Monday, March 11, 2019

5 Serum Terbaik Rawat Jerawat-DR BEAU PURE NATURE SKIN OIL

5 Serum Terbaik Rawat Jerawat-DR BEAU PURE NATURE SKIN OIL

5 Serum Terbaik Rawat Jerawat - DR. BEAU PURE NATURE SKIN OIL

Assalamualaikum !!  Musim panas dan terik macam ni tak leh nak lari dari kulit kusam atau pun jerawat. Lisa pula dah mula rasa kusam dan ritu tersalah pilih makeup jadi tumbuhlah seketul dua jerawat dekat pipi ni ha! Sedikit banyak dah kurangkan rasa keyakinan diri ni sebab asyik kena tegur dari orang je . Baru ni Lisa  rawat jerawat dengan gunakan serum Dr.Beau -Pure Natural Skin Oil , salah satu dari 5 Serum Terbaik Rawat Jerawat .



DR.BEAU - PURE NATURAL SKIN OIL 

Tahukah anda , Sebenarnya Pemakaian serum sememangnya sangat bagus untuk kulit muka , caranya perlu dipakai selepas membersihkan muka dengan toner, dan diakhiri dengan moisturiser. Serum baik untuk meningkatkan proses regenerasi kulit, membuang sel-sel kulit mati, mencerahkan kulit serta menjadikan kulit muka lebih halus, lembut dan banyak lagi.

First sebelum nak cuba produk mestila Lisa baca kandungan dalam produk .  Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil dirumus khas dari sumber Vitamin E bahan herba semulajadi dan sesuai untuk semua jenis kulit serta memenuhi keperluan kulit wanita Asia. Terpandang Rosehip Oil , bagi yang belum tahu ... Rosehip Oil memang berkesan untuk rawat kulit tau , Lisa pernah gunakan untuk kesan parut sebab luka .

Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil adalah antara serum untuk kulit berjerawat & berjeragat yang popular di Malaysia yang merupakan produk tempatan keluaran syarikat Teja Herbs. Kandungan serum ini terdiri daripada bahan-bahan penting seperti:

  • Vitamin E mempunyai pelbagai manfaat untuk merawat kulit.
  • Rosehip Oil bertindak untuk melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
  • Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
  • Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
  • Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
  • Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
  • Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.

DR BEAU Pure Natural Skin Oil Serum Untuk Kulit Berjerawat & Berjeragat


Yang best dari Dr.BEAU , serum ni zero merkuri , dari bahan natural, 100% bahan organik , semula jadi dan tiada unsur penggelupasan tau .  Bau best dan wangi gitu !

Kelebihan VITAMIN DrBEAU
🍊Perlindungan daripada sinar UV
🍊 Tona kulit menjadi lebih sekata
🍊 Menggantikan tisu yang rosak dan daki lama
🍊 Mencerahkan kulit secara semulajadi
🍊Membantu masalah kulit sensitif seperti eczema
🍊 Mengatasi masalah jerawat
🍊 Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan
🍊 Kulit lebih glowing dan berseri
🌻 Memudarkan parut
🌻 Manggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
🌻 Mengatasi masalah whitehead dan blackhead
🌻 Membantu mengurangkan eyebag, strechmark
🌻Mengawal masalah kulit berminyak dan kulit kering
🌻Mengatasi masalah jeragat
🌻melambatkan proses penuaan
🌻Menutup liang pori yg terbuka



Sebelum tidur Lisa akan sapu serum DR. BEAU ni ,  efect lebih berkesan ketika tidur sebab masa tu wajah sedang berehat dari activity . Ianya lebih cepat meresap dan melakukan kerja untuk rawat masalah pada kulit wajah .

Cara Penggunaan :
Ambil beberapa titis dan kemudian sapu pada kulit wajah dan leher dengan gerakan membulat . Dua kali setiap hari.siang dan malam atau bila bila masa selepas mencuci muka. Ikut masalah kulit yang korang hadapi la , boleh juga digunakan setiap kali lepas membersihkan muka .

NOTA : Produk Natural kadang boleh juga menyebabkan alergic pada sesetengah orang . Jika alergic berlaku , hentikan penggunaan dan segera kunjungi doctor.





TESTIMONI PENGGUNA DR. BEAU SERUM





TUTORIAL CARA GUNA SERUM DR BEAU 




Untuk mendapatkan hasil terbaik buat kulit wajah anda, penggunaan serum yang betul haruslah diaplikasikan melalui langkah-langkah yang tepat;

  1. Bersihkan kulit wajah anda terlebih dahulu dengan pembersih muka.
  2. Titiskan secukupnya ke atas jari dan kemudian tepuk secara perlahan pada kulit wajah.
  3. Jika korang mempunyai masalah kulit sensitif, selepas mencuci muka, tunggu selama 10-15 minit sebelum memakai serum kerana waktu itu kulit menjadi lebih relax.
  4. Pakai serum dahulu sebelum memakai pelembap.  

Tips penting : tunggu sehingga 2-3 minit untuk anda merasakan samada serum yang digunakan sesuai atau tidak dengan kulit wajah. Jika korang merasakan ianya melekit, iritasi dan berminyak, ini bermakna serum itu tidak sesuai untuk kulit wajah anda. Disinilah pentingnya untuk anda mengenalpasti kulit wajah terlebih dahulu.     

REVIEW LISA :
Lepas penggunaan dekat beberapa minggu ni , Kulit pon jadi rasa lembut je .Jerawat dah nak pudar dan yang pasti kulit dah tak kusam weih . Baru lah muncul rasa keyakinan diritu seolah-olah lahir kembali . Cewahh overnyaaa...!
Lisa memang titik beratkan pada penjagaan kulit, ialah tak kan nak tunggu dah tua atau bermasalah teruk baru nak terhegeh-hegeh nak rawat kan . Apalagi kerja menghadap orang hari-hari ..mestila kena sentiasa cantik gitu ( eh terperasan lak haku.. ) . Ini juga salah satu rahsia Lisa nampak kekal awet muda .. hikss 

Untuk Info selebihnya korang boleh terus lawati :
Facebook: Dr Beau Malaysia
Instagram: drbeau_official
No telefon: 0169633443 

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search