundation .

Guna size seperti pearl di hujung jari anda, letakan sedikit2 di seluruh muka dan leher untuk lembap , licin dan kulit berseri

Bahan2 produk : Aqua , Ethylhexyl Methoxycin-namate, Dimethicone , Beeswax , Dimethicone , lauryl PEG/PPG-18/18 Methicone , Isononly Isononanoate , Titanium Dioxide , Malus Domestica Fruit Cell culture Extract , citrus Aurantium Dulcis ( Orange ) callus culture Extract , Rhododendron ferrugineum left cell culture Extract , collagen , ascorbic acid , iron oxides , sodium chloride , phenoxyethanol , tocopheryl acetate , D-Panthenol , 1,2-Hexanediol ,Allantion , chlorphenesin , disodium EDTA....  Nampak tak ada bahan aqua tu ? so foundation ni kira boleh melembabkan juga muka korang , tak kering dan tak cepat  bercapuk tompok-tompok di muka . Muka korang jadi ploless gitu. 


Kesan :  seawal 7 hari penggunaan boleh megurangkan bintik2 hitam, boleh kelihatan glowing . Makin lama pakai makin muda  sebab dalam foundation kami ada triple stemcell dan mcm2 lagi... 

Kelebihan

  • Foundation ini 8in1... Tahan lama. Tahan peluh. Kurang berminyak.  Selesa di pakai pada bila2 masa.ringan dan tak bercapuk 
  • Foundation tak melekit dan bercapuk yang popular sekarang ni,
#SmoothieFoundation 8 dalam 1 keluaran Koreal Cosmetics.
Selamat di bawah kawalan KKM (NOT170402257K).
  • 7 hari dah nampak kesan mengurangkan bintik-bintik hitam dan buat kulit nampak lebih glowing kesan dari triple stemcell dan pelbagai vitamin yang terkandung di dalamnya. 

HARGA KOREAL COSMETICS Foundation 

Dengan botol exklusif ni mesti korang ingat mahal harga untuk sebotol ini . Tapi untuk Koreal Cosmetics ni , harga hanya RM 87 sahaja , Murah bukan ? tak sampai seratus , kandungan banyak pula tu .. 
  • Dapat juga free gift bernilai RM75 (Untuk 120 pelanggan terawal sahaja)
  • ✔ Baucer hadiah bernilai RM10x5 = RM50

Review Lisa : 
Rating Lisa bagi 4/5 bintang . Lisa suka pakai foundation ni sebab packing dia menarik , dan tak mudah pecah . Hanya 1 picit foundation je dah boleh rata keseluruh muka , foundation ni smooth means tak susah nak apply ke muka . Pakai tangan je pun dah boleh rata . Tahan lama juga kurang berminyak , penting tau .. Biasanya pakai tudung ni kalau berminyak , habis la tudung tu .. cuci susah weih . Lagi pun mesti tak konfiden kalau muka berminyak-minyak ni .

Pertanyaan lanjut boleh WhatsApp 019 2565 008 atau klik sini terus http://www.wasap.my/60192565008

Facebook :
Facebook.com/Korealcosmetics

Instagram :
 www.instagram.com/korealcosmetics

Website :
 www.korealcosmetics.com

Merawat Kulit Kusam Dengan Bluebell Radiance Skincare Series

Assalamualaikum , Hai .. apakabar ?, lama rasanya tak tulis mengenai produk penjagaan kulit muka ni . Kali ini Lisa nak share pengalaman pakai produk muka dari Bluebell Radiance Skincare Series baru baru ini . Dari first tengok packing je Lisa dah rasa tertarik sebab pek yang comel and senang dibawa kemana sahaja. Lisa pula memang dah lama suka tengok kulit Reen Rahim , Duta Bluebell Radiance ini. Tak sabar nak try lepas terima parcel ni . 

Bluebell Radiance Skincare Series 

Kandungan dan Fungsi Utama Bluebell Radiance Skincare Series :

Bluebell Radiance Skincare Series diformulasikan dari ekstrak semulajadi yang suci lagi Halal, Collagen dan Stem Cells seperti Olive Oil, Argan Oil, Aloe Vera, Hamamelis Virginia Witch Hazel, Fruit Oil, Collagen, Shea Butter dan banyak lagi.

Bluebell Radiance Skincare Series dapat membantu dan merawat masalah kulit, dalam masa yang sama juga menyihatkan lagi kulit kita supaya cerah berseri :)


Antara kelebihan menggunakan Bluebell Radiance Skincare Series ialah :
*Merawat jerawat dan jeragat 
*Mengatasi masalah kulit berminyak 
*Membuang blackheads 
*Merawat kulit kusam
*Menjadikan muka glowing
*Melembapkan kulit
*Merawat sunburn
*Merawat kulit sensitif
*Melindungi dari sinar UVA dan UVB
*Melambatkan proses penuaan
*Menghilangkan tompok hitam 
*Menganjalkan kulit
*Mengelakkan liang roma tersumbat
*Mencerahkan kulit 
*Menjadikan kulit bebas cela.


Untuk pengetahuan semua, produk Bluebell mempunyai kelulusan KKM dan juga telah diuji 🔬oleh makmal SIRIM QAS bagi memastikan selamat digunakan oleh pengguna dan  terbukti bebas dari bahan yang memudaratkan.😊


CARA PENGGUNAAN  Bluebell Radiance Skincare Series 


BlueBell Halal Cosmetic's Cleanser
Harga RM 17.00
Cleanser , digalakkan dipakai 2kali sehari,pagi dan malam ataupun boleh juga kalau nak digunakan selepas mandi dan sebelum Wudhu. Cara penggunaan : Tuangkan di tapak tangan, gosokkan sedikit dan sapukan ke muka secara lembut serta bilas sehingga bersih . Bau cleanser ni wangi jek , korang mesti suka . Rasa nak belai pipi je lepas cuci muka dengan cleanser Bluebell ni .. lembut wei. 

Bluebell Halal Cosmetic’s Cleanser adalah Pembersih muka yang sesuai untuk semua jenis kulit. la mengandungi Salicylic Acid dan Glycolic Acid yang membantu menghilangkan bintik-bintik jeragat, jerawat dan sel-sel mati di kulit anda tanpa mengakibatkan liang roma tersumbat pada kulit muka. Kulit muka anda akan sentiasa kelihatan bersih, berseri dan tidak berminyak.

BlueBell Serum Radiance
Harga RM35.00

Serum
dipakai sebelum Daily Defense Moisturiser dan Night Moisturiser untuk kesan yang lebih baik.
Cara penggunaan ;  biasanya kalau paling malas la , Lisa calit serum je kat muka , so nampak la kulit rasa lembab dan tak rasa kering . Tak perlu guna banyak , cukup 3 4 titis je dan ratakan keseluruh muka .

Serum Radiance dari BlueBell diformulakan bagi menaikkan seri wajah, mencerahkan kulit secara dalaman dan semulajadi. Rumusan dari “Stem Cell” don “Collagen” ini dapat membantu melambatkan proses penuaan dan menghilangkan parut jerawat dan jeragat.


Daily Defence Moisturiser
Harga : RM 37.00

Daily Defense Moisturiser boleh dijadikan foundation sebelum bersolek.1kali pam dah memadai utk diratakan seluruh muka. Direka khas untuk kulit orang Asia dalam menghadapi cuaca panas terik serta tekstur warnanya yang menyerupai warna kulit orang Asia. la dlperkaya dengan Licorice yang membantu kulit anda menjadi lebih cerah dan berseri sepanjang hari. la juga bertindak sebagai asas solekan dan melindungi kulit anda dari sinar UVA serta UVB.

Cara penggunaan : Lepas bersihkan muka dengan cleanser , korang calit beberapa titis serum dekat muka . Lepas tu baru gunakan Daily Defence Moisturiser ni , Tak perlu keluarkan banyak-banyak , cukup sekali pam je dan ratakan keseluruh wajah . Daily defence ni rasa ringan je je di wajah ,lembut dan menyerap kulit muka . sesuai sangat dengan Lisa , sebab bukan jenis yang suka pakai foundation kebanyakan . 
Night Moisturiser
Harga : RM 39.00

Night Moisturiser Pelembap malam yang diperkaya dengan “Stem Cell” dan “Collagen” ini dapat membuatkan kulit anda sentiasa muda remaja. Stem Cell yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan adalah agen anti-penuaan yang amat efektif untuk merangsang sel-sel baru dan membantu menghilangkan tompok-tompok hitam. Kulit anda akan sentiasa kelihatan tegang dan anjal. dipakai sebelum tidur, pastikan muka bersih. 

Cara penggunaan : Bersihkan muka dan kemudian sapu Night Moisturiser Bluebell . Malam ialah masa yang sesuai untuk rehatkan muka , korang boleh gunakan Moisturiser ni untuk elak kulit wajah kering ketika bangun tidur nanti . Seronok je rasa sentuh wajah , rasa lembut walaupun tidur dalam bilik yang beraircond .

Nah Lisa tunjuk kan kulit muka tanpa secalit makeup time malam . Plowess kan... ( Ciss perasan pulak )


Testimoni Pengguna Bluebell Radiance Skincare Series : 






Untuk testimoni yang lebih banyak , korang boleh tengok di website bluebell- testimoni 


Harga Bluebell Radiance Skincare Series 


Harga PACK RM85 ( tanpa serum )
Harga SET RM113 ( dengan serum )
Jadi Better korang beli dengan serum sekali la.. lagi jimat dari pada beli asing-asing.

Harga Pack RM85 (tanpa Serum)
Harga Set RM113 (dengan Serum )



Review dan Komen Lisa : 

Lisa suka dengan set dari Bluebell Radiance Skincare ini sebab dari segi packing :  senang tuk bawa kemana-mana , packing dari botol plastik ini lebih selamat dari botol kaca . Lisa ni jenis cuai , pernah jatuhkan produk muka padahal baru beli dan baru pakai sekali... kecewa sungguh time tu . Dari segi produk ; produk ni tekstur ringan , lembut , cepat meresap ke kulit dan juga wangiii.. tu yang rasa jatuh hati tu ha. Pakai seminggu ni dah rasa lembab dan lembut je kulit muka Lisa. Ingat ye , tempoh untuk nampak kesan dari produk ini bergantung pada jenis kulit masing-masing . 



Maklumat selebihnya , korang boleh tengok dibawah ini :

Facebook : Bluebell Halal
Instagram : @bluebellhalal
Twitter : @BlueBellHalal

Alamat : Unit 26 Level 16, Plaza Azalea,
No. 6 Persiaran Bandaraya, Seksyen 14
Shah Alam, Malaysia

No Tel : 019-356 8850


Review: MIKA SAKURA WHITE ,PUTIH SATU BADAN

REVIEW MIKA SAKURA WHITE , PUTIH SATU BADAN || Assalamualaikum dan selamat hari isnin. Monday Blues ke ? tak perlu blues sangat la ye.. cuba senyum . Haa.. kan lawa dan handsome tu ! Hari ini nak story mengenai produk yang memutihkan kulit bukan hanya di wajah sahaja tapi putih satu badan . Wahh.. kaum perempuan sapa yang tak nak lawa dan kulit gojes. Mika Sakura White , diperbuat dari ekstrak bunga sakura dan cara pemakanan yang mudah iaitu hanya kemam dan kunyah sahaja.



Apa yang menarik dan kelebihan MIKA SAKURA WHITE
-Boleh MEMUTIHKAN kulit muka
-Boleh MEMUTIHKAN kulit satu badan
-Boleh menghilangkan jerawat & parut jerawat
- Boleh menghilangkan jeragat
- Boleh menaikkan seri muka
-Paling penting, BOLEH MEMUTIHKAN SATU BADAN dengan cara PALING MUDAH iaitu KUNYAH sahaja!


Kandungan Mika sakura white diperbuat dari  100% dari ekstrak semulajadi BUNGA SAKURA
,100% tiada bahan kimia dan tiada kesan sampingan yang negatif .
* Diformulasi oleh doktor perubatan bertauliah Malaysia dengan kepakaran teknologi Korea
*Sesuai untuk semua jenis kulit lelaki & wanita
* Ekstraknya antara agen anti penuaan yg paling berkesan dan terbukti digunakan oleh ramai pengamal kecantikan di Jepun & Korea
Jangan risau , Produk kecantikan MIKA SAKURA WHITE telah diluluskan oleh Kementrian Kesihatan Malaysia . Dan pastinya mempunyai rasa yang sedap. 




Setelah seminggu rajin memakan Mika sakura white ini, nampak juga  perubahan. Ada beberapa kawan tegur sekarang Lisa makin putih . Lisa rasa sama sahaja , tapi mungkin sebab hari-hari tengok dan pandang depan cermin sebab tu tak perasan. Mata orang lain yang memandang yang lebih tahu kan ! . .. Packing botol yang ringan dan kedap udara memudahkan Lisa membawa pergi kemana-kemana. Hanya tinggal masuk dalam beg dan siap. Tak memerlukan ruang yang banyak dan besar.

Nak tahu tak testimoni dari pengguna yang lain ?


Kalian tak teringin ke ? sekarang Procrowd Holdings sedang mengadakan promosi untuk 200 pelanggan terawal. Sebarang pertanyaan cepat whatsapp sis Ara dari Procrowd - 0132037799

CEPAT TAU JAGAN SAMPAI KEHABISAN ! :D



Khasiat Minyak Kelapa DARA D'AURA

Khasiat Minyak Kelapa DARA D'AURA | Kerja yang memakan masa berjam-jam dan kesudahannya Lisa penat badan. Wajahpun kadang tak bermaya . Makan yang tidak teratur dan terkadang sampai skip makan ! Huh.. Sampai rumah penat teramat sangat. Terkadang terus tertidur sahaja. Terlebih lagi dengan cuaca yang memang sekejap panas dan sekejap hujan. Kulit jadi kronik seperti cart yang terkena panas dan hujan memang lama-kelamaan jadi rapuh . Muka tak berseri , macam tak cukup tidur . Kulit pun kusam.. Hampir tension dibuatnya ! 


Bermula dari kawan yang memakan Minyak Kelapa Dara D'aura ini, kemudian Lisa terasa ingin mencuba juga. Sebab tengok kawan ni kulit ok je, muka pun berseri-seri seperti ada extra tenaga lebih !. Akhirnya Lisa memilih untuk mencoba pengambilan Minyak Kelapa Dara D'Aura . Botol yang kecil memudahkan untuk dibawa kemanapun dan disimpan didalam bag . Jadi tak akan terlupa untuk minum D'aura ini. 
Hanya dengan memakan 2-6 biji sehari untuk mengembalikan tenaga dan menghasilkan tenaga yang maksimal .

Kebaikan dan Khasiat Minyak Kelapa Dara D'aura ini diantanya :
*Mengawal Kolesterol . Nak maintain badan slim macam saya ? haa boleh try la kan . Sebab D"aura ini mampu mengekalkan berat badan yang ideal dan juga menurunkan berat badan
*mengawal darah tinggi .
*Mencegah jangkitan kuman 
*Mengembalikan Tenaga. Untuk kalian yang memerlukan tenaga extra, boleh amalkan memakan Minyak Kelapa Dara D'aura ini.
*Merawat Kulit (kecantikan ) .
Melindungi dari sinar ultraviolet yang memang merosakkan kulit . Tahu kan bahaya UV yang terlalu tinggi.  Kalau kalian ada aczema , boleh amalkan juga dengan memakan D'aura ini. 

Untuk wanita Hamil, jangan risau. Minyak Kelapa Dra D'aura ini selamat untuk dimakan . Terlebih lagi banyak khasiat yang akan didapatkan seperti kulit baby yang bersih , mengembalikan kedudukan baby yang songsang , menstabilkan hormon.. dan juga menghasilkan tenaga untuk ibu serta memudahkan proses bersalin. Wahh.. menarik kan ?

Selepas menggunakan lebih dari 3 minggu memang Lisa dah terasa perbezaannya . Kulit pun tak kusam dan badan lebih bertenaga. Muka pun dah berseri-seri 




Minyak Kelapa Dara ini diproses secara organik . Kandungan nutrisi yang baik untuk kesehatan. Selain ini Minyak Kelapa Dara D'aura ini mempunyai sijil HALAL dan diluluskan KKM serta GMP.
1 botol ada 80softgels. Tahan untuk 1 bulan lebih bergantung pada pemakanan kalian.

Jom try minyak kelapa Dara D'aura, minyak menyihatkan yang mempunyai banyak khasiat terbaik untuk tubuh . 

REVIEW : Set Kecantikan Citra Mulia Kosmetik

Set Kecantikan Citra Mulia Kosmetik [REVIEW ]  | Wanita dengan kecantikan memang tak terpisahkan. Betul tak ? Banyak je produk-produk kecantikan dipasaran yang dijual dari harga murah sampai harga yang  beribu-ribu. Bahkan ada yang sanggup untuk membuat suntikan botox demi untuk nampak  cantik.  Tapi pernah fikir kesan dimasa akan datang atau pernah selidik bahan-bahan kosmetik itu merbahaya atau tidak ? pernah kalian periksa kelulusan KKM tak ?

Ramai tengok kawan-kawan dalam media social menggunakan set kecantikan produk dari Citra Mulia Kosmetik ,Lisa teringin nak try la jugak. Mana tau ngam dengan muka kan. Set yang Lisa cuba antaranya : The Face Supreme Whitening Day Gel Serum , The Face Supreme Whitening Night Gel Serum , Dr Herbal Whitening AB Cream  , dan Juga  hand and body moisturiser lotion  Milano Ashley Green Tea  ,Milano Ashley Rose Tea . Nak tahu macam mana produk-produk yang Lisa senaraikan tadi ? meh baca . 

Set The Face Gel Serum |  Set The Face ini, Lisa pilih yang gel serum Malam dan Siang iaitu :  The Face Supreme Whitening Day Gel Serum , The Face Supreme Whitening Night Gel Serum . Gel serum ini berfungsi untuk melambatkan penuaan , menghilangkan kulit kusam atua noda hitam diwajah. Selain itu juga menganjalkan kulit wajah, terasa sentiasa muda dari umur sebenar. Haa.. ini bukan ayat promosi  tapi memang kesan yang Lisa rasa selepas menggunakan gel serum ini. Rasa sejuk di wajah ketika menyapu gel serum ini.

The Face Supreme Whitening Day Gel Serum & The Face Supreme Whitening Night Gel Serum 
Fungsi Gel Serums :

●Mengurangkan bekas-bekas jerawat ●Memutihkan kulit wajah
●Menghilangkan flek hitam ●Mencerahkan warna kulit
●Meratakan warna kulit ●Mengecilkan liang wajah
●Menghaluskan dan mengenyalkan kulit

Cara Penggunaan:
-Bersihkan muka anda.
-Sapukan sedikit serum dan leburkan dalam tapak anda
-Menyampaikan lapisan nipis serum cair di bahagian muka anda dan tekan, urut sehingga diserap sepenuhnya.
-Gunakan setiap hari waktu pagi dan malam, dan akan mendapat kesannya selapas penggunaan 7 hari.


 Set DR. Herbal | Dr Herbal Whitening AB Cream ,set ini terdiri dari 2 krim iaitu  krim A dan Krim B  .Krim A kita gunakan ketika Pagi dan Krim B gunakan ketika malam . Sapukan setelah menggunakan The Face Serum gel diatas.

Dr. Herbal ini juga mempunyai fungsi yang banyak dan tentunya manfaat yang diperlukan oleh kulit muka kita. Produk perawatan kulit wajah yang 100% terbuat dari bahan herbal, sesuai untuk semua kulit wajah. Dirumuskan khusus untuk membaiki semula struktur kulit dan lapisan sel-sel kulit yang rosak. Mengandungi Kolagen untuk membantu anda merawat dan melembab kulit wajah anda. Dr.Herbal dapat meremajakan semula wajah dan mencerahkan kulit wajah. Menarik kan ?

Manfaat DR. HERBAL WHITENING AB CREAM: 
Mencerahkan dan memutihkan wajah.
Wajah kusam, gelap dan kekuningan kembali menjadi putih bersinar.
Menghilangkan flek-flek, jerawat dan noda hitam
Menghilangkan tompok yang disebabkan oleh sinaran uv
Menjaga keanjalan kulit wajah
Mengatasi liang besar dan bekas jerawat sehingga wajah kembali menjadi mulus dan halus

Dan cara pemakaian yang mudah , semudah ABC sahaja : 
-Bersihkan wajah terlebih dahulu
-Sapukan THE FACE GEL SERUM.
-Ambil Krim secukupnya
-Sapukan krim A untuk pagi dan krim  B untuk malam. 

Yang terakhir , Hand and Body moisturiser Milano Ashley Green Tea dan Rose Tea. Lotion ini wangi yang menenangkan minda. Haha.. Lisa jenis memilih sedikit kalau mengenai wangian. Dan kebanyakan Lisa memang menggunakan kosmetik atau mandian yang beraromakan Green Tea. Sedap bau aroma lotion tu. Selain melembabkan , juga menjaga kulit dari kedutan. Grentea sebenarnya bagus untuk kulit, kaya dengan antioksidan yang berfungsi meindungi kulit dari cahaya matahari dan kerosakan 

Penggunaan yang mudah , jom saksikan video tutorial bagaimana saya menggunakan produk-produk The Face gelserum dan juga Dr.Herbal diatas :

Kesemua Produk Citra Mulia diatas dibuat dari bahan herbal dan yang penting mendapatkan kelulusan KKM . Mengapa kita perlu memeriksa ada KKM atau kandungan bahan herbal ke tidak ? sebab banyak set kecantikan yang dijual sekarang mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya dan menjejaskan kesihatan dimasa yang akan datang .
Ingin tahu lebih banyak lagi mengenai harga dan produk kecantikan ini  boleh hubungi :


Website:
 http://www.citramulia.com.my/

Facebook Page:
 https://www.facebook.com/citramulia.my


Telefon:
+6012-2542448 / +603-6274 6881

Fax:
+603-6273 1669 

Alamat:
Citra Mulia Beauty
No. 3, Jalan 20/38A, 
Taman Sri Sinar, 
Segambut, 
51200 Kuala lumpur.



© all rights reserved
made with by templateszoo