Ad

Showing posts with label PET. Show all posts
Showing posts with label PET. Show all posts

Kucing Aku Sakit Sporo


Kucing Aku Sakit Sporo 

Assalamualaikum , Lately ni Lisa dah mula kurang masa untuk menulis entri dalam blog .  Bermula hujung bulan satu tak silap . Sebenarnya bukan malas , tapi tak cukup masa nak menulis . Lebih lagi sejak dapat tau yang kucing kena jangkitan Sporo. “Sporo  ringkasan bagi nama Sporotrichosis ialah  penyakit yang mudah menjangkiti haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Kebiasaannya haiwan yang terdedah kepada aktiviti luar lebih mudah dijangkiti penyakit ini menerusi kulat Sporo. Kulat tersebut akan masuk ke badan melalui mulut atau luka atau kedua-duanya dan luka tersebut tidak akan kering walaupun dirawat "  . 

Gambar sebelum kena sporo

JANGKITAN SPORO PADA KUCING 




Haritu masa kucing ni bunting aku sedar dia bersin-bersin je . Lepas sebelum beranak lagi .. ada main kejap then perasan hidung ni mancung. Lisa ingat memang kucing ni hidung mancung dari awal lagi.. rupanya penyakit . Then lepas beranak , kucing ni kena kurap kat telinga bagian kanan. Dah try gunakan apple cedar untuk  spray di kurap tu tapi masih tak elok . Lepas tu nampak kesan kudis kat beberapa bagian tubuh... sampaila part hidung dia luka . 

(kurap ditelinga teruk )
3 hari tak sembuh juga kurap tu , so i buat keputusan checkup ke Klinik Haiwan . Nak check up ke VET , tak kena masa pula.. lagipon kat tempat Lisa ni VET tuk rawatan tak buka setiap hari . Emm EMMM... . Ok , pergi klinik , minta tengok kan meow ni ( nama dia meow meow ) , lepas tu dia check .. bagitau kucing ni demam and flu  pastu kurap . Lepas tu dia check kudis , test guna microscope  , takut suspect SPORO . Dia cakap , hidung kucing macam tu sebab flu . .. OK .. Dr. bagi inject antibiotik flu and untuk kurap tu dia bagi ubat sapu. Takleh inject sebab baru lepas bagi antibiotik . Dr tu cakap , sekarang ni ramai customer tak boleh nak check secara detail sebab makan masa. Dia boleh check guna microscope je .  Lisa ok je then kemudian tunggu ubat lepas tu balik. Kat sini habis RM75 termasuk inject tadi . Dapat  ubat termasuk ubat sapu sekali. Ubat FLu , Antibiotik dan ubat demam . 

Lepas sehari Klinik tu whatsapp , bagi tau ,, kucing negative SPORO . Lisa pon happy la ye ,. tapi mereka bagitau kalau masih tak ok lagi dalam seminggu kena bawa datang untuk check up lebih detail. 
( kurap ditelinga dah sembuh tapi kudis n luka semakin membesar and keluar benjol benjol ) 


Tapi.. seminggu berlalu , tak elok juga kucing ni . Yang paling ketara hidung dah mula rongak ,, kudis pon bertambah. Untuk kurap dah elok lepas 3 hari . Hati ini macam luruh beb , ramai bagitau tu positive SPORO dah . Then masa tu raya CNY pula.. ramai klinik tutup. Lisa pergi la lepas CNY .. 2minggu after checkup pertama . Dr. tu bagitau ni SPORO ni , makin merebak . Awal dah bagitau.. suruh PTS ( Put To SLeep ) tidurkan kucing atau bahasa kasarnya matikan kucing secara paksa. Lisa cakap... nak jaga juga , takpe.. boleh rawat. 



( Hidung mula luka , sorry tak pakai glove masa ni ... sebab masih tak tau tu sporo )
Dr tu bagi tau kos mahal dan kena berbulan dalam 6-8 bulan kucing baru boleh elok . Perlu kesabaran dan juga telan kos banyak untuk rawatan . Lisa tetap dengan pendirian nak jaga juga.. then dia bagi tau yang ada juga kucing kena Sporo , ada yang boleh survive ada yang tak boleh survive kemudian mati . Dr. Cakap kalau dalam sebulan kucing dah tak de selera nak makan , better PTS kan je sebab makan ubat sporo ni effect kat hati, so kucing dah tak de nafsu makan . Lisa mengangguk paham je .. sedih dan rasa nak nangis pun ada juga. 

Langkah-langkah yang perlu dilakukan jika kucing kena SPORO 
1. Asingkan kucing , masuk dalam sangkar dan letak surat kabar sebagai alas . Jangan letak Pasir kucing ye sebab boleh sebabkan jangkitan . 
2. PAKAI GLOVE untuk handle kucing . Korang kena pakai glove ye , jangan sampai kena cakar atau gigit kucing kena SPORO ni sebab boleh menjangkit ke manusia dan boleh menyebabkan kematian. Effect pon dapat tahu lepas 2 bulan , bukan terus nampak tanda-tanda terjangkit . Awal ritu Lisa pakai glove (sarungtangan pakai buang , tapi sebab nipis... then tukar ke Glove yang tebal sikit elak kena cakar je ) walaupun kucing ni behave je tak gigit or cakar Lisa . cakar-cakar suruh jauhkan glove ada la . 
3. Jangan campur bekas makanan dan makanan dengan kucing lainnya . 
4. Cuci sangkar setiap hari dengan clorox 
5. Jangan cuci luka kucing tu , sebab nanti tak kunjung sembuh . Biarkan luka kering sendiri . 




Luka tempat lain elok , Luka kat kaki dan ekor pula .












Luka dah hampir kering 



( Tapak kaki dah luka , sebab tu kuar darah ) 



Masuk bulan kedua , dah semakin merebak luka tu .




Antara Ubat untuk Kucing Sporo 

1. INOX - Sehari setengah kapsul ,, tapi kalau dah teruk korang boleh terus bagi 1 kapsul. 
2. LIV52 HIMALAYA - makan selepas makan inox . Sebab ubat sporo ni effect ke Hati , kena jaga kalau tak nanti hati pula yang kena 


3. Antibiotik , korang boleh guna transfer factor . 
4. Funginox - Ubat spray . Lisa beli kat farmasai , botol kecik dalam rm30 . Mahal juga and tahan selama 4 hari je ,, uhuks . 
5.SPORANOX - Jika inox tak berkesan.. kawan sugest suruh tukar ke sporanox  . Boleh beli kat farmasi . Sebab ni ubat manusia , klinik haiwan takde jual . 


 Bagaimana cara merawatnya?(sumber )

  •  Pertama - Pastikan ia adalah penyakit sporo melalui pemeriksaan doktor.
  •  Kedua   - Beli ubat cuci luka dipanggil povidon atau ubat cuci luka untuk haiwan melalui doktor. ( i skip part ni sebab ramai yang bagitau takperlu cuci ) 
  •  Ketiga   - Beli kapsul Sporanox di farmasi kerana klinik haiwan tidak menjualnya. Ia adalah ubat manusia, oleh itu dosnya perlu diberi mengikut berat haiwan yang sesuai.
  •  Keempat - Asingkan kucing sporo dalam sangkar berasingan, sangkar besi yang khas untuk haiwan, bukan sangkar kayu buatan sendiri bagi memudahkan sangkar itu dicuci setiap kali kucing buang najisnya. Lapik sangkar dengan surat khabar lama, sediakan sebekas air bersih & biskut kucing. Tak perlu guna pasir kucing sebab nanti melekat pasir pada luka tersebut. Pastikan sangkar sentiasa bersih dengan campuran satu penutup dettol dengan air yang dimasukkan dalam botol spray bunga. Pancit & lap kesan najis sehingga kering bagi mengelakkan gangguan lalat. Lalat boleh menyebabkan luka berulat pula.
  • Kelima -  Pakai sarung tangan pakai buang, cuci luka dengan air suam menggunakan kapas bulat (cotton ball - beli di farmasi), kemudian sembur dengan povidon sehari sekali. Elakkan daripada kucing jilat povidon itu dengan memakaikan ia kolar khas kucing seperti gambar yang disertakan. Kapsul Sporonox diberi sehari sekali mengikut cadangan doktor haiwan. Bagi juga multi vitamin setiap hari bagi menguatkan fungsi hati haiwan & mempercepatkan proses penyembuhan. 

Sampai hari ni Genap 2 bulan kucing ni sakit sporo . Makan masih sehari 3 kali , masih kuat makan . Mungkin demi anak-anak dia kot .. Harap kamu bertahan ye kucing , Lisa pon masih berharap kamu akan sembuh dan dapat bermain dengan anak-anak nanti .


Readers... doakan kucing ni sihat dan sembuh seperti asal ye . :')
Sampai jumpat di entri seterusnya ....

Pengalaman Menjaga Kucing Bunting Beranak


Alhamdulillah setelah penantian berbulan , akhirnya kucing Lisa dah beranak 18 Jan 2019 . Start bela kucing ni  4 or 5 bulan lepas , time tu si mak dengan 3 ekor anak dia ada dalam kotak bertutup  . Lisa jumpa kat pasar. Walaupun kucing ni jenis kucing jalanan je , tapi tetap bela sebab boleh tangkap tikus . hihihi. Sekarang tempatni dah tak dengar suara tikus pon .

Lisa panggil kucing ni meow je , baik si mak or si anak . Haritu nak pergi mandulkan tapi dah lambat , dah bunting dulu hahaha. si Jantan pula sebok dok panggil kucing ni , adeh .. mana tak buntingnya . Ini kali pertama pengalaman Lisa jaga kucing bunting . Agak kecelaruan juga la . 


TANDA-TANDA KUCING MENGANDUNG.


TANDA-TANDA KUCING MENGANDUNG PERUBAHAN FIZIKAL

1. KUCING BERHENTI MENGAWAN
Ini mungkin tanda paling awal anda akan perasan.Sebelum ini anda perasan kucing akan masuk fasa galak/gatal(on heat) setiap 10 hari  2 minggu.

Macam mana tahu?

Hari-hari mengiaw supaya diberikan pasangan. Yang jantan pula asyik bertandang ke rumah sahaja.
Yang di dalam tidak sabar-sabarnya mahu keluar. Walaupun, selama ini tidak biasa keluar dari rumah.
Tetapi sekarang, semua aktiviti tiba-tiba terhenti. Kemungkinan kucing sedang mengandung.

2. MUNTAH-MUNTAH/MORNING SICKNESS

Kucing juga mungkin akan mengalami morning sickness. Ini adalah perkara biasa bagi sesetangah kucing mengandung.
Sekiranya didapati kucing muntah berterusan, kerap, dan tanpa henti, dapatkan rawatan doktor dengan segera.

3. PUTING SUSU MEMBESAR & KEMERAHAN
Sekitar 3 minggu mengandung, puting susu kucing akan membesar.Dan berubah warna menjadi lebih gelap dan lebih pink/kemerah-merahan.Kerana apa? Supaya bayi kucing mudah nak mencari bekalan susunya.

4. SELERA MAKAN MENINGKAT
Kucing juga akan makan lebih banyak semasa mengandung.Terutama apabila sudah masuk minggu keempat.Sekejap-sekejap makan.Pusing lagi, nampak sedang makan lagi.

Perkara ini memang biasa. Bukan manusia yang mengandung sahaja bertambah selera makan.Kerana kandungan di dalam perut sedang membesar.Mereka ini perlukan lebih tenaga dan protein yang secukupnya.Oleh itu, ibu kucing akan kelihatan banyak makannya kerana keperluan gizi dan tenaga yang meningkat di dalam badannya.

Yalah.Makannya bukan untuk seekor.Cuba berikan makanan terbaik dan berprotein tinggi seperti ayam dan ikan buat kucing anda.

5. PERUT MENJADI LEBIH BESAR
Seiring dengan tumbesaran kandungan, perut kucing juga akan membesar dan terus membesar sehingga waktu kelahiran.Selain itu,Gaya kucing berjalan juga akan sedikit berbeza.Berjalan lebih terkangkang berbanding biasa.Kerana mahu seimbangkan dengan perut yang semakin membulat.Dan posture badan yang berubah.Gaya jalan perlulah disesuaikan. Nanti jatuh tersungkur pula.

6. KELUAR AIR SUSU
Pada minggu kedua atau ketiga terakhir, susu sudah mula dihasilkan.Susu akan terkeluar apabila puting susu dipicit lembut.Ini juga menandakan waktu beranak hampir tiba.


PERUBAHAN PERSONALITI
Tanda-tanda kucing mengandung juga boleh diperhatikan melalui perubahan personaliti kucing.

7. KUCING MENJADI MANJA
Kucing akan terlebih manja waktu bunting ini.Bukan sahaja terserlah dari gaya badan, malah reaksi muka juga sangat manja.Manja yang bagaimana?Pelbagai.Mungkin minta kerap dibelai, atau nak berteman tidurnya, atau mungkin makannya menjadi cerewet kerana mahukan perhatian.Tetapi, ada juga kucing yang lebih suka berseorangan.

8. KERAP TIDUR
Selain selera makan meningkat, kucing juga menjadi kaki tidur semasa bunting.Jika tadi,Sekali pandang makan,Dua kali pandang makan lagi.Pandang lagi pun sedang makan.Sekarang,Berkali-kali pandang pun masih tidur.Keadaan ini adalah normal bagi kucing yang mengandung kerana ia lebih cepat penat.

9. NESTING
Nesting ini adalah tanda kucing anda sudah hampir dengan masa untuk beranak.waktu ini, kucing akan kelihatan berpindah-pindah dan berehat pada beberapa kawasan.Kerana sedang mencari tempat terbaik untuk melahirkan.Kucing akan mencari tempat yang gelap, sunyi, tersorok dan jauh dari ancaman.Bukan sahaja dari ancaman kucing, yang tersorok dari ancaman manusia juga lebih baik, terutamanya anak-anak kecil.Kerana kucing akan rasa terganggu dan tertekan.Dan lebih cenderung untuk memindahkan anaknya ke kawasan lain yang dirasakan lebih selamat berkali-kali.

Kuncinya:Gelap, tersorok, sunyi, dan jauh dari ancaman.

10. MENJAUH DARI ANAK
Kucing ni kalau sebelum ni tak boleh jauh dari anak , kalau dah bunting besar dia tak suka anak dia dekat dengan dirinya . Mungkin rasa seperti ancaman kot . I'm not sure tapi tengok je anak kucing mendekat , si mak dah muka naik berang .. Kadang tengok juga kucing-kucing tu saling mencakar or menampar muka . haha.. adeh .

Ni gambar kucing masa bunting dulu .

Gambar bulan pertama bunting , perut tak nampak membesar lagi 

Gambar bulan kedua bunting , kat sini dah nampak besar perut meow . 


Gambar yang ni tinggal tunggu masa nak beranak je , asyik tidur je dalam kotak and tempat gelap .


Oh ya , menjelang masa dah nak beranak ... kucing yang biasanya aktif berjalan dia akan jadi duduk diam dalam rumah je . Tidur makan tidur makan itu je . Biasanya pagi-pagi kucing ni akan berkeliaran keluar dan bahkan sampai time makan baru balik . Tapi since dah 2-3 hari masa nakberanak ritu duduk diam dan cari kotak or tempat gelap tuk tido .

Tudia sekali beranak 8 Ekor ! 8 weih bukan 3 or 4 hahaha. Beranak dah disediakan kandang pon , pergi cari beranak tersorok dalam timbunan newspaper dan kotak .

Lepas beranak Lisa terus laju je tanya kawan yang keje kat pejabat Veterinar nak tahu macam mana cara jaga and pindahkan baby kucing ke kandang or tempat yang lebih selamat . Fuh pengalaman baru ! 

Cara Merawat Bayi HAMSTER Yang Baru Lahir

cara merawat hamster

Cara Merawat Bayi HAMSTER Yang Baru Lahir

Assalamualaikum ! Sebelum raya cina rasanya , Lisa mula bela Hamster 2 ekor ni . Kawan bagi je , sebenarnya tak pernah terfikir tuk bela hamster sebab dengar kata hamster ni busuk dan susah nakjaga . Hamster ni berusia agak-agak dalam 1 bulan lebih kot masa tu . Dah bela ni ., mula seronok pula rasa . Hari-hari selepas balik kerja je mesti Lisa akan bersembang dengan hamster ni . Hahaha.. macam la hamster tu paham ! Malam tadi hamster ni beranak pula . Kecut perut juga sebenarnya sebab tak tau sangat nak jaga . Tak memasal tengah malam google cari cara untuk merawat bayi hamster yang baru Lahir

Langkah-langkah cara untuk merawat bayi hamster yang baru lahir

Seperti yang Lisa cakap tadi , ini pengalaman pertama bela hamster . Jadi tak tahu menahu nak jaga bayi ni . Tak kan tengah malam buta nak tanya kawan sebab nak minta ajar tips merawat atau jaga bayi hamster kot . Dah tentu semua dah tidur . Nasib la ada google dan youtube yang sangat membantu . Jadi Lisa pula yang akan kongsikan untuk korang . 

1. Kalau korang perasan Hamster tu dah bunting , korang kena keluarkan roda atau segala jenis mainan  dalam kandang tu  . Sebab Hamster yang bunting ni lebih agresif dan cara ini juga akan mengurangkan kadar keguguran pada hamster. Ciri-ciri hamster bunting adalah :

  • Bentuk tubuh bulat ( gemuk semacam je ), perut bahagian belakang membuncit
  • Menjadi sangat agresif ( suka mengigit tangan tuannya ) dan sering menyerang si jantan
  • Makan dan minum lebih banyak dari biasa ( kuat sangat minum )
  • Mulai membuat sarang ( selalu mengkais2 serbuk kayu mcm nak buat sarang )
  • Puting susu membesar dan terlihat sangat jelas ( selalu la belek2 hamster anda!! )
  • Kadang ciri-ciri 1 dan 2 akan terlihat menjelang mau melahirkan


2. Pisahkan Hamster jantan dan betina , untuk elak hamster jantan makan bayi-bayi tu . Korang kena letakkan ibu hamster dengan anak-anaknya di kandang yang lain . 

3.Bayi hamster yang baru lahir biasanya akan berwarna merah atau merah muda pink pink gitu. Jika bayi hamster tu berwarna biru  , tandanya dah mati dan korang kena keluarkan . Oh ya mata bayi hamster biasanya memang tertutup sebab walaupun dah dilahirkan , hamster masih tak boleh melihat.


4. Jangan sentuh bayi hamster dengan jari . 

Langkah seterusnya yang perlu korang lakukan adalah dengan tidak menyentuh bayi hamster menggunakan jari. Hal seperti larangan itu tidak hanya berlaku untuk hamster saja, beberapa binatang seperti kucing pun alangkah baiknya kita tidak memegang anaknya karena dengan menyentuhnya membuat bau tangan akan melekat di badan si bayi hamster dan akan menjadi ancaman bagi sang ibu hamster. .Ibu hamster akan anggap bayi itu ancaman dan akan segera meninggalkan bayi itu dan tidak akan merawatnya. Boleh jadi  bayi hamster akan di makan olehnya . So kalau korang nak pindahkan bayi hamster tu , pakai sudu ye ... jangan lupa bawa serbuk kayu tu sekali . 


Malam tadi sebab aku nerves dan tak tahu , aku men pegang macam tu je . Nasib baik ibu tu still mengaku tu anak dia . Risau juga kalau kena makan nantinya . Fuh.. 

5. Jangan tengok dan jangan ganggu ibu hamster dengan kerap. 
Ibu hamster macam manusia juga , ada perasaan lepas beranak tu . Penat ye , stess pun ye juga . Jadi korang janganla selalu skodeng ibu dan anak tu . Nanti bertambah stress dan boleh jadi mati atau makan bayi hamster tu . 

6. Jangan bersihkan kandang bayi hamster dalam masa 1-3 minggu . 
Masa ini memang bayi memang kuat menyusu dengan ibu hamster , korang jangan la bersihkan kandang tu nanti bau dah lain . Kang ibu tak kenal bayi tu dah .. pastu biarkan terlantar macam tu je ... sian kat anak. 

7. Berikan makanan dan minuman yang cukup .Dan kalau boleh tambahkan tempat minuman hamster tu . Nanti jika anak-anak dah mula membesar , mereka akan berebut untuk makan dan minum sendiri sebab tu kena letak tambahan makanan dan minuman. 

8.Setelah si bayi berumur 3 minggu sudah boleh dipisahkan dengan ibunya. berikan jarak waktu sekitar 1-2 minggu agar si ibu betina dapat berehat memulihkan staminanya. Setelah itu boleh dicampur lagi dengan pejantan dan mainannya juga boleh dimasukkan kedalam kandangnya. Tapi ingat jangan sekali-kali mencampur bayi yang berumur 3 minggu tersebut dengan kedua induknya sebab sipejantan bisa saja membunuh anak-anaknya dan memakannya. Biasanya setelah sibetina dicampur lagi dengan pejantannya, dia boleh bunting lagi dalam kitaran 2 minggu berikutnya. FUh makin banyak la nanti anak hamster tu .


Hamster yang menyusui perlukan lebih banyak makanan. Selain itu, tambahkan jenis makanan berprotein tinggi seperti telur yang sudah dimasak, tahu, atau roti yang sudah direndam dalam susu.


Contoh Makanan Sihat:

  • Epal
  • Pear
  • Pisang
  • carrot
  • Jagung manis (pemberian dalam jumlah banyak bisa mengakibatkan kerontokan bulu)
  • Kentang (harus direbus dulu)
  • Kacang tanah
  • Kacang kulit
  • Kacang almond
  • Kacang soya
  • Roti tawar
  • Biskut Cracker
  • Oatmeal
  • Corn Flakes
Doakan aku mampu kenali jantina bayi hamster ni dan rawat sampai la tumbuh dewasa nanti. Hahah takut bertambah lagi banyak pastu tak terjaga nanti . Kang Lisa nangis kalau tengok hamster macam kes kucing mati :( Kalau korang ada tips lain , jangan lupa share dengan Lisa sekali . :D tulis je dalam komen bawah ini , nanti Lisa baca .

FLUFFY,Si Kucing Riders

FLUFFY  , Korang pernah baca kucing yang bonceng di bahu seorang penunggang motosikal ni ? Fluffy nama kucing tu . Viral juga video kucing ni yang selamba naik atas bahu tuannya , meoww.. finally update juga entri mengenai fluffy ini lepas bertemuramah , eh perbualan dalam phone dengan Afiq Azwan (23tahun) , Tuan si Fluffy the cat riders ini.

Mula-mula Lisa ingat Fluffy ni kucing betina , tapi.. ternyata kucing jantan . Putih , bolat, gebuss.. comel.. memang nampak macam kucing betina . Sebenarnya Fluffy ada 4 beradik , tapi yang 3 tu dah dijual sebab tiada masa nak jaga ke-empat ekor anak kucing ni . Nama Fluffy diberikan sebab bulat macam snow ,alaaa snow bell tu ... Sekarang ni usia Fluffy dah lebih kurang dalam 1 tahun  , baka dari Maine coon yang boleh membesar sampailah sama size M anak harimau .Ingatkan dalam dunia maya je kucing besar-besar ni.. ternyata betul -betul wujud .

Nah .. Lisa story sikit macam mana si Fluffy ni boleh pandai naik atas bahu tuannya ketika naik motosikal. Awalnya Afiq keluar beli barang dengan si Fluffy , (memang tak pernah berenggang ) , lepastu banyak pula barang-barang yang dibeli sampai tak cukup tangan nak bawa si Fluffy . Dan datang idea letak Fluffy atas bahu. Korang tahu tak , si Fluffy duduk diam-diam atas bahu tu . Tak seperti kucing lain yang kebanyakan akan memberontak nak turun atau cakar-cakar sebagai tanda takut kot . Sejak tu la ,, mula ajar training Fluffy naik atas bahu dalam umur 1 bulan macam tu  , time bawa motosikal . Dan selama itu juga Fluffy tak pernah jatuh dari moto. Pheww.. kalaulah Lisa ada kucing macam tu juga.. heehee mesti best..! dah la comel, pandai pula tu . Kucing  bonceng motosikal ? tak pernah terlintas dalam fikiran .


Tak bahaya ke kalau bawa kucing naik atas motor tanpa Helmet ?



Mesti itu yang terbayang dalam fikiran kalian , tahu dah..Lisa pun sama memang fikir macam tu juga ketika first time nampak video di Fluffy naik motor tu . Seram kan kalau kot-kot nanti terjatuh ke tiba-tiba melompat huhuhu. Usah risau .. Fluffy dah dilatih dan sebenarnya dia ada Helmet sendiri . Helmet yang lama dah tak muat sebab size kepala Fluffy dah semakin besar. Beli helmet bukannya di Malaysia ada orang jual pun , kena tempah dan beli dari luar negara.. tunggu sebulan juga la . DONT JUDGE bila tak tahu jalan cerita sebenar ye,, pemilik kucing tu tahulah nak jaga kucing tu macam mana. Ofcourse fikir keselamatan Fluffy . Sweather dan jaket pon ada tau .

Seperti kucing lain , sebulan sekali Fluffy akan dibawa ke PET Clinic  untuk check up. Dan takda penjagaan spesial , sama je makan makanan kucing dan tambah vitamin untuk kucing . 

Kalian geram dengan FLUFFY ? follow je si kucing gebus ni di 

 Fanpage : 
 FLUFFY EMPIRE 

 Instagram :
 instagram.com/fluffy_69 










© all rights reserved
made with by templateszoo